Tuesday 29 September 2015

Jejaka Teh O Ais Katanya

Assalamualaikum

Salam sejahtera. Salam berbahagia. Hingga hujung nyawa.
*ehhh!

Entri aku malam ni berkaitan seorang jejaka idaman Malaya (katanya) sebab dia punya muka tuu ada killing smile. Ishhh!

Okay, jejaka yang aku maksudkan tu Syukri Yahya. Jap, kenapa tetiba aku nak update entri pasal dia ni? Hahaha. Nii kan belog aku. Suka hati aku la nak update apa-apa pun. Btw, ni sebenarnya salah satu latihan untuk aku improve typing skill aku yang aku study masa Part 1 Diploma dulu.

Sat. Aku nak tempek sikit muka jejaka teh o ais aku ni.
*hehehehe. Gelak gatai

*ciss! mana melting pun tengok lama-lama

Aku start minat tengok dia berlakon since dalam cerita 'Menjinak Ombak'. Masa tuu dia still unfamous lagi. I thought laa. Sebab aku rasa tu first time aku tengok dia berlakon. Ke ada lagi drama-drama yang dia pernah berlakon before ni? Maaf la, aku memang jarang tengok TV. Masa tu dia pegang watak Firhad. Masa tu aku rasa dia misteri gila. For me laa kan yang first time tengok dia.

Lepas habis cerita tu kat slot Zehra aku tak tau dia berlakon drama apa. Yang aku tau ada iklan kat TV3 pasai drama Dia... Isteri Luar Biasa. Masa tu yang aku start melting tengok Syukri Yahya tu. Ishhh! Masa tu aku rasa dia memang betul-betul layak pegang watak Raden Amzar dalam cerita tu.

*Tengok killing smile dia. Duhhh! Bisa cayaq nii!

Aku memang suka habih la dia bawak watak Raden Amzar. Aku suka tengok dia macam tu. Kadang-kadang pakai spek. Hensem!

*Hello Mr husband!

Aku tak mau story pasai Syukri Yahya punya biodata ka, sejarah hidup ka, gosip-gosip ka. That's not my way. Aku just nak share yang this will be probably the New Junaidi for my cerpu yang tak berupdate-update tu. Hahahaha. Lawak ja. Marah karang Junaidi lama. Hihi. Ampun!

Apa kaitan tajuk entri ni (Jejaka Teh O Ais Katanya) dengan Syukri Yahya?

Ceritanya aku terbaca satu post picture kat facebook. Masa tu customer takdak so bolehlah hang layan henfon jap. Bukan senang okay. Kalau supervisor hang duk perati jangan harap hang boleh main henfon time keja. Masa tengah best-best layan timeline news feed tuu yang aku terjumpa post picture tuu.

Sat aku tempek sini naa.


Lantas aku terbayang akan wajah Raden Amzar. Dia ada janggut. Ada jambang. Ada misai. Dia pakai spek mata. Rambut pun tersisir rapi. Pakai baju kemeja. Lengan kemeja dia singsing naik atas paras siku. Duhh! Melting. Kalau dulu priority aku dengan Amar Baharin sekarang Syukri Yahya pulak. Hahahaha. Dia bukan saja Teh O Dengan Gula tapi berAis sekali. Hikhikhik.

Okay, light off.

*esok nak ke Pacific apply keja as a promoter. Teringin!



Wednesday 9 September 2015

Sweet Escape... Can I? (Sambungan)

Assalamualaikum

Entri ni adalah sambungan dari post before ni.
Kalau sapa yang tak baca lagi boleh HALA SINI untuk baca entri tersebut.

Oraite. Settle untuk list dalam negara. Kalau luar negara pun aku ada 10 negara/ tempat yang aku nak pi sampai terbawak-bawak biawak dalam mimpi. Ishhh. Buruk betul perangai. Tempat ni tak termasuk Mekah sebab aku akan pastikan aku sempat sampai ke Mekah biarpun sekali seumur hidup.

1. England


Memandangkan aku ni penyokong agar tegar dengan Liverpool FC walaupun depa ni selalu kalah   tapi nvmd... Aku still simpan angan-angan nak ke Anfield ni nanti. Nii ja sebab utamanya aku nak pi England. Sambil-sambil tu aku jalan-jalan laa makan angin sekitar kota London. Orang putih kata "Kill two birds with one stone" or orang melayu panggil "Sambil selam minum ayaq."

2. France


Aku tak tau attraction apa yang ada kat sini. Setakat Eiffel Tower yang orang suka nak ambik gambaq tu. Tapi tak tau laa kenapa. Dia macam automatik tau dak. Bila tengok Eiffel Tower nii dia terasa nak jejak bumi France. Ceh! Menjerat betul. Takpa. Ada rezeki sweet escape aku sampai ke sana okay?

3. Jepun


Konnichiwa! Jepun memang ada tarikan. Bagi yang tak tau lagi. Aku memang suka *namateyy tengok Sakura Flower blooming. Dan aku rasa kalau aku nak ke Jepun pun pasai nak tengok Sakura pastu nak tengok gaya hidup masyarakat Jepun yang dikatakan banyak nilai-nilai positif *bukan aku nak kata takda negatif.
Dalam masa yang sama aku nak pi naik Thousand Sunny which is Kapal Luffy Mugiwara dalam ceta One Piece. Aku ada google. Kat Jepun memang depa ada buat satu replika kapal Thousand Sunny yang boleh dinaiki dan diteroka oleh pengunjung. Haii! Tak sabaqnyaa.

4. Korea

*okay, scene macam kat Love Lock Bukit Bendera. Hahaha.

Anneyong Haseyo! Hahahaha. Okay. Dah. Dah. Kenapa Korea? Sebab aku ni boleh kata minat jugak tengok drama-drama Korea ni. Dalam hardisk aku berlambak drama korea yang aku tak tengok lagi. Hahaha. Satu ja sebab aku nak pi Korea. Sebab aku nak ambik gambaq kat lokasi penggambaran drama Autumn In My Heart. Sapa yang pernah tengok. Hampa mesti tau kan. Pastu aku lepak Hello Kitty Cafe sebab kafe nii sangat-sangat unik bertemakan Hello Kitty sepenuhnya. Termasuklah design dekorasi dalam toilet.

5. Krabi, Thailand


Sawadikap! Hehehe. Okay, Krabi sebab pantai. Hampa google gambaq Pantai Krabi. Salah satunya atas nii la. Hampa tengok pantai tau. Jangan mata melilau silau kot lain pulak. Tampo kang.

6. Lombok, Indonesia


Aku bukan nak lari pi Lombok na. Aku nak sweet escape to Lombok. Geramnyaa aku tengok ayaq laut dia. Ergghhhh! Geram! Jernihnyaa. Salah satu sebab lagi aku nak sangat ke Lombok ni pasai aku tengok Syukri Yahya dengan Fathia Latiff ke sana macam cantik jaa tempat dia. Ni semua penangan Dia... Isteri Luar Biasa la nii. Hmmmm. *flip tudung

7. Phuket, Thailand


Let's go to the beach! Jyeahhh! Phuket sebab aku tergugat tengok Mr F( Zul Arifin) n Noorul (Ayda Jebat) mai honeymoon kat sini. Jeles iols tengok. Rasa macam ke Phuket ni lepas kawin je kot. Ajet-ajet honeymoon gitu. Boleh ke? Hahaha.
*hang ingat ada orang sponsor honeymoon hang?

8. Venice, Italy


Contee Partiro~~ Haaaa. Tuu la sebabnya aku nak ke Venice. Nak naik sampan lalu kot pasar macam Sungai Mekong sambil-sambil ada orang nyanyi atas tu. Pastu bolehlah aku ajet-ajet Titanic kat depan tu. Ohhh! Sukanyaa!

9. Istanbul, Turki



Okay, salah cerita Istanbul Aku Datang! Aku jatuh cinta dengan Istanbul. Lepas tu aku tengok drama Rindu Awak 200% honeymoon kat Istanbul jugak! Perghhh! Lagi bikin ku jatuh hati. Kaki drama jugak aku ni. Jenuhss. Banyak tarikan kat Istanbul ni. Tapi yang paling aku teringin sekali kena main dengan annei aiskrim. Hahaha. Please! let me try once in my life.

10. Belanda



Aku sweet escape ke Belanda sebab nak tengok Bunga Tulip yang real punya. Yang ada kincir angin tu. Mesti cantik. Bestnya kalau boleh ke sana. "Husband~ Bawak I ke sini." *ehh! tetiba

Dulu masa kecik dalam kelas seni cikgu suka bagi kertas lukisan and suruh weols satu kelas lukis laa apa-apa. Semua orang akan start melukis. Kartun, potret *konon , permandangan tepi pantai, permandangan kampung. Tapi aku akan lukis buah-buahan yang aku suka atau bunga. Paling aku suka lukis bunga tulip yang kuncup. Bila cikgu tanya kenapa. Jawapan aku, "Sebab senang nak bentuk cikgu. Tak payah rengkoi banyak kali." Cikgu senyum.

So, ni antara tempat-tempat dalam wishlist aku laa. Kalau ada rezeki aku teringin nak sampai ke sini. Bestnya kalau semua ni boleh accomplish. Alamatnya aku kena cari bakal suami yang jenis kaki jalan macam aku jugaklah kan? Hahaha. Yang penting masa travel sweet escape nii poket mau tebal haaa. Hahaha. Okay. that's all. Nyto!

Sweet Escape.. Can I?

Assalamualaikum...

Hai teman-teman.. Ni first post aku untuk September...
And guess what?? Nii first post aku untuk wajah baru belog nii...
*muahahahaha...

Tengok belog ni macam tak berapa nak siap lagi sebab aku pemalas tahap tak ingat nak kemas. Ada dak yang sudi nak jadik maid aku untuk kemas belog ni sat?
*angkat tangan

 Okay dah. Aku nak story pasal tempat-tempat yang aku teringin nak pi untuk rancangan 

*ni cover album Gwen Stefani I guess. Hahaha. Nvmd

Hari tu aku dah buat rancangan Sweet Escape ni dengan kawan-kawan aku. Ehh! Silap! Sahabat aku laa aka Legend Poksen. Oh! Lupa... Tak stori lagi kan macam mana boleh wujud Geng Legend Poksen nii. Nanti laa aku share naa. Hari ni kita sembang pasai tempat best-best nii dulu. Okay?

Untuk rancangan Sweet Escape dalam negara aku dah settle beberapa tempat. Check on list. List ni 10 ja dulu. Sebab aku baru plan ja. Hahaha.

1. Langkawi
(tanah kelahiran aku)


Ni yang aku dah pi. Okay, for me Langkawi ni memang best untuk sapa-sapa yang memang minat nak duduk tepi pantai, mandi laut, skuba diving, aktiviti air, etc. Jugak sangat sesuai untuk sapa-sapa yang teringin nak rasa keindahan panorama. Langkawi is very beautiful okay. *that's why the people who born at Langkawi comes pretty/handsome plus gojes gitu...

2. Penang


Banyak tempat yang aku dah jelajah. Tapi tak dak semua. Sebab aku pi Penang memang bajet-bajet cap ayam jaa. Setakat lepas duit minyak n tol pastu duit makan. And mostly tempat yang aku pi tempat yang FREE saja. So, setakat ni tempat berbayar yang aku dah terjah Bukit Bendera, Muzium 3D (Made in Penang), dan Penang Trick Art Museum. Itu ja laa. Tempat free banyak. Tapi paling aku suka lepak tepi Pantai Batu Feringghi sampai nak dekat senja gitu. Tengok sunset konon. Tapi series laa aku suka duk tepi pantai. Okayy.

Kalau nak story pasal Penang ni aku rasa aku kena spend for a week kot baru aku boleh story morry dalam belog ni. Tapi, wa cakap luu, luu memang rugi kalau tak cuba benda-benda makan kat Food's Heaven of Malaysia nii. Cumanya hampa kena pandai cari la noo tempat yang bersih2. kekekeke.

3. Cameron Highlands


Hijau~ Damai~ Saujana jaa mata memandang kan. This is an interesting place to go. Memang best spend time tengok ladang teh nii. Sejuk mata tengok. Btw, aku selalu pi Cameron. Sebab kalau nak ke rumah mak tam aku kat Raub ikut jalan Cameron lagi dekat. Takda la penat sangat my dad nak drive. Huhuhu.

4. Pulau Perhentian


Okay.. This will be the next destination for the sweet escape. Kan aku dah cakap, aku suka Pantai. Aku suka laut. Mengikut kata-kata kawan aku yang dah pernah pi ke sini. Pulau ni sangat cantik sampaikan hampa nak celup kaki basuh pasir yang lekat kat kaki tuu pun rasa tak gamak. Katanya lagi. Ayaq pantai kat sini sangat jernih sampai boleh nampak dasar macam kat dalam gambaq ni. Aktiviti wajib try kat scuba diving. Masa nii laa hampa nak tengok terumbu karang and kehidupan-kehidupan di dasar laut yang selalunya kita tengok dalam internet, tv or buku.

5. Pulau Mabul


Sapa pernah sampai kat sini? Menurut sumber-sumber yang aku sempat Google. Kat sini lah kan yang jadik kes culik menculik tu? Tapi, takpa lah aku masukkan dulu dalam list sebab aku suka tengok tempat ni. Dia macam kat Pulau Perhentian. Bezanya Pulau Mabul ni letaknya di Sabah bah. Hehehe. So, kalau ada rezeki, mungkin aku boleh sampai situ? Sapa tau kan.

6. Kota Kinabalu


Next place on the list. Aku tak dak laa nak fokus kat pulau semata-mata. Nak jugak ke bandaq kan. Hmm. Destinasi pilihan hati is Kota Kinabalu, Sabah bah or well known as KK. Dengaq katanya kat KK ni banyak benda-benda yang menarik. Jap, nak tanya yang tempat makan seafood tuu kat KK ke? Tanya jaa. 

7. Port Dickson


Back to the beach. Yayy! Yang sebelah semenanjung pulak. Okay, PD. One fine day, I'll be there. Just wait and see yaa. Hahaha

8. Legoland?


Agak-agak boleh ka aku nak pi sini sorang-sorang? Macam tak kena jaa. Nak kena ajak member ni. Okay, Sapa nak teman? Hahahaha.

9. Melaka


Actually aku dah pernah jejak bumi Melaka ni dua tahun yang lalu. Tapi, entahlah maybe sebab short trip kot. So, dia jadik macam tak berapa nak puas berjalan sama kat negeri bersejarah tu. Tak sempat pun nak pi Kota A' Famosa semua tuu. Sempat naik sampan pastu masuk muzium kapal tu ja. Nama pun rombongan bawak orang-orang emas. So, depa banyak singgah tempat shopping yang memang tempat pilihan aku yang terakhir. Hahahaha. Maaf. Maaf. Maaf.

10. Terengganu


Aku dah sampai Terengganu. Tapi sampai ke Pasar Payang ja. Yang pantai-pantai dia aku tak singgah lagi laa. So, hopefully kalau aku ada kesempatan nak buat The Sweet Escape probably I would choose this kind of place. Beaches! Hahaha.

Okay, btw, ada 10 location yang aku share secara keseluruhan dan ada jugak yang spesifik. Yang spesifik tuu bukan apa, pasalnya aku memang betui-betui nak terjah situ ja, Tak mau p ke lain dah. Hahaha. 

Last question, ada dak orang nak sponsor trip kat aku? Hahaha. Kalau ada boleh PM. *pulun!

Awas! Kalau sponsor jangan yang tipu!

Nanti mai jejak sambungan entry ni [Bahagian 2]