Wednesday 31 July 2013

That Moment

Assalamualaikum~
salam sejahtera!
Hai eberibodi yang tengah usha2 page nii! >lambai tangan<
Oke! Hari neh mendung bertukar cerah.
sebab semalam sapa baca this blog tau laa aku tengah berduka dek dugaan bertimpa-timpa. 
Hari neh macam biasa~ aku FAKE lagi~ 
Aduh. entah bila nak boleh stop this act. 
Mampuih. Boleh hilang aku punya personaliti yang sebenaq. 

Ekceli aku baru balik dari kelas. 
Balik kelas tukar baju, solat Asar terus update ini blog. 
Alang-alang line Kamsis tengah laju. 
Haiishhh~ Ambik kesempatan ea~ haha

aku balik sorang-sorang tadi. 
Tak apa! Aku dah biasa. 
Saya OK saya dah BESAR.

Eh eh sat sat! 
Hampa mesti ingat aku tak dak kawan kan? 
Wooo! Silap tu cek kak oii!
Aku bukan tak dak kawan. 
Aku saja nak balik dulu. Sebab malas nak carry that replica yang besaq anak badak tu p bazar. 
Aku kan kasaq. Tak pasai-pasai ja duk jalan kot bazar tu satgi berlaga dengan orang.
Habih laa lingkup aku punya projek yang penat-penat aku buat tu. 
Aku tau annoying kalau pasai benda neh pun nak cerita kat belog.
Tapi, suka hati aku laa~ 
Belog aku. Kalau tak suka boleh kelik tanda PANGKAH kat side atas kanan tu. 

Kempunan aku nak makan roti john hari neh.
Hurmmm
semuanya disebabkan replica Izzue Izham tu laa. 
Dah la dia buat terlupa nak masuk kelas hari neh. 
Mentang-mentanglaa satu masa saja.
Boleh dia buat lagu tu. 
Aduhh, rindunya Miss Vee.

Okeh, lupa nak cakap.
Aku tengah dengaq qasidah Ya Hanana. 
Tau dak? Kalo x tau bukak Tv Al-Hijrah dekat2 nak azan satgi. 
Ada laa. 
Kalau tak dak TV macam aku neh p la carik kat youtube. 
Seronok qasidah neh. 

Oke done iklan!

Masa aku tengah ralit angkut replica yang berat dia macam seberkas surat khabaq lama,
telefon aku bunyi~ 
Haishh! Jibun tul laa. 
Sapa pulak gedik dail no. aku? 
Haishhh.
dengan susah payahnya aku pun berusaha ambik henfon kat pouch bag beg sandang aku. 
Aduhaii.
Dua kali dah call. 
Aku ambik sambil berjalan sebab malas nak berhenti.
Bila berhenti WASTE TIME. 
Wuhhuuuu~ 

Akhirnya aku berjaya ambik that phone. 
Haa. Nak tau dak sapa call aku? 
Oke. dah2. Aku sendiri pun x tau sapa yang call aku. 
Last-last aku rasa menyesal sebab amik phone tu. 
Bila phone dah ada kat tangan terus dia memperlahankan langkah aku yang sedikit demi sedikit semakin perlahan itu. 
Dengan gaya selamba aku potong sorang lelaki.
Tak perasan plak aku yang lelaki itu >ayat skema<
laki tu abang senior kos aku. 
Aku kenai dia sebab dia masuk kelas aku time shorthand 2.
Dia sorang, aku sorang.
Dup dap dup dap. 
Cuak bebehh! 
Aku segan silu depan dia. hahahahaha
Gediksss LOL~
Haaa. Nak tau dak?
Masa aku cuba melajukan langkah aku tu, kasut aku tercabut. 
Aishhh! Dah macam Cinderella M'sia plak.
Aku tau, abang tu nak gelak kat aku. Sebab time tu that replica pun terjatuh sekali. 
Ha ha ha. 
Aku malu~ Aduh! jatuh saham aku bhaii~ 
Dengan muka tak malu, aku kutip kasut aku yang jauh satu meter ke belakang.
Nak cover malu punya pasal, aku terpaksa kembalikan diri aku yang asal. 
Sopan santun ja aku amik kasut tu. 
Kalau boleh rakam aksi aku time tuu, mesti hampa pun tak percaya tu sebenaqnya aku. 
Lepas aku tak berani tengok muka cik abang tu. 
Tapi, masa aku nak ambik replica aku yang jatuh tuu, aku ada terperasan dia senyum-senyum kat aku.
Aieeee~
Aku malu, dia senyum. Nampak sangat hati dia duk gelak kat aku. 
Tapi, untunglaa time tuu cuma ada aku dengan dia saja.
Kalau ada orang lain time tu memang tobat kena gelak. 
Aduss.

Eh, Tak sedaq plak. 
Dah late laa. Aku nak turun kape>kafe< beli nasik bukak posa.
Huh! Kan best kalau poli provide setiap bilik satu kitchen. 
Tak luas pun tak pa laa. 
Asal boleh masak nasik dengan lauk ka ok lettew. 
Habih duit aku. Dah la aku neh sekali makan, macam melantak 20 hari tak makan uhh. 

see yaa! 
Chow! Adiosa!

Tuesday 30 July 2013

I dunno Wut Tittle Should I Put Here~

Assalamualaikum :) 
aku tau ramai yang tanya mana hilangnya aku sminggu dua neh? 
Hurmm. Nantila aku cerita eh. 
La neh aku nak cerita pasal sumthing yang aku tak boleh ceritakan secara lisan. 
But I don't know how to start!
Hurmm. .
Okay, that day aku dapat tau yang ada orang yang cuba nak laga-lagakan aku dengan sorang member aku. 
Dan aku tau dia sebenaqnya dah lama x puas hati kat aku.
Tapi, lantak r. ada aku kesah!?
But masa tu ja laa aku x kesah.
Sebab aku ingat bila aku ignore dia buat mcm dia x penah wujud, problem aku akan settle. 
Tapi, tu r. semua salah aku yang tak reti nak pikiaq panjang time tu. 
Patutnya aku settle elok-elok dengan dia. 
Tak boleh cara halus cara kasaq pun boleh. 
Biaq dia qasa penangan mulut kohajaq aku neh. 
Aiiieeee~~ Tak boleh aku~
Aku dah laa dalam usaha nak jaga mulut biaq jangan duk maki orang sangat. 
Setiap kali keluaq benda hat x elok terus aku tampaq mulut aku sendiri.
Biaq sakit tu aku sendiri yang tanggung.
Tapi, that gurl memang sengaja nak duga kesabaran aku yang memang dah nipis senipis kulit bawang. 
Errrrr~~ aku rasa lagi nipis dari kulit bawang kot!
Ahhhhh!!
Aku stress! 
Tapi, kat sapa aku nak mengadu?
Aduh rindunya dengan arwah mak ngah. 
Kalau aku ada problem macam nii selalu aku tak cerita kat mak aku sebab mak aku takkan amik port dalam benda2 mcm nii. 
Bila mak ngah dah tak ada aku rasa aku dah hilang seorang yang aku paling percaya. 
MAsuk taun neh dah 8 tahun mak ngah pegi dari dunia neh. 
Terasa mcm baru semalam dapat peluk cium dia. Aduh rindunya~ 
Ok stop! Tak mau cerita dah pasal neh. lagi sedih dan sadis jaa bunyinya. 
Hurmmm.
Aku nak SESEORANG right now. 
Orang yang boleh sama-sama share problem aku.
Yang boleh pinjamkan bahu untuk aku menangis.
Yang boleh bagi aku nasihat tentang apa yang patut aku buat.
Yang boleh jadi pendengar aku yang setia.
Yang boleh simpan rahsia aku.
Dan sayang aku sepenuh hati dia.
Tak dapat sepuluh, SATU pun cukuplaa!
Tapi mana nak cari orang yang macam tu? 
Bukan boleh dapat kat kedai apek juai mercun. 
Kat Giant dengan Tesco pun tak dak juai. 
Carrefour lagi r. Memang tak jumpa r. 
Bukankah best sekiranya kita boleh hempuk ja semua masalah yang ada kat dalam kepala neh?
Masa aku tengah tulis entry neh aku dah fully fall into tears. 
Room mate aku tanya "kenapa?" 
Aku cakap la cerita Jepun yang aku tengah tengok tu sedih dy terkesan sampai sekarang. 
Pastu dia pun ignore aku. 
Sadis betui larr kena ignore. Aduhai.
Tapi x pa. Dia tak bersalah dalam hal neh. 
Hurmm!
Ada dak sapa-sapa boleh bagitau aku mana nak cari orang yang macam tu?
Aku sangat-sangat desperate nak cari orang macam tu. 
Tapi layakkah aku punyai teman sebaik itu? 
Ka aku patut berkawan dengan bayang-bayang aku sendiri. 
La neh aku dah susah nak percayakan semua orang.
Aku tau bila aku terus terang cakap yang aku dah tak percayakan depa lagi, depa akan jauhkan diri dari aku.
Kalau tu yang terbaik, aku redha ja la. 
nak buat macam mana. 
Daripada aku dikhianati untuk kesekian kalinya. 
Sampai saat nii aku still tak boleh nak cari sapa yang patut aku percaya.
Yes! First of all aku kena belajaq percayakan diri aku sendiri. 
Tapi, bila diri aku involve dalam certain masalah, aku sendiri dah give up nak percayakan diri aku sendiri. 
Entahlaa~ 
Aku pun tak paham. 
Susah betulla hati nii. Ermmm. Salah hatikah? Atau salah aku yang tak pandai buat keputusan.
 Hurmmm
Nak saja aku tidur lepas bila aku bangun esok macam dah tarappa yang terjadi hari neh. 
Huh! Tapi, mana mungkin kan?
Neh kan realiti. 
Aku sebolehnya nak tau apa sebenaqnya salah aku kat dia.
Nak kata aku sebat pakwe dia? Dak kot? 
Setakat mamat sekeping papan yang x hensem mana tu aku cari kot pekan rabu pun banyak LOL~
Aku harap aku jumpa yang jauh lebih baik dari dia. 
Boleh dak? Aku nak stop kat sini?
Sebab aku penatlaa menangis sambil menaip. 
Letih sangat. 
Sebelah menaip, sebelah lagi nak cover ayaq mata. 
Aduss! 
Sebelum aku unduq diqi, aku nak habaq mai. 

"Aku sangat susah untuk menangis sekiranya puncanya adalah masalah-masalah yang sepatutnya tahap kanak-kanak tadika neh. Tapi, bila sekali ayaq mata aku jatuh, tu bermakna hati aku dah cukup bertahan dengan kesabaran yang Allah kurniakan kat aku. Bila gugurnya setitis ayaq mata dari tubir mata aku yang tak berapa nak nampak nii, samala macam gugurnya hujan daripada awan mendung yang membawa pokok hujan. Hujan yang semakin lama semakin lebat, sama seperti ayaq mata aku yang turun setitis perlahan kemudian semakin laju. Bila aku menangis jangan dipujuk. Bila dipujuk semakin laju juraian yang turun membasahi pipi. Dan aku harap, sebagaimana redanya hujan itu, akan reda jua ayaq mataku nii. Dan sebagaimana Allah menghadiahkan pelangi sebagai kawan sesudah hujan, seperti itu jugaklah aku harapkan kehadiran seseorang yang aku perlukan ketika itu untuk meredakan kesedihan aku dan akhirnya menjadi pelangi di sudut hatiku yang terpencil nii."

Good nite. ^^

Friday 5 July 2013

When I Was Your Man

Assalamualaikum

Hai sumer~ wah! bajet betui mak cik soqang neh. 
Macam laa ada orang nak baca post dy. 
Ahh! persetankan suma benda tu~

Semalam sekali lagi aku OTP dengan prince. 
Malam tadi aku bertukar menjadi sedikit kejam. 
Muehehehe.
Nak tau tak apa aku nak buat kat dy?
Tak mau? Ok klik button pangkah naeh. 
Mau? 
Haa neh yang aku suka nak cerita neh. 

Aku paksa dy buat benda yang paling dy tak suka.

MENYANYI!!

Seriesly~
sebenaqnya aku kesian.
Tapi entah apa yang rasuk aku suruh dy nyanyi jugak.
Sampai tarik muka la aku kan. 
oh! FYI. Time nyanyi tu dy bwt vid call dengan aku~
weee~~ 

Aku tau dy akan buat sebab aku yang request. 
Sayang jugak dy kat aku. 
kuikuikui. 

Aku suruh nyanyi lagu simple2 and slow saja. 
Sekali dy sebat nyanyi lagu bruno Mars~

WHEN I WAS YOUR MAN

Tak pernah dengaq?
Biaq benaq~ 
lagu top neh weh! 
xpa. KLIK KAT SINI untuk usha lirik yang aku dah post kat LLM. 

k,bye!

Pick Up the Phone Please

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
*krik krik krik~
Aduhai! Sunyi baq hang blog neh. 
Maklumlah tuan empunya blog neh merupakan salah dua daripada orang-orang yang malas nak hapdett. 
*opppsss!
Bukan malas ok. Sibuk kay sibuk~ 

So, macam biasalah. 
kalau hapdett neh mesti ada cerita punya kan?
Okeng~ 
*WARNING*
kepada sapa yang rasa nak termuntah lepas baca tajuk post aku neh mohon tekan (X) kat hjung window hampa tu naihh~
Tak paksa kay tak paksa. 

Pick up the phone? 
haa! neh yang aku rasa nak hangin satu badan neh. 
adoii . .
Janji tak ditepati langsung. 
*xdak kena mengena dengan politik. Aku cuma pinjam tagline kay. 

Ada la sorang hamba Allah neh. 
Haiyyaaa! Dah janji dengan aku tapi tak tunaikan. Huh! 
Aku pantang betui dengan orang-orang yang serupa ini. 
Hurmmm...
Tapi, aku nak marah pun tak sampai hati sebab dia dah banyak sabaq dengan aku. 
Pasai aku dah give up tunggu dia Call dan Answer aku punya call
jadi aku pun biarkan jari-jari aku yang sepuluh menari-nari kat keyboard~
Biaq laa kan. 
Blog aku, aku punya pasai laa kan. 
Huhuhu~ 

Camni cerita dia. 
Pada satu hari yang sejahtera~ acewah!
aku sedang bermain POU di henfon chokia kesayangan aku tu. 
Tiba-tiba masuk noti 'LINE'

"1 MESSAGE RECEIVE"

Tanpa tunggu satu saat pun aku dengan excited bewaknya bukak la noti tersebut. 
Alangkah gumbira rasa hati neh bila tengok qopenya Prince M yang hantaq that message. 
Dy cakap dy nak call aku malam neh~
Teruih blooming kat hati neh . . .
Al-maklumlah~ sapa tak rindu nak dengaq soqa kan? 
hehehe 
gatai sat. . 
*btw jgn terpedaya~ 
Aku single kay single~
Dgn dy aku rasa mcm pangkat BFF ja kot. 

Aku pun balas laa "OK"
bersama emoticon yang cute mute dalam LINE tuu. 
Pastu aku teruih off nak p kelaih~ 

Masa aku lepas kelas  pun dy ada mesej lagi. 
Huh~ 
Ayat paling penting time tu~ 
*Tunggu tau*
Yaa! Memang aku selalu tunggu dy.
Selalu sangat tau dak? 
Dan aku rasa dy pun sama ja kot. 
Except la kalau dy ada spare part laen. 
Kalau ada pun ada aku kesah?
Eh! EH! Aku kesah kay kesah~

Malam tu aku pun tunggu dy call aku~
Sekali mesej daa masuk~ 
"PUKUL 10 ye~"
Aku pun ok sebab malam tu aku ada projek dengan member aku.
Projek baek punya stumaen (study+maen)

Aku tak bawak phone pun.
Sebab aku tak terganggu. 
Tapi, aku alert laa dengan pukul 10 tuu. 
Ralit punya ralit sekali aku ter'lepas' pukul 10.
Pukul 10.30 baru balik bilik.
Aku semayang suma ceap trus tercongok depan tablet maen game.
Tapi aku daa usha phone. 
Takdak pun miscall ka mesej ka~
hati aku rasa tak sedap~
Haihhh! 

Last2 aku stop maen game.
Aku pun call lah dy. 
Prinsip aku pun sama saja dengan dy. 
Call 3 kali tak berangkat-angkat aku x call dah. 
Tunggu beberapa minit plak baru call balik . . 
cukup 3 kali dy x angkat. aku biaq. aku tunggu lagi. 
Memang aku neh penunggu yang setia pun.
sangat setia kay~ 
Buktinya aku tak cari orang lain walaupun aku dengan dy x declare~ 
muihihihi
Pastu tunggu punya tunggu. Tak dak respon jugak. 
eeiii! Sakitnya hati!
Rasa mcm nak bantai ja dy kalau dy duk depan mata aku sebab tak melunaskan janji-janji palsu dy tu. 
huh! 
Sampai saat neh. 
Keja aku menunggu benda yang macam takkan terjadi dalam hidup aku. 

10 mesej aku sent kat dy tulis~ 
"PICK UP THE PHONE PLEASE"

x ubah langsung sususanan huruf vokal konsonan serta ayatnya. 
La neh 12:22 p.m. 
Dan aku masih menanti~ 
Okay Bye!