Saturday 24 August 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 28

Assalamualaikum .

Heyya!
Today last day cuti~ Haa. 
Satgi nak balik Arau dah.
Yezza! Aku puas sebab aku dah habeh bergosip dengan mak kesayangan aku hah.
Mak bnyak cerita pasal khabaq org2 kat Pahang.
Maklumlahh, aku tak dak kesempatan nak balik sana tahun neh.
Oke, x boleh merapu banyak sebab barang-barang pun tak kemas lagi.
Pasal aku teringat janji aku yang update semalam belum terlunas lagi, jadi aku take kesempatan neh laa nak lunaskan janji janji tersebut.
Kalau idok nanti orang x panggil "JANJI DITEPATI" orang akan kata "JANJI DICAPATI"
Xmau xmau. Haa. 
Okay, jom kita sambung cerita kita.
Baca teruslaa.
Aku segan nak buat sinopsis untuk hari neh.

*************

MAISARAH berjalan di sekitar pusat beli belah itu seorang diri. Junaidi dibiarkannya di belakang berseorangan juga. Abangnya Alif Farhan dan Hamimah awal-awal sudah memutuskan mahu berdua-duaan seketika.

            ‘Abang ni saja tau nak kenakan aku. Aku dah agak memang ada agenda lain dia ajak aku keluar. Disuruhnya aku dating dengan mamat ni pulak. Huh!’ gumam Maisarah dalam hati.

Langkah Maisarah terhenti di sebuah kedai yang menjual hadiah. Matanya tertarik kepada sebuah arca yang berbentuk hati. Tanpa sedar, Junaidi yang mengikut Maisarah dari belakang terlanggar Maisarah yang sedang terpukau dengan arca tersebut.

            “Oops! Sorry! Tak sengaja.”

            Maisarah tersedar. “Mata mana letak? Kat lutut ke?”

          ‘Alamak! Macam mana boleh langgar dia pulak ni. Tak pasal kena marah pulak. “Mata letak kat kepalalah. Tak belajar Sains ke dulu?” Selamba Junaidi menjawab soalan Maisarah itu.

            Tanpa menunggu barang sesaat Maisarah meneruskan perjalanan. “Tunggu!” Junaidi menjerit. Terbantut Maisarah yang mahu memulakan langkah. Junaidi segera menghampiri Maisarah.

            “Awak, saya nak ajak awak ke satu tempat. Tolonglah ikut.”

            “Hah! Ke mana? Awak ni nak culik saya ke? Saya report abang saya nanti. Abang saya ada kat depan tu.” Maisarah mengingatkan Junaidi.

            “Eh! Tak. Saya nak ajak awak ke satu tempat. Jomlah.” Junaidi seraya berjalan ke hadapan. ‘Buat penat aje culik awak. Nanti awak kena kahwin dengan saya jugak.’ Gumam Junaidi dalam hati.  

            Tanpa bercakap banyak, Maisarah membuntuti langkah Junaidi. ‘Boleh ikut cakap orang jugak dia ni. Bagus! Tak lah susah aku nak settlekan benda ni. Lepas beli terus balik.’

            Mereka berdua berhenti di sebuah kedai barang kemas. Junaidi melangkah masuk sambil melemparkan senyuman kepada penyambut pelanggan kedai emas yang setia menanti di pintu masuk. Melihatkan Maisarah yang sedang berdiri bagaikan tiang bendera di pintu masuk Junaidi menggamitnya menyuruh Maisarah mengikutinya.

DI sudut lagi satu, Alif Farhan dan Hamimah ralit memerhatikan pasangan itu. Mereka bagaikan sedang menonton filem komedi lagaknya.

            “Abang! Mimah rasa peninglah. Pusing sangat kepala ni.” Tiba-tiba Hamimah bersuara. Maklumlah pembawakan budak.

            “Hah! Oh. Ok. Kita balik dululah macam ni. Sayang pun bukan sihat sangat ni.”

            “Tak apa ke abang? Habis tu Eddy dengan Mai macam mana? Tak mengamuk ke si Mai tu bila dapat tahu kita tinggalkan dia?”

            “Pasal tu jangan bimbang. Abang tau nak cakap macam mana kat dia. Sekarang kita balik dulu. You need a rest.”

            Hamimah mengangguk sahaja. Sungguh dia pun tidak mampu bertahan lebih lama. Silap-silap nanti ada yang terpengsan kat tengah-tengah shopping complex ni.

JURUJUAL di kedai emas tersebut senyum kepada pasangan itu. Junaidi mengambil tempat duduk.

“Cik berdua nak cari cincin ke?” Penuh mesra jurujual itu melayan pelanggannya.

Dalam hati Maisarah menjawab, ‘Eh! Taklah. Kiteorang datang ni sebab nak cari spaghetti. Ish! Mai, behave! Makin nakal kau sekarang ye. Mamat ni pandai ke pilih cincin? Huh!’

Junaidi menganggukkan kepalanya. “Kedai kami ada buat offer untuk bulan ni.” Tambah jurujual itu sambil menunjukkan sehelai pamplet dan menerangkan serba ringkas kepada Junaidi dan Maisarah.

Maisarah membiarkan sahaja Junaidi memilih cincin untuknya. ‘Boleh tahan taste mamat ni.’ ujar Maisarah dalam hati.

            “Kalau yang ni awak suka tak?” tanya Junaidi kepada Maisarah sambil menunjukkan sebentuk cincin emas bertatahkan berlian. Sudah hampir setengah jam mereka berdua bertapa di situ. Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Maisarah sukakan yang itu, Junaidi mencadangkan yang ini. Naik pening jurujual tersebut melayani karenah pasangan merpati tidak sejoli ini.

            “Suka tu suka. Cantik. Tapi, saya alergi dengan emas tulen.” Maisarah menjawab pendek. Junaidi masih memilih lagi rekaan-rekaan cincin yang terbentang di depan mata.

            Tiba-tiba dia terlihatkan sebentuk cincin emas putih dan ada sebutir permata ‘ruby’ di tengahnya. ‘Cantiknya!’ puji Maisarah dalam hati.

            Junaidi melihat Maisarah penuh geram. ‘Sabar je la minah ni. Dibiarkan aku cakap sorang-sorang.’ “Awak. Yang ni macam mana? Ok tak?” Junaidi mengulang soalan. Namun mata Maisarah seakan terpaku pada sebentuk cincin yang indah pada pandangan matanya. Tanpa mempedulikan soalan Junaidi, dia mengatur langkah ke arah kaca yang menempatkan cincin tersebut. Barulah Junaidi tahu mengapa Maisarah jadi begitu.

            “Awak suka yang ni ke?” tanya Junaidi sambil menunjukkan cincin tersebut.

            “Cantik...” Maisarah hanya menjawab sepatah.

            Tanpa menunggu sesaat pun Junaidi sudah menyuruh jurujual mengeluarkan cincin tersebut untuk dicuba. ‘Fuh! Akhirnya. Dapat pun.’ Junaidi lega. Dapatlah dia pulang. Semakin lama dengan Maisarah semakin kekok dirasakannya. Cuak juga memikirkan yang mereka berdua akan disatukan tidak lama lagi. Ini baru hal cincin. Belum soal baju, persalinan, tema, warna dan lain-lain lagi. Kalau dua-dua tidak mahu mengalah nanti bergaduh pula. Untunglah Junaidi seorang yang sangat penyabar.

            Sebaik selesai membuat pembayaran tunai, mereka berdua melangkah seiring keluar dari kedai barang kemas itu. ‘Ek eleh dia ni. Beria-ia tak suka nak kahwin dengan aku. Alih-alih ajak beli cincin terus senyum sampai telinga. By the way, awak comel.’ Namun kata-kata hanya terlahir di hati Junaidi. Junaidi mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail Alif Farhan.

            Sakit hatinya apabila mengetahui bahawa Alif Farhan telah pulang dahulu dan meninggalkan dia dengan Maisarah berdua. Namun apabila memikirkan tentang Hamimah yang sedang berbadan dua itu dia berasa kasihan pula. Maisarah berasa geram dengan perangai abangnya itu.

            “Saya balik naik teksi.” tegas Maisarah.

            “Eh! Jangan. Jom saya hantarkan. Lagipun tadi abang awak yang suruh saya hantarkan awak balik.” Junaidi menghalang.

            Tanpa kata Maisarah hanya mengangguk terpaksa bersetuju. ‘Oklah tu kalau dia nak tolong hantarkan. Jangan dia tinggalkan kau dekat bus stand sudahlah. Mai, control hati tu Mai. Jangan asyik nak uji kesabaran dia Mai. Dah kau uji kesabaran dia kau kutuk dia macam-macam pulak.’ 

*************
Nak tengok dak macam mana cincin yang Maisarah pilih tu?
Haa. Yang kat bawah neh laa dy. 


Amacam cantik dak?
Haruslaa cantik kan~ 
Tengok laa sapa yang pilih.
Okay korang.
Daaa~

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 27

Assalamualaikum~
Haa. Kita dah msuk pertengahan bulan syawal kan? 
Aku pun dah kembali sibuk macam biasa. 
Ingatkan sem tiga neh boleh duk melagha memandangkan sem 1 & 2 dulu aku sedikit pulun.
Tapi, sem 3 makin tension.
Hoyyeaahh! 
Neh pun nak kena set up untuk event Isnin neh~
Pape un jum kita sambung dulu cerita yang dah lama tertangguh tuu~
>neh laa salah satu sebab kenapa aku takmau update ini  cerita dalam blog.
Sebab aku tak sempat nak bubuh.
Macam2 kekangan berlaku kat aku.
Neh satgi aku ada date plak neh.
Dengan abah and mum aku.
Yahoo! Spend time dengan depa lagi. 

oke, ringkasan untuk part neh.
Junaidi nak cari cincin untuk majlis tunang dia.
Dia ajak si Alif temankan. Alif setuju tapi bersyarat. 
Apa syarat dia yang 'gempak' tu? 
Jom baca cerita neh untuk tau apa selanjutnya. 

*************

“ABANG Alif, Mai busy lah minggu ni. Macam lah abang tak tahu kerja adik abang seorang ni? Bila dekat hujung bulan saja baru nak sibuk itu ini. Abang pergi dengan Kak Mimah dah la.” Maisarah menolak lembut. ‘Abang Alif ni macam ada sesuatu aje yang dia sembunyikan? Dah ada bini pun nak ajak aku teman shopping? Pelik sungguh abang aku sorang ni.’ Dia seperti dapat mengesan Alif Farhan seakan-akan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

            Alif Farhan terus senyap di hujung talian. Sengaja berpura-pura seperti dia sedang berkecil hati dengan Maisarah. “Atau abang ada something yang sembunyi dari Mai? Abang ada agenda lain kan ajak Mai keluar ni? Baik abang terus terang dengan Mai.”

            “Adikku sayang. Abang mana agenda lain. Serius. Abang saja nak bawa Mai shopping. Lagipun dah lama kita tak shopping sekali. Please dik. Dengar cakap abang kali ni.”

            “Oklah abangku sayang. Mai ikut. Tapi, tu pun kalau betul-betul Mai lapang ya. Kalau Mai sibuk memang tak dapeklah den nak nolong ye bang.” Dua beradik itu tergelak mendengar Maisarah menuturkan dialek Negeri Sembilan.
             

HUJUNG minggu itu Maisarah bangun awal kerana dia perlu menghadiri mesyuarat tergempar di pejabatnya. ‘Hai la. Hujung minggu orang berehat aku pulak nak kena pergi meeting lah bagai. Aduhai. Sabar je la.’ gumamnya sendirian sambil mengenakan sehelai tudung senada dengan warna blaus labuhnya.

            Maisarah tergesa-gesa keluar hinggakan tidak sempat menjamah makanan. Dia juga terlupa untuk meninggalkan pesan kepada abangnya bahawa dia mungkin tidak dapat menyertai mereka mencuci mata hari ini.

            Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu kepada abangnya melalui pesanan ringkas sahaja.


ALIF Farhan mengeluh setelah mendapat mesej daripada Maisarah. Namun begitu, kakinya tetap melangkah menuruni tangga dan menuju ke meja makan untuk bersarapan. Senyuman Hamimah dan Mia Amira disambut dengan senyuman yang tidak sepenuh hati.

            “Mira, Mai ke mana? Tak turun lagi?” Ringan mulut Alif Farhan bertanya kepada Mia Amira tentang Maisarah. Manalah tahu Maisarah sengaja mahu mengelak daripadanya.

         “Mai? Oh ya! Mai keluar awal-awal lagi tadi. Sarapan pun tak sempat. Dah lewat ke pejabat katanya.” Mia Amira menyenduk bihun goreng yang dimasaknya bersama Hamimah tadi ke dalam pinggan lantas disuakan kepada abangnya.

            “Peliklah Mai ni. Hujung minggu pun ada meeting.”

            “Biasalah bang. Mai tu, hujung minggu pun bukan lekat kat rumah. Pejabat dia tu dah macam rumah kedua dia dah tu.”

            “Workaholic betul adik kita sorang tu.”

            “Abang dengan Mimah makanlah dahulu. Mira nak pergi jenguk dua beradik tu sekejap. Silap-silap sekali dengan bapak pun tak bangun lagi. Tadi Mira dah pesan suruh Abang Wan bangunkan diorang tapi tak turun-turun lagi. Minta diri ya.” Sejurus itu, Mia Amira berlalu ke biliknya.

            Alif Farhan bersarapan berdua dengan Hamimah sahaja pagi itu. Mama dan abahnya pulang ke kampung mereka di Alor Setar semalam.


TENGAH hari itu Alif Farhan mencuba sekali lagi menelefon adiknya. Panggilan bersambut dan Maisarah menyatakan bahawa dia sedang dalam perjalanan pulang. Lega sedikit hati Alif Farhan. Nampaknya rancangan dia berjalan seperti biasa.

            Tidak sampai sepuluh minit selepas bercakap melalui telefon dengan Alif Farhan, Maisarah sudah pun berada di rumahnya. Kepulangannya disambut oleh Hariss dan Arissa, anak buahnya. Dicuit pipi Arissa yang gebu itu kemudian dia berlalu ke ruang tamu.

            Langkah Maisarah yang laju tadi terhenti serta merta sebaik melihat sesusuk tubuh lelaki yang amat janggal pada pandangannya. Lelaki itu ralit bersembang dengan Hazwan di ruang tamu itu sambil membelakangi Maisarah. ‘Kawan abang Wan kot’.

            Sebaik menapak ke arah tangga, Maisarah terdengar suara garau milik abangnya. “Hai Mai. Tengok belakang je? Tak nak tengok depan ke?” Alif Farhan sengaja mahu menyakat adiknya seorang itu.

            Seketika itu si lelaki berkalih pandangan ke arah Maisarah. ‘Ah! Junaidi!’ Merah padam Maisarah setelah menyedari bahawa lelaki yang dianggap rakan Hazwan adalah lelaki yang akan dijodohkan dengannya tidak berapa lama lagi. Tanpa berkata, Maisarah terus berlalu ke biliknya. 

              “Mai! Jangan lupa tau. Petang nanti kita pergi shopping.” Laung Alif Farhan dari tingkat bawah.

     *************
Selesai untuk bab 27.
Untuk bab akan datang aku akan update maybe malam neh.
Tu pun kalau ada kelapangan laa~
Kalau tak dak kelapangan, aku akan buat bila aku free.
Mianei kepada orang tertunggu-tunggu.
Tapi, mak aku dah suruh bersiap dah tu.
Daaa~ #Lambai tangan

Monday 12 August 2013

Gambarass Sepanjang Konvoi Raya Raya Jalan Raya ^^

Assalamualaikum

Hey ya~ 
Okeh akhirnya sampai jugak aku dekat Arauca, Colombia. 
Ekceli Arau, Perlis. 

Hurmm~ Okeh. Hari neh aku nak ceta pasal gambar2 yang di'shoot' semalam. 
Random Pick!
Here's! Enjoy ya!


Ni time nak p amik Ain dekat rumah. 
So, x ckup korum lagi heh. haha.


Yang tiga orang anak dara pulak driver of the day.
Sebenarnya ada 4 orang. Tapi, lagi sorang tak tau pulak p mana. 
Bancuh ayaq maybe~


The very wonderful and riuh time. 
dekat rumah ustazah Azizah.
Warden hostel tersayang. And FYI, her son Iman tu kawan kami semua jugak. Cuma dia bukan satu batch dengan kami semua. Tua setaun. And her daughter Nuha, junior kami semua. Haa. 
Riuh giler kat rumah ustazah mengalah tahap riuh pasar ikan. Weehuu~ 
~Kalau tak riuh itu bukan kami~


Guess what?
Duit raya!! Awesome kan?! Suka suka suka. 
That's why suma muka excited jaa.
almaklumlaa, dalam umur duk menjangkau 20-an neh still dapat duit raya. 
Taun neh last kot. Taun depan giliran aku bagi duit raya plak kot. 


Ni laa rumah ustazah. 
Ustazah kami sporting. 
Dia suka gila-gila dengan kami.
Sayang ustazah ketat-ketat. Haha.


Sekumpulan dari ahli konvoi yang penat travel.
Jauhnya depa berjalan. 
Time neh stop at rumah Zati Qilah.
Btw. Meehun + koayteow mum dia masak very delicious.


Dua orang neh laa Gossip Queens. 
Takdak depa dua neh sunyi sat.
Aduhai. 
Gonna miss two of you laahh. Ana+ pnut.
Kat sini tak ada orang macam hampa. 


Atototo Alya~ So cute gurl. Huhu. (yg selendang pink tu hah~)


Okeh~ These are fourteen of us.
SA's Gurl Batch '11. Thanks to azie sebab dia yang capture gambar neh.


Okeh~ I dunno wut happen to my eyes.
huh! huduh huduh. Haha. 
Currently at Aiza's house.


Three of four cars. 
actually there are all four cars.
Tapi, bila sampai kat rumah aiza, aiza trus park dalam garaj. 
so, x sempat laa nak amik gambar.


Look! Segak-segak kan kawan aku?
Introducing!
SA's Gurls two years after school life.
Haha.
Ada yang amik diploma. Ada yang nak sambung degree dah. 
And also ada jugak yang sambung form 6. 
Masing-masing ada haluan masing-masing.
Namun tak membataskan kami untuk tetap bersatu macam dulu-dulu.


Ini laa kegilaan kami bila berjumpa. 
PHOTOSHOOTING!!
Best moment ever laa.

And last!


Peace yaw!
Tamatlah sudah cerita konvoi aku dan kawan-kawan sekolah menengah aku.
Gonna miss of you damn much.
Harap2 tahun depan boleh buat lagi gathering macam neh.



Kami gangswiftars~
Haa. Suma mata macam lalat buah.
kekekeke.
Btw. cute what. Haha. Kau hado? 



Tuan Tanah!!
Tempek sikit naehh. 
Haha.
Tata. see ya!














Sunday 11 August 2013

Raya Raya Jalan Raya

Assalamualaikum~

Halluu eberibodi~
How aw you? 
Haa. Harap2 sehat bahagia sejahtera di hari raya yang mulia neh.
Hey! Lupa pulak~

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI

Okeyy. 
Very busy~
Sampai raya keempat neh baru nak boleh update this blog. 

Well~ 
Hari neh aku ikut kawan2 aku p berjalan raya.
Best sangat sebab yang p beraya tu suma kawan-kawan time sekolah haa. 
Aku suka sangat~
Boleh kata macam short reunion laa.
Nak tau idok sapa yang p tu?
Oke la oke.
nanti bila member aku dah update gmbaq kt FB nanti aku sini mehh~

Oke laa la neh aku nak update gambaq aku dengan member aku yang satu keta dengan aku tadi eh. 
Suzuki SWIFT gangSISTARS~
Look! 


Klik! Klik! Amik gambar guna DSLR beb!
Tapi bukan aku punya laa~
Member aku punya.



All four from Suzuki SWIFT gangSISTARS



We again huh! 



Oke~ Aku tau huduh. This is what we call Lalat Buah's spectacles. haha. Awesome kan?



Ini sebab letih menempuhi jammed di jalan raya~ 
Wahh! Kelas kau kak Yaya. Wuuuhhuuu~



Sweetos timos dengan my 'ummi' aka kawan gue. Namanya ANIS. Wahh! Bajet betul aku hari neh~ haha



That Viva Putih = Aiza punya.
Kelisa merah di belakang tu = Hasnul punya
The only white Swift tu = Alya punya. 
So, kalo nampak ini kereta di jalanan mohon Honkan mereka tanda anda kenal~ 
haha.



Kekaburan jelas terpancar. 
Kesian sikit kat Mimah. 
Gambar dia dilimpahi cahaya yang sejahtera.
Kelabu tu = aziah
pink tu = alya
colourful tu = anis
cream pepel = mimah



Aku tau x lawa.
Blog aku kan? 
So, faham sendiri. haha
Kat rumah Aiza.



Lastly with Dayana in front of Aiza's house. 
Aduh duh duh.
Penat neh asyik capture gmbar jaa. 
oke. 
That's all for today~
Daa~

Monday 5 August 2013

\\Kad Raya Elektronik

Assalamualaikum
salam sejahtera~

WELCOME
ke blog aku. 
Terima kasih daun keladi 
kalu sudi mai singgah lagi~

Haa~ 
hari neh aku nak update pasal kad raya elektronik aku. 
Dari zaman aku edit pakai Pizap.com sampai sekarang pakai photoshop cs5.

First kad raya elektronik aku buat ialah masa aku form 5.
Maklumlaa. time tuu baru nak berjinak-jinak dengan dunia editing bagai neh. 
Nak usha x?

Tak mau? Touching ah~
Aku tau laa hampa suma lagi pandai dari aku bab2 editing neh.
Tapi, izinkanlah aku sebagai budak baru belajar.
Kalau salah tolong tunjukkan. 
Haa. Meh jadi sifu editing kat aku. 

okeh. 
Yang neh first electronic card yang aku buat. 
Dan aku qasa x boleh dikategorikan sebagai berseni pun. 
tapi, ucapan itu yang utama.
Tadaa~

At least nampak laa jugak kata neh electronic card kan~ 

Okeh! 
Yang neh second. 
Kad neh aku buat guna pizap.com jugak.
Cuma nampak ada kematangan ckiet kat situ. 
Haa. 
Gambaq pun aku copycat dari header belog LLM aku tuu. 



Yang aku baru belajar design-design basic. 
Yang complex tu aku sebat kat pizap.com jaa.
Time neh aku baru semester 1 DSS (dip. secretarial science)
First year duk kat perantauan. 
ceitt! perantauan lahh sangat. 
Peqelih ja pun~ kuikuikui. 

Haa~!
Yang neh yang tahun neh punya. 
Hijaunya kak Tonn~~
Haa. amik kau. 


Usha tutor sana. Godek tutor sini~
Akhirnya terhasil lah karya photoshop aku yang simple alam neh. 
Amacam? 
Yang neh yang aku paling puas hati laa~
Ingat nak print then hantaq kat sapa yang aku rasa aku nak hantaq. 
Tapi, tu laa. Design pun lambat. 
Nak print memang x sempat la~ 
Taun depan plak kot. 
weeehhuuuu~ 

Okeh setakat neh saja entry aku malam neh.

Ouhh~ before that. singgah laa kat LLM.
Aku ada update pasal kad raya ckiet.


Kalau ada air di kali 
Mintak sikit nak siram keladi
Kalau ada jodoh lagi
Nanti kita bersua lagi.

Terus baca entries aku. BON VOYAGE. Adioss!