Thursday 20 December 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART20

Assalamualaikum ..  Salam Sejahtera . . 

Oke neh, sambungan lagi . . .
Aku baru boleh upload hari neh . . .
Yelah, hari neh laa nak free ckiet pun . .  Hari neh jugak laa nak merasakan freedom pun . . .
Hari laen sangat busy . . .
Neh entri kedua untuk hari neh . . . 
Belum baca entri sebelum neh ? SILA TEKAN SINI oii . .  
Haha. .  Lepas dah baca situ, baru meh usha sini oke . .  

*************
MAISARAH melipat telekung dan menyangkutnya di sebuah penyidai yang dikhaskan untuk menggantung telekung. Dia melihat jam di tangan. ‘Baru pukul 6.30 pagi.’ Tangannya mencapai novel ‘Cinta Tiga Suku’ karya Herna Diana. Walaupun novel itu sudah tiga kali dibacanya, dia masih sukakan babak yang diciptakan oleh penulis itu. ‘Romantiknya Arie. Kalaulah aku dapat suami macam Arie tu, mesti aku takkan lepas. Tapi, aku tak mahulah yang kerja pilot. Nanti selalu kena tinggal.

Penat membaca, Maisarah melihat keluar tingkap. Dilihatnya Alif Farhan dan Hamimah sedang bersantai di taman orkid mama. ‘Hmm. Dah kahwin pun abang aku sorang tu. Rasa macam baru semalam je abang Alif habis belajar. Tup tup dah kahwin. Nampaknya dalam rumah ni aku sorang je la masih belum berteman. Alahai, cemburunya tengok Kak Mimah dapat Abang Alif.’ Langsir tingkap ditarik.

Maisarah mengatur langkah ke bahagian dapur pula. “Hai, Kak Mira! Awalnya akak bangun. Yang lain mana?”

“Ada. Tapi diorang semua invisible. So, Mai tak boleh nampak diorang lah.” balasa Mia Amira dengan nada gurauan.

“Akak ni! Suka macam ni dengan Mai. Mai nak merajuklah.”

Mia Azlina yang baru menjengah ke dapur terus menyampuk, “Mai, Kak Mira kalau merajuk Abang Wan boleh tolong pujuk. Awak tu merajuk siapa nak pujuk?”

“Alaa. Kak Nina kan ada. Kak Nina pujuklah Mai,” lantas pinggang Mia Azlina dicuit. Maisarah tahu kakaknya seorang itu amat sensitif dan geli jika dicuit di pinggang kemudian tanpa sedar dia akan melatah.

“Oi mak kau pujuk aku pujuk engkau!” Latah Mia Azlina. Dalam keluarga Maisarah hanya Mia Azlina sahaja yang melatah. Entah turun perangai siapalah kakaknya itu. Mungkin juga perangai arwah moyangnya di Kuala Muda. Arwah moyangnya itu dahulunya seorang yang kuat melatah. Pantang terkejut atau dicuit sedikit pasti menjadi-jadi latahnya. Maisarah sudah siap mahu lari marathon. Bimbang kalau Mia Azlina buka langkah mahu mengejarnya. Kalau dapat tangkap dengan Mia Azlina, pasti lebam lengannya dikerjakan Mia Azlina. Cubitan yang sangat berbisa.

“Maisarah! Jangan lari! Akak berdendam dengan Mai ni!” ujar Mia Azlina.

‘Alamak! Kak Nina dah tumbuh tanduk. Baik aku selamatkan diri dulu.’ Maisarah terus membuka langkah. Sampai di ruang tamu dia terlanggar Alif Farhan dan Hamimah yang baru melangkah masuk ke ruang tamu. Mia Azlina hanya mampu melihat dan menerkup mulutnya dari menahan tawa melihat Maisarah accident terlanggar si ‘pengantin baru’.

“Ya Allah! Mai! Kenapa lari-lari macam budak kecil ni?”

Sorry abang, Kak Mimah. Mai nak selamatkan diri dari kena cubit dengan Kak Nina. Tak sangka pulak abang dengan akak kat sini. Tu yang secara separa sengaja ‘teraccident’ dengan pengantin baru. Aduh! Sakit kepala Mai terhantuk kat siku abang.” Alif Farhan buat tak tahu dengan aduan Maisarah. Ditarik tangan Hamimah ke dapur.

“Doktor Alif cuti hari ni. Cari doktor lain ya.” ujar Alif Farhan bersama senyuman mengejek yang sengaja dibuat-buat.

“Nina! Mai! Sarapan dah siap ni. Cepat datang sini. Orang lain semua dah ada.” jerit Mia Amira dari dapur. ‘Mak aih. Kuatnya suara Kak Mira ni.’ gumam Maisarah dalam hati. Mia Azlina dan Maisarah berjalan ke dapur untuk bersarapan.

“WAH! Nasi goreng! Nasi lemak pun ada. Ummi, cepatlah. Fakhri dah lapar ni.” ucap Fakhri dengan pelatnya.

            “Sabar sayang. Kita baca doa dulu.” ujar Maisarah.

            “Ok, hari ni siapa nak baca doa pulak? Hariss ke Fakhri?” ujar encik Radhiff pula. Senang hatinya melihat keluarganya yang bahagia. Tapi, masih belum lengkap. Maisarah belum punya teman.

            “Sebab hari ni Fakhri dah lapar sangat, dialah kena baca doa. Kan tok wan?” ujar Hariss petah.

            Tanpa menunggu sesaat pun Fakhri sedia mengangkat tangan dan membaca doa sebelum makan. Selesai mengaminkan doa, mereka semua makan dengan penuh berselera.

PANGGILAN telefon daripada ibunya pagi tadi menghilangkan mood Junaidi hari ini. Mujur sahaja hari ini hari minggu. Ibunya memintanya pulang ke Alor Setar untuk berbincang tentang calon isterinya. ‘Kenapalah ibu ni suka sangat paksa aku kahwin. Aduh. Nampaknya aku dah takde pilihan selain Mahirah anak kawan ibu. Huh! Lantaklah. Balik dulu, nanti adalah alasan aku nak bagi. Tapi, kali ni memang aku kena mintak bantuan Alif dengan Hanif. Kalau tak confirm lebur rancangan aku kali ni.’

            Junaidi bangun malas mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Hanif yang sedang membancuh air di dapur tidak ditegurnya. Moodnya memang betul-betul diterbangkan taufan katerina pagi tadi.

            Selesai mandi, dia mengenakan sehelai t-shirt hitam dan berseluar track. Dia segera mendapatkan Hanif di ruang tamu. Sebelum itu, dia ke dapur membancuh secawan milo panas. Dengan perlahan air yang masih suam itu disisipnya sedikit. Esok dia mahu bertolak ke Alor Setar. Memang dia tidak berniat untuk bermalam di sana. Beberapa kali Junaidi melepaskan keluhannya.

            “Kau dah kenapa Eddy? Sejak kau duduk sini, dah dekat sepuluh kali kau mengeluh. Kau ada problem ke? Story la kat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau ke.” biskut marie disuap ke mulutnya.

            “Apa lagi masalah aku kalau bukan pasal calon isteri Hanif. Aku buntu dah ni. Aku memang dah berserah kali ni. Memang aku ikut bulat-bulat cadangan ibu aku kali ni. Cinta kan boleh dipupuk selepas kahwin. Mungkin ni saja cara untuk aku settlekan masalah ni. Mungkin Mahirah memang jodoh yang ditetapkan Allah kepada aku.” penuh emosi Junaidi berbicara. Selebihnya dia tidak bersemangat apabila kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya.

            “Macam ni. Apa kata kita minta tolong dengan Alif. Mungkin dia ada cadangan untuk masalah kau ni. Aku memang fail lah bab ni. Ni bukan standard aku.” Hanif cuba bergurau. Namun, Junaidi hanya mampu mempamerkan senyuman yang bukan seikhlas hatinya. Separuh jiwanya pasrah, separuh lagi bersemangat mahu menentang cadangan ibunya.

            Telefon bimbitnya dicapai, lantas nama Alif Farhan menjadi sasarannya. “Helo Alif, kau kat mana?”

            “Aku kat Queensbay. Saja keluar jalan-jalan dengan Mimah. Kenapa?”

            “Kau tunggu aku kat situ. About 15 to 20 minutes I will be there with Hanif. Aku ada benda nak minta tolong kau ni.”

            “Oh, okay. Aku tunggu.”

            Selesai menetapkan tempat janji temunya dengan Alif Farhan, Junaidi dan Hanif segera bertolak ke Queensbay menaiki kereta Junaidi. Dalam hati Junaidi berdoa moga-moga Alif Farhan ada rencana yang lebih baik darinya. 


*************
Okeh . .  Agak2 korang, adakah Junaidi dapat melepaskan diri dari cadangan ibunya yang mahu menyatukan dia dengan gadis pilihan ibunya atau, dia mendapat cara lain untuk mengelakkan diri dari dijodohkan dengan gadis yang tidak langsung dikenalinya . 
Kalau nak tau . .  
Tunggu sambungan cerita merapu neh lagi okehh . . .
Daa . .  

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 19

Assalamualaikum 
 Salam sejahtera . . 

Wahai blog aku yang cantik . .  ekeke . . 
Alahai . .  Lama gilos x hapdett . . 
Sebelum tu jum la baca part 18 kat SINI ! SINI ! SINI! 
weee . .  pastu meh sambung kat sini . . .

************
KEHADIRAN Hamimah sebagai penghuni baru di rumah itu menceriakan lagi suasana rumah itu. Ramai kenalan-kenalan dan sanak saudara yang datang mahu meraikan bakal raja sehari yang sama cantik sama padan itu. Akhirnya berkahwin juga Alif Farhan dengan Hamimah. Seisi keluarga menerima kehadiran Hamimah ke dalam keluarga itu dengan tangan yang terbuka. Pastilah Maisarah yang paling gembira. Sudah lama dia menantikan detik ini. Detik penyatuan hati abangnya dengan si gadis yang memegang kunci hati abangnya.

            Junaidi segera melangkah kaki ke arah pintu masuk. Mahu mencari Alif Farhan. Mustahil dia tidak menghadiri kenduri teman baiknya sendiri. Sedang matanya meliar mencari kelibat Alif Farhan yang barangkali sudah lama menunggunya di situ, dia terlanggar seorang gadis yang sedang membawa jag air. Tidak semena-mena Junaidi disiram dengan air sirap. Basah baju melayu merah hati yang dipakainya.

            “Alamak. Maafkan saya. Saya tak nampak awak tadi,” dengan rasa bersalah gadis itu meminta maaf kepada Junaidi. Junaidi terpana melihat seraut wajah yang ayu berselendang putih bercorak bunga-bunga kecil merah. Lama Junaidi memerhati segenap wajah itu. Serasa dia pernah melihatnya beberapa kali sebelum ke sini.

            Dengan tindakan refleks gadis itu serta merta mencapai tuala kecil yang tersangkut di kerusi berdekatan lantas cuba mengeringkan baju Junaidi yang sudah lencun dengan air sirap. Junaidi hanya membiarkan perbuatan gadis itu.

            ‘Bukankah dia gadis yang aku jumpa masa kat pejabat Hanif hari tu. Maknanya instict aku memang betullah. Fuh! Kuat jugak naluri aku. Makin selalu aku jumpa si dia ni, makin cantik aku tengok dia. Ada iras-iras Alif sikit. Tapi, nama dia apa? Takkan nak tanya kot? Eii, malulah. Cantiknya dia. Muka dia time gelabah lagi cute. Aku . . .’

            Alif Farhan yang baru muncul dari dapur terkejut melihat Junaidi dalam keadaan basah lencun. “Eddy, Mai kenapa ni? Apasal kau basah ni Eddy?”

            Terhenti perbuatan si gadis. Junaidi tersentak lalu menarik muka tidak puas hatinya. “Ada orang tu bawa air tak tengok orang. Aku yang handsome ni pun dia tak nampak.”

            ‘Ya ampun. Mamat ni perasan pulak.’ Gumam Maisarah dalam hati. “Hei. Orang dah minta maaf lah.” Maisarah melemparkan jelingan tajam kepada Junaidi seraya tuala yang dipegangnya untuk mengelap tumpahan air di baju Junaidi. “Nah! Ambil kain tuala ni, lap sendiri. Buang masa saja melayan mamat perasan segak macam awak ni. Saya nak pergi layan kawan-kawan saya lagi bagus.”

            “Hei, cik adik minah senget. Lain kali jalan tu pakai mata sama. Tengok kiri kanan depan belakang. Jangan main redah saja. Menyusahkan orang betul. Dah la tak ada baju ganti. Sengal betul.” Junaidi melontarkan kata-kata tidak puas hatinya. Merah padam muka Maisarah menahan geram. Rasa mahu dipotong halus mulut Junaidi yang tiada insurans itu. Biar tidak boleh bercakap terus, boleh cakap pun tahu nak menyakitkan hati orang. Tanpa membuang masa, Maisarah terus ke dapur semula mengisi jag air yang telah kosong isinya kerana tertumpah tadi.

            Mata Junaidi tidak lepas memandang Maisarah. Alif Farhan yang melihat dapat merasakan yang sebenarnya Junaidi ada meminati adiknya. Tapi, tunggulah, bukti belum kuat. “Eddy, jomlah naik bilik aku. Aku ada sepasang baju lagi warna yang semacam dengan baju kau ni. Bolehlah kau tukar. Nasib baik saiz kau sama dengan saiz aku. Tak adalah susah payah nak cari baju ganti.”

            “Fuh, nasib baik kau ada. Kalau tak, baju basah ni la teman aku kat sini. Kau lain kali tunggulah aku kat luar. Takde lah susah aku nak cari kau.”

            “Hah. Sudah. Sudah. Kalau kau nak berleter kau duduk sini sorang-sorang. Aku nak naik bersiap ni. Hamimah tengah tunggu kat atas tu.” ujar Alif Farhan sambil melangkah ke arah tangga. Dia mahu lekas bersiap. Junaidi tanpa menunggu sesaat pun sudah pun berada di belakang Alif Farhan, membontoti langkah temannya naik ke atas. Baju yang basah harus segera ditukar.

ALIF Farhan melangkah penuh gaya bersama Hamimah yang cantik berpakaian baju kurung moden berwarna merah hati dan bertudung putih mutiara dihiasi kain lace merah hati yang berjurai ke belakang. Tema di rumah Alif hari ini ialah merah hati dan putih. Alif Farhan kelihatan begitu segak dengan baju melayu rona merah hati dan putih yang lengkap bersampin songket putih bercorak merah hati dan hitam.

            Ramai tetamu teruja melihat pasangan raja sehari yang kelihatan sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Junaidi yang menjadi pengapit Alif Farhan turut merasa teruja melihat rakannya bergaya raja sehari pada majlis penuh bermakna hari ini. Junaidi turut bergaya dengan baju melayu teluk belanga berwarna putih susu.

            Mata Junaidi terpandang akan seorang gadis. Siapa lagi kalau bukan Maisarah. Sedar kini dia turut menjadi perhatian tetamu yang hadir, dia mengikhlaskan diri untuk senyum. Raut Maisarah yang lembut seringkali membawa Junaidi singgah ke dunia khayalan ciptaannya sendiri. Hilang wajah bekas tunangannya, Zafirah yang kini mungkin sudah sah bergelar isteri kepada Asyraf. Dalam hati dia berazam mahu memiliki Maisarah. Ah, tapi itu tidak mungkin akan terjadi kerana Maisarah mungkin sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Paling tidak, mungkin ada sudah merisik-risik. Tapi, kalau belum berpunya itu satu peluang yang tidak akan dilepaskannya. “Ini kena minta bantuan ‘wonderpets’ tolong adjustkan kat aku,” tanpa sedar ayat itu terkeluar dari mulut Junaidi. Mujur perlahan sahaja bunyinya tidak didengari oleh sesiapa di situ dek muzik yang dimainkan DJ yang sangat kuat. Junaidi kembali menyuapkan nasi ke mulutnya. 

************
Hurmm . . 
Macam makin boring kan jalan cerita neh kan . . .
Neh percubaan pertama menukilankan cerita bersiri macam neh . . .
Nak test bakat ja . .  Haha . .
Kalau ada kelemahan sikit2 tu maaf lah yee . . 
Saya budak baru belajar ^^ 
Kalau salah tolong tunjukkan kepada saya jalannya . . . 

Semoga jumpa lagi di entri laen, Daa . .  

Saturday 10 November 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 18

Assalamualaikum . . .
Fuhfuhfuhfuhfuh...........fuhfuhfuhfuhfuh
berhabuk giler lah blog aq neh  . .  .
maklumlah student bahagian korporat . . mestilah sibuk kan . . . heee~~~
okay, x nak ckp bnyk . . 
Aq na sambung cerita merapu aq yang dah lama-lamaan tertangguh tu . . .
Hee ~~~ Sorry . . . 
jum . .  baca ^^ 

********************
JUNAIDI melangkah penuh keyakinan ke pejabat Hanif tengah hari itu . Seingatnya dia pernah menapak ke situ hanya dua kali . Entah apa mimpi si Hanif mengajaknya makan bersama hari ini . Disebabkan dia telah lama menunggu Hanif di luar pejabat , membuatkan dia berasa bosan menunggu . Lalu dia memutuskan untuk naik sahaja ke pejabat Hanif . Bukan dia tidak menelefon Hanif , tapi Hanif hanya membiarkan operator Celcom yang melayan Junaidi .

             Butang lif ditekan . Seketika kemudian , pintu lif terbuka luas . Ketika itu , seorang wanita keluar dari lif dalam keadaan yang amat kelam kabut . Junaidi hampir terlanggar tubuh wanita itu . Mata Junaidi galak mencari susuk tubuh yang hampir-hampir dilanggarnya tadi .
            
          Sedang matanya liar memerhati gadis itu , seseorang menepuk bahunya dari belakang . Junaidi berpaling dalam keadaan yang nyata terkejut . “Kau ke Hanif . Ek eleh . Ingatkan siapa tadi .” Hanif melemparkan senyuman kepada Junaidi . Belum sempat hanif membuka mulut , “ Hei . Kenapa kau turun lambat sangat ? Kau ingat aku ni patung ke nak tunggu kau lama-lama . Hanif . Hanif . Bilalah kau nak berubah ? Cuba kau tepati masa sedikit ....”

            “Kau nak makan kertas kerja ke kau nak makan makanan? Dah , kau jangan banyak berleter . Sebabkan aku yang bersalah , jom aku belanja kau makan . Tapi , kita naik kereta kau ye ? Aku malas nak drive laa .”

            “Kereklah mamat ni . Kedekut petrol pulak . Ok lah . Janji kau belanja makan tu pun dah besar rahmat .  Jomlah gerak . Aku nak kena balik klinik lagi ni .”

            Mereka berjalan pantas ke kereta Junaidi . “Aduhai , siapa pulak yang nak kena saman dengan aku ni ? Suka-suki je dia blok kereta aku . Aku tahu la kereta dia ni mahal pun . Tapi , agak-agak la . Aku pun pengguna kenderaan jugak . Haiisshh . Tak guna betul laa siapa tuan punya kenderaan ni ? Ni dah macam mana nak pergi lunch kalau dah kereta kena block macam neh . Kalau aku dapat siapa tuan kereta ni , aku nak sekolahkan dia kat sekolah memandu balik .”

            “Oi . Oi . Sudahlah tu . Aku tahu . Ni kereta bos aku . Aku dah telefon dia tadi . Dia cakap kejap lagi dia turun.”

            “Oh . Bos . Dia ingat dia bos kat sini dia boleh sesuka hati block kereta orang ?” Junaidi masih belum menamatkan sesi leterannya . Macam biasa , Hanif menjadi mangsa leterannya . Hanif sudah faham benar perangai Junaidi yang satu ini . Kalau dia benar-benar tidak berpuas hati , dia akan berterusan membebel . Kadang-kadang bosan juga dia melayan Junaidi sebab lelaki berleter memang susah nak jumpa dekat Malaysia ini . Kalau ada pun one in a million .

            Beberapa minit kemudian kelihatan seorang perempuan muda berjalan kearah mereka . “Haa . Tu pun bos aku dah sampai . Bos !” panggil Hanif sambil melambaikan tangannya ke arah wanita itu . Junaidi yang sedari tadi asyik berleter kini diam seribu bahasa . Bagaikan ada magnet di matanya yang membuatkan dia tidak lepas memandang susuk tubuh seorang gadis yang ayu berbaju pejabat serta lengkap bertudung menutup rambutnya . Sungguh Junaidi terpana melihat keayuan semulajadi gadis itu dan lebih parah kini dia telah jatuh hati dengan majikan rakannya sendiri .

            ‘ Fuh . Cantiknya . Tapi ... Aku rasa macam aku pernah tengok dia ni . Tapi kat mana ya ? Wait ! Bukankah dia adik Alif yang bongsu ? Yang aku jumpa kat kafe hari tu ? Tapi ... Kenapa dia nampak macam bergaya profesional sikit . Padahal yang aku jumpa dekat kafe tengah makan dengan Alif dulu , aku tak rasa dia macam ni . Sebab yang dulu tu nampak macam tak berapa matang . Hmm. Bukanlah ni.  Adik Alif macam baru belasan tahun . Sedangkan dia kat depan mata aku ni berpenampilan gaya seorang majikan yang profesional dan nampak kematangan dia jelas sangat-sangat . Dan aku boleh anggarkan yang dia ni umur lebih kurang dalam lingkungan 20-an tahun . Tapi ....”

               “Sampai bila awak nak duduk kat situ ? Macam mana saya nak alihkan kereta ni kalau awak  ada depan pintu masuk saya.” Terkejut Junaidi yang sedang melayan perasaan seorang diri . Dia mengucap panjang . ‘Ceh ! Muka je nampak ayu . Tapi , sekali cakap tak ada insurans ke apa mulut dia ? Hee ... Cancel ... Cancel ... Tak boleh buat calon isteri ni . Tapi ... Serius aku pernah nampak dia ni . Tapi kat mana ?’ Serentak itu majikan Hanif yang garang macam singa itu mengalihkan kenderaannya ke satu petak parkir yang kosong di situ .

                Sesudah itu dia menghampiri Hanif dan Junaidi semula .
            “Hanif, kejap lagi lepas lunch jumpa saya dekat bilik saya.” Sesudah itu dia berlalu ke arah pintu masuk bangunan pejabatnya. Hanif menganggukkan kepalanya. 

                “Oi Eddy! tutup mulut tu. Aku tahu laa bos aku tu cun pun.”

            “Cun amendenye? Garang macam singa, mulut takde insurans. Eii. Mak cik jiran sebelah rumah nenek aku lagi cun.” Junaidi menafikan.

            Hanif cuma menggelengkan kepala. Mereka berdua segera menaiki kereta menuju ke destinasi yang dicadangkan Hanif sebentar tadi. 

****************
okay , kali neh Si Junaidi dah terjumpa buat kali kedua. 
Dia x perasan pun kata itu Maisarah. . 
last aq update cerita neh, 09/09/12
now aq update hari neh ..  tarikh hari neh 11/11/12 
Haa. .  pandai x aq bajet . . . cukup2 2 bulan aq x update cerita neh . . .
hahaha . . 
okay, aq nak out dulu pergi study . . .
Adios ! ^^ 

Sunday 9 September 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 17

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera . . . 
Hai tawan2 . . .  Titew nak sambung cewite mewapu titew yg tertangguh . . .
Sebelum tu titew nak tunjuk cover untuk cewite neh , , , 
Memandangkan titew memei suke bwt design untuk mcm bnda . . . 
meh titew tunjuk . . 
jengjengjeng . . 


cantik x titew bwt ? 
haa . . .  klaw kowang nak bwt jgk p la bwt tat piZap.com . . . 
hew3 , . . . jum titew sambung cewite , , ,

*************
“ DENGAN lafaz bismillahirahmanirrahim , saya merasmikan pelancaran  majalah Intan keluaran baru syarikat kami . Sekian , terima kasih .” sejurus Maisarah selesai menuturkan lafaz perasmian , semua tetamu undangan memberi tepukan gemuruh kepadanya . Sambil tersenyum , Maisarah melangkah ke tempat duduknya semula . Dalam hati dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan urusannya hari ini .
                Zarif yang duduk di sebelah Maisarah menghulurkan sejambak mawar merah kepada   Maisarah tanda ucapan tahniah . “Mai . Tahniah . Good job.”
                Maisarah kelihatan serba salah tetapi menyambut juga pemberian Zarif kerana dia sedar banyak mata yang sedang memerhatikannya .
                Sejurus itu , mereka menikmati juadah yang disediakan oleh pihak hotel . Majlis pada makan malam itu tamat selepas upacara cabutan bertuah . Zarif mendekati Maisarah .
                “ Kau tak nak balik lagi ke ?”
                “ Aku tunggu abang aku datang jemput . Aku malas nak drive hari ni . Kau tak balik lagi ?”
                “ Aku nak balik lah ni . Tiba-tiba ternampak kau kat sini , aku datanglah tegur . kau nak aku hantarkan ?”
                ‘ Zarif nak hantar kau balik tu . Orang dah offer , jangan menolak .’ bisik hati Maisarah .
                ‘Jangan Mai . Entah-entah dia sengaja ajak kau balik dengan dia . Lepas tu bolehlah dia ambil peluang untuk mendekati kau macam dulu .’ bisik suara yang lagi satu .
                Lama Maisarah berfikir . “ Mai . What’ wrong with you . Jomlah aku hantarkan kau balik .”
                “ Thanks . But no , thanks . Menyusahkan kau saja . Lagipun , abang aku dah nak sampai .” tolak Maisarah dengan sopan . Bimbang akan mengcilkan hati Zarif pula .
                “ Jomlah . Bukan selalu aku hantar kau balik . Lagipun rumah kau one way je dengan rumah aku . Tak menyusahkan punya .”
                “ Eh , takpelah . Abang aku dah nak sampai ni .” ujar Maisarah yang berkira-kira untuk bangun . Belum sempat Zarif membalas kata-kata Maisarah , sebuah Toyota Harrier hitam berhenti di hadapan Maisarah . Lebar senyuman Maisarah . Tahulah dia gerangan pemandu kereta itu . Di sebelah pemadu ada seorang wanita yang sebaya dengan kakaknya , Mia Amira . Maisarah kenal siapa wanita itu .
                “ Aku balik dulu . Nanti jumpa kat office .” Segera Maisarah melangkah ke arah kereta itu dan mengambil tempat di seat belakang setelah berpamitan dengan Zarif sebentar tadi .
                Sebaik Maisarah menutup pintu , kereta yang dipandu Alif Farhan mula bergerak meninggalkan perkarangan hotel .
                “ Siapa tu adik ? Pakwe ke ?” tanya Alif Farhan bertujuan mahu menyakat Maisarah .
                “ Haishhh . Mana ada . Kawan sekerja la abang . Nama dia Zarif . Pembantu editor . Ada pulak abang pasang dia dengan Mai . Tak sesuai langsung .” Maisarah sengaja menarik muka .
                Hamimah mula memainkan peranan . “ Kalau jodoh takkan ke mana dik . Mana la tahu tiba-tiba Mai boleh tersangkut kat dia ke .”
                Alif Farhan mengangkat ibu jari . ‘Eleh abang ni . Seronoklah tu Kak Mimah bela dia . Tunggu la . Ada lori ada bas , ada hari Mai balas !’ Gumam Maisarah dalam hati . Geram benar dengan abangnya yang mula memasangkan dia dengan Zarif . “ Ok lah abang . Mai nak tidur . Sampai rumah Kak Mimah nanti kejutkan Mai ok .”
                Maisarah mula melayari bahtera mimpi . Seharian menguruskan majlis siapa yang tak penat . Nasib baiklah ada planner macam Kak Mida . Semuanya berjalan lancar tanpa ada cacat celanya tadi . Maisarah hanyut dibuai mimpi .

JUNAIDI memeriksa rekod pesakit-pesakitnya yang bersepah d atas mejanya . Semakin hari , semakin banyak kerja . Kata-kata ibunya mula bermain di fikiran . Kalaupun dia terpaksa berkahwin dengan ibunya kini , dia redha . Nampaknya dia sudah tiada jalan lagi . Semua yang bermain di fikirannya bertemu jalan buntu . Otaknya semakin hari semakin kusut . Mana nak fikir hal pesakit , mana nak fikir soal permintaan ibu . Nasib baiklah ayahnya tidak seperti ibunya . Kalau tidak mahu lagi kusut Junaidi memikirkannya .
                “Eddy ada lagi seminggu . Kalau Eddy tak dapat calon jugak , mak nak Eddy kahwin dengan Mahirah anak kawan mak . No if no but . Eddy tu dah terlebih layak kahwin dah . Orang yang sebaya dengan Eddy pun dah beranak pinak dah . Eddy bukan kata anak , isteri pun belum ada . Jangankan isteri , calon pun tak ketahuan lagi . . .” panjang lebar ibunya berleter . Kalau tidak kerana ada panggilan kecemasan di klinik , lagi lama ibunya membebel . Habis diungkitnya cerita zaman tok naduk dulu kala .
Kata-kata yang panjang lebar itulah kini sedang bermain di benak Junaidi . Dia buntu . ‘ Siapa lah nak boleh tolong aku kali ni ? Hmmm . . .’
Telefon bimbitnya berdering lagi . ‘Harap-haraplah kali ni bukan mak lagi . Kalau tak , makin kusut kepala aku .’ Gumam Junaidi dalam hati sambil matanya menjeling-jeling ke skrin telefon bimbitnya itu . Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat nama Hanif  yang terpapar di skrin . ‘Nasib baik kau Hanif .’

PETANG itu , seperti yang dijanjikan . Hanif menunggu Junaidi di kafe Intan Sari selepas waktu bekerja . Tangannya melambai-lambai ke arah Junaidi . Sengaja dia mahu mengajak Junaidi menemaninya minum petang hari ini . Sejak kebelakangan ini Junaidi kelihatan semakin serabut . Senyum yang diukir bagaikan terpaksa sahaja .
                “Hanif . Ada apa kau nak jumpa aku kat sini ? Tak boleh jumpa kat rumah ke ?”
                Sambil tersengih Hanif menjawab ,”Alaa . Bukan selalu nak boleh melepak dengan kau . Asyik busy memanjang . Tu la pasal aku ajak lepak sini . Kau tak suka ke ?”
                “Aku tension lah Hanif . Mak aku tu . Takde benda lain dia nak sebut lain dari sebut pasal kahwin segala . Aku ada bagitau dia yang aku tak nak kahwin lagi . Macam biasa lah . Diugutnya aku , kalau aku tak boleh nak bawak balik calon bakal isteri , dia nak kahwinkan aku dengan Mahirah anak kawan dia . Eii . Tak nak aku . Lemah sendi lutut aku .”
                “Eddy , Eddy . Seriously , aku kesian tengok kau . Tapi , aku pun tak mampu nak buat apa-apa . Hanya mampu melihat . Selebihnya kau sendiri lah selesaikan .”
                “Kereklah kau Hanif . Kau tolonglah aku cari calon isteri . Tak sanggup aku nak dengar mak aku tu berleter suruh kahwin . Aduhai . Masak otak aku fikirkan benda-benda ni . Semak kepala .”
                Hanif mengetuk hujung jarinya di meja . Dia juga tidak tahu bagaimana mahu menolong rakannya itu . Air sirap limau yang berbaki disedut perlahan .
                “Hanif . Kau kena tolong aku kali ni . Seriously  , I really need your help . Kalau kau nak suruh aku melutut , aku buat Hanif . Janji kau sanggup tolong aku .” Junaidi sudah pun bangun mahu melutut di hadapan Hanif . Dia memang berharap benar Hanif dapat membantunya . Namun , belum sempat Junaidi merendahkan badannya , Hanif terus memaut bahu Junaidi menghalang tindakannya itu .
                “Bro . Agak-agaklah . Tempat awam ni . Malu aku .” Junaidi duduk di tempatnya semula . Dia mula tunjuk ‘puppy face’nya yang kononnya comel itu .
                “Dah la . Jom kita balik bincang hal ni kat rumah . Aku rasa aku ada satu cadangan baik punya.” Mendengar kata Hanif itu Junaidi segera tersenyum . Mereka beransur pulang ke rumah mereka . Sekurang-kurangnya janji Hanif itu menyenangkan hati Junaidi dua puluh peratus . 

***************
okey la tawan2 . . .
titew nk pegi sambung bacew ekonomi neh . . . 
esok lecturer titew ckap nak bwt kuiz . . 
titew da ready . .  insyaAllah . .  boleh jawab aikhhh . . . 
tawan2 doakan titew okey . . 
daa . . . sayang u all . . .
hew3 . . 



Wednesday 5 September 2012

Aku sedar Aku Sapa . .

Assalamualaikum . . . 
Wei . . . Neh aku nak lepaskan kesedihan aku kat sini . . .
First of all . . Aku nak habaq buat masa neh aku x boleh nak upload cerita aku tu kat sini sebab dokumen cerita tu ada kat dalam netbook aku yang rosak tuu . . . 
Kat poli aku guna laptop bukan netbook . . .
Aku balik pun mungkin nanti kot . . . Time raya haji . . .  Hmmm . . . Lambat lagi kan ? 
Adoyaiii . . . Boleh hilang peminat neh . . . (adeh ! bajet femes plak . . . blah la wei !)
Sbenaqnya aku nak ceta . .  
Dua ketiga hari neh aku rasa sedih sangat . . .
Banyak benda yang buat aku sedih . . . 
First sekali . .  Aku sedih sangat sebab 'org tu' dah x contact aku . . .
X pa . .  aku paham . .  Mungkin dia busy sebab dia sekarang tengah settlekan hal pendaftaran dia . . .
X kesahlah kan . .  Dia nak settlekan benda yang mencerahkan masa depan dia . .  
Tapi , aku sedih sangat sebab ada la orang neh . . 
Malas aku nak cakap sapa nama dia . .  Bukan apa , takut satgi bila dia terbaca , dia terasa plak . . . 
Oke . .  Dia suruh aku cakap apa perasaan aku kat dia . .  
Aku dah cakap laaa . .  Yang aku memang x dak perasaan apa2 kat dia . . . 
YA ! Aku mengaku , dulu memang aku pernah suka dia . .  
TAPI ! Aku pun ada harga diri . Aku sedar aku neh sapa . . . 
Aku x layak jadi lebih dari kawan yang baik untuk dia . . . Aku hanya mampu menjadi kawan jaa . . . 
TAPI aku tetap SAYANG kat hang wei . . .  !
Aku x paham , kenapa orang selalu salah ertikan perasaan SAYANG neh ? 
Padahal SAYANG tu universal kot . .  Semua orang boleh menyanyangi dan disayangi . . .
Tu kan fitrah manusia . .  (Amek sikit ayat ustazah Ainul Farhaan) 
Memang aku mengaku , aku sangat jeles bila tengok dia dengan orang lain beramah mesra . . 
Tapi , dengan aku , aku rasa dia buat aku macam PATUNG ja . . 
Bila mau , pegang , belai , peluk . . . Bila x mau , simpan dalam stor . . .
Meh aku nak habaq . . . 
Aku pun MANUSIA wei !!! 
Sama macam hang  . . .  Aku ada hati dan perasaan yang perlu dijaga . . . 
Aku bukan barang mainan hang . . . 
TAKE NOTE . . . 
AKU JUGAK MANUSIA OKE !!!! 
>tahap geram kat tingkat yang agak tinggi< 
Paling aku geram , ada plak orang yang aku percaya merosakkan kepercayaan aku kat dia . . .
Prinsip aku senang ja . . .
ONCE ORANG YANG AKU PERCAYA MEROSAKKAN KEPERCAYAAN AKU TERHADAP DIA SELAMANYA AKU TAKKAN PERCAYA KAT DIA DAH 
Bukan nak selfish or something like that . . . 
Tapi , sapa nak percaya kat org yg dah pecah amanah . . . 
Heiiiiiii . . . .
Xtau aku nak describe cena dah hati neh . . .
Walaupun aku neh luaran nampak macam tabah , confident , x kesah apa2 yg jadi kat aku . . .
Tapi sebenaqnya aku neh DALAM HATI ADA TAMAN derrrr . . . 
Haa . . . Senang cakap aku neh cepat tersentuh a.k.a terasa baq hianggggg . . .  
Ya la kan . .  Dia enggang ,  aku neh pipit jaa . . . 
Pipit mana layak terbang sama dengan enggang . . . 
Aku tau aku neh banyak kekurangan dari kelebihan . . .
TAPI . . . Aku percaya Allah dah atur hidup aku . .  Aku redha ja . .  
Aku tau ada hikmah di sebalik semua neh . . .  
Tuhan sedang menguji . . .  
InsyaAllah . . . Selagi aku termampu , aku akan terus tabah walaupun aku neh x la setabah mana . . . 
Dari segi fizikal , aku neh overweight , x cantik , besaq lebaq , mata kecik , pakai spek , pastu x reti bergaya , skema ,  old-fashionable . .  
Dari segi ilmu plak . .  Aku sedaq , aku neh kurang berilmu . . . Tengok result SPM pun dah boleh agak kan aku neh yg camna . . . 
Agama x la pandai sangat . .  Tapi sekurang-kurangnya aku ada asas . . . Pastu baca quran pun tergagap-gagap . . . Kadang-kadang tajwid pun K.O kan . . .
Senang cakap , aku banyak kekurangan la dari kelebihan . .  . 
TAPI . .  Aku tetap bersyukur Allah bagi kat aku macam neh . . . 
Mungkin perangai aku akan jadi teruk kalau Allah bagi lebih dari yang aku ada sekarang . . . 
>entry aku mlm neh banyak TAPI< 
Sekarang , aku nak janji kat diri aku sendiri . . . 
Aku nak janji . . . DALAM masa 3 tahun aku bertapak kat POLITEKNIK Tuanku Syed Sirajuddin neh aku XKAN sekali2 jatuh CINTA kat sapa2 sekali pun . SEBAB niat aku mai sini nak belajaq . Aku nak buktikan kat semua orang yang duk perleceh aku yang aku pun boleh jadi yang THE BEST AMONG THE BEST . ..  
Aku janji kat diri aku yang aku akan usaha sungguh2 untuk dapatkan ANUGERAH DEKAN . . . 
Dan aku harap sangat2 anggota belajar aku sedia memberikan kerjasama kat aku . . .
Pastu aku harap jugak aku akan GRAD. pada tahun 2015dengan jayanya tanpa perlu mengulang sebarang paper . . . INSYAALAH . . . 
Sekarang , aku sedar aku neh bukan sapa2 kat dia . . .
JAdi , angan2 , mimpi2 yang x masuk akal tu aku lupakan saja . . .  
Yang aku nak sekarang AKU NAK JATUH CINTA DENGAN SEMUA SUBJEK YANG AKU AMEK.
Aku  ada kekuatan aku sendiri . . . 
Iaitu FAMILY aku yang aku amat sayang . . . Kawan2 yang selalu bagi aku semangat bila aku fall down . . .
Aku ada MAI yang selalu senyum kat aku . .  Senyum dia pengubat luka kat hati aku . . . 
YANG PALING PENTING . . .
Aku ada ALLAH s.w.t. yang AKU YAKIN DIA sentiasa bersama aku dalam apa jua keadaan sekalipun . . 
oke . .  Sekarang . .  aku nak p sambung buat kerja aku yang tertangguh tadi . . .
Tadi hati x tenang . . . Tapi , bila dah bercerita kat keyboard neh rasa lega 70% . . . 
Alhamdulillah . . .
Lailatusai'dah . .  Ma'asalamah . .  Ilaliqa' . . . 

Friday 24 August 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 16

Assalamualaikum .. 
Selamat Hari Raye . .  Maaf Zahir Batin .
Haa . .  Acena qaya korg ? 
Ok kut nuh . .  Seriously , qaya taun neh x syiok . . 
Bukan x syiok sangt2 . .  tapi bosan la ckiet . .
Nak tgok apa yg beshh ? P usha Lurve , Life , Moments nun . . 
site neh tempat melalut dgn cerita yg x hape2 n x tau bila nak ceap . . 
Ok . . Jum kita sambung ceta selanjutnya . . 
************
“ WAH ! Macam sedap . Kau masak eh ?” Junaidi mengambil tempat di hadapan Hanif . Aroma nasi goreng yang kononnya air tangan Hanif menusuk hidungnya . Seleranya terbuka untuk menjamah sarapan pagi hari ini .
                “ Ha’ah . Memang bertuah la kawan kau sorang ni nak masak . Masak air aku tau la .” ujar Hanif yang duduk berhadapan dengan Junaidi .
                “ Saleha anak mak cik Mun yang hantar tadi . Khas untuk kau Ahmad Junaidi .” sambung Hanif lagi . Tersedak Junaidi yang sedang menikmati sarapan paginya setelah mendengar nama Saleha . Serentak itu terhenti suapannya . ‘Aduhai Saleha . Pagi-pagi kau dah spoil kan selera makan aku .’ Ratap hati kecil Junaidi .
                “ Err . Hanif . Aku keluar dululah . Aku ada benda nak settle pagi ni .” Tanpa menunggu sesaat pun Junaidi mencapai beg bimbitnya dan kunci kereta lantas bergerak tanpa sempat Hanif berkata walau sepatah .
                “ Ek eleh , pantang je orang sebut nama si Saleha , cepat je dia pergi . Junaidi , Junaidi . Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang nakkan kau Eddy . Untunglah orang kacak berduit . Ni nasi goreng ni siapa nak habiskan ?” omel Hanif sendirian . 
                   "Kau je lah habiskan . Aku dah lambat ni . Karang Irfan tu mengamuk pulak . Banyak pesakit hari ni . Aku pergi dulu ." Junaidi kelam kabut mencari alasan dan bergegas keluar dari rumah sebelum Hanif semakin galak mengasak-asak nama Saleha ke telinganya . 'Sorry la Hanif . Terpaksa bohong sunat . Bukan selalu , sekali -sekala je.' 
                  Hanif pantas mengemas meja makan sesudah makan . Bimbang terlambat sampai pula ke pejabat . Tambahan pula , hari ini dia mempunyai mesyuarat bersama ahli jawatankuasa majlis pelancaran majalah yang telah ditangguhkan .

ADIBA melangkah ke bilik Maisarah bersama buku catatan aktiviti majikannya di tangan .  buku yang sarat dengan jadual bosnya yang tak pernah habis itu sentiasa dalam pegangannya .
“ Puan , hari ni puan ada meeting dengan staf tentang majlis pelancaran majalah yang tertangguh tempoh hari . Kemudian , puan ada lunch dengan Puan Asmida yang ceremony planner untuk confirm kan bilangan tetamu yang bakal hadir .” lancar Adiba menuturkan kata-kata . Senyuman manis terukir di bibir mungil gadis itu .
                “ Itu saja kan Adiba ?” Maisarah membalas senyuman pembantu peribadinya .
                “ Ya , Cik Maisarah .” Adiba seraya mengangguk . “ Kalau tak ada apa-apa , saya minta diri dulu ya .”
                “ Baiklah , awak boleh keluar .”
                Maisarah meletakkan tas tangannya di atas sebuah meja kecil yang terletak bersebelahan dengan meja kerjanya . Tangannya lincah mengemas fail-fail yang berselerakkan di atas mejanya . ‘ Fuh ! Berselerak sungguh . Meja siapa lah ni ? Anak siapakah ? Kalau mak mentua tengok bakal menantunya buat kerja berselerakan macam ni boleh jadi dia akan batalkan hasrat nak ambil aku jadi menantunya .’
                Sedang asyik Maisarah mengemas mejanya , telefon bimbitnya menjerit minta diangkat . Dilihat nama abangnya , Alif Farhan terpapar di skrin . Tanpa menunggu sesaat pun dia mengangkat panggilan abangnya .
                “ Ya , abang . Ada apa ?”
                “ Mai busy tak petang nanti ? Abang nak suruh Mai temankan abang beli cincin untuk Kak Mimah nanti . adik kan perempuan . Mesti tahu taste Kak Mimah macam mana kan ?” Riang suara abangnya menyapa di hujung talian . Mentang-mentanglah bakal menjadi empunya Hamimah tak lama lagi .
                “ Insya Allah bang . Abang nak pergi pukul berapa ?” Maisarah juga menumpang kegembiraan abangnya . Bakal bertambahlah ahli keluarga Dr Radhiff . Tambahan pula , Hamimah sudah dikenali seisi keluarganya sejak zaman sekolah lagi . Mungkin baru sampai jodohnya . 
                “ Lepas Asar abang ambil Mai dekat office . Solat siap-siap tau . Nanti kelam-kabut pula .” Pesan Alif Farhan kepada adiknya . Dia memang teliti soal agama . Untunglah Hamimah dapat suami prihatin tentang agama macam Alif Farhan .
                “ Ok . Set . Tapi nanti abang kena hantar Mai ke pejabat balik tau . Kereta Mai ada kat sini .”
                “ Yes , ma’am . Ok . Pergi sambung kerja . Sorry kacau adik time macam ni . Thanks ya dik .”
                Sejak Alif Farhan bercadang untuk berumah tangga , Maisarahlah yang banyak membantunya menyediakan kelengkapan untuk majlis tersebut . Pejam celik Cuma tinggal lagi 2 minggu sahaja untuk Alif Farhan menyandang bujang tra tang tang .

“OK . Memandang kata sepakat dah tercapai , dan saya yakin semua tahu bahagian masing-masing kan ?” Semua staf mengangguk perlahan mengiakan kata-kata majikan mereka . “Pastikan semua bahagian berjalan lancar . Kalau ada apa-apa masalah boleh contact Encik Zarif atau straightly contact me . Setakat ni ada apa-apa pertanyaan ?”
                Hanif mengangkat tangan . “Er , Cik . Saya ada satu soalan .”
                “ Silakan .”
                “ Invitation kita  terhad kan ? So , the card will be given to the VVIPs only  , am I right ? ”
                “ Oh ya . I almost forgot about our invitation . Yes , our invitation is too limted . Jadi , awak dengan krew awak hanya siapkan kad or maybe a pass limited for for VVIPs only .”
                Hanif mengangguk , “Baik bos .”
                “ Anything else ? Kalau tak de apa-apa boleh dismiss .” 

**************
Apalah kesudahannya . .  
Dekat sebulan baru buleh bukak blog neh . . .
Acena tuhh ? 
Tapi , nasib baik neh tempat upload cerita neh ja . . 
Kalau update pasai life , ergghhhh ! apa pun x bole . . .
Sapa nak tau pasai life aq mcm besa . . 
p la jalan-jalan kat official blog aq . . . 
Haa . . . oke nahh . . . Aq mnx diri dulu . . .

p/s: sapa ada ayat untuk kita terangkan kepada orang melayu yang x paham bahasa melayu yang kita dah x mau terjebak dengan dunia couple2 yang membosankan neh ? Cer bagi kat aq ckiet . . . IM aq kat FB oke . . . thanks . . . 

Tuesday 24 July 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 15

Assalamualaikum
salam sejahtera . .
Ahlaan wasahlan . .  
Salam 1 Malaysia . .  Muehehehe . .  
Firstly , macam besa la . .  aq nak minx jutaan maaf atas kecuaian aku meng'hapdett' blog neh . . 
Besa laa . .  
Sejak2 aq da jadi siswi kat Politeknik Arau neh , 
hdup aq 180 drjh berputar . . 
hadoii .. 
Memandangkan hari neh aku x bizi , ,
Aku nak sambung la ckiet ceta meqapu aq tuu . .  
Adehaii . . . Bila la nak habeh . . . 
Oke . . Jum chill read !! ^^

***************
RAFIDAH dan Hamimah duduk bersantai di sebuah kerusi di taman rekreasi . Hari cuti begini jarang dia punyai peluang untuk beriadah . Maklumlah , tugasnya sebagai guru memaksanya bekerja walaupun bukan hari bekerja . Mujurlah minggu ini minggu peperiksaan . Tidaklah dia sibuk . Tugas menanda kertas-kertas jawapan bukan boleh dilakukan jika diri sedang tertekan . Oleh itu , dia memutuskan untuk mengikut Rafidah beriadah di taman ini .
                Teringat lagi kali pertama dia berjumpa dengan Alif Farhanlebih kurang beberapa tahun yang lalu . Itulah kali pertama mereka bersua . Ketika itu dia sedang melakukan ‘slow jog’ bersama Mia Amira . Entah bagaimana kakinya kejang . Mujurlah ketika itu , Alif Farhan ada . Ketika itu Alif Farhan sedang beriadah bersama rakan-rakannya .
                Melihat keadaan Hamimah yang menahan kesakitan , Mia Amira berasa panik . Lalu dia menjerit meminta tolong . Alif Farhan dan rakan-rakannya yang mendengar jeritan adiknya itu segera mendekati dua wanita itu . Alif Farhan serta merta membantu Hamimah . Bermula dari hari itu , setiap kali Mia Amira mahu keluar berjumpa Hamimah pasti dia mahu mengekorinya . Dalam diam Hamimah turut menyimpan perasaan terhadap Alif Farhan . Cuma tidak diluahkan . Bukan ego tetapi malu . Malu tapi mahu .
Beberapa bulan berkenalan , Alif Farhan kerap berjumpa dengan Hamimah tanpa pengetahuan adiknya , Mia Amira . Malah dia tidak memberitahu hal ini kepada Mia Amira . Bimbang nanti diketawakan oleh adiknya yang satu itu .            
Selepas masing-masing berani menyatakan rasa , Alif Farhan pula terpaksa ke Ireland selama beberapa tahun meninggalkan Hamimah di bumi Malaysia . Kali terakhir dia berjumpa dengan Alif Farhan ialah pada malam kenduri di rumah Alif Farhan sebelum berangkat ke Ireland .
“ Kak ! Amboi termenung jauh sampai Fidah panggil tak berdenyut .”
Terkejut Hamimah dengan sergahan adiknya . Hilang bayangan Alif Farhan yang sebentar tadi menyapa dirinya . “ Ya Allah . Sorry dik . tiba-tiba akak teringat kenangan dulu-dulu .” Tersengih-sengih Hamimah menyambut huluran botol air mineral dari Rafidah .
“ Hmm . Ya lah tu . Eh ! Kak . Tu macam abang Alif kak . Macam kebetulan pulak ya . Haii . Cinta lama bersemi semula .” Kata Rafidah sambil tangannya menuding ke arah tiga orang pemuda yang sedang bersantai berhampiran mereka .
“ Adik silap orang kot . Adik kenal ke abang Alif ?” Sengaja dia menidakkan walaupun hatinya kuat menyatakan salah seorang dari tiga pemuda itu Alif Farhan .
“ Betul lah kak . Lelaki tu lah yang Fidah jumpa masa naik flight dari Ireland nak balik Malaysia . Tak percaya , tengok ni Fidah nak panggil . Kalau diorang menyahut , maknanya betullah tu .” Tanpa menunggu sesaat pun Rafidah menjerit memanggil nama Alif Farhan . “ Abang Alif !”
Tiga pemuda yang tadi seronok bersantai tercengang mencari-cari arah suara itu . Paling tercengang sekali mestilah Alif Farhan . Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat Rafidah melambai-lambai ke arah mereka . Dilihatnya , Rafidah sedang menarik-narik tangan seseorang memaksanya bangun . Lemah sendinya apabila melihat raut wajah yang sering menjadi teman tidurnya .
Junaidi dan Hanif di belakangnya sudah membunyikan muzik ala-ala paluan kompang tak jadi . ‘Eh ! Dua orang ni . Aku lambung naik kat pokok jugak nanti . Dah la muzik tu tak sedap langsung .’
Dalam keadaan yang masih tidak percaya , kakinya melangkah ke arah Hamimah . Beberapa langkah sahaja dia sudah tegak berdiri bertentangan dengan Hamimah . Rafidah yang tadinya menjadi orang ketiga antara mereka sudah berlari mendapatkan Junaidi dan Hanif . Memberi peluang kepada dua orang itu untuk mengikat kembali tali kasih yang semakin longgar .
“ Hamimah .” sebaris nama indah itu terucap di bibirnya .
Hamimah tertunduk malu . Sungguh dia tidak menyangka . Masih segar ingatannya tentang peristiwa dahulu yang berlaku di sini juga . Sekali lagi tempat ini menjadi saksi pertemuan antara dua hati yang lama terpisah .
SEPANJANG perjalanan pulang dia tersenyum sendiri . Betapa berbunganya hati lelakinya sekarang hanya Tuhan yang tahu . Betapa senangnya hati apabila lamarannya disambut oleh Hamimah . Kali ini sungguh dia tidak mahu bertangguh lagi . Makin ditangguh makin terseksa . Dia mahu segera menyelesaikan perkara baik ini secepat mungkin .
                “ Cikgu Nor Hamimah binti Shahriman  . Will you marry me ? Jadi yang halal untuk Dr.  Alif Farhan bin Radhiff ?” Penuh perasaan dan lancar Alif Farhan melamar Hamimah .
                “ Dr. Alif Farhan bin Radhiff . Saya setuju .” Serentak itu bunyi tepukan gemuruh dari tiga orang yang menjadi pemerhati sejak awal lagi . Hamimah yang malu terus tertunduk tanpa sebarang kata .
                Alif Farhan tersentak tatkala mendengar telefon bimbitnya berdering minta dijawab . Dia melihat di skrin . ‘Mira.’ Tanpa menunggu sesaat pun dia terus menjawab panggilan adiknya itu .
                “ Ya , Mira . Abang dah on the way ni .”
                “ Oh ya ka . Ni Mira nak bagitau yang Mai dah ada kat sini . Kitorang pun dah get ready nak balik dah .”
                “ Amboi Mai ni . Cepat je dia bila dengar pasal abah . Tak pe lah . Lagipun abang memang nak kena ke klinik kejap . Ada benda sikit nak settle . Mira dengan abah balik dulu la dengan Mai .”
                “ Baik abang . Arahan diterima .” kata Mia Amira . Seperti koperal menerima arahan dari tuan lagaknya .
                Talian diputuskan . Alif Farhan meneruskan pemanduannya . Malam ini segalanya perlu diselesaikan . Malam ini dia mahu menjemput Hamimah untuk makan malam di rumahnya . Sekali gus untuk memperkenalkan kepada seisi rumah bahawa Hamimah yang bakal mengisi ruang hatinya yang kosong .

“ ABAH , Mama dan semua adik-adik abang . Sebelum kita makan , abang ada satu pengumuman yang sangat-sangat penting dan bakal mengubah kehidupan abang kalian yang kacak ni .” Sempat lagi dia menayang gigi macam iklan colgate .
                “ Alahai . Abang cakap la cepat . Nina dah tak sabar ni . Mama masak nampak sedap je malam ni .” Mia Azlina menyatakan ketidaksabarannya mahu menikmati makanan yang istimewa malam ini .
                “ Eh . Sabar la . Abang tak habis cakap lagi ni .”
                “ Kejap . Biar Mai yang teka . Abang nak kahwin kan ? Dengan siapa bang ?”
                “Eh . Eh budak ni . Cepat je dia . Ha’ah abang nak kahwin . Nak tahu ke dengan siapa ? Kejap abang pergi panggil .” Terkocoh-kocoh Alif Farhan berjalan ke hadapan rumah . Mahu menjemput Hamimah masuk ke dalam . Dia tahu Hamimah sudah lama menunggu di luar . Sengaja dia mahu buat kejutan kepada seisi keluarganya .
“ ASSALAMUALAIKUM .” Suara lunak yang penuh kesopanan dan kelembutan menyapa keluarga Dr. Radhiff malam itu .
                Tersedak Mia Amira mendengar suara yang amat dikenalinya itu . Hazwan menggosok perlahan belakang isterinya itu . “Hamimah !”
                “ Okay . Abang nak satu rumah tahu yang tak lama lagi Hamimah bakal menjadi sebahagian daripada keluarga kita nanti .”
                Mia Amira yang seakan tidak percaya bahawa di hadapannya itu adalah Hamimah terus mendekati tubuh itu . Satu saat . Dua saat . Tiga saat . Hamimah sudah berada dalam pelukan rakannya itu . Dia sendiri tidak percaya yang dia akan menjadi kakak ipar kepada rakan baiknya sendiri .
                “ Abah dengan Mama setuju dengan pilihan Alif . Lagipun memang abah dan mama dah kenal dengan Hamimah ni dari zaman Mira sekolah rendah lagi . Eh , Hamimah . Kenapa berdiri je tu ? Jemputlah duduk .” Pelawa Encik Radhiff mesra .
                “ Ha’ah . Lupa pulak mak cik nak jemput Hamimah duduk . Patutlah si Alif ni dari tengah hari tadi asyik ingatkan mama suruh masak sedap-sedap . Mama ingat dia nak ajak kawan dia , Junaidi makan malam kat sini . Rupanya , mama salah .” tambah Puan Munirah pula .
                Hamimah mengambil tempat di sebelah Maisarah . Dia perlu membiasakan diri dengan keluarga ini .
                “ Ibu , bila kita nak makan ni ? Dari tadi asyik cakap-cakap je . Arissa dah lapar ni .” rengekan Arissa menyedarkan semua yang berada di ruang makan itu .
                “ Alahai cucu atuk yang cantik ni lapar ya ? Ok . Jom kita makan . Siapa nak baca doa makan ?”
                “ Hariss nak baca . Hariss nak baca . Dekat sekolah pun selalu Hariss yang baca .” Hariss mengangkat tangannya meminta perhatian .
                “ Ok . Hariss baca doa . Angkat tangan semua .”
                Lancar bacaan anak saudara Maisarah yang banyak cakap itu . Selesai mengaminkan doa yang dibaca Hariss , mereka semua menikmati makan malam yang disediakan oleh Puan Munirah  dengan dibantu tiga orang puterinya , Mia Amira , Mia Azlina dan Maisarah .
                ‘ Wah , abang Alif dengan Kak Hamimah . Kak Mira dengan  Abang Wan . Kak Nina pulak dengan Abang Firdaus . Aku dengan siapa ? Tunggu je la . Kalau dah jodoh tak ke mana .’

Junaidi memandang sepi fotonya bersama Zafirah yang diambil semasa hari pertunangan mereka dahulu . ‘ Buat apa aku nak ingat dekat orang yang mungkin dah menjadi milik orang lain ? Entah-entah diorang dah kahwin dah pun . Nasib kau la Eddy .’
                Dia mencapai foto itu dan mengeluarkannya daripada bingkai yang bersaiz sederhana itu dan mengoyak foto itu . Matanya memerhati tong sampah di bilik kerjanya dan Hanif . Sekelip mata gambar tersebut bersemadi di dalam tong sampah itu .
                Junaidi berseorangan di kamar kerja ini . Hari sudah larut malam . Dia tidak dapat melelapkan mata . Jadi , dia mengambil keputusan untuk berteleku di bilik kerja . Hanif sudah hanyut dibuai mimpi .
                Tiba-tiba dia teringat akan adik kepada rakannya itu , Alif Farhan . Otaknya sempat merakamkan wajah itu melakarkan senyuman manis . Walaupun senyuman itu bukan untuknya , tetapi Junaidi tetap merasakan Maisarah sedang giat melemparkan senyuman manis itu kepadanya . ‘ Hey , adik Alif . Siapa nama kau ? Kenapa aku selalu teringat dekat kau ? Rasa ni hanya pernah wujud sejak aku jatuh pandang pertama dengan Zafirah dulu . Kau insan kedua membuat aku gila bayang macam ni adik Alif .’
                Tanpa sedar , Junaidi terlena di bilik kerjanya bertemankan bayangan Maisarah . 

****************
Adoi . . . letih dah tangan menari kat keyboard neh . . .
untunglah kat poli neh aku blajaq keyboarding skill . . .  
sekurang-kurangnya ia membantu aku serba sedikit . . .
oke laa , aku pun da mengantuk neh . . . 
See you soon . .  Nite . . .