Sunday 21 June 2015

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 38

Assalamualaikum
dan salam sejahtera
err... hello >lambai tangan<
okay, awkward! 

Dah kenapa kan awkward dengan entry blog sendiri.
Heh! First of all..........
I'm so so so SORRY~ Mianei...
Lama kan tak hapdett this story..
Dah lama-lama macam ni aku sendiri pun dah tak tau nak merapu apa..
Btw. ekcelinyaaa cerita nii dah sampai penghujung..
TAPI
TAPI
TAPI....
Dalam buku catatan aku laa. Sebab kalau bukak laptop mood nak menaip tu tak sampai. So, aku decide masa kat poli dulu aku stress ka, aku free ka, aku sedih ka, aku marah ka, aku geram ka semua aku tulis dalam buku catatan tu dalam bentuk cerita. Cerita nii laa. Aku sambung sampai habis. Sebabnya aku tulis dalam buku tuu sebab aku tak suka cerita face to face dengan orang even benda tuu terlalu berat untuk aku. keh3. Saja nak habaq p ke hampa semua yang sebenaqnya aku ni jenis bertabah jugak. Okay, sebelum ada orang ketuk aku sampai pendek baik aku sambung taip dulu ia cerita Junaidi dengan Maisarah nii naa.

*************
RUANG tamu rumah Encik Radhif dipenuhi sanak saudaranya yang lengkap dengan pakaian solat. Sejadah dibentangkan panjang membentuk beberapa saf. Ruang tamu yang luas itu mampu untuk menampung sebilangan besar sanak saudara Encik Radhif yang ada pada ketika itu.

Encik Radhif berada di saf paling hadapan. Beliau yang akan mengimamkan solat Maghrib sebentar lagi. Bersamanya Aliff Farhan dan tiga orang menantu lelakinya termasuk Junaidi.

Selesai bersolat mereka semua membaca surah Yaasin dan doa selamat sempena hari pernikahan Maisarah dan Junaidi. Syukurnya tidak terhingga kerana akhirnya ada juga jejaka yang dapat menawan hati puterinya yang keras bagaikan ais batu. Besar harapannya agar Junaidi dapat bersabar dengan puteri ais batu itu. Sekeras-keras ais batu pun lama kelamaan akan cair juga.

“Eh, Junaidi! Dah nak balik ke? Kenapa tak tidur sini?” tanya Encik Radhif ketika melihat menantu barunya itu mencapai beg sandang yang dibawa bersamanya tadi.

“Ya, abah. Eh, tak apalah. Lagipun saya ada benda nak buat sikit kat rumah tu. Lagipun dah lewat malam ni. Esok nak datang lagi.” ujarnya dalam nada bergurau.

“Yalah. Balik elok-elok. Nanti balik terus tidur. Simpan tenaga untuk esok.”

Junaidi dan Encik Radhif ketawa. Junaidi bersalaman dengan Encik Radhif dan meminta diri untuk pulang.

‘ALHAMDULILLAH. Selesai satu bab. Sekarang aku kena laksanakan misi baru aku. Misi menambat hati isteri sendiri. Mintak-mintaklah plan aku berjalan lancar nanti.’

Lagu Bruno Mars bertajuk Marry You sedang ke udara di stesen radio Hitz FM menemani perjalanan pulang Junaidi. ‘Macam kena je lagu ni dengan aku.’

Junaidi menyanyi mengikut rentak lagu tersebut. Jari-jarinya mengetuk permukaan stereng keretanya. Sesekali sampai di bahagian korus bibirnya mengukir senyuman. Senyuman yang akan dihadiahkan kepada Maisarah nanti. Nampaknya dia perlu bekerja keras sedikit memikat isteri yang baru dinikahinya tadi. 

PAGI itu Junaidi bangun awal dari biasa. Kurang lena tidurnya semalam. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin inilah yang dikatakan aura si isteri yang jauh di sana. Dia sudah pun menyelesaikan tanggungjawabnya kepada yang Esa. Setelah itu, dia mengambil tempat di birai katil.

Sepersalinan baju pengantin berona ungu dan perak ditenungnya sekilas. Telefon bimbitnya dicapai. Ditatapnya gambar penghias latar telefon peribadinya itu. Gambar dirinya dan Maisarah bersama anak-anak saudara mereka yang sempat dirakamkan semalam. Dalam diam dia berterima kasih dengan pari-pari kecil yang seakan datang membantunya dalam misi memikat isterinya sendiri. ‘Ikhlasnya senyuman dia. Lepas ni bolehkah aku tengok senyuman dia macam ni lagi?’

Pintu diketuk dari luar. Junaidi tersentak. Lalu daun pintu dikuak dari luar. Terpacul wajah tenang ibunya. “Junaidi, jom pergi sarapan dulu. Kejap lagi nak kena kisahkan macam-macam dah.”

Segaris senyuman dihadiahkan kepada ibunya. “Ya ibu. Jomlah.” Junaidi bangun dari duduknya dan membontoti langkah ibunya ke dapur. ‘Wah! Ada nasi lemak. Favourite ni! Fuhh. Ibu ni sempat lagi dia masakkan kesukaan aku.’

“Eddy, kau makanlah kenyang-kenyang siap-siap. Nanti masa makan beradab tu abang yakin kau mesti tak boleh nak makan banyak.” ujar Khairul yang baru sahaja mengambil tempat di sebelah Julia. Mereka turut bermalam di rumah Encik Ahmad dan Puan Arnita untuk membantu menyediakan apa-apa yang patut.

Junaidi hanya mengangguk. Aroma nasi lemak itu lebih menarik perhatiannya. Tetapi otaknya masih terfikir akan maksud kata-kata abang iparnya tadi. Dibiarkannya dahulu persoalan itu. Pastinya persoalan tersebut akan terjawab bila mana terjadinya peristiwa tersebut sebentar lagi. Sekarang operasi mengenyangkan perut dengan nasi lemak sambal bersama sambal sotong kering sedang berjalan.

MAISARAH masih diam kaku di hadapan cermin meja solek itu. Otaknya ligat mencerna segala peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada dirinya sejak hari pertama menjadi tunangan seorang doktor merangkap kawan baik abangnya hingga hari mereka diijabkabulkan semalam. Meskipun dia terang-terangan menunjukkan riak kurang senang terhadap Junaidi namun Junaidi tetap sabar melayannya. Walaupun hanya sepatah jawapan diberikan Maisarah, Junaidi masih tetap mahu berbicara mesra dengannya.

Jauh dalam hatinya kini dia sedang belajar menerima lelaki itu. Lelaki itu bukan Arshad. Dia Junaidi Ahmad! Lelaki itu bukanlah seorang bakal peguam terkemuka, tetapi dia seorang doktor yang hari-hari berdepan dengan puluhan pesakit yang memerlukan khidmatnya. Tuhan ambil Arshad darinya dan diganti dengan kehadiran Junaidi. Tetapi bayangan Arshad kerap menjengah minda Maisarah sejak akhir-akhir ini dan bayangan itu hanya sekejap-sekejap datang kemudian hilang dibawa kenangan dan entah kemana menghilang. Mungkinkah ia petanda supaya Maisarah belajar menerima seseorang yang baru dalam hidupnya.

Sejak itu, Maisarah memutuskan untuk terus membekukan dirinya dari mencair dengan kata-kata lelaki yang cuba untuk menawan jiwanya termasuk Junaidi yang kini sudah mutlak menjadi suaminya. Kini hatinya cukup membeku hingga terlalu sukar untuk dicairkan. Agaknya kalau dicurah lava gunung berapi pun belum tentu dia mahu mencair.
         
*************
Okay, tu untuk part 38. Kejap lagi aku sambung taip untuk part 39 pulak and also 40 kalau aku rajin.
Aku create document nii dalam henfon aku pun tak jalan jugak as long as aku boleh merapu kat wechat. pfffttttt! Hantu jugak noo wechat tuu. Haihhh..

Dah, see ya! Adios!

Tuesday 2 June 2015

Aku Ada Crush?!

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Salam berbahagia. :)

Lama kan tak jumpa. 
Btw, aku tak tau nak update apa sesungguhnya. 
Sebab tu menyepi.
Hihihi. 
Takpa, kalau aku rajin nanti aku buat entri pasai result exam aku yeah.

So, topik malam ni aku nak kisahkan pasal "Crush"
Ya ya ya.
Aku tau kita tak boleh crush kat orang kan?
Tapi cerita ni lama dah. Kuno gitu.
Masa aku masih lagi seorang archer.
Amboii. Macam COC pulak yeahh.

Actually, ramai okay aku crush masa darjah 6 dulu.
And mostly depa-depa yang aku crush nii semua bijak-bijak belaka. 
Kelas nombor 1 kut.

Dulu aku pernah story pasal Lee kan?
Yang tu Lee Fazeli.
Aku nak story la ni Lee lagi satu Fadzley.
So kita shortkan jadi Padli la ye. Sebab masa sekolah dulu aku panggil dia macam ni punn.

Reason kenapa aku boleh ter'crush' dengan Padli nii alkisahnya begini.
Kisah bermula dengan satu pertemuan. Masa tu aku librarian kat sekolah. Masa sekolah rendah aku memang low profile tahap bawahan wa cakap luu. Cikgu kenai aku pun start aku jadi pengawas sekolah masa darjah 5. Tuu pun kes aku kelas first. 

Aku memang dah lama usha si Padli nii. Kebetulannya aku dengan Padli nii tusyen sekali. Ngaji malam sekali. sekolah pun sekali. Cumanya aku tak sekelas dengan dia sebab dia tua setahun dari aku.

Aku selalu nampak Padli ni mai library waktu rehat. Dia jarang nak p lepak kantin. Aku pulak dah memang spesis penyegan nak p kantin even kantin dengan kelas tak laa jauh sangat. Selalu aku p kantin kalau best friend aku merungut lapaq. Kalau dak kami dua orang bawak diri naik tingkat 3 laa p library. Hehee.

Satu hari Padli ni mai nak pinjam buku kat kaunter library. Masa tu tak dak nak guna sistem komputer macam la ni. Dulu tulis pakai tangan ja. Salah buh liquid. Hehehe. Aku punya gabra sebab tiba-tiba dia mai kaunter. Dalam hati punya excited nak mampuih. Bila dia cakap dengan aku lagi aku macam dup dap tuu melebih-lebih serupa nak tercabut dari tempat dia. Pffttt.

Dah settle tulis kat kad dia aku pun bagi laa kat dia kad tuu. Dia tengok lama jaa aku yang comot macam orang terjun bendang. Masa darjah 4 tak payah story laaa. Aku mai sarung jaa apa yang ada depan mata. Tak kemas langsung p sekolah. Walaupun dalam hati duk kata dia tak sepadan dengan aku kisah pulak lahhaiii. Nak jugak try tackle. Hehehe. Gatai!

Dia kata, "Tulisan cantik. Tapi kalau hampa pakai tudung bagi kemas sikit mesti hampa comey." Aku macam 'Warrggggghhhhhhh!' Tapi dalam hati ja laa. Hehehe. Dah jadi macam tu dia pulak dah start tegoq aku time tuu aku jadi suka. Terus aku lupa ingatan. Hahaha. 

Start dari hari tu, aku dah reti pakai tudung bagi lawa-lawa. Padahal aku pakai tudung bila keluaq kelas ja. Masuk kelas tudung hilang duk bawah meja tak pun dalam beg. Budak-budak lagi kan time tu. Hehehe. 

Padli ni bagus budaknya. Baik, hormat cikgu, hormat member, rajin, suka tolong orang and paling penting suka senyum. Hihihi. Itu yang buat aku crush kat dia. Dekat sekolah, aku rumah sukan Hijau dia Merah. Rumah kami memang fight gila ahh time tu.

Dijadikan cerita masa tuu track field. Time tuu badan boleh tahan ringan lagi sebab lari pun boleh tahan laju.Cumanya aku tak boleh speed. So acara aku 4x400 meter. Aku pelari ketiga. Masa duk tunggu nak ambik baton kat member aku, aku nampak Padli nii tepi padang duk charm atlet rumah dia. Aku terus tak leh nak concentrate. Sampai masa aku lari depan dia aku hampir nak terjatuh sebab terencat langkah. Dan salah aku jugak masa tu rumah aku kalah sebab dalam duk pedaa tak mau bagi jatuh tuu tera nak balance makan beberapa saat jugak. Lalu serta merta rumah aku di kedudukan keempat. Second last. Takda pingat. Hahaha. 

Lepas habis acara tuu aku saja duk pi buat jalan depan dia. Masa tuu scarf aku dah hilang. Sebab masa lari tuu tercabut. Hehehe. Ganas kan? Aku nak try tegoq dia. Tapi dia mai tegoq aku dulu. aku ingat sampai laa ayat dia yang menusuk kalbu pasai tudung. 
"Hampa, tudung hampa mana? Awat tak pakai? Hampa tau kan rambut tu aurat?"
Aku jawab ja aku bukak tudung sebab ada acara. Main lontaq peluru pun aku bukak tudung ni kan pulak lari. Hahahaha.

Tapi, aku tak tau laa dia macam terkesan tau dak teguran tuu sampai ke benak sanubari aku ni. Start perenggan persekolahan yang baru aku berubah sikit. Tudung tak cabut dah. Tunggu keluaq pagaq sekolah baru aku cabut. Pi sekolah pun reti menyegak dah walaupun tak laa segak sangat.

Aku start kawan dengan baik-baik masa kat tusyen. Masa tuu darjah 5. Aku kat tusyen nii advance sikit. Masa sekolah kelas darjah 5. Tapi masa tusyen aku duk kelas darjah 6 sama dengan si Padli. Sebab kelas ni penuh so akan ada laa yang bercampur meja. Selalu mangsa budak-budak darjah 5. Tapi aku tak pernah kisah sebab satu-satunya cara aku boleh rapat dengan Padli. Padli nii bijak. Dia selalu jugak ajaq aku untuk subjek Math memandangkan aku memang lembab cap siput bab-bab nak mengira ni.

Okay, settle yang tu. Kita balik p sekolah balik. Duhhh! Panjang pulak entri aku. Hehehe.

Masa aku darjah 5 laa aku start memanah. Aku main memanah tapi tak wakil sekolah. Sebab aku wakil sekolah bola baling. Walaupun taklah champion tapi masa tuu masuk main sebab syok ja. Cikgu yang in-charge ajaq aku memanah tuu cikgu Normadiah. Best gak laa cikgu ni sebab dia sporting habis.

Aku masuk archery sebab ikut member. Pastu macam best pulak duk pegang bow tuu. And unexpectedly, Padli pun join memanah. Tapi dia champion laa. Wakil sekolah tuu. Dia rajin gak duk mai buli aku tarik getah sebab nak bagi kuat tangan. Dia jugak tolong bagi tips kat aku macam mana nak target anak panah tuu.Suka baq hang. Macam nak ajak jadi pakwe tanpa syarat jaa time tu. meow! 

Tapi, sapa sangka hujung tahun 2005 tuu tarikh akhir aku jumpa dia. Sebab start naik form 1 dia duk sekolah asrama penuh. So, dia dah tak mengaji n tusyen dah kat tempat tu. Masa tuu aku lost terus dengan Padli. Sampai laa tiba-tiba tadi dia chat aku kat FB. Tanjat Maimon haaa. Mana nak p tau yang aku nii member dia kat FB. Dulu FB request aku tanpa syarat. La ni sapa yang kenai jaa aku approve. La nii lagi senang sebab dia dah add aku punya wechat. Tapi, aku rasa awkward sikit laa sembang dengan dia. Aku syak ni kes lama sangat lost contact ni. Hehehe.

So, sampai sini sajalaa kisah crush aku, Padli. Semoga terhibur. Ehhhhh! Hahahaha. 

Jom la, aku nak sambung tengok One Piece sat ni. Dah alang-alang aku nii wanita terbahagia yang goyang kaki serupa King of The World petik jari semua dapat. Tapi aku petik api pun takda. Okay! Merapu. Hahaha.

Adios! Tata^^