Sunday 8 November 2015

[.A.L.O.N.E.]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Lama tak jumpa,

Okay, hari ni aku nak story pasal word [alone]

Hampa mesti biasa bersendiri kan? Takkan laa tak pernah. Dalam alam rahim dulu pun sorang-sorang. Unless kalau hampa twins. Hahaha.

Apa kaitan word [alone] dengan aku?


gambaq dari encik google

Haa mai sini nak habaq mai. Aku dengan word [alone] ni memang dah best friend sejak azali. Ada yang bertanya.

Hang tak sunyi ka duk sorang-sorang?

Mai pulak hat lain...

Hang happy ka duk sorang-sorang?

Mai lagi orang bertanya

Hang tak bosan ka duk sorang-sorang?

Ada lagi dah pulak kata...

Hang tak mau cari peneman ka? Lagi baik dari duk sorang-sorang.

Macam ni laa senang nak story kan. Sapa kata aku tak sunyi duk sorang-sorang. Memang sah-sah sunyi la weh. Ada smartphone. Ada whatsapp, wechat, twitter, facebook, instagram semua tu. Tapi hang tau dak handphone aku tak dak aihh orang nak hantaq chat bagai. Twitter aku? Kisah aku je laa. (yang aku malas nak update kat blog) Facebook? Mana ada friend pun aku kat facebook. Macam nak katup buang ja. Insta lagi laa lifeless. Follow orang pastu bila nampak update depa kat TL mulalah nak jeles. Wechat? Pun penuh dengan moment update aku ja. Whatsapp? Mana ada laa oii orang nak chat dengan aku. Hahaha. Noti hat duk masuk mai pun yang grup weh.

So, hampa boleh agak kan aku sunyi ka dak. Aku happy ka dak. Aku bosan ka dak.

Berat weh na hadap semua ni. Tapi nak buat macam mana. Aku bukan boleh paksa orang layan perangai aku. Dah la kuat sentap. Perongoih. Kepala angin. Mau tau laa. 


sumber gambaq encik google

Ada orang kata kat aku...

Lahh. Kenapa tak bagitau kata sorang-sorang? Boleh aku teman.

Juga ada yang kabor...

Aku free ja weh semalam. Kenapa tak mesej aku?

Tak kurang jugak yang kata...

Suka sungguh duk pi sorang-sorang. Lain kali ajak la aku buat teman ka.

And many more laaa. Aku malas nak taip panjang-panjang. Sebab aku rasa tak dak kot orang baca nate nii. Buang masa jeekkk.

Untuk statement kat atas tu. Haihh. Aku bukan tak mau habaq. Bukan tak mau ajak. Bukan tak mau mesej. Tapi bayangkan tiap kali hang mesej dia reply 'sori weh, ada keja sikit ni.' Tiap kali hang ajak dia keluar dia jawab 'tak boleh la weh. Aku kena tolong mak aku ni.' But then bila nampak status update aku kat wechat mula laa nak kata macam-macam. (Tuu pun kalau kebetulan depa scroll and saw what I wrote there laa) Kalau tak takdenya nak respon camtu.

Dan ada quote kata...

sumber gambaq encik google lagikkk

Ya ka not alone. Ya laa. As a muslim we know that Allah is always be there with us.

Tapi, as a human being kita ada satu fitrah. Berteman tu jugak fitrah manusia. Memang sejak azali lagi dah kita ni diciptakan berpasangan. So, kenapa kita nak menggelabah bila the one yang dijanjikan untuk kita tu masih tak muncul-muncul? Hmm.

Tepuk dada tanya hati. Erk!

Aku rasa yang ni macam dah lari topik sikit. Tapi takpa. Still in mood of word [alone].


sumber gambaq masih encik google

Minggu lepas bestie aku (Paan) ada mesej bagitau katanya nak balik minggu ni. And most important. Nak jumpa aku. Hmm. Aku harap dia tak bagi harapan palsu. We've got plan to do anything masa jumpa tuu. But then few days later he told me. 

Aku tak jadi balik la weh. Mak aku suruh balik 27 haribulan nanti.

Hahaha. Well said. Musnah jugak la plan tu. Pada hari yang sama ada sorang lagi kawan aku mesej bagitau kata dia nak balik sebab kebetulan dia ambik cuti sekali dengan cuti Deepavali. So, he has so many time la jumpa aku. Sebab dia pun bukan keja kat Kedah, He stay out Kedah. Cari pengalaman katanya.

Hari Jumaat tu aku dah happy semacam ja. Mai keja pun semangat ja. Siap session stori morri dengan Naimah pun duk blooming ja. Tup tup... Malam tu aku dapat mesej ni...

Alamak weh. Aku tak jadik balik. Supervisor tarik balik cuti. Weekend pun kena keja jugak. Hmm. I'm sorry. Nanti ada masa aku balik cari hang. Ok?

Mesej aku biarkan tak bereply. Mungkin sebab kecewa sangat kot. Dua kali dah kecewa. Aku pun nekad je la nak keluar sorang-sorang Isnin ni. Sebab Isnin memang off day aku. Hari lain memang tak sempat. Life aku sekarang dengan Pacific ja. Dengaq pun macam lifeless kan? Tak pa. Sabaq sat jaa. Demi nak simpan duit.

Hari Sabtu aku pi keja dengan keadaan yang amat moody. Walaupun aku dapat tau yang kawan-kawan sekolah rendah aku dah start balik ke Kedah sebab cuti mid sem kot. (Mana nak pi tau aih. Aku bukan mengaji dah!) Pakat planning laa nak jumpa. Hmmm. Bestnya jadi depa.

Aku bagitau siap-siap yang aku memang tak dapat join pun hangouting depa. Nak keluaq pun semua nak kena cukup korum. Susah sangat nak cukup semua! Mesti ada yang takdak. 

Tanpa lengah aku offer kat depa sapa-sapa nak ikut aku keluar pegi Aman Sentral boleh bagitau. Plan pun sikit punya cantik dah. Even memang tau yang sorang tu memang tak boleh join. 

Malam semalam balik keja aku terus mintak confirmation sapa yang nak join. Tapi, sayang. Semua lelap tak bukak wasap. Sampailah ada sorang ni reply.

Weh! Kaki aku tergeliat! Jatuh tangga tadi. Berbalut ni. Tapi nak keluaq...

Kalau hampa fikir yang aku akan ajak paksa dia keluar jugak hampa memang silap. Sebab aku tak sekejam tu. And aku tau macam mana rasa sakit jatuh tangga. Sebab aku dah pernah jatuh tangga pastu tangga tu timpa aku balik. Sakit wehh!

Dan kesudahannya cancel je laa last minit. Sebab takdak orang respon kat chat aku. Shit! oppps... Takpa laa nak buat macam mana.


sumber gambaq tetap encik google

Tapi sebenarnya aku rasa agak lega sebab tak jadi keluar dengan depa. Bukan pasal aku tak suka or tak rindu kat depa. Gila apa tak rindu. Lama tak jumpa oii.

Sebenarnya aku segan dengan depa.

Di saat aku bangun pagi gosok gigi mandi. Kemudian bersiap ala kadar. Baju putih seluar jeans tudung putih dan kasut bertutup yang diikat kemas. Depa struggle nak masuk kelas timba ilmu. Aku sampai tempat kerja melangut dulu. Depa dah siapkan satu assignment,

Lagipun antara kami berlima education history aku paling lekeh terkekeh sekali. Diploma ja pun. Depa semua bakal pegang Degree dah. Dan aku rasa gap yang luas kat situ. Dari segi pemikiran depa dengan pemikiran aku. Mungkin laa aku nii lebih matang sikit sebab dah hadap dengan dunia kerja, Dan aku rasa tak adil kalau racun pemikiran depa bebudak Degree dengan skill pemikiran ex-student yang hanya ada Diploma macam aku. Part tu aku rasa down gila!

Memang orang akan cakap..

Kami tak pernah rasa pun hang low dari kami.

Atau ada yang kata...

Kita sama ja weh. Tara mana kami study pun. Hang tetap kawan kami.

Mungkin jugak depa kata...

Takkan pasai hang tak ambik Degree kami nak campak hang keluaq dari grup ni. Kenai dah lama oiii.

Ya! Memang betui. Tapi bila gathering, hampa masing-masing akan bukak stori pasal tempat study hampa. Habis tu aku nak dengaq saja? Perghhh. Kadang-kadang hampa kena tau perasaan orang bila duduk di bottom part. Sebab tu aku rela menyendiri. Biar aku dengan life aku ja.

Ahh! Malas nak tulis pasal stori ni! Buat aku rasa down. Buat aku rasa nak menangis!


masih encik google sumber gambaq

So, aku jump into a conclusion terus lah. Dah penat stori pasal [alone]
Sekarang ni aku bet ramai yang dah tau kenapa aku bersendiri kan?

Mira + Quiet = Alone

Betui kan equation tu.

So, lepas ni jangan nak buat-buat tanya aku soalan-soalan yang aku letak kat atas tuu dah. Sakitnya tuhh di sini <3 

Hampa tak rasa apa hampa tak tau~

Sekarang aku nak pi jenguk dapoq mak aku masak apa. Ada benda makan boleh aku sebat sambil-sambil duk tengok One Piece nii. Kah! Adios!



Tata^^






Saturday 10 October 2015

Part Time Promoter Je Awak

Assalamualaikum

dan salam sejahtera penuh cinta. Cak!
Okay, I know last entry aku bulan lepas kan. Hehe.
As for today, aku keja syif morning balik awal. So, ada masa laa aku nak hadap this blog for a moment.
Malam ni simple je aku nak share pasal pengalaman first time aku jadik promoter kat mall.

Bagi yang still clueless, aku ni graduated from PTSS as DSK's Student. Katanya laa. Tapi, rezeki hala kut belah lain dulu so kena keep on doing part time job lah before dapat permanent job. So sebagai permulaan hari tu aku kerja as a Cashier kat fair under The Store Sungai Petani yang mai buat kat Pokok Sena yang kononnya damai. Hahaha.

Tapi takpa. Malam ni aku takmau stori pasal Cashier. Aku nak story pasal keja baru aku ni. For those yang clueless lagi (*xdak ayat ka nak guna) aku sekarang kerja part time promoter kat Pacific. Kalau nak tengok aku yang hensem comot serabai ni boleh mai cari aku kat kaunter Valentino Creation Handbag. Handbag tau. Satgi pi cari bahagian kasut pulak! (*ajet macam ade je orang nak cari hang)

Sebenarnya for the first place aku memang ingat keja promoter ni memang hang melangut je kalau takdak pelanggan. Bahasa kasar dia BOSAN. Tapi bila hang ada pelanggan hang akan stress. Kalau dapat pelanggan yang seriously tak cerewet hang memang kena sujud syukur laa sebab ada lagi orang yang macam tu. Biasalah kan hari-hari nak hadap dengan Customer Behavior yang entah apa-apa ni. Memang kena banyak sabar je.

Jujur aku cakap. Aku bersyukur gila sebab dapat bahagian handbag. Sebab aku ni kan jenis yang kurang sabarnya. Pantang orang cabar sabar aku mula  lah satgi hati ni sumpah seranah orang. Oppppsssss. Cut this part. Sejak aku jadi promoter ni aku dah banyak sabar dengan kerenah pelanggan yang tah apa-apa kelakunya. Sampai satu tahap hang akan rasa "Ah! Annoying gila that person!" Tapi selalunya aku akan cepat-cepat ingatkan hati buat kerja apa pun kena ikhlas. Jangan ucap apa-apa. Ucap syukur ja lebih."

Satu hari tu aku dapat seorang customer. Perempuan. Lingkungan usia 30-an ke 40-an laa. Sebab dia mai dengan anak dia. Lelaki umur lingkungan sekolah menengah. Aku agak ja laa. Satu benda yang aku belajar hari tu, orang memang akan cari benda yang betui-betui perfect untuk dia guna. Ini tak termasuk dengan hal mencari bakal suami atau bakal isteri. Hahahaha. Cut the crap! Akak ni dia tanya aku soalan.

Cust : Dik, purse ni tahan dak? Kulit dia nanti mengelupas dak?
Aku : Ni kulit campur kak. Lama-lama nanti dia akan mengelupas jugak. Tapi kalau pandai jaga mau tahan bertahun-tahun jugak.
Cust : Takdak less ka untuk harga ni?
Aku : Sat na. *Aku belek purse tu tengok harga pastu rujuk kat pop card diskaun yang Kak Yus letak cun kat situ. Aku bagitau harga dia. Dalam hati, 'adoi! Sah2 lah purse ni kat 50% part lagi mau tanya ada less ka dak.
Cust : Cantik kan dia punya corak. *a moment.* Okay dik. Sat na. Nak pi tengok hat lain dulu. 

Aku nampak dia berjalan pi ke kaunter Sentini kat sebelah aku. Kebetulan aku on the way nak pi susun beg kat depan. Dan kak promoter Sentini tu pi toilet tak balik-balik lagi. Tengah dia belek, dia panggil aku lagi. Soalan yang sama diajukan. Dan pada masa yang sama kak Sentini tu mai dah. So aku serah ke dia saja laa while aku perhati gelagat akak tu belek-belek purse kat situ pulak.

Dipendekkan cerita setelah akak tu disyorkan satu purse yang berharga RM500++ sebab purse tu memang asli kulit bukan kulit campur punya maa, dia mula give up dan kembali ke kaunter Valentino. Dia grab terus purse yang dia pegang masa awal-awal tadi.

Cust : Ambik yang je la. Yang tadi tu cantik tapi harga pulak mahal.
Aku : Okay kak. Sat na. Nak cari stok yang baru.
Cust : Oh ada yang baru ka. Ingat tinggal yang display ja. Okay.
Aku : *a moment* Aku sua kat dia purse yang masih terpelihara daranya. Hahaha
Cust : Adik, ni ada warranty dak ni? Kut lah kalau terkelupas ka apa ka.
Aku : Takdak kak. Takpa kak check dulu apa yang patut sampai puas hati. *Dalam hati. 'akak ingat ni barang elektronik ke apa yang ada warranty bagai.' sekali lagi aku istighfar.Walaupun ada hati nak cakap 'la ni macam ni. Akak nak ambik ka tak mau. Kalau nak ambik cek elok-elok sampai puas hati. pastu saya bukak bil akak pi bayaq kat cashier pastu akak boleh balik.' Tapi dalam hati ja.
Cust : Kak ni kalau boleh nak cari hat betui-betui tahan sampai ke mati. Tu mai beli hat mahai siap-siap. Selalu barang mahai ni kualiti elok.
Aku : Hat ni kalau tau jaga dia bagi elok mau tahan 5 6 tahun jugak ni. Unless lah memang kak jenis lasak sikit. *Shit! Keluaq jugak. 

Aku dah kata kan sabar aku ada batas dan tersangat nipis. Hahaha. Last-last akak tu ambik jugak purse tu lepas aku bukak bil punya laju sebab takut dia berubah fikiran. Kikiki. Aku bagi dia resit copy pastu cakap kat dia , "Kaunter 1 na kak. Depan tu." terus aku blah hantar purse kat Cashier. Hahahaha.

Okay, dah berenti gelak. Sebab aku rasa mata aku yang sepet ni dah kui sepet. Bantai dengan ARIRA pun duk panggil dah tuu. DOMO duk sedia nak kena peluk dah. So, aku terpaksa! Ceh. terpaksa sangat! Dak laa. Aku nak mintak diri dulu. Nanti aku ada masa aku bawak hampa kisah-kisah hat lain pulak. Banyak lagi noo dalam masa 9 hari aku keja kat situ. Hihihi

For this moment.
Good Night.
*light off.


Tuesday 29 September 2015

Jejaka Teh O Ais Katanya

Assalamualaikum

Salam sejahtera. Salam berbahagia. Hingga hujung nyawa.
*ehhh!

Entri aku malam ni berkaitan seorang jejaka idaman Malaya (katanya) sebab dia punya muka tuu ada killing smile. Ishhh!

Okay, jejaka yang aku maksudkan tu Syukri Yahya. Jap, kenapa tetiba aku nak update entri pasal dia ni? Hahaha. Nii kan belog aku. Suka hati aku la nak update apa-apa pun. Btw, ni sebenarnya salah satu latihan untuk aku improve typing skill aku yang aku study masa Part 1 Diploma dulu.

Sat. Aku nak tempek sikit muka jejaka teh o ais aku ni.
*hehehehe. Gelak gatai

*ciss! mana melting pun tengok lama-lama

Aku start minat tengok dia berlakon since dalam cerita 'Menjinak Ombak'. Masa tuu dia still unfamous lagi. I thought laa. Sebab aku rasa tu first time aku tengok dia berlakon. Ke ada lagi drama-drama yang dia pernah berlakon before ni? Maaf la, aku memang jarang tengok TV. Masa tu dia pegang watak Firhad. Masa tu aku rasa dia misteri gila. For me laa kan yang first time tengok dia.

Lepas habis cerita tu kat slot Zehra aku tak tau dia berlakon drama apa. Yang aku tau ada iklan kat TV3 pasai drama Dia... Isteri Luar Biasa. Masa tu yang aku start melting tengok Syukri Yahya tu. Ishhh! Masa tu aku rasa dia memang betul-betul layak pegang watak Raden Amzar dalam cerita tu.

*Tengok killing smile dia. Duhhh! Bisa cayaq nii!

Aku memang suka habih la dia bawak watak Raden Amzar. Aku suka tengok dia macam tu. Kadang-kadang pakai spek. Hensem!

*Hello Mr husband!

Aku tak mau story pasai Syukri Yahya punya biodata ka, sejarah hidup ka, gosip-gosip ka. That's not my way. Aku just nak share yang this will be probably the New Junaidi for my cerpu yang tak berupdate-update tu. Hahahaha. Lawak ja. Marah karang Junaidi lama. Hihi. Ampun!

Apa kaitan tajuk entri ni (Jejaka Teh O Ais Katanya) dengan Syukri Yahya?

Ceritanya aku terbaca satu post picture kat facebook. Masa tu customer takdak so bolehlah hang layan henfon jap. Bukan senang okay. Kalau supervisor hang duk perati jangan harap hang boleh main henfon time keja. Masa tengah best-best layan timeline news feed tuu yang aku terjumpa post picture tuu.

Sat aku tempek sini naa.


Lantas aku terbayang akan wajah Raden Amzar. Dia ada janggut. Ada jambang. Ada misai. Dia pakai spek mata. Rambut pun tersisir rapi. Pakai baju kemeja. Lengan kemeja dia singsing naik atas paras siku. Duhh! Melting. Kalau dulu priority aku dengan Amar Baharin sekarang Syukri Yahya pulak. Hahahaha. Dia bukan saja Teh O Dengan Gula tapi berAis sekali. Hikhikhik.

Okay, light off.

*esok nak ke Pacific apply keja as a promoter. Teringin!



Wednesday 9 September 2015

Sweet Escape... Can I? (Sambungan)

Assalamualaikum

Entri ni adalah sambungan dari post before ni.
Kalau sapa yang tak baca lagi boleh HALA SINI untuk baca entri tersebut.

Oraite. Settle untuk list dalam negara. Kalau luar negara pun aku ada 10 negara/ tempat yang aku nak pi sampai terbawak-bawak biawak dalam mimpi. Ishhh. Buruk betul perangai. Tempat ni tak termasuk Mekah sebab aku akan pastikan aku sempat sampai ke Mekah biarpun sekali seumur hidup.

1. England


Memandangkan aku ni penyokong agar tegar dengan Liverpool FC walaupun depa ni selalu kalah   tapi nvmd... Aku still simpan angan-angan nak ke Anfield ni nanti. Nii ja sebab utamanya aku nak pi England. Sambil-sambil tu aku jalan-jalan laa makan angin sekitar kota London. Orang putih kata "Kill two birds with one stone" or orang melayu panggil "Sambil selam minum ayaq."

2. France


Aku tak tau attraction apa yang ada kat sini. Setakat Eiffel Tower yang orang suka nak ambik gambaq tu. Tapi tak tau laa kenapa. Dia macam automatik tau dak. Bila tengok Eiffel Tower nii dia terasa nak jejak bumi France. Ceh! Menjerat betul. Takpa. Ada rezeki sweet escape aku sampai ke sana okay?

3. Jepun


Konnichiwa! Jepun memang ada tarikan. Bagi yang tak tau lagi. Aku memang suka *namateyy tengok Sakura Flower blooming. Dan aku rasa kalau aku nak ke Jepun pun pasai nak tengok Sakura pastu nak tengok gaya hidup masyarakat Jepun yang dikatakan banyak nilai-nilai positif *bukan aku nak kata takda negatif.
Dalam masa yang sama aku nak pi naik Thousand Sunny which is Kapal Luffy Mugiwara dalam ceta One Piece. Aku ada google. Kat Jepun memang depa ada buat satu replika kapal Thousand Sunny yang boleh dinaiki dan diteroka oleh pengunjung. Haii! Tak sabaqnyaa.

4. Korea

*okay, scene macam kat Love Lock Bukit Bendera. Hahaha.

Anneyong Haseyo! Hahahaha. Okay. Dah. Dah. Kenapa Korea? Sebab aku ni boleh kata minat jugak tengok drama-drama Korea ni. Dalam hardisk aku berlambak drama korea yang aku tak tengok lagi. Hahaha. Satu ja sebab aku nak pi Korea. Sebab aku nak ambik gambaq kat lokasi penggambaran drama Autumn In My Heart. Sapa yang pernah tengok. Hampa mesti tau kan. Pastu aku lepak Hello Kitty Cafe sebab kafe nii sangat-sangat unik bertemakan Hello Kitty sepenuhnya. Termasuklah design dekorasi dalam toilet.

5. Krabi, Thailand


Sawadikap! Hehehe. Okay, Krabi sebab pantai. Hampa google gambaq Pantai Krabi. Salah satunya atas nii la. Hampa tengok pantai tau. Jangan mata melilau silau kot lain pulak. Tampo kang.

6. Lombok, Indonesia


Aku bukan nak lari pi Lombok na. Aku nak sweet escape to Lombok. Geramnyaa aku tengok ayaq laut dia. Ergghhhh! Geram! Jernihnyaa. Salah satu sebab lagi aku nak sangat ke Lombok ni pasai aku tengok Syukri Yahya dengan Fathia Latiff ke sana macam cantik jaa tempat dia. Ni semua penangan Dia... Isteri Luar Biasa la nii. Hmmmm. *flip tudung

7. Phuket, Thailand


Let's go to the beach! Jyeahhh! Phuket sebab aku tergugat tengok Mr F( Zul Arifin) n Noorul (Ayda Jebat) mai honeymoon kat sini. Jeles iols tengok. Rasa macam ke Phuket ni lepas kawin je kot. Ajet-ajet honeymoon gitu. Boleh ke? Hahaha.
*hang ingat ada orang sponsor honeymoon hang?

8. Venice, Italy


Contee Partiro~~ Haaaa. Tuu la sebabnya aku nak ke Venice. Nak naik sampan lalu kot pasar macam Sungai Mekong sambil-sambil ada orang nyanyi atas tu. Pastu bolehlah aku ajet-ajet Titanic kat depan tu. Ohhh! Sukanyaa!

9. Istanbul, Turki



Okay, salah cerita Istanbul Aku Datang! Aku jatuh cinta dengan Istanbul. Lepas tu aku tengok drama Rindu Awak 200% honeymoon kat Istanbul jugak! Perghhh! Lagi bikin ku jatuh hati. Kaki drama jugak aku ni. Jenuhss. Banyak tarikan kat Istanbul ni. Tapi yang paling aku teringin sekali kena main dengan annei aiskrim. Hahaha. Please! let me try once in my life.

10. Belanda



Aku sweet escape ke Belanda sebab nak tengok Bunga Tulip yang real punya. Yang ada kincir angin tu. Mesti cantik. Bestnya kalau boleh ke sana. "Husband~ Bawak I ke sini." *ehh! tetiba

Dulu masa kecik dalam kelas seni cikgu suka bagi kertas lukisan and suruh weols satu kelas lukis laa apa-apa. Semua orang akan start melukis. Kartun, potret *konon , permandangan tepi pantai, permandangan kampung. Tapi aku akan lukis buah-buahan yang aku suka atau bunga. Paling aku suka lukis bunga tulip yang kuncup. Bila cikgu tanya kenapa. Jawapan aku, "Sebab senang nak bentuk cikgu. Tak payah rengkoi banyak kali." Cikgu senyum.

So, ni antara tempat-tempat dalam wishlist aku laa. Kalau ada rezeki aku teringin nak sampai ke sini. Bestnya kalau semua ni boleh accomplish. Alamatnya aku kena cari bakal suami yang jenis kaki jalan macam aku jugaklah kan? Hahaha. Yang penting masa travel sweet escape nii poket mau tebal haaa. Hahaha. Okay. that's all. Nyto!

Sweet Escape.. Can I?

Assalamualaikum...

Hai teman-teman.. Ni first post aku untuk September...
And guess what?? Nii first post aku untuk wajah baru belog nii...
*muahahahaha...

Tengok belog ni macam tak berapa nak siap lagi sebab aku pemalas tahap tak ingat nak kemas. Ada dak yang sudi nak jadik maid aku untuk kemas belog ni sat?
*angkat tangan

 Okay dah. Aku nak story pasal tempat-tempat yang aku teringin nak pi untuk rancangan 

*ni cover album Gwen Stefani I guess. Hahaha. Nvmd

Hari tu aku dah buat rancangan Sweet Escape ni dengan kawan-kawan aku. Ehh! Silap! Sahabat aku laa aka Legend Poksen. Oh! Lupa... Tak stori lagi kan macam mana boleh wujud Geng Legend Poksen nii. Nanti laa aku share naa. Hari ni kita sembang pasai tempat best-best nii dulu. Okay?

Untuk rancangan Sweet Escape dalam negara aku dah settle beberapa tempat. Check on list. List ni 10 ja dulu. Sebab aku baru plan ja. Hahaha.

1. Langkawi
(tanah kelahiran aku)


Ni yang aku dah pi. Okay, for me Langkawi ni memang best untuk sapa-sapa yang memang minat nak duduk tepi pantai, mandi laut, skuba diving, aktiviti air, etc. Jugak sangat sesuai untuk sapa-sapa yang teringin nak rasa keindahan panorama. Langkawi is very beautiful okay. *that's why the people who born at Langkawi comes pretty/handsome plus gojes gitu...

2. Penang


Banyak tempat yang aku dah jelajah. Tapi tak dak semua. Sebab aku pi Penang memang bajet-bajet cap ayam jaa. Setakat lepas duit minyak n tol pastu duit makan. And mostly tempat yang aku pi tempat yang FREE saja. So, setakat ni tempat berbayar yang aku dah terjah Bukit Bendera, Muzium 3D (Made in Penang), dan Penang Trick Art Museum. Itu ja laa. Tempat free banyak. Tapi paling aku suka lepak tepi Pantai Batu Feringghi sampai nak dekat senja gitu. Tengok sunset konon. Tapi series laa aku suka duk tepi pantai. Okayy.

Kalau nak story pasal Penang ni aku rasa aku kena spend for a week kot baru aku boleh story morry dalam belog ni. Tapi, wa cakap luu, luu memang rugi kalau tak cuba benda-benda makan kat Food's Heaven of Malaysia nii. Cumanya hampa kena pandai cari la noo tempat yang bersih2. kekekeke.

3. Cameron Highlands


Hijau~ Damai~ Saujana jaa mata memandang kan. This is an interesting place to go. Memang best spend time tengok ladang teh nii. Sejuk mata tengok. Btw, aku selalu pi Cameron. Sebab kalau nak ke rumah mak tam aku kat Raub ikut jalan Cameron lagi dekat. Takda la penat sangat my dad nak drive. Huhuhu.

4. Pulau Perhentian


Okay.. This will be the next destination for the sweet escape. Kan aku dah cakap, aku suka Pantai. Aku suka laut. Mengikut kata-kata kawan aku yang dah pernah pi ke sini. Pulau ni sangat cantik sampaikan hampa nak celup kaki basuh pasir yang lekat kat kaki tuu pun rasa tak gamak. Katanya lagi. Ayaq pantai kat sini sangat jernih sampai boleh nampak dasar macam kat dalam gambaq ni. Aktiviti wajib try kat scuba diving. Masa nii laa hampa nak tengok terumbu karang and kehidupan-kehidupan di dasar laut yang selalunya kita tengok dalam internet, tv or buku.

5. Pulau Mabul


Sapa pernah sampai kat sini? Menurut sumber-sumber yang aku sempat Google. Kat sini lah kan yang jadik kes culik menculik tu? Tapi, takpa lah aku masukkan dulu dalam list sebab aku suka tengok tempat ni. Dia macam kat Pulau Perhentian. Bezanya Pulau Mabul ni letaknya di Sabah bah. Hehehe. So, kalau ada rezeki, mungkin aku boleh sampai situ? Sapa tau kan.

6. Kota Kinabalu


Next place on the list. Aku tak dak laa nak fokus kat pulau semata-mata. Nak jugak ke bandaq kan. Hmm. Destinasi pilihan hati is Kota Kinabalu, Sabah bah or well known as KK. Dengaq katanya kat KK ni banyak benda-benda yang menarik. Jap, nak tanya yang tempat makan seafood tuu kat KK ke? Tanya jaa. 

7. Port Dickson


Back to the beach. Yayy! Yang sebelah semenanjung pulak. Okay, PD. One fine day, I'll be there. Just wait and see yaa. Hahaha

8. Legoland?


Agak-agak boleh ka aku nak pi sini sorang-sorang? Macam tak kena jaa. Nak kena ajak member ni. Okay, Sapa nak teman? Hahahaha.

9. Melaka


Actually aku dah pernah jejak bumi Melaka ni dua tahun yang lalu. Tapi, entahlah maybe sebab short trip kot. So, dia jadik macam tak berapa nak puas berjalan sama kat negeri bersejarah tu. Tak sempat pun nak pi Kota A' Famosa semua tuu. Sempat naik sampan pastu masuk muzium kapal tu ja. Nama pun rombongan bawak orang-orang emas. So, depa banyak singgah tempat shopping yang memang tempat pilihan aku yang terakhir. Hahahaha. Maaf. Maaf. Maaf.

10. Terengganu


Aku dah sampai Terengganu. Tapi sampai ke Pasar Payang ja. Yang pantai-pantai dia aku tak singgah lagi laa. So, hopefully kalau aku ada kesempatan nak buat The Sweet Escape probably I would choose this kind of place. Beaches! Hahaha.

Okay, btw, ada 10 location yang aku share secara keseluruhan dan ada jugak yang spesifik. Yang spesifik tuu bukan apa, pasalnya aku memang betui-betui nak terjah situ ja, Tak mau p ke lain dah. Hahaha. 

Last question, ada dak orang nak sponsor trip kat aku? Hahaha. Kalau ada boleh PM. *pulun!

Awas! Kalau sponsor jangan yang tipu!

Nanti mai jejak sambungan entry ni [Bahagian 2]

Wednesday 12 August 2015

Kerana Hati Dah Rela

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

Hai chuolls. Happy nampak!
Iolls je laah yang tak happy nii nampaknya.
Takmau merepek malam ni.
Sebab nak cerita sesuatu kat hampa.
Baru ja berlaku semalam kat aku yang membuatkan aku down gila!

"Siapakah di antara kita Dengan rela menjadi pendusta Siapakah dulu membina harapan Dan siapa yang memusnahkan impian Tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan Bagai taufan tiba-tiba datang Dan menghilang..."

Okay, sapa tau lirik lagu kat atas?
Haah laa. Kenapa tiba-tiba wujud lirik lagu kat post ni?
Siapa pendusta?
Siapa bina harapan?
Siapa pulak musnahkan impian ni?

Dah! Banyak pulak persoalan.
Sebelum apa-apa mai aku nak habaq kat hampa dulu na.
Especially kaum Adam.
Tolong na tolong.
"Aku wanita aku kaum Hawa Yang memang rapuh hatinya Aku wanita aku punya cinta Selayaknya manusia.."

Tolong sangat naa kaum Adam jangan cuba-cuba duk bagi harapan palsu. Memang tak semua perempuan macam aku. Cepat jatuh hati, cepat jatuh suka. Tapi nak cepat tak cepat pun makan masa bertahun jugaklah.

Betul, ada jugak perempuan yang mainkan perasaan lelaki. Tapi, come to think on it hampa tak rasa nak pikiaq ka kenapa dia jadi macam tu? Mungkin sebelum-sebelum ni dia selalu kena 'main' dengan lelaki-lelaki sampai dia berasa simpan dendam dan melampiaskan dendam tu kat orang yang tak sepatutnya.

Aku ada kisah di mana aku dah kenal lama dengan seseorang ni. Biasanya aku akan friendzone semua kawan-kawan lelaki aku. Yalah, kononnya prinsip takmau 'tangkap cintan' dengan member sendiri. Konon! Punya lama aku kawan. Dari tak rapat jadi rapat. Dari biasa pun dah jadi luar biasa. Aku pernah cuba sekat hati aku dari jatuh suka kat dia. Dan aku berjaya. Tapi aku tak tau lah. Kadang-kadang dia umpama bagi harapan kat aku.

Aku teringat kata-kata seorang senior kat aku.

"Jangan sua titi kalau takmau dia meniti."

Aku tak rasa aku sua titi kat dia. Sebab kalau ikutkan sama ja aku layan dia dengan layan kawan-kawan aku yang lain. Cuma mungkin dia ni lain sikit sebab dari cara panggilan ada nada hormat sikit kat depan. Tapi aku tak rasa apa-apa pun. Tolonglah faham. Sedih tau bila tiba-tiba hilang macam tu saja. Ingat senang ka apa nak padam?

Ada ketika aku rasa dia sua titi kat aku. Tapi dalam hati, 'Dia nak aku meniti ka titi ni? Atau dia saja nak uji aku?'

At the end aku faham he's just teasing me with that 'titi'.
Wait! Hampa mesti pelik kan kenapa aku titi titi ni. Maaflah. Aku rasa nii ja perkataan yang paling sopan boleh aku masukkan kat belog ni. Sebab aku syak ada stalker yang duk cuba cari salah aku. Terima kasih stalker. *kalau hang baca laa!

Sebenarnya aku baru detect ja kehilangan dia nii. Tak tau lah mungkin dia ada problem atau memang dia sesaja nak padam aku dari hidup dia. Bayangkan semua akaun sosial hang dia unfollow. Tak rasa pelik ka? Masa tu baru aku perasan yang dia dah lama tak tweet aku. Tiba-tiba jaa aku terasa nak 'cari' dia sebab aku ada benda nak story dengan dia. Tapi ni pulak yang terjadi. Memang terima kasih sangat-sangat.

*shit lah lagu kat youtube nii pun. Sedih aku dengaq. Macam nak tema dengan aku punya post malam ni jaa.

Since dia dah hilang dari aku, aku rasa dia TAK MUNGKIN akan baca post ni. Tapi kalau dia baca dua perkataan ja aku nak ucap kat dia.

"TERIMA KASIH"

Aku tak pernah bercinta dan tak pernah ada pakwe. Okay, jujurlah masa form 2 tuu ada sat. Tapi, tak rasa macam bercinta dengan dia sebab aku nii susah nak bagi komitmen. Oh, yang mamat mengaku pakwe aku tuu? Pakwe apa depan aku boleh tackle orang lain. Baik takdak pun tak pa.

"Biar saja cinta pergi sekali ini Biar saja nanti pun datang lagi Biar saja tanpa rindu sekali ini Biar saja sementara sendiri Biar saja Biar saja Biar saja sementara sendiri.."

Lupa nak buat note:
Kalau hampa nak feel lagi kisah aku dalam entri ni sambil baca tuu bukaklah lagu yang lirik dia aku mention dalam post ni. Sadis pedis parah.

Nasib baik aku tak deep sangat suka kat dia. Acah-acah berangan nak ajak naik pelamin jugak laa. Tapi apakan daya 'Pelamin Anganku Musnah'.

Aku ada try contact dia jugak semalam through wechat. Tapi dah deactive. Aku try nak wassap. Dia dah tak guna wassap!! Meluatnya aku, Last alternative aku e-mail ja kat dia. Tapi macam tu la. Tak dak reply langsung!

"Menyesalnya aku menyintai dirimu Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu Kini kau bahagia hidup di sampingnya Mudahnya aku kau lupakan Betapa sakitnya pedihnyaKau kata kau cinta dia Mengapa diriku akhirnya Menjadi mangsa dalam percintaan Oh pilunya.."

Woii! Sedih bhaii lagu ni.
Dah laa kot sampai sini. Aku pun macam dah boleh move on dari dia.
Jangan tanya aku macam mana aku move on semudah tu.
Susah sebenarnya tapi aku paksa jugak.
Sakit weh hati ni.
Sekarang ni aku nak simpan hati aku sebab.....

"Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu Separuh nyawaku tak berdaya Ku lumpuh tanpamu"

Tau kan lagu ni.
Siang tadi aku keluaq jogging sebab otak memang tension tahap amnesia dah.
Masa tengah jogging aku bukak lagu ni.
Serta merta aku terbayang si Syafie Naswip dalam ceta Wadi tengah lari dari mak tiri dia lepas kena marah.
Terus ada idea nak release tension.
Tau dak aku buat apa?
Aku ulang banyak kali lagu tu.
Dari mula slow jog pastu makin rancak makin laju jugak aku lari.
Aku duk fefeeling jadi Wadi dah time tuu.
Tapi realitinya larian aku tak laju macam Wadi.
Maklumlah, ingat senang ka nak lari bawak lemak berkilo-kilo nii. Susah bhaii.
Perlukan effort yang tinggi. Mengah jugak lah aku tadi sebab dah lama tak lari. Stamina pun dah tak dak. Tambah-tambah since kaki aku sakit ala-ala Pijah hari tu sebab netball.
Btw, scene aku tuu menjadi jugak even termengah-mengah.
Nii haa hang tengok.
Kalau tak move on lagi jugak tak tau lah.

Weh, macam mana kalau tiba-tiba dia add hang balik?
Dia nak kawan balik dengan hang?
Kalau add fesbuk tunggulah aku kawin dulu baru approve.
Insta aku pulak tunggulah aku lapang hati.
Berlambak lagi bakal follower duk dalam pending list aku.
Twitter follow ja laa. Sebab aku open tweet.
Wechat? Yang nii paling sorry sekali aku nak approve.

"Tak mungkin ku berpaling Padamu yang meracuni Rimbunan kasihku Sehingga berguguran Kelopak cinta kita Keranamu tak lagi mengerti hatiku.."

Apa-apa pun aku dah maafkan dia.
Tak baik nak simpan dendam or marah kat orang.
Aku harap dia pun sama.
Hahahaha.
Okay. Tuu yang last.
Jom. Kita sambung main game sat. 
Pastu tengok One Piece dua tiga episod next lena.
Tata.^^

p/s: actually frust tak dapat UPU lagi sakit dari frust putus cinta. Akulah kata! Hahahaha.


Monday 10 August 2015

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 39

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Camna hari ni? Hopefully okay belaka lah ye.

Aku kahwin nanti nak resepsi satu kali saja.
Jimat baju, jimat kos, jimat tenaga.
Well, Kak Fatin Liyana pun buat macam ni tau.
Enjoy betul aku layan gambar kahwin Kak FL ni dengan Dr Anwar Fazal.
Cocok sangat. Macam pinang dikerat dua.
Hehehehe.
Tetiba rasa macam nak cepat kahwin pulak. Aummm!
Okay, tapi not to desperate lah kan.
Kalau katanya jodoh sampai dulu kahwin je lah.
Tapi kalau encik ajal mai dulu. Redha je lah.
Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. In sha Allah.

Dah kenapa kan kali ni aku pulun cerita pasal nak kahwin bagai dengan resepsinya lah apalah semua.
Okay, tak yah nak buang masa. La ni bagi masa kat aku nak merapu pasal persiapan wedding si Junaidi dengan bini dia si Maisarah tu.
Haru tak biru, parah tak merah si Junaidi tu kena basuh dengan Maisarah kali nii, tuu hampa semua kena baca rapuan aku nii sampai habis.
Jom!

**************
“SARAH, awak dah siap ke? Saya on the way nak pergi ambik awak ni. Lagi sepuluh minit saya sampai.” ujar Junaidi sebaik Maisarah menjawab panggilan telefonnya.

“Dah.” balas Maisarah sepatah.

“Okay, wait for me.” sejurus itu panggilan telefon dimatikan.

Maisarah terpaksa mengalah juga hari ini dek desakan kakak-kakaknya yang bertuah itu. Siapa lagi kalau bukan Mia Amira dan Mia Azlina. Kalau diikutkan hati dia lebih rela berkurung di pejabat menghadap komputer, mengedit artikel-artikel yang dihantar oleh pekerja bawah naungannya. Sebenarnya bukan banyak pun kerjanya. Hampir keseluruhannya diambil alih oleh Zarif sementara dia sibuk dengan persiapan untuk majlis resepsinya nanti.

Berlainan pula dengan Junaidi. Dia begitu teruja menyediakan semua kelengkapan untuk majlis mereka nanti. Aduhai, dunia bagaikan terbalik 360 darjah. Selalunya perempuan yang lebih teruja menyiapkan segala kelengkapan majlis. Dari pakaian pengantin sampai ke cenderahati untuk tetamu yang hadir. Jangan tak tahu Maisarah tidak pernah mengambil kisah langsung apa yang akan dipakainya semasa majlis resepsi nanti. Dia hanya mengiakan sahaja pendapat Junaidi. Junaidi mahu komen atau tak pun dia tak mahu ambil peduli.

Teringat kata kakak-kakaknya semalam yang beria benar menyuruh dia mengikut Junaidi ke butik pengantin mereka hari ini.

“Mai kerja esok kak. Kalau dia pergi sendiri tak boleh ke?” Maisarah cuba berdalih.

“Tak boleh. Diulang tak boleh. Alah Mai, takkan weekend pun kerja? Melampau betul bos Mai ni sampai tak bagi cuti kat pekerja.” ujar Mia Amira. Macamlah dia tidak tahu sebenarnya Maisarah memang suka beradu dalam pejabatnya walaupun hari minggu. Sengaja menyibukkan diri.

“Tapi kak, banyak lagi kerja Mai yang tertangguh. Banyak artikel yang Mai kena tandatangan bagi kelulusan sebelum dihantar ke Jabatan Percetakan.” Maisarah mencuba nasib dengan alasan ini pula.
Mia Azlina pula menyangkal, “Adik, sekarang awal bulan kan? Artikel apanya yang adik nak kena tandatangan ni? Setahu Kak Nina adik selalunya sibuk tengah ke hujung bulan. Masa tu memang nak nampak muka kirim salam sajalah. Macam biskut chipsmore pun ada. Kejap ada kejap-kejap hilang.”

“Tapi kak......”

“Dah takda nak tapi-tapi lagi. Bukannya Mai keluar dengan orang lain. Suami sendiri kot. Ni yang Kak Mira hairan ni. Korang berdua dah sah suami isteri kenapa duduk asing-asing. Tempat isteri sepatutnya di sisi suami kan Nina?” kata Mia Amira sambil melihat ke arah kedua-dua adik-adiknya.

Mia Azlina hanya mengangguk. “Alah, pergilah. Bukan selalu pun adik keluar dengan Junaidi. Nak kata Junaidi tu tak menepati standard adik, Kak Nina rasa macam dah terlebih tepat sangat dah tu. Takda alasanlah adik tak nak keluar dengan dia.”

“Kak Mira, pasal yang tinggal asing-asing tu tak payah nak hairan sangat ye. Mama dengan abah yang suruh. Lagi belum sampai resepsi kena duduk asing-asing.”

“Lah yeke. Takpe lah macam tu. Masalah sekarang dah selesai okay. Mai kena ikut Junaidi esok pergi butik pengantin. Nanti karang baju sendatlah, singkatlah, tak kena sana, tak kena sini. Bukannya orang tak kenal awak tu cerewet tahap gaban.” putus Mia Amira dan disokong Mia Azlina. Maisarah ini kadang-kadang kena paksa juga dia baru dia nak buat. Kalau dibiarkan dia hanyut dengan jiwa tak kisahnya itu boleh kena migrain semua orang.

Walaupun seribu satu alasan dilemparkan oleh Maisarah mudah dipatahkan oleh kakaknya yang berdua itu. Mereka berdua memang sudah sedia maklum dengan perangai Maisarah yang ada pasang surutnya itu. Namun kali ini perangainya tiada pasang yang ada hanya surut. Jenuhlah Junaidi!

**************
Still dalam mood tengok gambaq wedding Kak FL.
Hampa semua mesti tak terpikiaq nak buat majlis yang awesome tapi jimat kan?
Btw, aku lepak blog Kak FL semalam dan mendapati beberapa perkara boleh jimatkan duit hampa yang nak buat kahwin ala-ala wedding of the year yang jimat bajet.
For more information hampa pi kat link bawah ni..


Oraite. Dengan itu aku mengundurkan diri buat seketika.
Orang dalam clan bising cari Miss Gong-Ju nii haa.
Tak muncui2. kekekeke

*bajet pemes

Tata
Adios!

Sunday 21 June 2015

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 38

Assalamualaikum
dan salam sejahtera
err... hello >lambai tangan<
okay, awkward! 

Dah kenapa kan awkward dengan entry blog sendiri.
Heh! First of all..........
I'm so so so SORRY~ Mianei...
Lama kan tak hapdett this story..
Dah lama-lama macam ni aku sendiri pun dah tak tau nak merapu apa..
Btw. ekcelinyaaa cerita nii dah sampai penghujung..
TAPI
TAPI
TAPI....
Dalam buku catatan aku laa. Sebab kalau bukak laptop mood nak menaip tu tak sampai. So, aku decide masa kat poli dulu aku stress ka, aku free ka, aku sedih ka, aku marah ka, aku geram ka semua aku tulis dalam buku catatan tu dalam bentuk cerita. Cerita nii laa. Aku sambung sampai habis. Sebabnya aku tulis dalam buku tuu sebab aku tak suka cerita face to face dengan orang even benda tuu terlalu berat untuk aku. keh3. Saja nak habaq p ke hampa semua yang sebenaqnya aku ni jenis bertabah jugak. Okay, sebelum ada orang ketuk aku sampai pendek baik aku sambung taip dulu ia cerita Junaidi dengan Maisarah nii naa.

*************
RUANG tamu rumah Encik Radhif dipenuhi sanak saudaranya yang lengkap dengan pakaian solat. Sejadah dibentangkan panjang membentuk beberapa saf. Ruang tamu yang luas itu mampu untuk menampung sebilangan besar sanak saudara Encik Radhif yang ada pada ketika itu.

Encik Radhif berada di saf paling hadapan. Beliau yang akan mengimamkan solat Maghrib sebentar lagi. Bersamanya Aliff Farhan dan tiga orang menantu lelakinya termasuk Junaidi.

Selesai bersolat mereka semua membaca surah Yaasin dan doa selamat sempena hari pernikahan Maisarah dan Junaidi. Syukurnya tidak terhingga kerana akhirnya ada juga jejaka yang dapat menawan hati puterinya yang keras bagaikan ais batu. Besar harapannya agar Junaidi dapat bersabar dengan puteri ais batu itu. Sekeras-keras ais batu pun lama kelamaan akan cair juga.

“Eh, Junaidi! Dah nak balik ke? Kenapa tak tidur sini?” tanya Encik Radhif ketika melihat menantu barunya itu mencapai beg sandang yang dibawa bersamanya tadi.

“Ya, abah. Eh, tak apalah. Lagipun saya ada benda nak buat sikit kat rumah tu. Lagipun dah lewat malam ni. Esok nak datang lagi.” ujarnya dalam nada bergurau.

“Yalah. Balik elok-elok. Nanti balik terus tidur. Simpan tenaga untuk esok.”

Junaidi dan Encik Radhif ketawa. Junaidi bersalaman dengan Encik Radhif dan meminta diri untuk pulang.

‘ALHAMDULILLAH. Selesai satu bab. Sekarang aku kena laksanakan misi baru aku. Misi menambat hati isteri sendiri. Mintak-mintaklah plan aku berjalan lancar nanti.’

Lagu Bruno Mars bertajuk Marry You sedang ke udara di stesen radio Hitz FM menemani perjalanan pulang Junaidi. ‘Macam kena je lagu ni dengan aku.’

Junaidi menyanyi mengikut rentak lagu tersebut. Jari-jarinya mengetuk permukaan stereng keretanya. Sesekali sampai di bahagian korus bibirnya mengukir senyuman. Senyuman yang akan dihadiahkan kepada Maisarah nanti. Nampaknya dia perlu bekerja keras sedikit memikat isteri yang baru dinikahinya tadi. 

PAGI itu Junaidi bangun awal dari biasa. Kurang lena tidurnya semalam. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin inilah yang dikatakan aura si isteri yang jauh di sana. Dia sudah pun menyelesaikan tanggungjawabnya kepada yang Esa. Setelah itu, dia mengambil tempat di birai katil.

Sepersalinan baju pengantin berona ungu dan perak ditenungnya sekilas. Telefon bimbitnya dicapai. Ditatapnya gambar penghias latar telefon peribadinya itu. Gambar dirinya dan Maisarah bersama anak-anak saudara mereka yang sempat dirakamkan semalam. Dalam diam dia berterima kasih dengan pari-pari kecil yang seakan datang membantunya dalam misi memikat isterinya sendiri. ‘Ikhlasnya senyuman dia. Lepas ni bolehkah aku tengok senyuman dia macam ni lagi?’

Pintu diketuk dari luar. Junaidi tersentak. Lalu daun pintu dikuak dari luar. Terpacul wajah tenang ibunya. “Junaidi, jom pergi sarapan dulu. Kejap lagi nak kena kisahkan macam-macam dah.”

Segaris senyuman dihadiahkan kepada ibunya. “Ya ibu. Jomlah.” Junaidi bangun dari duduknya dan membontoti langkah ibunya ke dapur. ‘Wah! Ada nasi lemak. Favourite ni! Fuhh. Ibu ni sempat lagi dia masakkan kesukaan aku.’

“Eddy, kau makanlah kenyang-kenyang siap-siap. Nanti masa makan beradab tu abang yakin kau mesti tak boleh nak makan banyak.” ujar Khairul yang baru sahaja mengambil tempat di sebelah Julia. Mereka turut bermalam di rumah Encik Ahmad dan Puan Arnita untuk membantu menyediakan apa-apa yang patut.

Junaidi hanya mengangguk. Aroma nasi lemak itu lebih menarik perhatiannya. Tetapi otaknya masih terfikir akan maksud kata-kata abang iparnya tadi. Dibiarkannya dahulu persoalan itu. Pastinya persoalan tersebut akan terjawab bila mana terjadinya peristiwa tersebut sebentar lagi. Sekarang operasi mengenyangkan perut dengan nasi lemak sambal bersama sambal sotong kering sedang berjalan.

MAISARAH masih diam kaku di hadapan cermin meja solek itu. Otaknya ligat mencerna segala peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada dirinya sejak hari pertama menjadi tunangan seorang doktor merangkap kawan baik abangnya hingga hari mereka diijabkabulkan semalam. Meskipun dia terang-terangan menunjukkan riak kurang senang terhadap Junaidi namun Junaidi tetap sabar melayannya. Walaupun hanya sepatah jawapan diberikan Maisarah, Junaidi masih tetap mahu berbicara mesra dengannya.

Jauh dalam hatinya kini dia sedang belajar menerima lelaki itu. Lelaki itu bukan Arshad. Dia Junaidi Ahmad! Lelaki itu bukanlah seorang bakal peguam terkemuka, tetapi dia seorang doktor yang hari-hari berdepan dengan puluhan pesakit yang memerlukan khidmatnya. Tuhan ambil Arshad darinya dan diganti dengan kehadiran Junaidi. Tetapi bayangan Arshad kerap menjengah minda Maisarah sejak akhir-akhir ini dan bayangan itu hanya sekejap-sekejap datang kemudian hilang dibawa kenangan dan entah kemana menghilang. Mungkinkah ia petanda supaya Maisarah belajar menerima seseorang yang baru dalam hidupnya.

Sejak itu, Maisarah memutuskan untuk terus membekukan dirinya dari mencair dengan kata-kata lelaki yang cuba untuk menawan jiwanya termasuk Junaidi yang kini sudah mutlak menjadi suaminya. Kini hatinya cukup membeku hingga terlalu sukar untuk dicairkan. Agaknya kalau dicurah lava gunung berapi pun belum tentu dia mahu mencair.
         
*************
Okay, tu untuk part 38. Kejap lagi aku sambung taip untuk part 39 pulak and also 40 kalau aku rajin.
Aku create document nii dalam henfon aku pun tak jalan jugak as long as aku boleh merapu kat wechat. pfffttttt! Hantu jugak noo wechat tuu. Haihhh..

Dah, see ya! Adios!

Tuesday 2 June 2015

Aku Ada Crush?!

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Salam berbahagia. :)

Lama kan tak jumpa. 
Btw, aku tak tau nak update apa sesungguhnya. 
Sebab tu menyepi.
Hihihi. 
Takpa, kalau aku rajin nanti aku buat entri pasai result exam aku yeah.

So, topik malam ni aku nak kisahkan pasal "Crush"
Ya ya ya.
Aku tau kita tak boleh crush kat orang kan?
Tapi cerita ni lama dah. Kuno gitu.
Masa aku masih lagi seorang archer.
Amboii. Macam COC pulak yeahh.

Actually, ramai okay aku crush masa darjah 6 dulu.
And mostly depa-depa yang aku crush nii semua bijak-bijak belaka. 
Kelas nombor 1 kut.

Dulu aku pernah story pasal Lee kan?
Yang tu Lee Fazeli.
Aku nak story la ni Lee lagi satu Fadzley.
So kita shortkan jadi Padli la ye. Sebab masa sekolah dulu aku panggil dia macam ni punn.

Reason kenapa aku boleh ter'crush' dengan Padli nii alkisahnya begini.
Kisah bermula dengan satu pertemuan. Masa tu aku librarian kat sekolah. Masa sekolah rendah aku memang low profile tahap bawahan wa cakap luu. Cikgu kenai aku pun start aku jadi pengawas sekolah masa darjah 5. Tuu pun kes aku kelas first. 

Aku memang dah lama usha si Padli nii. Kebetulannya aku dengan Padli nii tusyen sekali. Ngaji malam sekali. sekolah pun sekali. Cumanya aku tak sekelas dengan dia sebab dia tua setahun dari aku.

Aku selalu nampak Padli ni mai library waktu rehat. Dia jarang nak p lepak kantin. Aku pulak dah memang spesis penyegan nak p kantin even kantin dengan kelas tak laa jauh sangat. Selalu aku p kantin kalau best friend aku merungut lapaq. Kalau dak kami dua orang bawak diri naik tingkat 3 laa p library. Hehee.

Satu hari Padli ni mai nak pinjam buku kat kaunter library. Masa tu tak dak nak guna sistem komputer macam la ni. Dulu tulis pakai tangan ja. Salah buh liquid. Hehehe. Aku punya gabra sebab tiba-tiba dia mai kaunter. Dalam hati punya excited nak mampuih. Bila dia cakap dengan aku lagi aku macam dup dap tuu melebih-lebih serupa nak tercabut dari tempat dia. Pffttt.

Dah settle tulis kat kad dia aku pun bagi laa kat dia kad tuu. Dia tengok lama jaa aku yang comot macam orang terjun bendang. Masa darjah 4 tak payah story laaa. Aku mai sarung jaa apa yang ada depan mata. Tak kemas langsung p sekolah. Walaupun dalam hati duk kata dia tak sepadan dengan aku kisah pulak lahhaiii. Nak jugak try tackle. Hehehe. Gatai!

Dia kata, "Tulisan cantik. Tapi kalau hampa pakai tudung bagi kemas sikit mesti hampa comey." Aku macam 'Warrggggghhhhhhh!' Tapi dalam hati ja laa. Hehehe. Dah jadi macam tu dia pulak dah start tegoq aku time tuu aku jadi suka. Terus aku lupa ingatan. Hahaha. 

Start dari hari tu, aku dah reti pakai tudung bagi lawa-lawa. Padahal aku pakai tudung bila keluaq kelas ja. Masuk kelas tudung hilang duk bawah meja tak pun dalam beg. Budak-budak lagi kan time tu. Hehehe. 

Padli ni bagus budaknya. Baik, hormat cikgu, hormat member, rajin, suka tolong orang and paling penting suka senyum. Hihihi. Itu yang buat aku crush kat dia. Dekat sekolah, aku rumah sukan Hijau dia Merah. Rumah kami memang fight gila ahh time tu.

Dijadikan cerita masa tuu track field. Time tuu badan boleh tahan ringan lagi sebab lari pun boleh tahan laju.Cumanya aku tak boleh speed. So acara aku 4x400 meter. Aku pelari ketiga. Masa duk tunggu nak ambik baton kat member aku, aku nampak Padli nii tepi padang duk charm atlet rumah dia. Aku terus tak leh nak concentrate. Sampai masa aku lari depan dia aku hampir nak terjatuh sebab terencat langkah. Dan salah aku jugak masa tu rumah aku kalah sebab dalam duk pedaa tak mau bagi jatuh tuu tera nak balance makan beberapa saat jugak. Lalu serta merta rumah aku di kedudukan keempat. Second last. Takda pingat. Hahaha. 

Lepas habis acara tuu aku saja duk pi buat jalan depan dia. Masa tuu scarf aku dah hilang. Sebab masa lari tuu tercabut. Hehehe. Ganas kan? Aku nak try tegoq dia. Tapi dia mai tegoq aku dulu. aku ingat sampai laa ayat dia yang menusuk kalbu pasai tudung. 
"Hampa, tudung hampa mana? Awat tak pakai? Hampa tau kan rambut tu aurat?"
Aku jawab ja aku bukak tudung sebab ada acara. Main lontaq peluru pun aku bukak tudung ni kan pulak lari. Hahahaha.

Tapi, aku tak tau laa dia macam terkesan tau dak teguran tuu sampai ke benak sanubari aku ni. Start perenggan persekolahan yang baru aku berubah sikit. Tudung tak cabut dah. Tunggu keluaq pagaq sekolah baru aku cabut. Pi sekolah pun reti menyegak dah walaupun tak laa segak sangat.

Aku start kawan dengan baik-baik masa kat tusyen. Masa tuu darjah 5. Aku kat tusyen nii advance sikit. Masa sekolah kelas darjah 5. Tapi masa tusyen aku duk kelas darjah 6 sama dengan si Padli. Sebab kelas ni penuh so akan ada laa yang bercampur meja. Selalu mangsa budak-budak darjah 5. Tapi aku tak pernah kisah sebab satu-satunya cara aku boleh rapat dengan Padli. Padli nii bijak. Dia selalu jugak ajaq aku untuk subjek Math memandangkan aku memang lembab cap siput bab-bab nak mengira ni.

Okay, settle yang tu. Kita balik p sekolah balik. Duhhh! Panjang pulak entri aku. Hehehe.

Masa aku darjah 5 laa aku start memanah. Aku main memanah tapi tak wakil sekolah. Sebab aku wakil sekolah bola baling. Walaupun taklah champion tapi masa tuu masuk main sebab syok ja. Cikgu yang in-charge ajaq aku memanah tuu cikgu Normadiah. Best gak laa cikgu ni sebab dia sporting habis.

Aku masuk archery sebab ikut member. Pastu macam best pulak duk pegang bow tuu. And unexpectedly, Padli pun join memanah. Tapi dia champion laa. Wakil sekolah tuu. Dia rajin gak duk mai buli aku tarik getah sebab nak bagi kuat tangan. Dia jugak tolong bagi tips kat aku macam mana nak target anak panah tuu.Suka baq hang. Macam nak ajak jadi pakwe tanpa syarat jaa time tu. meow! 

Tapi, sapa sangka hujung tahun 2005 tuu tarikh akhir aku jumpa dia. Sebab start naik form 1 dia duk sekolah asrama penuh. So, dia dah tak mengaji n tusyen dah kat tempat tu. Masa tuu aku lost terus dengan Padli. Sampai laa tiba-tiba tadi dia chat aku kat FB. Tanjat Maimon haaa. Mana nak p tau yang aku nii member dia kat FB. Dulu FB request aku tanpa syarat. La ni sapa yang kenai jaa aku approve. La nii lagi senang sebab dia dah add aku punya wechat. Tapi, aku rasa awkward sikit laa sembang dengan dia. Aku syak ni kes lama sangat lost contact ni. Hehehe.

So, sampai sini sajalaa kisah crush aku, Padli. Semoga terhibur. Ehhhhh! Hahahaha. 

Jom la, aku nak sambung tengok One Piece sat ni. Dah alang-alang aku nii wanita terbahagia yang goyang kaki serupa King of The World petik jari semua dapat. Tapi aku petik api pun takda. Okay! Merapu. Hahaha.

Adios! Tata^^