Tuesday 5 February 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART23

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera . . . 
Entry yang ketiga hari neh . . .
Dan I don't have any idea to merapu again . . . 
Jom sambung cerita dulu lah . . . 
Untuk jalan cerita sebelum neh, si Junaidi terkejut sebab dia di bawa untuk bersemuka dengan bakal isterinya . .  Dia terpana apabila melihat gadis yang dimaksudkan mamanya itu sebenarnya adik kepada kawan baiknya . . . So, apa reaksi mereka bila mereka bakal disatukan? Jom baca ! 

***********
MATA Junaidi tidak lepas memandang wajah bersih seorang gadis yang bertudung merah hati, memakai blaus putih mutiara dihiasi bunga-bunga kecil berwarna sedondon dengan tudungnya. Pandai si gadis bergaya. Si gadis tertunduk apabila direnung sepasang mata milik Junaidi.

            “Junaidi, kenalkan Maisarah. Anak mak cik yang bongsu. Sebelum ni pun memang Maisarah jarang berada di rumah sini sebabnya dia dengan Mia Azlina tinggal dengan mak cik dan pak cik masa pak cik ditugaskan di Hospital Kuala Lumpur dulu.” Gadis yang bermata bulat itu menundukkan wajahnya.

            ‘Patutlah aku tak pernah tengok. Yang si Alif pun satu. Bukan nak bagitahu aku yang dia ni ada adik perempuan lagi sorang. Mati-mati aku ingat yang makan dengan dia hari tu girlfriend dia. Sekali tekaan aku salah pulak.’

            Alif Farhan tidak malu mempamerkan aksi romantisnya bersama isteri kesayangannya. Dia juga seakan tidak percaya yang sahabatnya itu bakal dijodohkan dengan Maisarah adiknya.

            “Mai, ambillah lauk tu bagi dekat Junaidi.” ujar Puan Munirah lagi. Puan Munirah dapat mengesan perubahan riak Maisarah yang selamba kepada malu-malu kucing apabila berdepan dengan Junaidi.

            Dalam hati Maisarah mengutuk dirinya kerana tidak mengecam bahawa Junaidi yang dipromosikan mama dan abahnya itu merupakan sahabat abangnya sendiri. Kecil sungguh dunia ini. Memang Maisarah pernah terserempak Junaidi dengan abang Alifnya beberapa kali. Itupun, dia mula mengenali Junaidi sebetulnya pada hari perkahwinan abangnya beberapa bulan yang lalu.

            ‘Lelaki inilah yang jadi pengapit abang aku dulu. Yang baju dia basah ‘disiram’ aku dengan air sirap. Huh! Malunya aku. Kenapa aku tidak perasan dari awal-awal tadi.’

            Beberapa kali Junaidi dan Maisarah membalas pandang. Sejenak mata mereka bertaut. Ada rasa aneh yang menyerbu jiwa kedua-duanya.

            Junaidi ingin segera menghabiskan makanannya. Dia sudah tidak betah di situ. Dia bagai cacing kepanasan di meja makan itu. Maisarah juga begitu. Nasi yang ditelannya terasa bagaikan pepasir.

            “Junaidi, tambahlah lagi nasi tu. Penat mak cik masak.” Mahu menjaga hati tuan rumah, digagahkan diri menambah sedikit.

JUNAIDI baru mengetahui bahawa mama Alif Farhan sebenarnya merupakan teman baik ibunya semasa di bangku sekolah. Mereka terputus hubungan apabila ibunya terpaksa berpindah ke Kelantan mengikut arwah datuknya yang berkhidmat sebagai tentera ketika itu.

            Ini merupakan pertemuan semula ibunya dengan Puan Munirah. Sahabat yang terputus hubungan hampir puluhan tahun lamanya. Pertemuan ini membuktikan bahawa betapa kecilnya tanah Pulau Pinang ini. Sedang ibunya ralit bertukar cerita, Junaidi yang disisi sudah tidak senang duduk. Fikirannya masih terbayang bagaimana kiranya dia dan adik sahabatnya sendiri bersatu di alam rumah tangga. Mampukah dia memberi cinta sepenuh hatinya untuk seorang gadis yang ‘baru’ dikenalinya.

            Barulah dia tahu ‘Mahirah’ yang dilagukan ibunya itu sebenarnya Maisarah. Cuma ibunya tersalah memanggil Maisarah dengan nama Mahirah. Dia berbulat hati membiarkan ibunya sahaja yang memutuskan apa yang terbaik untuknya. Dia akur. Dia pasrah. Dia redha.

            Hanif dan Alif masih rancak berbual. Junaidi malas mahu masuk campur. Biarkan mereka bersembang puas-puas. Sesekali terdengar gelak tawa. Junaidi masih giat memikirkan tentang masa depannya yang cerah atau gelap sekiranya dia menerima Maisarah dalam hidupnya.

“KAKAK, Mai tak rasa Mai boleh terima dia dalam hidup Mai kak. Dia pun nampak macam tak suka kat Mai.”

            “Adik, tak kenal maka tak cinta. Kalau memang sudah takdir Abang Eddy tu jodoh adik, adik larilah keliling dunia sekalipun tetapi adik tetap akan kembali pada dia jugak.” Hamimah cuba memberi nasihat kepada adik iparnya.

            Tambahan pula, sejak Hamimah mendaftarkan diri dalam keluarga Encik Radhiff, Maisarah punya tempat untuk meluahkan perasaan. Bukan dia tidak boleh bercerita kepada kakaknya yang berdua itu. Tapi, maklum sahajalah, Mia Amira kini sudah jarang pulang ke rumah itu sejak suaminya Hazwan ditugaskan untuk menguruskan perniagaan keluarganya di Negeri Sembilan. Mia Azlina pula memang dari dahulu lagi jarang bertandang. Kakaknya yang seorang itu hanya akan pulang sekiranya mereka mengadakan perjumpaan keluarga atau ada agenda-agenda penting sahaja. Lagipun, sejak dia disahkan berbadan dua sekarang, Firdaus sudah tidak membenarkan isterinya itu memandu lagi. Jadi, hanya Hamimah dan Alif tempat dia mengadu dan bermanja.

            “Mai, tak cemburu ke tengok abang dengan kakak-kakak Mai ada keluarga sendiri. Takkan Mai tak teringin nak jadi macam diorang?”

            “Alah. Memang la nak rasa nikmat ada keluarga sendiri. Tapi, kenapa mesti dia kak? Tak de orang lain ke akak?” Maisarah mengeluh entah untuk ke berapa kali.

            “Lagipun, kalau dah kahwin mana boleh guna prinsip cuba, try, test. Ataupun teori eksperimen, kalau rasa sesuai go on. Lepas tu kalau rasa tak sesuai lepaskan saja.”

            Hamimah hanya diam memikirkan masalah Maisarah ini. Dia tidak pernah melalui situasi begini. Dia dan Alif bersama atas dasar cinta dan kasih sayang yang wujud dalam hati masing-masing.

            “Mai tak nak cuba risik-risik dari abang Alif ke. Cuba tanya abang Alif, Abang Eddy tu macam mana. Abang Alif mesti tahu sebab diorang kan BFF a.k.a bakal saudara ipar.” sempat Hamimah menyakat Maisarah. Cekap Hamimah membancuh air untuk dihidangkan kepada tiga sekawan yang rancak berbual di laman hadapan.

            “Ok. Now is the time. Mai pergi hantar air ni kat tiga orang sahabat tu. Sambil tu curi-curi pandanglah Abang Eddy tu sikit. Mana nak tahu boleh terusik ke hati Mai tu.” ujar Hamimah sambil menyuakan dulang berisi seteko air nescafe dan 3 biji cawan yang tersusun rapi.

            “Suka kan akak boleh kenakan Mai. Sikit pun Mai tak teringin nak pandang dia yang bajet bagus sangat tu.” Maisarah mencapai dulang yang diberikan Hamimah tadi seraya berlalu ke laman tempat Alif Farhan, Junaidi dan Hanif berbual.

            Dengan penuh berhati-hati Maisarah melangkah ke ruang itu dan meletakkan dulang tersebut betul-betul berhadapan Junaidi. Junaidi yang sedang melayan perasaan tersentap seketika tatkala terpandangkan Maisarah. ‘Aku jatuh cinta pandang keberapa dah ya?’

            Setelah mempersilakan mereka bertiga minum, Maisarah berlalu ke dapur. Dia sedar mata Junaidi ralit meratah seluruh wajahnya. ‘Dah kenapa tengok-tengok orang macam nak makan? Huh!’ Seingatnya semasa berjumpa lelaki itu buat pertama kali juga begitulah pandangan mata Junaidi terhadapnya. Dia rimas. Dahulu dia rimas dengan Zarif yang sentiasa memerhati tingkahnya terutama semasa di pejabat. Kini, dia mula rimas dengan pandangan mata Junaidi itu. 

**************
Aku rasa aku boleh update sampai sini saja kot . . .
Nanti bila-bila aku free nanti aku update lagi part 24 . . . 
Hope korang boleh r tunggu aku free sikit . . . 
Okeng . . . macam tu r kawan aku . . . 
Hahaha . . . 
See ya in the next entry . . . 
Adiosssa! 

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART22

Assalamualaikum . . . 
dan salam sejahtera . .  
Selamat tengah hari BUMI . . . dan makhluk2 ciptaan-NYA . . . 
Entry neh merupakan entry kedua aku untuk hari neh . . .
Ketinggalan gilos kan aku . . . 
xpa lahh . ..  AAK (ada aku kesah) . . .
Janji aku SUKA UPDATE BLOG BILA LINE LAJU . .  
Oraite . . . Jom, kita baca sambungan cerita Junaidi n Maisarah . . . 

*************
MAISARAH mula tak senang duduk. Nampaknya, dia tiada jalan lain lagi kali ini. Dia terpaksa mengikut cakap abah dan mamanya. Sejenak, dia teringat kata-kata abah dan mamanya tadi.

            “Mai, kami berdua ni umur dah tak panjang. Kalau boleh, nak jugak tengok Mai ada ‘kawan’ macam adik beradik Mai yang lain.” Puan Munirah memulakan kata.

            “At least bila mama dengan abah dah pejam mata kami puas hati sebab ada orang yang boleh jagakan Mai.” Encik Radhiff menambah kata isterinya. Lebih kepada menyokong.

            Maisarah yang sedang minum air ketika itu serta merta tersedak. “Mama, abah. Mai kan baru saja mula kerja. Baru dapat naik pangkat. I have to concentrate to my new project. Kontrak pun tak tandatangan lagi. Nanti bila dah kahwin banyaklah komitmen Mai ma, abah.”

            “Mai, dengar sini abah cakap. Jodoh tu di tangan Tuhan. Mungkin jodoh Mai dah nak sampai. That’s why terdetik dekat hati mama dengan abah nak bincang dengan Mai pasal benda ni. Perkara nikah kahwin tak boleh buat main.”

            Puan Munirah hanya mengangguk mengiakan kata-kata suaminya. Maisarah ligat mencari idea untuk mengelakkan diri. “Tapi ma, abah. I’m not ready yet. Please ma, abah. Biar Mai settlekan kerja-kerja Mai dulu then baru fikir pasal kahwin. Lagipun, Mai tak jumpa lagi calon suami ideal bergaya macam abang Mai sorang tu.” Maisarah cuba menceriakan suasana.

            “Mai, pasal calon Mai jangan risau. I think I can handle that one. Mama nak kenalkan Mai dengan anak kawan mama masa sekolah menengah dulu. Dia pun kawan abang Alif. Pada pandangan mama dengan abah, he’s quite perfect for you.”

            ‘Kawan abang Alif? Yang mana ni? Aku pernah jumpa ke? Ataupun aku pernah terserempak ke?’ Maisarah bermonolog dalam hati.

            Habis sebakul kata-kata pujian dilontarkan kepada si dia yang bakal menjadi calon bakal suami anak bongsunya itu. “Abah confirm 100 peratus. You gonna like him very much.”

            ‘Alamak, macam mana ni? Mama dengan abah bersungguh nak aku kahwin dengan calon pilihan diorang. I’m so dead. Apa aku nak buat? Arghh! Menyesal aku guna alasan tak bernas tu. Kalau aku cakap yang aku dah ada calon pun selamat. Wait! Tapi, untunglah guna alasan tu. Buatnya aku cakap aku ada ‘someone’ lepas tu ma dengan abah nak aku bawa balik rumah jumpa family semua bagai. Siapa nak tolong aku?”

            “Ma, abah, Mai minta masa sikit. I have to think first about this. This gonna be my future and I gonna make it perfect.”

            “Okay dear. Take your time. Tapi, jangan lama-lama ya. Sebab kawan mama tu nak datang hujung minggu ni.”

            Sejurus itu, Maisarah terus berlalu. Otaknya ligat memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa depannya sekiranya dia mengikut rancangan yang telah direncanakan oleh kedua ibu bapanya.

            ‘Huh! I’m gonna be crazy thinking of it. Aku tak kenal dengan orang tu. Memang la dia kawan abang Alif. Tapi, yang mana? Kawan masa kecil? Goal! Memang confirm aku tak kenal sebab masa kecil aku dengan Kak Nina jarang duduk dengan abang Alif. Lagipun masa tu abang Alif dengan Kak Mira tinggal kat sini dengan arwah atuk.’

            Guling kiri guling kanan. Kejap duduk, kejap baring, kejap berdiri. Mujur bilik seluas tiga katil bersaiz king tu sudah padat dengan susuna perabot-perabot. Kalau tidak mesti dia akan melakukan acara larian 100 meter berpagar. Puas duduk di sofa, dia bangkit berdiri di tepi tingkap. Melihat langit kelam gelemat yang disinari bulan dan berhiaskan bintang menjadikan hatinya lapang seketika.

            Penat berfikir. Namun masih belum mendapatkan jawapan yang pasti sama ada menerima atau menolak cadangan mama dan abahnya. ‘Ya Allah. Aku terlupa sebentar kepada-Mu ya rabb. Pada-Mu jualah tempat ku meminta petunjuk.’ Serentak itu, Maisarah melihat jam di dinding biliknya. ‘Awal lagi.’ Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk berwudhuk.

            Selesai berwudhuk, Maisarah membentangkan tikar sejadahnya ke arah kiblat dan memakai telekung kemudian melakukan solat sunat istikharah. Mudah-mudahan beroleh petunjuk dari DIA yang satu.

SELESAI memberi salam ke kanan dan kiri Junaidi berzikir. Panjang zikirnya. Tidak seperti selalu. Dia baru sahaja selesai menunaikan rukun Islam kedua. Pagi ini dia bersama Hanif akan pergi ke rumah keluarga rakan ibunya seperti yang dijanjikan. Walaupun dia hanya bersama Hanif, namun dia dapat kekuatan dari aura Alif Farhan meskipun rakannya itu tidak dapat mengikutnya seperti yang telah direncanakan.

            Alif Farhan terpaksa membatalkan rancangannya untuk mengikut Junaidi ke rumah orang tuanya kerana menerima panggilan Encik Radhiff yang menyuruhnya pulang ke sana. Ada hal mustahak yang mahu dibincangkan kata abahnya.

‘APASAL aku rasa berdebar. Dah macam nak pergi nikah dah gamaknya. Aduh. Ya Allah tenangkanlah hati hamba-Mu ini.’ Doa’ Junaidi dalam hati. Ayahnya yang memandu hari ini. Ibunyalah orang yang paling gembira. Bukan main lebar senyumnya sejak Junaidi bersetuju menerima calon menantu pilihannya.

            “Eddy, kita dah hampir nak sampai.” beritahu ibunya. ‘Ibu pasti, Eddy akan terkejut sekejap lagi.’

            Junaidi merenung ke luar tingkap. ‘Hei! Wait! Ni bukan jalan ke rumah Alif Farhan ke? Kenapa ibu lalu sini? Alif ada bagitahu yang dia tak dapat ikut aku sebab ada hal penting kat rumah parents dia. Haishh. Ni yang buat aku makin suspicious.’

            Hanif di sebelah Junaidi menyiku lengan Junaidi. Junaidi terkejut. “Eddy, kita dah sampai.” ujar Hanif sambil tersenyum simpul. ‘Ru...ru..rumah Alif! Kenapa ibu datang sini?’

            “Ibu, ibu kata nak pergi jumpa kawan ibu. Ni rumah Alif kawan Eddy ibu.” ujar Junaidi. “Ayah...”Junaidi cuba meminta penjelasan ayahnya pula setelah ibunya buat tidak tahu dan menonong ke dalam rumah. Ayahnya mampu menggelengkan kepala sahaja.

            Malas membantah, Junaidi hanya mengikut sahaja rentak ibunya. ‘Fuhh! Apa lagi lah eksperimen yang ibu nak buat kat aku ni? Yang Hanif pula dari tadi asyik senyum-senyum. Entah-entah dia ada tahu something.’ “Hanif! Kau dah kenapa asyik senyum dari tadi ni. Aku mula syak something yang kau sorok dari aku. Bagitau cepat.” Junaidi berserkap jarang.

            “Eh! Mana ada. Aku tak sangka pulak ibu kau kawan dengan mama Alif. Lepas ni kalau jadi kau dengan anak kawan ibu kau ni serta merta Alif jadi abang ipar kaulah kan?” ujar Hanif.

            “Sesedap rasa ja kau kata macam tu. Ibu aku singgah sekejap je kot. Mungkin kejap lagi kita akan pergi ke rumah kawan ibu aku yang betul-betul.”

            “Banyaklah kau punya rumah seterusnya. Kalau kau nak tahu, mama Alif dah siap sediakan lunch untuk kita semua.  

            ‘Gulp! Biar betul? Alahai. Minah singa. Takkan kau jodoh aku? Ibu!’ Junaidi rasa mahu pengsan. ‘Mentega dengan pasir? Nak bersatu? Tak mungkin! Kalau mentega campur tepung, mungkin boleh jadi adunan kek atau kuih. Tapi, kalau mentega campur pasir? Hancuss! Ibu, kenapa ibu buat Eddy macam ni?’

            Tamparan perlahan di bahu kanan Junaidi menyedarkannya dari lamunan singkatnya. “Bro, jom makan. Semua orang tunggu kau kat meja makan.” Junaidi bangkit dari duduknya mengikuti langkah Alif Farhan. Sebenarnya, Alif Farhan juga terkejut mendengar berita ini sesampainya di rumah mama dan abahnya kelmarin. Tak sangka pulak dia rakannya sendiri yang akan menjadi tamu istimewanya hari ini. 

***************
Oraite . .  Langsai hutang aku untuk bab 22 . . . 
Hahaha . . .
Nak aku update lagi ke? 
Aku boleh je update banyak2 kat sini hari neh . . .
In sya Allah, kalau hayat internet masih panjang aku update lagi dua Part . . .
*kalau ada yang jawab xmau aku update pun aku tetap akan update jugak . . .
Sebab, aku kini lebih bersemangat nak berkarya selagi aku ada masa terluang dan aku tak busy dengan kuiz dan sebagainya . . . 
Okeh . . Jumpa lagi next entry . .  

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART21

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera buat para blogwalker yang x jemu2 baca karya contengan aku neh . . .
Rasanya dah terlambat kot aku nak ucapkan HAPPY NEW YEAR . . 
Yalahh . .  Hari neh saja dah hari keenam dalam bulan 2 . . . 
Wait ! Hari keenam bulan 2? 
Means lagi 7 hari aku nak hidup dalam umur 18 tahun . . .
Lepas neh 19, lepas tu 20 . . . 
Wahh! cepatnya masa berlalu . . .
Okeng okeng .. . Jum sambung cerita merapu . . .
>semput kalah siput<
Before tuu, sapa x baca lagi Part 20 Jum KE SINI !!

*************
PULAU Pinang sentiasa sesak jalan rayanya. Tidak kiralah hari minggu mahupun hari bekerja. Begitulah sesaknya. Dengan penuh sabar Junaidi memandu Honda Acoord merah hatinya. Ketika itulah nada mesej telefon bimbit Junaidi berbunyi. Dicapainya telefon tersebut dan segera membaca. Mesej dari Alif Farhan.

              Eddy, ko dtg rmh aku je k. Mimah x sdp bdn plk. Aku tgu ko dgn Hanif.

            Tanpa membalas mesej Alif Farhan, Junaidi segera menukar lorong, menuju ke rumah Alif Farhan. Mujur jalan ke rumah Alif Farhan kurang sesak.

“KAU biar betul Eddy. Takkan kau nak pasrah je? Mana Junaidi yang aku kenal dulu? Junaidi yang sentiasa ada jalan settlekan problem. Junaidi yang tak cepat mengalah, Junaidi yang pantang dicabar? Mana Junaidi yang tu?” Riak wajah Alif Farhan nyata terkejut yang amat sangat setelah mengetahui masalah yang bersarang di kepala rakan baiknya itu.

            Hanif hanya diam sedari tadi. Dia juga tiada idea untuk menyelesaikan masalah ini. Junaidi kelihatan kusut. Kepalanya terasa pusing memikirkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibunya.

            “Apa kata kau upah mana-mana perempuan menjadi isteri kau? Mungkin cara tu boleh selesaikan masalah kau?” tiba-tiba Hanif bersuara.

            “Kau gila Hanif? Kau ingat aku ni desperate nak kahwin ke? Lagipun ada ke perempuan nak buat kerja macam tu?” Junaidi menyangkal.

            “Habis tu. Kau nak buat apa?”

            “Entahlah, aku pun tak tahu nak buat apa. Alif, macam mana ni?”  

            Hamimah masuk ke ruang tamu menatang sedulang air minuman. Kemudian dia duduk di sebelah suaminya. “Eddy, kenapa kau tak cakap je yang kau dah ada pilihan hati?” ujar Alif.

“Kalau cakap macam tu pun belum tentu selesai masalah aku ni. Perempuan mana aku nak cari untuk jadi ‘pilihan hati’ aku tu? Mesti ibu aku akan siasat perkara ni. Paling kurang pun dia suruh aku bawa balik calon tu dekat dia. Kalau dia dapat tahu yang aku ni menipu dia confirm kena penggal kepala aku ni.” Junaidi membuat aksi kepalanya dipenggal. Fuh, ngeri sungguh bunyinya.

Hamimah mula menyampuk, “Kau cakap je la yang ‘orang tu’ outstation kat mana-mana. Luar negara ke. Janji kita ada tempoh untuk cari gerangan ‘orang tu’. Boleh tak macam tu?”

Junaidi berfikir sejenak. “Kalau ibu kau tanya berapa lama dia pergi, kau sebat la dua tiga minggu. So, dalam masa tu, kita semua akan cuba calon untuk kau.” Hanif pula menambah idea.

“Boleh ke macam tu? Aku ragu-ragu la.” Junaidi berfikir lagi. Serabut kepalanya. Terasa urat-urat saraf dalam otaknya sudah bersimpul-simpul.

Alif Farhan menyisip sedikit air yang dihidangkan. “Tak cuba tak tahu Eddy. Mana tahu kot-kot lah ibu kau tu lembut hati.”

“Tapi kan, tak derhaka ke tipu ibu sendiri?” ujar Hanif tiba-tiba.

“Kau ni Hanif. Tu namanya bohong sunat. Kau nak ke kawan kita merana sebab kena ikut cakap ibu dia yang dah terlebih teruja nak tengok dia jabat tangan dengan tok kadi?” Alif Farhan cuba mempertahankan.

“Ok. Kalau macam tu, kau, kau, dan bini kau. Korang semua wajib ikut aku balik jumpa ibu aku. Sekurang-kurangnya, kalau korang ada, tak de lah cuak sangat aku. Bak kata orang putih, ‘backup plan’. Boleh tak? Aku tak terima jawapan tak boleh.” kata Junaidi sambil jari telunjuknya terarah kepada tiga orang insan yang menjadi tulang belakangnya ketika ini.

“Aku no hal. Kalau aku cakap tak nak pun mesti kau paksa aku ikut jugak kan?”

“Aku pun ok ja kalau Hamimah cakap dia ok. Sayang ok tak?” Alif Farhan bertanya kepada isterinya.

“Mimah ok ja bang. Mimah ikut abang ja.”

“Kalau semua dah setuju, 20 peratus dah hampir selesai. Thanks a lot kawan-kawan. Kalau tanpa idea korang, aku dah boleh tempah satu tempat dekat klinik abah kau tu. Free pun free. Tak ada charge tersembunyi. Layanan pun first-class."  Semua ketawa mendengar ayat terakhir dari Junaidi itu. 

*************
Oraite . .  Settle bab 20 . . . 
Now aku nak p update lagi . . . 
Teruskan baca karya merapu aku neh okeng . . . 
Tata . .