Saturday 27 September 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 36

Assalamualaikum
(Entry nii dah di'schedule' untuk di'post' hari nii.)



***********
JUNAIDI melangkah perlahan ke dalam bilik itu. Dilihatnya segenap sudut bilik itu mencari Maisarah. Namun hampa bila bayangan Maisarah langsung tidak kelihatan di situ. ‘Tak ada pun.’

Songkoknya diletakkan di atas meja solek. Kain sampin yang dipakainya itu dilonggarkan. Kemudian Junaidi merebahkan badannya ke atas tilam empuk di situ. ‘Bestnya! Kalau tidur sekejap pun boleh kot. Kejap pun jadilah. Aduhai, seronoknya tilam ni. Wangi lagi cadarnya.’ Hanya beberapa saat diambil Junaidi untuk melelapkan matanya yang sememangnya sudah menanti untuk dipejamkan.

Selang beberapa minit Maisarah keluar dari bilik air dengan sehelai baju T dan tuala separas lututnya. Terperanjat dia apabila mendapati ada sesusuk tubuh lelaki di dalam biliknya kala itu. Atau lebih tepat atas katilnya yang bercadar coklat keemasan itu. ‘Bila masa mamat ni masuk bilik ni? Bukankah aku dah kunci pintu bilik ni tadi? Macam mana dia masuk? Takkanlah dia panjat tingkap kot. Bilik ni kan ke tingkat atas? Ajaib!’ Dia tahu itu Junaidi. Lagipun baju Melayu putih yang dipakai Junaidi semasa majlis akad nikah masih tersarung kemas di badannya. Cuma kain sampin dan songkoknya sahaja telah dilucutkan. Sekilas dia memandang ke arah Junaidi yang sedang berbaring membelakanginya itu dan melangkah perlahan ke situ. Mahu memastikan sama ada Junaidi hanya berbaring atau sudah terlelap.

Setelah memastikan Junaidi sedang dibuai mimpi senja Maisarah segera mendapatkan bajunya di almari pakaiannya yang terletak di penjuru bilik itu dan bersegera masuk ke bilik air semula sebelum sempat Junaidi terjaga dan melihatnya dalam keadaan begitu.

 Maisarah mencapai tudung segera dan disarungkan ke kepalanya. Sepasang baju kurung biru muda dengan tudung segera berwarna hitam. Siap. Manis dan ayu. Dia mahu ke bawah melihat persiapan untuk kenduri esok. Sekali lagi dia melihat ke arah Junaidi yang sedang nyenyak tidurnya di atas katil. ‘Seronoknya kau tidur. Aku masih terfikir macam mana kau boleh masuk bilik sedangkan pintu tu sudah dikunci dari dalam. Musykil betullah.’ gumam Maisarah seraya melangkah keluar biliknya menuju ke ruang bawah.

“PENGANTIN baru! Buat apa kat dapur ni?” tegur Mia Azlina setelah melihat Maisarah mengambil tempat di meja makan yang sudah sedia ada dapur itu.        

“Basuh kereta kak. Tak nampak ke tengah berus tayar ni.” balas Maisarah.

“Amboi, segaknya jawapan adik kita ni Kak Mira.” kata Mia Azlina kepada Mia Amira yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk untuk upacara makan beradab esok. Mia Amira hanya tersenyum. 

“Suami awak tu mana cik adik? Dah balik ke?” tanya Mia Amira pula.

“Ada kat atas tu. Tidur. Letih kot.” jawab Maisarah acuh tak acuh. Maisarah menuang jus oren di atas meja itu dan diteguknya seteguk dua. ‘Alhamdulillah. Lega dahaga ni.’ Tidak ramai orang di ruang makan keluarga itu. Kebanyakan mereka lebih suka meluangkan masa di luar rumah petang-petang sebegini. Menyediakan persiapan apa yang patut di luar.

Maisarah tercari-cari kelibat kakak iparnya, Hamimah. Sejak habis akad nikah tadi langsung tidak kelihatan kakak iparnya yang seorang itu. “Kak Nina, Kak Mira. Ada nampak Kak Mimah tak? Lepas habis akad nikah tadi Mai tak nampak langsung kelibat dia.

“Kak Mimah ada kat bilik dengan abang Alif. Tadi Kak Mimah hampir pengsan. Kasihan Kak Mira tengok dia. Macam letih sangat. Dengan keadaan dia berbadan dua macam tu pun masih nak buat kerja-kerja macam ni. Kalau Kak Mira confirm dah tersadai macam Kak Nina kau tu.” kata-kata Mia Amira mencetuskan ketawa kecil Maisarah. Terkekek-kekek dia mengetawakan Mia Azlina.

“Alah Kak Mira ni. Nina letihlah. Duduk rehat sekejap pun kena perli. Kak Mira tak pregnant manalah Kak Mira tahu letih tak letih. Baru nak buat kerja sikit dah semput.” ujar Mia Azlina mempertahankan dirinya.

“Hello Mia Azlina. Awak cakap akak tak pregnant. Memanglah. Tapi jangan lupa Kak Mira dah ada dua orang tau. Siap pakej seorang lelaki seorang perempuan lagi.” balas Mia Amira tidak mahu mengalah.

“Yalah. Nak cakap Kak Mira terror lah kan?” Mia Azlina mengambil jalan selamat. “Tapikan Kak Mira, pregnant kali ni Nina selalu cepat letih. Asal buat kerja sikit je mesti cepat je letih. Macam tadilah. Pastu badan ni rasa nak baring dua puluh empat jam atas katil.”

“Entah-entah anak Kak Nina kali ni jenis suka tidur macam Kak Nina kot. Sebab tu akak jadi macam tu.” kata Maisarah pula. Mia Amira hanya ketawa.

“Hai, tak sayang mulut ke Maisarah? Karang mulut Mai masin budak ni betul-betul suka tidur sampai ke tua macam mana? Kalau kecil-kecil suka tidur tak apalah. Tak susah sangat nak jaga dia. Ini kalau terbawa-bawa sampai ke besar siapa nak jawab? Ada jugak yang dapat gelaran ‘Sleeping Beauty’ Moden karang.”

"Alaa Kak Nina. Mai gurau sajalah. Takkan itu pun nak terasa. Cool laa sikit. 


          

***********
Dah klimaks dah.Update mengupdate memang perlukan masa.Kepada yang memang duk tertunggu-tunggu update tuu mintak maaf yaa.Jangan risau. Aku sempat schedulekan entry cerpu nii untuk beberapa part sepanjang minggu peperiksaan aku.Wish me luck y'all~

Sunday 14 September 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 35

Assalamualaikum
(Entry nii dah di'schedule' untuk di'post' hari nii.)




***********
“Perasan.” hanya satu perkataan lahir dari bibir Maisarah ketika itu. Junaidi segera mencapai tangan ibunya dan mencium tangan serta kedua belah pipi ibunya itu. Begitu juga dengan Maisarah. Dia juga turut melakukan perkara yang sama seperti Junaidi kepada Puan Arnita dan Puan Munirah.

Kala ini Junaidi dan Maisarah sedang menjadi tumpuan kaum kerabat yang menghadiri majlis sederhana ini. Kerlipan cahaya lampu kamera menyilaukan pandangan mata kedua mempelai yang sama cantik sama padan itu.

Majlis akad nikah Maisarah dan Junaidi yang serba ringkas hanya dihadiri jiran saudara-mara terdekat sahaja. Walaupun hanya saudara mara yang hadir namun bilangannya sudah cukup menggamatkan suasana. Ruang tamu kediaman keluarga Encik Radhif yang luas dipenuhi dengan sanak saudara serta rombongan keluarga sebelah lelaki.

“Mak su! Hariss nak ambil gambar mak su dengan pak su. Tengok sini tau.” ujar Hariss yang sudah bersiap sedia dengan sebuah kamera digital di tangannya. Pasti dia telah memujuk bapanya supaya memberi pinjam kepadanya. Maisarah dan Junaidi hanya melayan sahaja keletah Hariss yang banyak mulut itu. Lagi tidak diikutkan lagi dipaksanya.

“Mak su, Arissa nak duduk tengah-tengah boleh?” ujar Arissa yang turut berada di situ.

“Mana boleh Arissa sorang saja nak duduk situ. Fakhri pun nak jugak.” Fakhri mencelah.

“Tiha pun. Tiha nak duduk dekat papa Eddy.”

Junaidi hanya tersenyum mendengar kanak-kanak itu berebut-rebut mahu bergambar dengan dia dan Maisarah. “Dah. Dah. Jangan gaduh-gaduh. Arissa duduk tengah sini. Fakhri depan mak su Tiha depan Papa Eddy.”

“Hariss...” terkulat-kulat dia memandang Junaidi.

“Oh ya. Hariss duduk depan Arissa sebab Hariss abang.” Tanpa kata Hariss hanya mengikut kata Junaidi. “Saufi, tolong ambilkan gambar guna kamera ni sekali ya.” ujar Junaidi kepada jurufoto itu. Jurufoto yang bernama Saufi itu menangkap beberapa keping gambar.

“Okey. Terima kasih uncle, mak su. Kitorang nak pergi main dulu.” ujar Hariss setelah mendapatkan kameranya dari Junaidi. Dia segera mendapatkan Arissa, Fatiha dan Fakhri di luar. Gembira sungguh kanak-kanak itu. Junaidi tersenyum melihat anak saudaranya Fatiha Afifah yang tidak kekok bermain dengan anak-anak saudara Maisarah. Budak-budak memang cepat berkawan. Seronok betul jadi budak-budak macam mereka.            

Maisarah dan Junaidi masih menjadi tumpuan. Penat mereka bergambar. Junaidi melihat Maisarah diam-diam. ‘Dia senyum. Ikhlaskah senyumannya itu? Harap ikhlaslah. Sebab aku tak nampak dia macam buat-buat senyum. Maisarah, kan bagus kalau awak senyum macam tu kat saya. Awak manis. Senyuman awak seindah suria, cahaya yang menerangi segenap alam. Senyuman awak mewarna seluruh hati saya dengan warna indah kehidupan. Saya harap satu hari nanti awak akan senyum macam ni lagi untuk saya.’

“Okay, last scene.” Saufi berjeda seketika memikirkan aksi untuk dirakamkan lensa kameranya. “Oh ya! Abang peluk akak ni macam ni.” ujar Saufi sambil menunjukkan gaya ideanya dengan pembantunya di situ.

‘What! Peluk? Takde scene lain ke cameraman ni nak suggest? Kenapa nak kena peluk-peluk pulak? Aduhai. Tukarlah scene lain. Cium ke. Wait! Cium? Oh no! Lagi tak sanggup. Aduh! Macam mana ni? Mama, abah nak lari boleh?’ leter Maisarah dalam hati. Namun, tanpa menunggu persetujuan Maisarah, Junaidi telah pun merangkul pinggang Maisarah dan sekelip mata Maisarah sudah berada dalam dakapan erat suaminya Junaidi.

Jantung Junaidi berdegup kencang. Kalah pelari Ussain Bolt. Ini pertama kali dia memeluk wanita selain ibunya. ‘Hati oh hati. Kawal sikit. Sekejap je ni.’ Maisarah pula sudah merah padam mukanya. Mujur solekan tebal yang dikenakan oleh Kak Noni mampu menutup keadaan mukanya ketika itu.

“Muka awak merah lagi.” bisik Junaidi. Maisarah mencebik. “Tadi masa saya cium awak pun macam ni lah.” Maisarah tiada respon. “Mesti awak suka saya peluk awak kan? Tadi awak suka saya cium awak.” ujar Junaidi menutup gundahnya.

“Jangan nak perasan. Saya tak suka awak. Sekian."

“Okay. Done. Abang dengan Akak dah boleh rehat sekarang.” ujar Saufi sambil mengemas peralatannya.           

Selepas habis bergambar Maisarah naik ke biliknya di tingkat atas. Cadangnya mahu berehat seketika menghilangkan penat dan menanggalkan solekan di wajahnya. Dia sudah berasa rimas dengan solekan tebal yang dikenakan di rautnya itu. Perlahan-lahan dia menanggalkan tudungnya yang berlapis-lapis itu. “Banyaknya jarum Kak Noni letak.” rungut Maisarah seorang diri. Penuh berhati-hati dia mencabut jarum-jarum itu.            

Ketika itu Junaidi sedang bersendirian melihat keletah anak saudaranya Fatiha Afifah yang sedang bermain-main dengan anak saudara Maisarah. Leka dia melihat mereka bermain hinggakan tidak menyedari akan kehadiran Alif Farhan di sebelahnya.

“Hoi Eddy!” Laung Alif Farhan. Sengaja dikuatkan sedikit suaranya. Geram dengan Junaidi. Sudah berkali-kali dia memanggil lelaki namun Junaidi bagaikan sedang berada di awang-awangan.

“Ya. Kau ke Alif. Bila kau ada kat sini? Tak sedar pun aku.” Sahut Junaidi.

“Dah dekat seratus kali aku seru nama kau tahu tak? Manalah kau nak sedar kalau kau tu asyik layan perasaan. Mesti kau tengah fikirkan adik aku kan? Alahai, apa susah. Pergilah naik atas. Dia ada dalam bilik tu. Tadi dia cakap dia nak berehat kejap.”

“Poyolah kau. Sampai sangat seratus kali kau panggil aku. Eh! Mana ada. Aku tengah jamu mata tengok kanak-kanak tu bermain.” ujarnya. “Tak apalah. Nanti-nantilah aku jumpa tuan puteri tu.” Sambungnya lagi. Sebenarnya dia sangat berterima kasih kepada Alif Farhan kerana memberitahu keberadaan isteri yang dinikahinya sebentar tadi. Tadi dia ada juga mencari-cari kelibat Maisarah namun tidak pula dia bertemu dengan Maisarah.

“Eleh. Tak payah nak selindunglah Eddy. Aku faham. Aku pun pernah menikah. Ingat kau sorang ke? Eh! kau balik rumah kau ke kejap lagi?” tanya Alif Farhan.

“Amboi engkau! Macam nak halau aku balik aje. Yelah, aku ni siapalah kan nak tidur kat sini. aku ni hanyalah melukut di tepian gantang.”

“Touching pulak. Dah. Dah. Kau tak payah nak mengada-ngada sangat. Melukut di tepian gantang konon. Kau tu gantang pun tak kenal. Kalau nak pergi kat Mai tu pergilah. Tak usah nak nanti-nanti. Karang Maisarah tu lari apa kau nak buat?” Alif Farhan sengaja menyakat.

 “Aku buat apa? Aku kejarlah. Ingat nak biar lepas macam tu je? Adik kau tu ‘one in a million’ kau tahu tak? Kau pun tahukan aku dengan dia macam mana. Tapi tolong ya Alif. Jangan kasi mak ayah kita tahu pasal hubungan aku dengan Maisarah. Aku takut diorang risau pulak nanti.”

 “Yalah. Haruslah. Even kau dah jadi adik ipar aku kau tetap kawan aku dulu kini dan selama-lamanya.” Alif Farhan menyapa mesra bahu Junaidi.

“Oh ya. Aku nak kena mula praktis panggil kau dengan panggilan yang lebih hormat memandangkan kau sekarang dah jadi abang ipar aku.” Junaidi tersengih-sengih. Alif Farhan masih belum dapat menangkap apa yang cuba dimaksudkan dengan kata-kata Junaidi itu.

“Apa. Apa. Apa? Kau ni. Panggilan hormat?” Dahi Alif Farhan berkerut-kerut cuba memahami Junaidi.

“Buat-buat lupa pulak. Kan aku ada request nak panggil kau ‘abang’ Alif. Dah nyanyuk ke?” ujar Junaidi dalam tawanya.

“Hesy kau ni. Agak-agaklah. Macam tua sangat je aku ni dengan kau. Padahal kita sama umur je. Tak payahlah. Panggil macam biasa je okay?” Alif Farhan cuba memujuk Junaidi.

“Kau memang. Hari tu kau cakap lepas jabat tangan tok kadi kau bagi aku panggil kau abang. Ni lain pulak kau cakap. Lagipun Hazwan dengan Firdaus panggil kau abang Alif kau okey aje.”

“Suka hati kau lah Doktor Junaidi. Kau tu degil. Orang cakap jangan, yang tu kau excited nak buat. Kau nak bandingkan dengan Hazwan dan Firdaus. Diorang tu muda dari kita tahu tak?”

“Yalah. Doktor Alif. Dahlah. Aku nak naik tengok isteri tercinta aku kejap. Layan kau bersembang tahun depan pun tak sudah-sudah.” Junaidi bangkit dari duduknya lalu bersiap mengatur langkah ke tingkat atas.

“Untunglah orang ada isteri. Pergilah kat isteri tercinta kau tu. Jangan salah masuk bilik sudah.” ujar Alif Farhan sambil ketawa. Seronok dia mengusik Junaidi sahabatnya itu.

Kata-kata Alif Farhan hanya dibalas tumbukan mesra Junaidi di bahu kanannya sahaja. Junaidi menaiki anak tangga satu persatu. Dalam hatinya ada pelbagai rasa yang menghuni segenap ruang hatinya. 'Agak-agak nanti apa reaksi dia bila aku masuk bilik dia. Jangan menjerit sudah. Tapi kalau kena baling pasu macam mana? Ah, takkanlah di nak buat macam tu kat aku pulak.'

****************
Dah klimaks dah.
Update mengupdate memang perlukan masa.
Kepada yang memang duk tertunggu-tunggu update tuu mintak maaf yaa.
Jangan risau. Aku sempat schedulekan entry cerpu nii untuk beberapa part sepanjang minggu peperiksaan aku.
Wish me luck y'all~