Tuesday 24 July 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 15

Assalamualaikum
salam sejahtera . .
Ahlaan wasahlan . .  
Salam 1 Malaysia . .  Muehehehe . .  
Firstly , macam besa la . .  aq nak minx jutaan maaf atas kecuaian aku meng'hapdett' blog neh . . 
Besa laa . .  
Sejak2 aq da jadi siswi kat Politeknik Arau neh , 
hdup aq 180 drjh berputar . . 
hadoii .. 
Memandangkan hari neh aku x bizi , ,
Aku nak sambung la ckiet ceta meqapu aq tuu . .  
Adehaii . . . Bila la nak habeh . . . 
Oke . . Jum chill read !! ^^

***************
RAFIDAH dan Hamimah duduk bersantai di sebuah kerusi di taman rekreasi . Hari cuti begini jarang dia punyai peluang untuk beriadah . Maklumlah , tugasnya sebagai guru memaksanya bekerja walaupun bukan hari bekerja . Mujurlah minggu ini minggu peperiksaan . Tidaklah dia sibuk . Tugas menanda kertas-kertas jawapan bukan boleh dilakukan jika diri sedang tertekan . Oleh itu , dia memutuskan untuk mengikut Rafidah beriadah di taman ini .
                Teringat lagi kali pertama dia berjumpa dengan Alif Farhanlebih kurang beberapa tahun yang lalu . Itulah kali pertama mereka bersua . Ketika itu dia sedang melakukan ‘slow jog’ bersama Mia Amira . Entah bagaimana kakinya kejang . Mujurlah ketika itu , Alif Farhan ada . Ketika itu Alif Farhan sedang beriadah bersama rakan-rakannya .
                Melihat keadaan Hamimah yang menahan kesakitan , Mia Amira berasa panik . Lalu dia menjerit meminta tolong . Alif Farhan dan rakan-rakannya yang mendengar jeritan adiknya itu segera mendekati dua wanita itu . Alif Farhan serta merta membantu Hamimah . Bermula dari hari itu , setiap kali Mia Amira mahu keluar berjumpa Hamimah pasti dia mahu mengekorinya . Dalam diam Hamimah turut menyimpan perasaan terhadap Alif Farhan . Cuma tidak diluahkan . Bukan ego tetapi malu . Malu tapi mahu .
Beberapa bulan berkenalan , Alif Farhan kerap berjumpa dengan Hamimah tanpa pengetahuan adiknya , Mia Amira . Malah dia tidak memberitahu hal ini kepada Mia Amira . Bimbang nanti diketawakan oleh adiknya yang satu itu .            
Selepas masing-masing berani menyatakan rasa , Alif Farhan pula terpaksa ke Ireland selama beberapa tahun meninggalkan Hamimah di bumi Malaysia . Kali terakhir dia berjumpa dengan Alif Farhan ialah pada malam kenduri di rumah Alif Farhan sebelum berangkat ke Ireland .
“ Kak ! Amboi termenung jauh sampai Fidah panggil tak berdenyut .”
Terkejut Hamimah dengan sergahan adiknya . Hilang bayangan Alif Farhan yang sebentar tadi menyapa dirinya . “ Ya Allah . Sorry dik . tiba-tiba akak teringat kenangan dulu-dulu .” Tersengih-sengih Hamimah menyambut huluran botol air mineral dari Rafidah .
“ Hmm . Ya lah tu . Eh ! Kak . Tu macam abang Alif kak . Macam kebetulan pulak ya . Haii . Cinta lama bersemi semula .” Kata Rafidah sambil tangannya menuding ke arah tiga orang pemuda yang sedang bersantai berhampiran mereka .
“ Adik silap orang kot . Adik kenal ke abang Alif ?” Sengaja dia menidakkan walaupun hatinya kuat menyatakan salah seorang dari tiga pemuda itu Alif Farhan .
“ Betul lah kak . Lelaki tu lah yang Fidah jumpa masa naik flight dari Ireland nak balik Malaysia . Tak percaya , tengok ni Fidah nak panggil . Kalau diorang menyahut , maknanya betullah tu .” Tanpa menunggu sesaat pun Rafidah menjerit memanggil nama Alif Farhan . “ Abang Alif !”
Tiga pemuda yang tadi seronok bersantai tercengang mencari-cari arah suara itu . Paling tercengang sekali mestilah Alif Farhan . Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat Rafidah melambai-lambai ke arah mereka . Dilihatnya , Rafidah sedang menarik-narik tangan seseorang memaksanya bangun . Lemah sendinya apabila melihat raut wajah yang sering menjadi teman tidurnya .
Junaidi dan Hanif di belakangnya sudah membunyikan muzik ala-ala paluan kompang tak jadi . ‘Eh ! Dua orang ni . Aku lambung naik kat pokok jugak nanti . Dah la muzik tu tak sedap langsung .’
Dalam keadaan yang masih tidak percaya , kakinya melangkah ke arah Hamimah . Beberapa langkah sahaja dia sudah tegak berdiri bertentangan dengan Hamimah . Rafidah yang tadinya menjadi orang ketiga antara mereka sudah berlari mendapatkan Junaidi dan Hanif . Memberi peluang kepada dua orang itu untuk mengikat kembali tali kasih yang semakin longgar .
“ Hamimah .” sebaris nama indah itu terucap di bibirnya .
Hamimah tertunduk malu . Sungguh dia tidak menyangka . Masih segar ingatannya tentang peristiwa dahulu yang berlaku di sini juga . Sekali lagi tempat ini menjadi saksi pertemuan antara dua hati yang lama terpisah .
SEPANJANG perjalanan pulang dia tersenyum sendiri . Betapa berbunganya hati lelakinya sekarang hanya Tuhan yang tahu . Betapa senangnya hati apabila lamarannya disambut oleh Hamimah . Kali ini sungguh dia tidak mahu bertangguh lagi . Makin ditangguh makin terseksa . Dia mahu segera menyelesaikan perkara baik ini secepat mungkin .
                “ Cikgu Nor Hamimah binti Shahriman  . Will you marry me ? Jadi yang halal untuk Dr.  Alif Farhan bin Radhiff ?” Penuh perasaan dan lancar Alif Farhan melamar Hamimah .
                “ Dr. Alif Farhan bin Radhiff . Saya setuju .” Serentak itu bunyi tepukan gemuruh dari tiga orang yang menjadi pemerhati sejak awal lagi . Hamimah yang malu terus tertunduk tanpa sebarang kata .
                Alif Farhan tersentak tatkala mendengar telefon bimbitnya berdering minta dijawab . Dia melihat di skrin . ‘Mira.’ Tanpa menunggu sesaat pun dia terus menjawab panggilan adiknya itu .
                “ Ya , Mira . Abang dah on the way ni .”
                “ Oh ya ka . Ni Mira nak bagitau yang Mai dah ada kat sini . Kitorang pun dah get ready nak balik dah .”
                “ Amboi Mai ni . Cepat je dia bila dengar pasal abah . Tak pe lah . Lagipun abang memang nak kena ke klinik kejap . Ada benda sikit nak settle . Mira dengan abah balik dulu la dengan Mai .”
                “ Baik abang . Arahan diterima .” kata Mia Amira . Seperti koperal menerima arahan dari tuan lagaknya .
                Talian diputuskan . Alif Farhan meneruskan pemanduannya . Malam ini segalanya perlu diselesaikan . Malam ini dia mahu menjemput Hamimah untuk makan malam di rumahnya . Sekali gus untuk memperkenalkan kepada seisi rumah bahawa Hamimah yang bakal mengisi ruang hatinya yang kosong .

“ ABAH , Mama dan semua adik-adik abang . Sebelum kita makan , abang ada satu pengumuman yang sangat-sangat penting dan bakal mengubah kehidupan abang kalian yang kacak ni .” Sempat lagi dia menayang gigi macam iklan colgate .
                “ Alahai . Abang cakap la cepat . Nina dah tak sabar ni . Mama masak nampak sedap je malam ni .” Mia Azlina menyatakan ketidaksabarannya mahu menikmati makanan yang istimewa malam ini .
                “ Eh . Sabar la . Abang tak habis cakap lagi ni .”
                “ Kejap . Biar Mai yang teka . Abang nak kahwin kan ? Dengan siapa bang ?”
                “Eh . Eh budak ni . Cepat je dia . Ha’ah abang nak kahwin . Nak tahu ke dengan siapa ? Kejap abang pergi panggil .” Terkocoh-kocoh Alif Farhan berjalan ke hadapan rumah . Mahu menjemput Hamimah masuk ke dalam . Dia tahu Hamimah sudah lama menunggu di luar . Sengaja dia mahu buat kejutan kepada seisi keluarganya .
“ ASSALAMUALAIKUM .” Suara lunak yang penuh kesopanan dan kelembutan menyapa keluarga Dr. Radhiff malam itu .
                Tersedak Mia Amira mendengar suara yang amat dikenalinya itu . Hazwan menggosok perlahan belakang isterinya itu . “Hamimah !”
                “ Okay . Abang nak satu rumah tahu yang tak lama lagi Hamimah bakal menjadi sebahagian daripada keluarga kita nanti .”
                Mia Amira yang seakan tidak percaya bahawa di hadapannya itu adalah Hamimah terus mendekati tubuh itu . Satu saat . Dua saat . Tiga saat . Hamimah sudah berada dalam pelukan rakannya itu . Dia sendiri tidak percaya yang dia akan menjadi kakak ipar kepada rakan baiknya sendiri .
                “ Abah dengan Mama setuju dengan pilihan Alif . Lagipun memang abah dan mama dah kenal dengan Hamimah ni dari zaman Mira sekolah rendah lagi . Eh , Hamimah . Kenapa berdiri je tu ? Jemputlah duduk .” Pelawa Encik Radhiff mesra .
                “ Ha’ah . Lupa pulak mak cik nak jemput Hamimah duduk . Patutlah si Alif ni dari tengah hari tadi asyik ingatkan mama suruh masak sedap-sedap . Mama ingat dia nak ajak kawan dia , Junaidi makan malam kat sini . Rupanya , mama salah .” tambah Puan Munirah pula .
                Hamimah mengambil tempat di sebelah Maisarah . Dia perlu membiasakan diri dengan keluarga ini .
                “ Ibu , bila kita nak makan ni ? Dari tadi asyik cakap-cakap je . Arissa dah lapar ni .” rengekan Arissa menyedarkan semua yang berada di ruang makan itu .
                “ Alahai cucu atuk yang cantik ni lapar ya ? Ok . Jom kita makan . Siapa nak baca doa makan ?”
                “ Hariss nak baca . Hariss nak baca . Dekat sekolah pun selalu Hariss yang baca .” Hariss mengangkat tangannya meminta perhatian .
                “ Ok . Hariss baca doa . Angkat tangan semua .”
                Lancar bacaan anak saudara Maisarah yang banyak cakap itu . Selesai mengaminkan doa yang dibaca Hariss , mereka semua menikmati makan malam yang disediakan oleh Puan Munirah  dengan dibantu tiga orang puterinya , Mia Amira , Mia Azlina dan Maisarah .
                ‘ Wah , abang Alif dengan Kak Hamimah . Kak Mira dengan  Abang Wan . Kak Nina pulak dengan Abang Firdaus . Aku dengan siapa ? Tunggu je la . Kalau dah jodoh tak ke mana .’

Junaidi memandang sepi fotonya bersama Zafirah yang diambil semasa hari pertunangan mereka dahulu . ‘ Buat apa aku nak ingat dekat orang yang mungkin dah menjadi milik orang lain ? Entah-entah diorang dah kahwin dah pun . Nasib kau la Eddy .’
                Dia mencapai foto itu dan mengeluarkannya daripada bingkai yang bersaiz sederhana itu dan mengoyak foto itu . Matanya memerhati tong sampah di bilik kerjanya dan Hanif . Sekelip mata gambar tersebut bersemadi di dalam tong sampah itu .
                Junaidi berseorangan di kamar kerja ini . Hari sudah larut malam . Dia tidak dapat melelapkan mata . Jadi , dia mengambil keputusan untuk berteleku di bilik kerja . Hanif sudah hanyut dibuai mimpi .
                Tiba-tiba dia teringat akan adik kepada rakannya itu , Alif Farhan . Otaknya sempat merakamkan wajah itu melakarkan senyuman manis . Walaupun senyuman itu bukan untuknya , tetapi Junaidi tetap merasakan Maisarah sedang giat melemparkan senyuman manis itu kepadanya . ‘ Hey , adik Alif . Siapa nama kau ? Kenapa aku selalu teringat dekat kau ? Rasa ni hanya pernah wujud sejak aku jatuh pandang pertama dengan Zafirah dulu . Kau insan kedua membuat aku gila bayang macam ni adik Alif .’
                Tanpa sedar , Junaidi terlena di bilik kerjanya bertemankan bayangan Maisarah . 

****************
Adoi . . . letih dah tangan menari kat keyboard neh . . .
untunglah kat poli neh aku blajaq keyboarding skill . . .  
sekurang-kurangnya ia membantu aku serba sedikit . . .
oke laa , aku pun da mengantuk neh . . . 
See you soon . .  Nite . . .