Monday 16 May 2016

Main Tarik Tali

Assalamualaikum
Salam sejahtera.
Hai! (*lambai tangan macam selalu)

before tu aku sarankan hampa play lagu "Kau atau Aku" by Elyana kat playlist. Takdak? Tak payah susah download. Stream kat utube jaa. Takpun hampa kan pakai semat fon. Bukak jaa Spotify ka Joox ka Yonder Music ka untuk free streaming lagu. Okeyyh?

Lagi satu aku nak habaq pesanan penaja. Jangan baca tanpa ada perasaan. Kah! Hambar. 

Sumber: Ahjussi Google


Main tarik tali malu mahu memulakan luahan hati
Kita main tarik tali masih menanti siapa mulakan dulu
Kau atau aku? Memulanya dulu.

Okeyhh. Tak sempat nak meraban. Dalam jiwa rasa sadis dan pedis amat bila tak bercerita soal hati dan perasaan kat belog ni. Kalau nak cerita kat orang sapa ja nak dengaq kan. So, dia macam lagi better hang update belog dari hang duk mencari mangsa pendengar cerita angan tak sudah hang kan?

Mungkin orang cakap

Hang tak sesuai nak pikiaq soal hati dan perasaan buat masa la ni...

Aku tanya "kenapa?"

Depa kata,

Hang kan baru ja sem 1 mengaji. Takkan dah nak pikiaq semua benda alah ni. Come on la. Wake up!

Okeyhh. Aku wake up laa ni. Sebab aku wake up dan trying to grow up lahh aku rasa aku patut ambik tau pasal hati dan perasaan ni. Sebab kadang-kadang bila hang jauh dari family tak mustahil untuk hang tak pikiaq semua benda ni. Esp bila hang rasa hang macam ada suka kat orang or orang suka kat hang.
  (oraite! aku harap orang tersebut tak stalk aku sampai sini.)


Sumber: Masih Ahjussi Google

 Cakap pasai suka kat orang tak pun dalam bahasa cinta dia crush laa. Hmm. Aku duk sini ramai dah senior yang aku crush. Crush ja la mampu. Memang bukan Amira laa nak tegoq orang dulu. Amira pemalu orangnya. Kecuali orang yang perlu ditegoq tu atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Tapi bila kat sini. Macam aku mention tadi laa. Jauh dari family. Hang akan mudah terpengaruh dengan orang yang betul care pasai hang. Macam yang aku rasa laa nii. Aku tak mau ada rasa ni. Takut kecundang. Tapi... Hampa ingat senang ka buang bila perasaan tu mai. 


Sumber: Juga Masih Ahjussi Google

Tapii. Apa kaitan dengan tajuk entri aku?

Okeyhh. For short macam ni laa. Ada orang ni dia layan hang baik gila. Totally baik! Pastu dia care sangat-sangat pasal hang. Dia jaga hang gila-gila. Dia banyak ambik tau pasai hang. Pastu dia banyak spend time dengan hang. Benda ni tak jadi masalah besaq kalau sesama jantina. Sebab kita tau dia treat kita as seorang kawan. Tapi kalau yang lain jantina? urmmm. Hard to describe kan? 

Sumber: Tak boleh move on lagi dari Ahjussi Google

As for short, laa ni before this dia layan hang baik gila sampai hang rasa macam hampir jatuh hati kat dia. Tiba-tiba ada sesuatu yang jadi penghalang dari hang rasa macam tu. Benda apa? Nii bawah ni!


Sumber: Tak habih-habih lagi dengan Ahjussi Google

Tiba-tiba antara tu dia letak GAP! Ataupun barriers. Hmmm. Aku tak kisah nak letak gap. Tapi kenapa laa nii nak letak? Kadang-kadang aku terpikiaq jugak yang dia saja nak main-main dengan aku. Testing gitu. Tapi dia ingat aku ni apa? Mainan buzz lightyear yang picit-picit terbang tuu? Duhhh! 

Secara jujurnya aku memang dah start nak kenal dia sikit-sikit. Tapi aku still tau batas aku. Tak payah kut nak sibuk-sibuk ingatkan aku dengan ayat....

"KITA KAN KAWAN!"

"SAYANG LAA. SAYANG SEBAGAI SEORANG KAWAN..."

"MESTI LAA AMIK TAU. KAWAN KANN..."

Jadi macam mana? Sebenaqnya dia nak ingatkan aku atau nak cakap kat diri sendiri? Hmm. Kalau kawan bukan treat aku macam ni. Hahaha. Kadang-kadang boleh buat aku patah hati tau dak orang macam ni. Hmm. Sabaq ja laa. Apa yang aku boleh cakap laa nii. Dia nii sekadar ujian. Dia sekadar KAWAN.

Why not kan? Aku letak gap jugak.

Okeyhh wehh! Buat masa ni aku... "Gerak luu. Pape roger!

Bukan apa. Aku ni lapaq. Nak pi makan. Satgi keluaq lambat kedai makan tutup. Kat rumah ni takdak benda nak masak. Hahaha.

Adios!

Sumber: Masih setia lagi dengan Ahjussi Google

ps: Serik dah aku terlibat dalam relay nii. 8 tahun wehh kena tipu macam tu jaa, Sumpah serik!

Saturday 6 February 2016

Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat UiTM

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

Okay, sambung berletiaq kat belog ni.
As hampa tau ENTRY SEBELUM ni aku ada bagitau yang aku dapat sambung degree kat UiTM Machang. Kos Pengurusan Sistem Pejabat. *Boleh baca dengan klik kat link tu. Alhamdulillah. Tak dapat kerja dapat sambung study pun jadilah. Takda la aku merempat dan merempit tak ketahuan hala kan?

Tapi, tu laa. Bila dapat sambung study masa hampa dah plan on for job. Hahaha. Mungkin aku belum cukup bersedia nak hadap dunia pekerjaan and so Allah tetapkan aku sambung study.

Oraite. Aku ada search sikit pasal kos ni before aku apply dulu. And paling tak sangka aku dapat tempat yang paling aku expect aku tak akan dapat. Tapi, DAPAT! So, kay as long as kat tempat tu ada pantai aku okay saja. Hihihi. Apa? Takda pantai?! Hmm. Nantilah aku pikiaq macam mana nak buat.

Laa ni mai ni habaq benda apa yang aku nak kena hadap nanti. Dah nama pun Degree kan. Bercambah-cambah laa dia punya 'Advanced' subjek. Matilanakk!

OFFICE SYSTEMS MANAGEMENT - BM232

SEMESTER 1 (1st Year)

Fundamentals of Business
Information & Communication Technologies in Organizations
Administrative Procedures
Communication for Professionals

SEMESTER 2 (1st Year)

Intermediate Financial Accounting and Reporting
Records Management for Administrative Professionals
End User Applications
Administrative Management
Internet Technology and Web Designing

SEMESTER 3 (2nd Year)

Advanced Records Management
Advanced End User Applications
Personnel Administration and Management
Communication for Administrative Professional
Introduction to Human Resource

SEMESTER 4 (2nd Year)

Organizational Behavior
Administrative Operating Systems
Networking and Telecommunication Systems
Project Management
Human Resource Development
Introduction to International Business

SEMESTER 5 (3rd Year)

Sejarah Malaysia
English for Report Writing
Principles of Entrepreneurship
Research Methods
Business Process
Systems Design and Development
Management of Change

SEMESTER 6 (3rd Year)

dalam website column dia kosong. Aku syak ini intern kot.

*sumber : fbm.uitm.edu.my/

Eh?! Subjek agama dengan English tak payah ambik ka? Sebab aku difahamkan subjek agama dengan English compulsory subject

Gulp!
Bila aku tengok all these subject baru nak mai ketaq tuu. Duh!
Tapi aku dah accept dohh! No chance to turn back! Huwaaaaa! Nak gheyau!
Rasa takut aku semakin menjadi-jadi.
Syok nak pi study tiba-tiba jadi sesuatu yang mengerikan otak aku.
Lahhaiiii! Mampukah aku?

Btw, aku nampak banyak subjek yang akan menjadi subjek 'mimpi indah'. Banyak subjek 'menguap' 'mengantuk' 'menidoq'. Lullz.

But then, aku terfikir kenapa aku tak letak Records Management kat atas.
Hmmm.
Hadap je laa.

So, hampa2 yang baca post nii doa-doakan si Amira ni supaya dia dapat hadap tanpa tension yang teramat.

Aku nak keja bidang apa weh nanti? Erk!

Malas ahh pikiaq. Jom main game sedaih. Layan One Piece dulu ka.
adios!

*p/s: Memang dah tak boleh tukaq kos ka? Huwaaaaa. Secretarial Science dulu senang sebab Diploma ja pun. 


Friday 5 February 2016

Dapat Sambung Degree!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

Lama betul tak update belog ni. Lama jugak jari-jari gemok aku ni tak exercise.

Before ni aku keja Part Time as hampa tau la kan. Kat Pasipik Aloq Setaq nu. Memang aku takdak masa langsung nak bersosial di alam maya ni. Nak jumpa kawan-kawan macam errrrrrr tak sempat. Keja pagi petang malam kot. Tapi, now dah lapang sikit sebab aku pun dah resigned sebab hati aku kata kalau tak dapat kerja mesti hang dapat pi ngaji. Serius beb.

Dijadikan cerita. Member aku si Paan ni wassap aku tunjuk gambaq result interview SPA yang kami sama-sama pi even tak sama tarikh dan masa. As for it, resultnya DUKACITA. Susah sungguh no depa nak ambik keja pun. Kalau dak, jadi seterika ehhhh seketeri dah aku by the end of this month.

Sebelum aku babbling lagi panjang mai aku nak share dengan hampa pasai tajuk kat ataih tuu. Aku rasa kalau hampa ada friend wechat aku atau hampa follow twitter account aku hampa mesti tau dah kan benda ni. Tapi, sokay. Benda happy mesti nak kongsikan right?
(aku rasa post ni patutnya lebih selesa share kat LLM kot. Hahaha)

UiTM Online kata result untuk second intake depa akan keluaq 5 Februari 2016 jam 3.00 petang. Aku dengan eksaitednya tunggu depan laptop (lepas dikecewakan SPA) untuk nak check result. Sampai mama aku ajak masak dengan tok. Tuu pun aku macam malas-malas itik nak bergerak (Itik tak bersalah. Badan hang yang berat tu yang salah)

Lepas tu aku tak jadik nak tunggu depan laptop. Mama suruh aku bersiap sebab nak bawak tok dengan Mak Njang pi rumah bakal besan dia. Aku pun ikut ja laa. Bukan apa curious jugak nak tengok bakal mak cik baru. Kih3. 

Dalam perjalanan ramai gila lahhaii wassap aku cakap suruh cek tawaran UiTM yang katanya ramai yang dapat. Aku cakap aku balik nanti aku check. Tak kurang jugak ramai yang mengkhabar anginkan (erkk! Betui dak?) kata aku dapat untuk intake kali ni!

Sampai ja kat rumah dengan penuh semangat waja aku tukar baju, mandi semua terus hadap muka laptop. Dekat bar address tu laju jaa jari-jari gemok aku ni menari. Depa pun tak sabaq nak tau. Finally, lepas IC diisi kat column situ. Habih loading. Terpapar satu berita yang mengatakan...

"Tahniah, anda berjaya ditempatkan di UiTM. Maklumat tawaran anda adalah seperti berikut:"

Aku skrol sikit naik nama dengan IC aku.

"Program : BM232 - Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian)
Kampus : UiTM Kampus Machang"

Alamak! Kelantan!
Berita baiknya boleh aku pi snap gambaq stadium kaler Pink! (ouchhh!)
Berita sedihnya. Kenapa Kelantan? Wahhhhh! Takdak member yang dapat situ sekali.

Tapi bila ditelitikan balik. Ini yang aku nak kan? Dapat sambung study. Jauh sikit dari rumah. Berada di tempat orang. Jadi, kenapa aku macam was-was nak accept?

Diam-diam aku discuss dengan mama and abah. Depa kata

"Hang buatlah pilihan yang terbaik untuk hang. Maa ngan Bah sokong ja apa keputusan hang."

Dan tanpa ragu-ragu pukui 11 malam tu jugak aku terus tekan Setuju Terima. Yes!

Berkenaan dengan subjek-subjek dan cabaran yang akan aku hadap nanti?

Aku letak dekat NEXT ENTRY. So, check it out.

Adiosa!

P/s: Ada dak sapa-sapa yang dapat Kos Pengurusan Sistem Pejabat kat UiTM Machang Kelantan sama dengan aku. Esp untuk intake March 2016 ni laa. Boleh drop da komen bagitau or maybe tegoq kat twittaq atau kalau malu lagi boleh DM kat twittaq, (Proses mencari kawan baru) Hahaha. Ok, bye.