Wednesday 28 May 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 34

Assalamualaikum.

Dan salam berbahagia.
Dah lama aku draft entry nii.
Tak ter'publish' pun.
Eh! Eh! Pemalasnya hang Mira!
Okay di sini aku menyatakan bahawa aku bukan pemalas.
Aku cuma seorang pelajar PTSS yang sedang bercuti semester dan berasa kurang rajin nak hapdett entries nii semua.
Tapi join segment dengan GA aku rajin.
Blogwalking pun rajin.
Blog aku? Biaq spiderman buat sarang laa.

Okay! Aku tau mesti ramai rindu kat Junaidi dengan Maisarah kan?
Ya lah. Naseb laa tuan tukang hapdett tuu wawasan ja lebih. Update malas.
Hari nii aku hilangkan rindu tuu.
Jom kita sambung lagi cerita tersebut.

**************
KETUKAN pintu menyentakkan tiga beradik yang ralit melayan perasaan di bilik pengantin. Hamimah membuka pintu sejurus memaklumkan bahawa pengantin lelaki sudah sampai.

Dengan basmallah Maisarah melangkah keluar ke ruang tamu untuk majlis akad nikah. Maisarah seraya mengambil tempat di antara mamanya dan ibu Junaidi. Junaidi yang berbaju melayu sedondon dengan Maisarah yang berjubah moden putih gading itu duduk menghadap tuan kadi. Dadanya berombak kencang. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Maisarah yang bakal menjadi suri hatinya sebentar lagi.

Alif Farhan di belakang sebelah kirinya menepuk mesra temannya. Tuan kadi itu mengeluarkan beberapa keping dokumen dari fail. Junaidi cuba menenangkan dirinya. Dalam hatinya dia berzikir dengan yakin cara itu paling mujarab menghilangkan gementarnya saat ini. ‘Sabar Junaidi. Sekejap saja lagi. Sabar.’

“Junaidi bin Ahmad.” Tuan kadi itu menyebut nama penuh Junaidi.

“Ya saya.” Jawab Junaidi sedikit gugup.  Namun, kegugupan itu sempat ditutup dengan segaris senyuman kecil di bibirnya. Jurunikah yang berserban itu bermukadimah sedikit dengan mengingatkan bakal suami dan bakal isteri tentang tanggungjawab masing-masing.

“Dah sedia kah?” Junaidi menjawab dengan anggukan sahaja. Maisarah menggenggam erat jemari ibunya yang setia berada di sebelahnya dari tadi. “Pengantin perempuan?” Kali ini Maisarah menjawabnya dengan senyuman kecil dan menundukkan mukanya.

‘Good job Mai! You can do it! Just for this week.’ Maisarah memberi semangat kepada dirinya sendiri.
            
“Diam tu maknanya dah sedialah tu.” ujar Encik Ahmad bapa Junaidi.

“Kalau macam tu kita mulakan sahajalah majlis ini.” Tuan kadi berjeda seketika menanti jawapan. Setelah semua bersetuju, tuan kadi tersebut mengingatkan pengantin lelaki dan perempuan akan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Khusyuk hadirin yang ada mendengarnya. Sesudah itu tuan kadi menghulurkan tangan kanannya kepada Junaidi. Junaidi menyambut tangan itu serta merta berjabat dengan tuan kadi.

‘Ya Allah. Permudahkanlah urusanku ini. Amin.’ doa Junaidi dalam hati. “Sekejap lagi bila saya goncang tangan macam ni awak jawab ya. Tahukan nak jawab macam mana.” ujar tuan kadi lagi. Junaidi hanya mengangguk. Masakan dia tidak tahu. Sejak dua tiga hari sebelum menjelang sering saja dia mempraktiskan lafaz akad itu. Nama Maisarah juga dihafalnya supaya tidak tersalah sebut nanti. Mujur tidak dipraktisnya setiap masa kalau tidak mahu dicopnya doktor gila.

“Junaidi bin Ahmad.”

“Ya, saya.” ujar Junaidi yang sudah sedikit tenang di duduknya ketika itu.

“Aku nikah akan dikau dengan Maisarah binti Radhiff dengan berwakilkan aku dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Serentak mengucapkan itu tuan kadi mengocak perlahan tangannya yang sedang berjabat dengan Junaidi sebagai isyarat menyuruh Junaidi menerima akad tersebut.

“Aku terima nikah Maisarah binti Radhiff dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Tenang ucapan Junaidi. Kini sudah terpikul lagi satu tanggungjawab di bahunya. Akad tersebut dipermudahkan supaya senang untuk dilafazkan. Sedangkan maksud akad tersebut ialah ‘Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.’ 

“Sah?” Tuan kadi bertanyakan kepada saksinya.

Menitis air mata Maisarah mendengarkan butir-butir perkataan yang lahir dari bibir Junaidi ketika itu. Bukan sedih tetapi lebih kepada terharu walaupun dia berkahwin dengan Junaidi tanpa kerelaan hatinya. Dengan sekali lafaz dia sudah pun menjadi milik lelaki itu. Kehidupan dan komitmennya juga turut berubah sejurus akad tersebut dilafazkan. Saat akad itu terlafaz dia merasakan bagai hanya dia dan Junaidi berdua sahaja di situ. Dia berasa selamat seakan-akan Junaidi itu payung yang melindunginya ketika hujan lebat.

Selepas semua saksi mengesahkan pernikahan tersebut, semua orang di situ mengangkat tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh tuan kadi. Dalam hati Junaidi mengucapkan syukur setinggi-tingginya. Junaidi menjeling sedikit ke arah Maisarah. Kelihatan Maisarah sedang khusyuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh tuan kadi.

‘Alhamdulillah. Awak milik saya sekarang Maisarah.’ ujar Junaidi dalam hati.

Junaidi dan Maisarah ditinggalkan seketika untuk melakukan solat sunat nikah berjemaah. Kata orang cara ini lebih afdhal untuk menggantikan ‘upacara pembatalan air sembahyang.’ Dari nama upacara itu sendiri sudah dapat mendatangkan tanggapan yang kurang manis lebih baik menunaikan solat sunat dua rakaat. Pelaksanaannya sama sahaja seperti solat sunat yang biasa dilakukan. Cuma yang berbeza hanya niat.

“Awak jangan terlupa niat pulak tau. Awak tahu tak niat dia macam mana?” bisik Junaidi perlahan. Sengaja menyakat.

“Awak ingat saya tak tahu? Saya tahulah. Dah cepatlah mula. Orang ramai tunggu kita tu.”

“Yalah. Saja nak test saja tadi.” Junaidi segera mengimamkan Maisarah. Ini merupakan solat berjemaah mereka yang pertama.

Junaidi mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan suara sederhana yang cukup untuk didengari oleh mereka berdua di situ.

Selesai memberi salam mereka berdua menadah kedua tangan memohon doa kepada yang Esa supaya perkahwinan mereka ini diberkati dan dilimpahi rahmat kurnia-Nya. Junaidi menghulurkan tangannya kepada Maisarah. Tindakan refleks! Maisarah menyambutnya tanpa sedar.

Puan Arnita dan Puan Munirah segera merapati anak-anak mereka dengan sebentuk cincin yang diletakkan elok di atas dulang hantaran. Junaidi mengambil cincin tersebut lalu disarungkan di jari manis Maisarah yang berinai itu perlahan-perlahan. Sesudah itu tangan mereka bersatu dan Maisarah mencium tangan Junaidi yang telah selamat menjadi suaminya seketika tadi. Cepat-cepat dilakukannya kerana segan dengan mata yang sedang galak memandang mereka.

“Oppss. Akak sekali lagi cium tangan tu. Tak sempat snap tadi.” ujar jurufoto yang ditugaskan untuk mengambil gambar untuk kenangan mereka sepanjang majlis tersebut berjalan. ‘Aku dahlah segan. Nak kena cium sekali lagi? Hesyy. Cameraman ni pun satu tau. Lambat sangat nak snap dah kenapa. Ingat Astro ke ada siaran ulangan. Sabar Mai sabar. Hari ni je.’ leter Maisarah dalam hati.

Kali ini Maisarah melakukannya sedikit perlahan dari tadi. Kini tiba giliran Junaidi mencium dahi isterinya. Muka Maisarah sudah merah padam menahan segan. Junaidi mencium penuh kasih dahi Maisarah yang sudah menjadi isterinya itu.

“Muka awak merah padam. Awak suka eh kena cium dengan saya?” perlahan Junaidi membisikkan ke telinga Maisarah seraya tersenyum.

**************

Alhamdulillah. Dua hati selamat disatukan dengan satu kali akad.
Nii yang buatkan si penulis cerita nii terasa nak cepat-cepat kawen.
Amboii! Gatai naa. Dip pun terumbang ambing.
Fokus Mira fokus!!
Okay aku stop kat situ sebab sesaja nak bagi orang tertanya-tanya apa reaksi Maisarah lepas Junaidi cakap macam tuu.
Kejam tak aku? Tak kan?
Aku laa orang yang paling baik dalam blog nii.
Jumpa lagi naa dalam entry akan datang!
Adios!

Monday 19 May 2014

Aku Juga Manusia Laa

Assalamualaikum
dan selamat malam~
Hey readers and silent readers.

Malam nii nak share satu lagu yang best pada deria pendengaran cheq nii haa.
Lagu Amir Jahari.
Amir Jahari = Amir_ Ja_hari = Amira Jauhari
Ada bond ea di situ.
That's why I love most of his song.

Okay, lagu nii lagu baru Amir Jahari.
Baru tak baru adalah dekat lebih kurang 3 bulan atau 2 bulan lebih lagu ni keluar.
Tajuknya
"Aku Juga Manusia."

Kenapa aku suka lagu nii?
Honestly!
Aku memang suka dia punya bait-bait lirik dalam nii.
Penuh maksud yang menusuk jiwa dan qalbu.
Tak percaya?


Best kan?
Okayy. Aku memang suka jenis lagu-lagu sequpa nii.
Know what?
Aku betul-betul fall in love dengan lagu ni.
Okay bye!

Tuesday 13 May 2014

Untitled

Assalamualaikum!
Holla!
Hoi ya hoii~
Aduhaii, berhabuknya A&D.

Okayy. Tengah free2 nii tiba-tiba pulak terfikir macam nak design blog.
Untuk dua-dua blogs laa.
Yang official dengan private nii.

TAPI

Aku ketandusan idea.
Background nak letak warna apa?
Gelap tu personaliti aku.
Urmmm.
Tulisan nanti macam mana.
Konsep?
Oh no! What should I put on a new header.

Tolong boleh?
Tolong redakan.
Adios!