Thursday 2 October 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 37

Assalamualaikum
(Entry nii dah di'schedule' untuk di'post' hari nii.)




***********
JUNAIDI melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah hampir menginjak ke pukul enam petang. Matanya melilau sekeliling bilik itu. Mencari kelibat isteri yang baru dinikahi tadi. ‘Hai Maisarah. Mana pulak perginya awak? Tadi saya tunggu sampai terlelap. Alih-alih saya terjaga pun masih tak jumpa awak.’ Junaidi bingkas bangun menuju ke bilik air. Sesudah itu dia bersiap untuk turun ke bawah. Mungkin isterinya itu berada di bawah. Sibuk menolong di dapur untuk persiapan kenduri esok.

Satu demi satu anak tangga dituruninya. Rasa mengantuknya belum hilang. Sampai di ruang tamu matanya masih giat memerhati segenap sudut. ‘Maisarah! Mana awak ni?’ Kakinya melangkah ke arah dapur pula. Masih tiada.

“Junaidi. Cari Mai ke?” tegur Mia Azlina yang baru melangkah ke dapur.

“Ya Nina. Nampak Mai tak?” Junaidi terpaksa merendahkan egonya bertanya kepada Mia Azlina tentang Maisarah. Kalau tidak boleh jadi esok kenduri tak jadi sebabnya pengantin perempuan menghilangkan diri. Huh! Tak nak! Malu aku nanti.

“Cuba tengok kat kolam di luar tu. Tadi rasanya ada. Dia tengah sibuk melayan budak-budak tu main. Kalau tak ada tak tahu la pulak.”

“Ok. Thanks Nina.” Junaidi segera mengatur langkah ke luar. ‘Harap-haraplah awak ada kat luar.’

MAISARAH sibuk melayani keletah anak-anak saudaranya bersama Alif Farhan dan Hamimah. Tidak sedar ada sepasang mata galak memerhatikannya dari belakang. Alif Farhan sedar akan kehadiran seseorang di situ. Mereka berbalas isyarat mata seketika.

“Mimah, jom masuk kejap. Teman abang minum. Abang dahagalah.” ujar Alif Farhan.

“Alah abang ni. Manja pulak dengan Kak Mimah. Pergilah masuk ambil sendiri minuman tu. Nak jugak buli Kak Mimah.” ujar Maisarah pula.

Hamimah tahu Alif Farhan sengaja mengajaknya masuk ke rumah. Mahu memberi peluang kepada si pengantin baru mahu bermesra-mesraan. Hamimah hanya menurut sahaja kata suaminya. “Kejap je Mai. Nanti Kak Mimah datang sini balik.”

“Yelah. Abang Alif saja tau buat manja-manja dengan Kak Mimah. Huh!”

“Adikku Maisarah. Biarlah abang nak manja-manja dengan isteri abang sendiri. Awak tu kalau nak bermanja jugak pergilah dekat suami awak tu. Jangan cemburu ya. Jom sayang!” Alif Farhan menarik tangan isterinya.

“Manja? In your dream abang Alif!” ujar Maisarah sambil menjelirkan lidahnya. Masih seperti kanak-kanak kelakuannya meskipun beberapa jam yang lalu dia sudah bertukar gelaran kepada ‘isteri orang’.

Alif Farhan membalas dengan senyuman lalu melangkah masuk ke rumah meninggalkan Maisarah dan anak-anak saudaranya di situ.

“Pak long tunggu! Hariss pun dahaga jugak!” Lalu Hariss terus mengejar langkah Alif Farhan yang sudahpun berada di dalam rumah. Langkah Hariss turut diikuti oleh Arissa dan Fakhri. “Alah! Semua dah masuk mak su nak main dengan siapa? Namun kata-kata Maisarah bagaikan tidak didengari kanak-kanak bertiga yang lantas menyoroti langkah Alif Farhan dan Hamimah. Tinggal Maisarah seorang diri di situ.
"Tak apalah. Mak su main sorang-sorang." Maisarah duduk di tepi kolam renang yang sederhana besar itu. Jernih airnya. Kainnya diangkat sedikit sehingga ke buku lalinya. Yang selebihnya dibiarkan sahaja kain itu dibasahi air. Biarlah. Auratnya hanya untuk suaminya sahaja. Limited edition tau. Sejurus itu, kakinya dimasukkan ke dalam air yang sejuk itu. Dibiar kakinya berendam air kolam sambil melayani perasaannya.

JUNAIDI masih setia di situ. Memerhatikan Maisarah. Lama dia memerhatikannya. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah wanita itu. Jantungnya berdegup laju. ‘Hei jantung ni. Tak sokong tuan la. Cuba relaks sikit. Ini dup dap dup dap. Laju je pam darah. Junaidi! Breath in breath out! Isteri kau je pun.’

Maisarah masih leka merendam kakinya di kolam sambil bernyanyi kecil. Lagu klasik Budi Setahun Segunung Intan dendangan Ahmad Jais dan Kartina Dahri menjadi pilihan. Junaidi tersenyum simpul mendengarkan lagu yang dinyanyikan Maisarah. ‘Jiwa klasik rupanya dia ni.’ Lantas ada akal nakal menyuruhnya menyambungkan lirik tersebut.

“Sirih sekapurlah abang. Berseri muka. Bunga setangkai cik abang. Penyambut kata. Kalau tuan sayang hamba. Tidaklah padi berusang hamba. Kalau tuan sayang hamba. Tidaklah padi berusang hamba.”

“Takkan berusanglah sayang. Padi diladang. Tak akan terbang hai sayang. Pipit di ladang. Kekasih rindu dikenang. Budi setahun segunung intan. Kekasih rindu dikenang. Budi setahun segunung intan.” Sambung Junaidi. Sengaja dia menukar lirik dari ‘abang’ kepada ‘sayang’ untuk mengusik Maisarah.

Maisarah segera mengalih pandangan ke belakang untuk melihat gerangan yang menyambung nyanyian sumbangnya tadi. Sebelum sempat berkata apa-apa kelihatan Junaidi sudahpun mengambil tempat sebelahnya sambil memasukkan kaki ke dalam kolam seperti Maisarah. Junaidi melemparkan senyuman manis kepada Maisarah.

“Boleh saya duduk sini?” ujar Junaidi memecah kesunyian yang tercipta antara mereka.

“Awak dah duduk pun. Takkan saya nak larang.” balas Maisarah. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Bukan mahu menyakitkan hati Junaidi dengan sikap acuh tak acuhnya namun dia masih terkapai-kapai dalam dunianya sendiri.

‘Apa punya soalanlah kau ni Eddy? Itu namanya idiot question.’ Junaidi memarahi dirinya dalam hati.

“Err... Saya dah nak balik lepas Maghrib nanti.”

‘So?’ balas Maisarah dalam hati. Dia hanya merenung sunyi air kolam yang jernih.

‘Dia tak kisah ke suami dia nak balik? Hesyy Maisarah ni. Eddy! Sabar. Sabar itu penting.’ bicara Junaidi dalam hati lagi. “Awak nak ikut saya balik tak? Oops.” Menyedari kesilapannya Junaidi segera menerkup mulutnya. Ini kalau ada gunung berapi meletus kejap lagi dialah orang pertama yang mengucap.

“Saya? Ikut awak balik? In your dream. Lagi tak lepas kenduri saya takkan ikut awak ke mana-mana. Tempat saya di sini.” Dingin jawapan Maisarah.

Maisarah masih leka bermain air. Junaidi di sebelah pun tidak dihiraukannya. Dibiarkan lelaki itu melayan perasaan sendiri.

Junaidi mati akal mahu memulakan perbualan. Dia sendiri tidak tahu topik apa yang boleh dibicarakan dengan isterinya itu. ‘Bini aku ni. Ada emas ke apa dalam mulut dia yang susah sangat nak bercakap dengan aku ni. Aku tanya sepatah setengah patah dia balas. Hesy. Alif... Macam mana nak kasi adik kau ni cair dengan aku Alif. Aku dah habis akal dah ni.’

Dalam kebisuan pasangan yang bernikah itu tiba-tiba kedengaran azan dilaungkan di masjid berhampiran. Sekaligus, memecahkan benteng kesunyian yang diciptakan mereka sedari tadi. "Err... Awak, dah azan Maghrib tu. Jomlah masuk." ujar Maisarah.

Junaidi tersenyum dan mengangguk mengiakan ajakan Maisarah. Walaupun masih canggung namun ada riak senang hati di wajahnya. Mereka tidak berjalan beriringan. Maisarah di depan, Junaidi di belakangnya.
           


****************
Update mengupdate memang perlukan masa.
Kepada yang memang duk tertunggu-tunggu update tuu mintak maaf yaa.
Jangan risau. Aku sempat schedulekan entry cerpu nii untuk beberapa part sepanjang minggu peperiksaan aku.
Wish me luck y'all~