Friday 24 May 2013

Hepy Belated Besday My A&D

Asslamualaikum

Haa . . Sedaq x sedaq dah cukup setaun usia belog neh~ huhu
Belog neh telah menyabut anniversary dy pada 13 Januari yang lalu~ 
Attodia! 
la neh dah bulan 5 dah~ 
So, hepi belated besday my A&D~
So~~ guess what? Haa . .  
aku nak makeover la belog neh . . 
Bagi nampak serba baru dan seiring dengan kematangan aku~ 
Tapi, design belog x melambangkan kematangan okay~~ 
Haa . .  One more thing . .
Belog neh akan ditutup seketika bagi tujuan pengubahsuaian dan pentransformasian yang akan dilakukan oleh tuannya ini~ 
TAPI! 
Maybe untuk beberapa jam saja kot . . 
Nanti dah buka aku akan post lagi satu entry ~ 
Thanks to all my supporter and members ~ 
Tanpa anda aku x boleh melangkah sejauh ini~ 
So, thanks. Tunggu kemunculan A&D selepas make over ea~ 

Thursday 23 May 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART24

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera kepada para pembaca yang setia menunggu entries aku~ 
Pergghh! bajet gila~ 
Haa . .  hari neh aku free, so mcm besa la. 
Nak hapdett ceta merapu aku tu maa~ 
Hahaha . .
Bersarang dah nuu belog neh . . 
Hurm . .  x tau la . . Mungkin sebab kurang kasih sayang kot . . 
Mana taknya, tuan tanah belog neh asyik bagi kasih sayang dekat tanah LLM dia ja . . 
Maklumlah official belog~ 
Hihi . . 
Ok, dah2 la kan merapu tu . . 
Haa. Jum kita sambung cerita Junaidi dengan Maisarah . .  
Aku tau ramai yang curious nak tau sambungan dia . . 
xpa, jum! Check it out! 

*********
PUAS Junaidi dibahan oleh dua orang sahabatnya itu. Sudahlah tadi digelakkan, selepas itu dijadikan topik mesyuarat tak rasmi mereka bertiga pula. Junaidi kehilangan kata-kata dan mengambil jalan selamat iaitu berdiam diri. Lega sedikit hatinya apabila mengetahui ‘Mahirah’ yang dimaksudkan ibunya itu sebenarnya Maisarah adik sahabatnya. Sekurang-kurangnya ibunya tidak menjodohkan dia dengan perempuan yang tidak dikenalinya. Tapi, ini bukan bermaksud dia akan menerima cadangan ibunya bulat-bulat mahu menyatukan dia dengan Maisarah yang menjadi bayangan tidurnya sejak dua menjak ini.

            “Tengok tu. Mengelamun lagi. Weh, Eddy! Kau dah kenapa? Baru kena bahan sikit dah senyap. Selalunya kau lawan balik. Ni apesal pulak senyap semacam? Lain macam ni.” kata Hanif dengan tawa yang masih bersisa.

            “Ha’ah. Kenapa pulak tiba-tiba je kau pendiam ni? Hairan jugak aku.” Alif Farhan menyokong kata-kata Hanif. Dua orang lelaki ini meskipun jarang bersua namun bila bersembang mereka ‘sekepala’.

            Junaidi mempamerkan sengihan kepada dua sahabat yang sentiasa bersamanya susah senang. “Aku speechless. Tak tahu nak cakap apa. Aku tak ada modal nak gaduh dengan korang. Aku diam sajalah.”

            Alif Farhan dan Hanif terpana seketika. Dalam hati Alif Farhan berkata, ‘Biar benar Eddy ni? Tak pernah-pernah dia cakap tak ada modal nak gaduh. Takkan terus berubah jadi pendiam lepas jumpa Mai? Aneh sungguh.’

“DENGAR cerita mama nak jodohkan adik dengan kawan Abang Alif? Betul ke?” pertanyaan Mia Azlina kepada Alif Farhan memulakan perbualan antara mereka adik beradik. Bukan senang nak jumpa selalu. Bila sudah berkumpul beginilah mereka meluangkan masa bersama-sama meskipun masing-masing sudah mempunyai komitmen terhadap keluarga sendiri kecuali Maisarah yang belum bertukar status kepada ‘isteri orang’.

            “Ha’ah. Memang pun. Abang pun terkejut jugak bila dapat call dari mama seminggu lalu. Tiba-tiba saja suruh abang balik. Abang pun terus balik sajalah.” Jelas Alif Farhan.

            “Handsome tak bakal adik ipar kita tu abang? Mesti handsome dari abang kan?” Mia Amira bertanya pula.

            “Amboi Mira. Abang ni tak cukup handsome ke kat mata awak?” Tiba-tiba Hazwan mencelah. Sengaja mahu menyakat isterinya itu. Dia tahu Mia Amira memang sudah begitu sejak dari dulu. Soalan yang sama pernah ditanya ketika Mia Azlina dirisik oleh Firdaus dahulu. Mia Amira suka membandingkan lelaki yang dikenalinya dengan Alif Farhan. Katanya Alif Farhan itu sebaik-baik abang yang dia ada. Bukan sahaja abang, malah sahabat yang baik.

            “Alaa abang ni. Dia pulak yang terasa. Mira nak cakap yang bakal adik ipar kita ni handsome dari Abang Alif ke tak. Macamlah abang tak tahu. Kalau nak banding dengan abang sayang Mira ni confirm lah abang sayang Mira ni perfect di mata Mira.” ujar Mia Amira penuh manja. Kemanjaan itu jugalah kelemahan Hazwan.

            “Yalah sayang. Abang tahu.” Hazwan membalas.

            “Kak Mira dengan Abang Wan ni sweet lah. Jealous Nina tengok. Sweet 24 hours. Tak pernah nampak pun 'sour'nya.” Mia Azlina pula mengusik dua sejoli itu.

            “Mira memang sukakan bandingkan abang dengan lelaki lain. Mira. Mira. Kawan abang, mestilah handsome macam abang.” Alif Farhan mengembalikan topik asal mereka. Kalau dibiarkan Mia Azlina mengusik Mia Amira dan Hazwan tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis. Dalam diam dia mengaku dengan kecekapan Hazwan mencairkan hatinya adiknya yang keras seperti ‘ice berg’ itu.

            “Eh. dari tadi kita sembang pasal bakal ahli keluarga kita yang sorang tu. Tapi, kita tak tahu pun nama dia. Abang Alif pun kot lah nak bagitahu.” Firdaus mula menyampuk.

            “Ha’ah kan. Dari kita cakap-cakap pasal dia tapi langsung kita tak tahu nama kawan Abang Alif tu pun kan? Hah abang. Siapa nama kawan abang tu? Mira kenal tak?”

            “Mira kenal. Nina pun kenal. Masa kenduri abang dia ada jugak. Apa kata kita tanya bakal isteri empunya diri. Dari tadi senyap saja. Selalunya menyampuk jugak, ni diam semacam saja. Hairan pulak abang.” Alif Farhan mengalihkan soalan itu untuk dijawab oleh Maisarah. Maisarah kelihatan seperti tidak berminat dengan topik yang dibualkan dengan abang-abang dan kakak-kakaknya petang itu.

            “Cepatlah Mai. Abang Wan pun nak tahu siapa nama dia tu.” Hazwan pula bertanya.

            Dengan penuh keterpaksaan Maisarah menjawab soalan yang ditujukan kepadanya itu. “Junaidi.” Hanya sebaris nama itu sahaja yang dia mampu ucapkan. Mukanya sengaja dimaniskan supaya mereka yang berada di situ tidak dapat menangkap keresahannya. Namun, tidak bagi Alif Farhan. Dia masak benar dengan riak muka adik-adiknya terutamanya Maisarah. Mungkin kerana antara adiknya yang bertiga itu Maisarah yang paling rapat dan manja dengannya sejak keluarga mereka berpindah semula ke Pulau Pinang.

            “Junaidi yang kerja doktor dekat klinik abah tu ke Mai? Wah! Handsome kot doktor tu Mai. Dan kalau tak silap Kak Nina umur dia sebaya dengan Abang Alif kan?” ujar Mia Azlina penuh keterujaan.

            Maisarah sekadar mengangguk. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak seteruja Mia Azlina setelah mendapat tahu lelaki yang bakal menjadi peneman hidupnya itu seorang doktor yang bekerja di klinik bapanya itu. Doktor kot. Bukan sembarangan orang. Tambahan pula, lelaki itu merupakan sahabat baik abangnya. Manakala bakal ibu mertuanya merupakan kenalan lama mama yang sudah lama terputus hubungan. ‘Hati oh hati. Kenapa bila berbangkit pasal Junaidi kau terus jadi resah?’ Maisarah hanyut dalam dunianya sendiri.

PAGI itu Maisarah bangun awal seperti biasa. hari ini dia memulakan rutin bekerja seperti selalu. Cuti hujung minggu yang terisi dengan kejutan oleh kedua ibu bapanya. Dia bagaikan tidak percaya yang mamanya telah berhasrat mahu menjodohkannya dengan anak kenalannya. Mujurlah dia single. Tapi, kalau dia ada buah hati macam mana? Punahlah harapan mama mahu berbesan dengan sahabat baiknya.

            Telefon bimbit berdering nada mesej. Segera dia mengambil telefon bimbitnya itu dan melihat ke skrin. ‘Arghhh! Rajin sungguh Maxis hantar mesej kat aku pagi-pagi ni. Spoil betullah. Huh!’ Maisarah mengeluh perlahan. Deringan bergema  sekali lagi. Maisarah melihat ke skrin semula. ‘Harap-harap kali ni bukan Maxis yang hantar.’

            Saya nak jumpa awak petang nanti, lepas kerja.

            Mesej daripada nombor yang tidak dikenali. ‘Siapa pula yang hantar mesej kat aku ni? Dah la tak cakap langsung siapa nama.’ Gumam Maisarah. Tangannya lantas membalas mesej tersebut.

            Siapa ni? Mungkin awak tersalah nombor.

            Tidak sampai dua minit, si misteri telah membalas mesej Maisarah.

            Saya bakal ‘suami’ awak. Please. Jumpa saya petang nanti. Saya ada benda nak bincang dengan awak. Soal kita.
            ‘Oh. Mamat ni ke. Aduh. Wait! Bakal suami? Huh! Siapa nak jadi isteri kau hah? Tak payah pergilah Mai. Buang masa je kau jumpa mamat tu.’ Maisarah mempamerkan riak menyampahnya. Dia janggal mendengar perkataan ‘suami’ itu. Terasa begitu asing di telinganya. Maisarah terpaksa bersetuju untuk berjumpa dengan Junaidi petang itu. Walaupun hatinya menegah. Tapi, gatal tangannya menaip mesej menyatakan dia bersetuju. ‘Aduhai tangan kenapa kau tak bertindak mengikut kata hati? Dah terlanjur setuju. Jumpa sajalah.’

DARI jauh Maisarah memerhati Junaidi yang sedang mengatur langkah ke arahnya. ‘Handsome jugak mamat ni. Tapi, kenapa aku rasa macam tak berminat dengan lelaki ni? Adakah sebab dia sahabat Abang Alif?’ Mereka berdua tidak pernah bersua meskipun Junaidi merupakan sahabat sehidup semati dengan Alif Farhan. Tambahan pula, Alif Farhan tidak banyak bercerita tentang sahabatnya itu. Alif Farhan lebih selesa mendengar cerita daripada Maisarah.

            “Dah lama sampai? Maaflah saya terlambat. Pesakit ramai dekat klinik hari ni.” Junaidi memulakan perbualan.

            “Tak lama sangat pun. Ada dekat sepuluh minit jugalah saya duduk kat sini. Disebabkan ini kali pertama kita jumpa, saya maafkan awak sebab terlambat dari waktu yang dijanjikan dan buat saya tertunggu-tunggu kat sini.” Maisarah meneguk sedikit sirap laici yang dipesannya sebentar tadi.

            Junaidi tersengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun kemas. Junaidi menggamit pelayan restoran itu dan segera memesan minuman. Sesudah pelayan beredar, suasana sepi mula menguasai ruang antara mereka. Masing-masing tiada idea untuk memulakan bicara.

            Lima minit berlalu. Air yang dipesan Junaidi telah pun selamat dihantar oleh pelayan sebentar tadi. Enam minit berlalu. Masih tiada perkataan keluar dari mulut kedua-duanya. Sepuluh minit kemudian. Junaidi meneguk airnya, manakala jari Maisarah pula bermain-main dengan straw minuman di gelasnya.

            “Awak...” Serentak mereka mengeluarkan bicara.

            “Saya...” Sekali lagi.

         Kali ini Maisarah pantas mendahului. Junaidi hanya membiarkan Maisarah bercakap dahulu. Dia menggunakan prinsip ‘ladies first’.

          
 “Awak ajak saya jumpa semata-mata nak suruh saya tengok muka waiter kat sini lepas tu berkenalan dengan diorang ke? Saya tak ada masa lah dengan kalau keluar sekadar nak membatu minum air lepas tu senyap seribu bahasa.” Maisarah mula naik angin. Sudahlah dia berasa kurang selesa berduaan dengan Junaidi, ditambah mula dengan kebisuan antara mereka. Maisarah rimas.

***********
Ish3  . .  Agaknya kenapa Junaidi ajak Maisarah berjumpa? 
Hurm . .
Adakah sebab Junaidi nak confess kat Maisarah?
Ataupun dia nak mengaku perasaan dia sebelum depa diijab kabulkan?~
semuanya menjadi tanda tanya~ 
Nantikan sambungannya yeww~ 
Haa . .  
Searching~~~~~ Tuuttttt~~~ Part 25! coming soon >ASAP<