Thursday 2 October 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 37

Assalamualaikum
(Entry nii dah di'schedule' untuk di'post' hari nii.)




***********
JUNAIDI melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah hampir menginjak ke pukul enam petang. Matanya melilau sekeliling bilik itu. Mencari kelibat isteri yang baru dinikahi tadi. ‘Hai Maisarah. Mana pulak perginya awak? Tadi saya tunggu sampai terlelap. Alih-alih saya terjaga pun masih tak jumpa awak.’ Junaidi bingkas bangun menuju ke bilik air. Sesudah itu dia bersiap untuk turun ke bawah. Mungkin isterinya itu berada di bawah. Sibuk menolong di dapur untuk persiapan kenduri esok.

Satu demi satu anak tangga dituruninya. Rasa mengantuknya belum hilang. Sampai di ruang tamu matanya masih giat memerhati segenap sudut. ‘Maisarah! Mana awak ni?’ Kakinya melangkah ke arah dapur pula. Masih tiada.

“Junaidi. Cari Mai ke?” tegur Mia Azlina yang baru melangkah ke dapur.

“Ya Nina. Nampak Mai tak?” Junaidi terpaksa merendahkan egonya bertanya kepada Mia Azlina tentang Maisarah. Kalau tidak boleh jadi esok kenduri tak jadi sebabnya pengantin perempuan menghilangkan diri. Huh! Tak nak! Malu aku nanti.

“Cuba tengok kat kolam di luar tu. Tadi rasanya ada. Dia tengah sibuk melayan budak-budak tu main. Kalau tak ada tak tahu la pulak.”

“Ok. Thanks Nina.” Junaidi segera mengatur langkah ke luar. ‘Harap-haraplah awak ada kat luar.’

MAISARAH sibuk melayani keletah anak-anak saudaranya bersama Alif Farhan dan Hamimah. Tidak sedar ada sepasang mata galak memerhatikannya dari belakang. Alif Farhan sedar akan kehadiran seseorang di situ. Mereka berbalas isyarat mata seketika.

“Mimah, jom masuk kejap. Teman abang minum. Abang dahagalah.” ujar Alif Farhan.

“Alah abang ni. Manja pulak dengan Kak Mimah. Pergilah masuk ambil sendiri minuman tu. Nak jugak buli Kak Mimah.” ujar Maisarah pula.

Hamimah tahu Alif Farhan sengaja mengajaknya masuk ke rumah. Mahu memberi peluang kepada si pengantin baru mahu bermesra-mesraan. Hamimah hanya menurut sahaja kata suaminya. “Kejap je Mai. Nanti Kak Mimah datang sini balik.”

“Yelah. Abang Alif saja tau buat manja-manja dengan Kak Mimah. Huh!”

“Adikku Maisarah. Biarlah abang nak manja-manja dengan isteri abang sendiri. Awak tu kalau nak bermanja jugak pergilah dekat suami awak tu. Jangan cemburu ya. Jom sayang!” Alif Farhan menarik tangan isterinya.

“Manja? In your dream abang Alif!” ujar Maisarah sambil menjelirkan lidahnya. Masih seperti kanak-kanak kelakuannya meskipun beberapa jam yang lalu dia sudah bertukar gelaran kepada ‘isteri orang’.

Alif Farhan membalas dengan senyuman lalu melangkah masuk ke rumah meninggalkan Maisarah dan anak-anak saudaranya di situ.

“Pak long tunggu! Hariss pun dahaga jugak!” Lalu Hariss terus mengejar langkah Alif Farhan yang sudahpun berada di dalam rumah. Langkah Hariss turut diikuti oleh Arissa dan Fakhri. “Alah! Semua dah masuk mak su nak main dengan siapa? Namun kata-kata Maisarah bagaikan tidak didengari kanak-kanak bertiga yang lantas menyoroti langkah Alif Farhan dan Hamimah. Tinggal Maisarah seorang diri di situ.
"Tak apalah. Mak su main sorang-sorang." Maisarah duduk di tepi kolam renang yang sederhana besar itu. Jernih airnya. Kainnya diangkat sedikit sehingga ke buku lalinya. Yang selebihnya dibiarkan sahaja kain itu dibasahi air. Biarlah. Auratnya hanya untuk suaminya sahaja. Limited edition tau. Sejurus itu, kakinya dimasukkan ke dalam air yang sejuk itu. Dibiar kakinya berendam air kolam sambil melayani perasaannya.

JUNAIDI masih setia di situ. Memerhatikan Maisarah. Lama dia memerhatikannya. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah wanita itu. Jantungnya berdegup laju. ‘Hei jantung ni. Tak sokong tuan la. Cuba relaks sikit. Ini dup dap dup dap. Laju je pam darah. Junaidi! Breath in breath out! Isteri kau je pun.’

Maisarah masih leka merendam kakinya di kolam sambil bernyanyi kecil. Lagu klasik Budi Setahun Segunung Intan dendangan Ahmad Jais dan Kartina Dahri menjadi pilihan. Junaidi tersenyum simpul mendengarkan lagu yang dinyanyikan Maisarah. ‘Jiwa klasik rupanya dia ni.’ Lantas ada akal nakal menyuruhnya menyambungkan lirik tersebut.

“Sirih sekapurlah abang. Berseri muka. Bunga setangkai cik abang. Penyambut kata. Kalau tuan sayang hamba. Tidaklah padi berusang hamba. Kalau tuan sayang hamba. Tidaklah padi berusang hamba.”

“Takkan berusanglah sayang. Padi diladang. Tak akan terbang hai sayang. Pipit di ladang. Kekasih rindu dikenang. Budi setahun segunung intan. Kekasih rindu dikenang. Budi setahun segunung intan.” Sambung Junaidi. Sengaja dia menukar lirik dari ‘abang’ kepada ‘sayang’ untuk mengusik Maisarah.

Maisarah segera mengalih pandangan ke belakang untuk melihat gerangan yang menyambung nyanyian sumbangnya tadi. Sebelum sempat berkata apa-apa kelihatan Junaidi sudahpun mengambil tempat sebelahnya sambil memasukkan kaki ke dalam kolam seperti Maisarah. Junaidi melemparkan senyuman manis kepada Maisarah.

“Boleh saya duduk sini?” ujar Junaidi memecah kesunyian yang tercipta antara mereka.

“Awak dah duduk pun. Takkan saya nak larang.” balas Maisarah. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Bukan mahu menyakitkan hati Junaidi dengan sikap acuh tak acuhnya namun dia masih terkapai-kapai dalam dunianya sendiri.

‘Apa punya soalanlah kau ni Eddy? Itu namanya idiot question.’ Junaidi memarahi dirinya dalam hati.

“Err... Saya dah nak balik lepas Maghrib nanti.”

‘So?’ balas Maisarah dalam hati. Dia hanya merenung sunyi air kolam yang jernih.

‘Dia tak kisah ke suami dia nak balik? Hesyy Maisarah ni. Eddy! Sabar. Sabar itu penting.’ bicara Junaidi dalam hati lagi. “Awak nak ikut saya balik tak? Oops.” Menyedari kesilapannya Junaidi segera menerkup mulutnya. Ini kalau ada gunung berapi meletus kejap lagi dialah orang pertama yang mengucap.

“Saya? Ikut awak balik? In your dream. Lagi tak lepas kenduri saya takkan ikut awak ke mana-mana. Tempat saya di sini.” Dingin jawapan Maisarah.

Maisarah masih leka bermain air. Junaidi di sebelah pun tidak dihiraukannya. Dibiarkan lelaki itu melayan perasaan sendiri.

Junaidi mati akal mahu memulakan perbualan. Dia sendiri tidak tahu topik apa yang boleh dibicarakan dengan isterinya itu. ‘Bini aku ni. Ada emas ke apa dalam mulut dia yang susah sangat nak bercakap dengan aku ni. Aku tanya sepatah setengah patah dia balas. Hesy. Alif... Macam mana nak kasi adik kau ni cair dengan aku Alif. Aku dah habis akal dah ni.’

Dalam kebisuan pasangan yang bernikah itu tiba-tiba kedengaran azan dilaungkan di masjid berhampiran. Sekaligus, memecahkan benteng kesunyian yang diciptakan mereka sedari tadi. "Err... Awak, dah azan Maghrib tu. Jomlah masuk." ujar Maisarah.

Junaidi tersenyum dan mengangguk mengiakan ajakan Maisarah. Walaupun masih canggung namun ada riak senang hati di wajahnya. Mereka tidak berjalan beriringan. Maisarah di depan, Junaidi di belakangnya.
           


****************
Update mengupdate memang perlukan masa.
Kepada yang memang duk tertunggu-tunggu update tuu mintak maaf yaa.
Jangan risau. Aku sempat schedulekan entry cerpu nii untuk beberapa part sepanjang minggu peperiksaan aku.
Wish me luck y'all~

Saturday 27 September 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 36

Assalamualaikum
(Entry nii dah di'schedule' untuk di'post' hari nii.)



***********
JUNAIDI melangkah perlahan ke dalam bilik itu. Dilihatnya segenap sudut bilik itu mencari Maisarah. Namun hampa bila bayangan Maisarah langsung tidak kelihatan di situ. ‘Tak ada pun.’

Songkoknya diletakkan di atas meja solek. Kain sampin yang dipakainya itu dilonggarkan. Kemudian Junaidi merebahkan badannya ke atas tilam empuk di situ. ‘Bestnya! Kalau tidur sekejap pun boleh kot. Kejap pun jadilah. Aduhai, seronoknya tilam ni. Wangi lagi cadarnya.’ Hanya beberapa saat diambil Junaidi untuk melelapkan matanya yang sememangnya sudah menanti untuk dipejamkan.

Selang beberapa minit Maisarah keluar dari bilik air dengan sehelai baju T dan tuala separas lututnya. Terperanjat dia apabila mendapati ada sesusuk tubuh lelaki di dalam biliknya kala itu. Atau lebih tepat atas katilnya yang bercadar coklat keemasan itu. ‘Bila masa mamat ni masuk bilik ni? Bukankah aku dah kunci pintu bilik ni tadi? Macam mana dia masuk? Takkanlah dia panjat tingkap kot. Bilik ni kan ke tingkat atas? Ajaib!’ Dia tahu itu Junaidi. Lagipun baju Melayu putih yang dipakai Junaidi semasa majlis akad nikah masih tersarung kemas di badannya. Cuma kain sampin dan songkoknya sahaja telah dilucutkan. Sekilas dia memandang ke arah Junaidi yang sedang berbaring membelakanginya itu dan melangkah perlahan ke situ. Mahu memastikan sama ada Junaidi hanya berbaring atau sudah terlelap.

Setelah memastikan Junaidi sedang dibuai mimpi senja Maisarah segera mendapatkan bajunya di almari pakaiannya yang terletak di penjuru bilik itu dan bersegera masuk ke bilik air semula sebelum sempat Junaidi terjaga dan melihatnya dalam keadaan begitu.

 Maisarah mencapai tudung segera dan disarungkan ke kepalanya. Sepasang baju kurung biru muda dengan tudung segera berwarna hitam. Siap. Manis dan ayu. Dia mahu ke bawah melihat persiapan untuk kenduri esok. Sekali lagi dia melihat ke arah Junaidi yang sedang nyenyak tidurnya di atas katil. ‘Seronoknya kau tidur. Aku masih terfikir macam mana kau boleh masuk bilik sedangkan pintu tu sudah dikunci dari dalam. Musykil betullah.’ gumam Maisarah seraya melangkah keluar biliknya menuju ke ruang bawah.

“PENGANTIN baru! Buat apa kat dapur ni?” tegur Mia Azlina setelah melihat Maisarah mengambil tempat di meja makan yang sudah sedia ada dapur itu.        

“Basuh kereta kak. Tak nampak ke tengah berus tayar ni.” balas Maisarah.

“Amboi, segaknya jawapan adik kita ni Kak Mira.” kata Mia Azlina kepada Mia Amira yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk untuk upacara makan beradab esok. Mia Amira hanya tersenyum. 

“Suami awak tu mana cik adik? Dah balik ke?” tanya Mia Amira pula.

“Ada kat atas tu. Tidur. Letih kot.” jawab Maisarah acuh tak acuh. Maisarah menuang jus oren di atas meja itu dan diteguknya seteguk dua. ‘Alhamdulillah. Lega dahaga ni.’ Tidak ramai orang di ruang makan keluarga itu. Kebanyakan mereka lebih suka meluangkan masa di luar rumah petang-petang sebegini. Menyediakan persiapan apa yang patut di luar.

Maisarah tercari-cari kelibat kakak iparnya, Hamimah. Sejak habis akad nikah tadi langsung tidak kelihatan kakak iparnya yang seorang itu. “Kak Nina, Kak Mira. Ada nampak Kak Mimah tak? Lepas habis akad nikah tadi Mai tak nampak langsung kelibat dia.

“Kak Mimah ada kat bilik dengan abang Alif. Tadi Kak Mimah hampir pengsan. Kasihan Kak Mira tengok dia. Macam letih sangat. Dengan keadaan dia berbadan dua macam tu pun masih nak buat kerja-kerja macam ni. Kalau Kak Mira confirm dah tersadai macam Kak Nina kau tu.” kata-kata Mia Amira mencetuskan ketawa kecil Maisarah. Terkekek-kekek dia mengetawakan Mia Azlina.

“Alah Kak Mira ni. Nina letihlah. Duduk rehat sekejap pun kena perli. Kak Mira tak pregnant manalah Kak Mira tahu letih tak letih. Baru nak buat kerja sikit dah semput.” ujar Mia Azlina mempertahankan dirinya.

“Hello Mia Azlina. Awak cakap akak tak pregnant. Memanglah. Tapi jangan lupa Kak Mira dah ada dua orang tau. Siap pakej seorang lelaki seorang perempuan lagi.” balas Mia Amira tidak mahu mengalah.

“Yalah. Nak cakap Kak Mira terror lah kan?” Mia Azlina mengambil jalan selamat. “Tapikan Kak Mira, pregnant kali ni Nina selalu cepat letih. Asal buat kerja sikit je mesti cepat je letih. Macam tadilah. Pastu badan ni rasa nak baring dua puluh empat jam atas katil.”

“Entah-entah anak Kak Nina kali ni jenis suka tidur macam Kak Nina kot. Sebab tu akak jadi macam tu.” kata Maisarah pula. Mia Amira hanya ketawa.

“Hai, tak sayang mulut ke Maisarah? Karang mulut Mai masin budak ni betul-betul suka tidur sampai ke tua macam mana? Kalau kecil-kecil suka tidur tak apalah. Tak susah sangat nak jaga dia. Ini kalau terbawa-bawa sampai ke besar siapa nak jawab? Ada jugak yang dapat gelaran ‘Sleeping Beauty’ Moden karang.”

"Alaa Kak Nina. Mai gurau sajalah. Takkan itu pun nak terasa. Cool laa sikit. 


          

***********
Dah klimaks dah.Update mengupdate memang perlukan masa.Kepada yang memang duk tertunggu-tunggu update tuu mintak maaf yaa.Jangan risau. Aku sempat schedulekan entry cerpu nii untuk beberapa part sepanjang minggu peperiksaan aku.Wish me luck y'all~

Sunday 14 September 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 35

Assalamualaikum
(Entry nii dah di'schedule' untuk di'post' hari nii.)




***********
“Perasan.” hanya satu perkataan lahir dari bibir Maisarah ketika itu. Junaidi segera mencapai tangan ibunya dan mencium tangan serta kedua belah pipi ibunya itu. Begitu juga dengan Maisarah. Dia juga turut melakukan perkara yang sama seperti Junaidi kepada Puan Arnita dan Puan Munirah.

Kala ini Junaidi dan Maisarah sedang menjadi tumpuan kaum kerabat yang menghadiri majlis sederhana ini. Kerlipan cahaya lampu kamera menyilaukan pandangan mata kedua mempelai yang sama cantik sama padan itu.

Majlis akad nikah Maisarah dan Junaidi yang serba ringkas hanya dihadiri jiran saudara-mara terdekat sahaja. Walaupun hanya saudara mara yang hadir namun bilangannya sudah cukup menggamatkan suasana. Ruang tamu kediaman keluarga Encik Radhif yang luas dipenuhi dengan sanak saudara serta rombongan keluarga sebelah lelaki.

“Mak su! Hariss nak ambil gambar mak su dengan pak su. Tengok sini tau.” ujar Hariss yang sudah bersiap sedia dengan sebuah kamera digital di tangannya. Pasti dia telah memujuk bapanya supaya memberi pinjam kepadanya. Maisarah dan Junaidi hanya melayan sahaja keletah Hariss yang banyak mulut itu. Lagi tidak diikutkan lagi dipaksanya.

“Mak su, Arissa nak duduk tengah-tengah boleh?” ujar Arissa yang turut berada di situ.

“Mana boleh Arissa sorang saja nak duduk situ. Fakhri pun nak jugak.” Fakhri mencelah.

“Tiha pun. Tiha nak duduk dekat papa Eddy.”

Junaidi hanya tersenyum mendengar kanak-kanak itu berebut-rebut mahu bergambar dengan dia dan Maisarah. “Dah. Dah. Jangan gaduh-gaduh. Arissa duduk tengah sini. Fakhri depan mak su Tiha depan Papa Eddy.”

“Hariss...” terkulat-kulat dia memandang Junaidi.

“Oh ya. Hariss duduk depan Arissa sebab Hariss abang.” Tanpa kata Hariss hanya mengikut kata Junaidi. “Saufi, tolong ambilkan gambar guna kamera ni sekali ya.” ujar Junaidi kepada jurufoto itu. Jurufoto yang bernama Saufi itu menangkap beberapa keping gambar.

“Okey. Terima kasih uncle, mak su. Kitorang nak pergi main dulu.” ujar Hariss setelah mendapatkan kameranya dari Junaidi. Dia segera mendapatkan Arissa, Fatiha dan Fakhri di luar. Gembira sungguh kanak-kanak itu. Junaidi tersenyum melihat anak saudaranya Fatiha Afifah yang tidak kekok bermain dengan anak-anak saudara Maisarah. Budak-budak memang cepat berkawan. Seronok betul jadi budak-budak macam mereka.            

Maisarah dan Junaidi masih menjadi tumpuan. Penat mereka bergambar. Junaidi melihat Maisarah diam-diam. ‘Dia senyum. Ikhlaskah senyumannya itu? Harap ikhlaslah. Sebab aku tak nampak dia macam buat-buat senyum. Maisarah, kan bagus kalau awak senyum macam tu kat saya. Awak manis. Senyuman awak seindah suria, cahaya yang menerangi segenap alam. Senyuman awak mewarna seluruh hati saya dengan warna indah kehidupan. Saya harap satu hari nanti awak akan senyum macam ni lagi untuk saya.’

“Okay, last scene.” Saufi berjeda seketika memikirkan aksi untuk dirakamkan lensa kameranya. “Oh ya! Abang peluk akak ni macam ni.” ujar Saufi sambil menunjukkan gaya ideanya dengan pembantunya di situ.

‘What! Peluk? Takde scene lain ke cameraman ni nak suggest? Kenapa nak kena peluk-peluk pulak? Aduhai. Tukarlah scene lain. Cium ke. Wait! Cium? Oh no! Lagi tak sanggup. Aduh! Macam mana ni? Mama, abah nak lari boleh?’ leter Maisarah dalam hati. Namun, tanpa menunggu persetujuan Maisarah, Junaidi telah pun merangkul pinggang Maisarah dan sekelip mata Maisarah sudah berada dalam dakapan erat suaminya Junaidi.

Jantung Junaidi berdegup kencang. Kalah pelari Ussain Bolt. Ini pertama kali dia memeluk wanita selain ibunya. ‘Hati oh hati. Kawal sikit. Sekejap je ni.’ Maisarah pula sudah merah padam mukanya. Mujur solekan tebal yang dikenakan oleh Kak Noni mampu menutup keadaan mukanya ketika itu.

“Muka awak merah lagi.” bisik Junaidi. Maisarah mencebik. “Tadi masa saya cium awak pun macam ni lah.” Maisarah tiada respon. “Mesti awak suka saya peluk awak kan? Tadi awak suka saya cium awak.” ujar Junaidi menutup gundahnya.

“Jangan nak perasan. Saya tak suka awak. Sekian."

“Okay. Done. Abang dengan Akak dah boleh rehat sekarang.” ujar Saufi sambil mengemas peralatannya.           

Selepas habis bergambar Maisarah naik ke biliknya di tingkat atas. Cadangnya mahu berehat seketika menghilangkan penat dan menanggalkan solekan di wajahnya. Dia sudah berasa rimas dengan solekan tebal yang dikenakan di rautnya itu. Perlahan-lahan dia menanggalkan tudungnya yang berlapis-lapis itu. “Banyaknya jarum Kak Noni letak.” rungut Maisarah seorang diri. Penuh berhati-hati dia mencabut jarum-jarum itu.            

Ketika itu Junaidi sedang bersendirian melihat keletah anak saudaranya Fatiha Afifah yang sedang bermain-main dengan anak saudara Maisarah. Leka dia melihat mereka bermain hinggakan tidak menyedari akan kehadiran Alif Farhan di sebelahnya.

“Hoi Eddy!” Laung Alif Farhan. Sengaja dikuatkan sedikit suaranya. Geram dengan Junaidi. Sudah berkali-kali dia memanggil lelaki namun Junaidi bagaikan sedang berada di awang-awangan.

“Ya. Kau ke Alif. Bila kau ada kat sini? Tak sedar pun aku.” Sahut Junaidi.

“Dah dekat seratus kali aku seru nama kau tahu tak? Manalah kau nak sedar kalau kau tu asyik layan perasaan. Mesti kau tengah fikirkan adik aku kan? Alahai, apa susah. Pergilah naik atas. Dia ada dalam bilik tu. Tadi dia cakap dia nak berehat kejap.”

“Poyolah kau. Sampai sangat seratus kali kau panggil aku. Eh! Mana ada. Aku tengah jamu mata tengok kanak-kanak tu bermain.” ujarnya. “Tak apalah. Nanti-nantilah aku jumpa tuan puteri tu.” Sambungnya lagi. Sebenarnya dia sangat berterima kasih kepada Alif Farhan kerana memberitahu keberadaan isteri yang dinikahinya sebentar tadi. Tadi dia ada juga mencari-cari kelibat Maisarah namun tidak pula dia bertemu dengan Maisarah.

“Eleh. Tak payah nak selindunglah Eddy. Aku faham. Aku pun pernah menikah. Ingat kau sorang ke? Eh! kau balik rumah kau ke kejap lagi?” tanya Alif Farhan.

“Amboi engkau! Macam nak halau aku balik aje. Yelah, aku ni siapalah kan nak tidur kat sini. aku ni hanyalah melukut di tepian gantang.”

“Touching pulak. Dah. Dah. Kau tak payah nak mengada-ngada sangat. Melukut di tepian gantang konon. Kau tu gantang pun tak kenal. Kalau nak pergi kat Mai tu pergilah. Tak usah nak nanti-nanti. Karang Maisarah tu lari apa kau nak buat?” Alif Farhan sengaja menyakat.

 “Aku buat apa? Aku kejarlah. Ingat nak biar lepas macam tu je? Adik kau tu ‘one in a million’ kau tahu tak? Kau pun tahukan aku dengan dia macam mana. Tapi tolong ya Alif. Jangan kasi mak ayah kita tahu pasal hubungan aku dengan Maisarah. Aku takut diorang risau pulak nanti.”

 “Yalah. Haruslah. Even kau dah jadi adik ipar aku kau tetap kawan aku dulu kini dan selama-lamanya.” Alif Farhan menyapa mesra bahu Junaidi.

“Oh ya. Aku nak kena mula praktis panggil kau dengan panggilan yang lebih hormat memandangkan kau sekarang dah jadi abang ipar aku.” Junaidi tersengih-sengih. Alif Farhan masih belum dapat menangkap apa yang cuba dimaksudkan dengan kata-kata Junaidi itu.

“Apa. Apa. Apa? Kau ni. Panggilan hormat?” Dahi Alif Farhan berkerut-kerut cuba memahami Junaidi.

“Buat-buat lupa pulak. Kan aku ada request nak panggil kau ‘abang’ Alif. Dah nyanyuk ke?” ujar Junaidi dalam tawanya.

“Hesy kau ni. Agak-agaklah. Macam tua sangat je aku ni dengan kau. Padahal kita sama umur je. Tak payahlah. Panggil macam biasa je okay?” Alif Farhan cuba memujuk Junaidi.

“Kau memang. Hari tu kau cakap lepas jabat tangan tok kadi kau bagi aku panggil kau abang. Ni lain pulak kau cakap. Lagipun Hazwan dengan Firdaus panggil kau abang Alif kau okey aje.”

“Suka hati kau lah Doktor Junaidi. Kau tu degil. Orang cakap jangan, yang tu kau excited nak buat. Kau nak bandingkan dengan Hazwan dan Firdaus. Diorang tu muda dari kita tahu tak?”

“Yalah. Doktor Alif. Dahlah. Aku nak naik tengok isteri tercinta aku kejap. Layan kau bersembang tahun depan pun tak sudah-sudah.” Junaidi bangkit dari duduknya lalu bersiap mengatur langkah ke tingkat atas.

“Untunglah orang ada isteri. Pergilah kat isteri tercinta kau tu. Jangan salah masuk bilik sudah.” ujar Alif Farhan sambil ketawa. Seronok dia mengusik Junaidi sahabatnya itu.

Kata-kata Alif Farhan hanya dibalas tumbukan mesra Junaidi di bahu kanannya sahaja. Junaidi menaiki anak tangga satu persatu. Dalam hatinya ada pelbagai rasa yang menghuni segenap ruang hatinya. 'Agak-agak nanti apa reaksi dia bila aku masuk bilik dia. Jangan menjerit sudah. Tapi kalau kena baling pasu macam mana? Ah, takkanlah di nak buat macam tu kat aku pulak.'

****************
Dah klimaks dah.
Update mengupdate memang perlukan masa.
Kepada yang memang duk tertunggu-tunggu update tuu mintak maaf yaa.
Jangan risau. Aku sempat schedulekan entry cerpu nii untuk beberapa part sepanjang minggu peperiksaan aku.
Wish me luck y'all~


Saturday 28 June 2014

First Week Class!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

1 Ramadhan 1435H.
Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan.
*x terlambat lagi kut noo.

Haa! Itu entri puasa aku update nanti selepas seminggu puasa.
*ek! Itu pun kalau aku dapat line internet free laa.

By the way! Hari nii aku nak bercerita tentang first week aku kat PTSS setelah satu semester dicampak ke firma untuk Internship.
Okay, so far bila hari first aku balik ke Kamsis (Khamis 19 Jun) aku sedikit frust di mana semasa di Semester 5 ini aku telah dilempar naik ke Aras 5 Blok B3 yang bersebelahan dengan blok lama aku.
Tapi, kerana terpaksa aku duduk jugaklah.
Dah setiap hari hang turun naik tingkat 5 tuu lama-lama biasalah.
Tak letih dah tak mengah dah. Steady jaa.
Fuhh! Memerlukan stamina yang banyak.
Aku dah boleh terima dapat Aras 5 dan menyepi sahaja di situ without friends only if kalau turun bawah bolehlah jumpa kengkawan.
Lagipun tak payah aku nak susah-susah buat rajin pi ghabat tangga banyak-banyak tanpa arah tujuan. So, aku bet diam-diam yang sebenarnya warden nak tolong aku untuk fitness program aku.
Wahh! Hehe. Internet u-mobile laju di aras 5 dan line telefon jugak tidak tersekat-sekat membolehkan aku diam di situ dengan misterinya. hehehe.
Moreover, scenenya memang sejuk mata memandang. Terutama sekali bila pagi, cahaya mentari masuk menerjah terus ke bilik hang dan serta merta hang sedaq yang hang dah lambat nak ke kelas instead of duduk di Wing B. *aku Wing A.
Lepas tuu hari ada kelas!
Hang turun tingkat 5 lepas tu hang kena panjat tangga dekat Pusat Islam.
Sambung lagi tangga keramat pendek-pendek untuk ke Kafe Pentadbiran kemudian tangga ala-ala 'Batu Caves' untuk ke kelas. Paling tak boleh belah hang kena panjat ke tingkat 3 pulak untuk ke kelas English pada hari Khamis dan kelas Law pada hari Jumaat.
Tapi, demi ilmu, aku rela! *cewwahhh!
Tiring semester this semester.

Okayy! Berbalik kepada hari-hari aku ber'kelas'.
First day masuk kelas hari Isnin. kelas Records Management. Kelas Puan Ashikin.
Kelas dia macam biasa, macam sem2 yang sebelum nii. (Office Admin 1&2)
First day masuk dia tak mengajar cuma briefing sikit-sikit pastu distribute course outline.
Tapi hari Khamis tuu dia dah mula mengajar. Siap bagi group assignment lagi untuk buat reflective journal bab 1. Dan macam kebiasaannya. Group kami yang berlapan tuu terpaksa berpecah. Yang kekal dengan aku (Pijah, Zihah, Pikah and Azri) Paan, Syima dan Ecah masuk group lain.
Ouhh! Sadis. Tapi we're still work together. Haha.

Kelas kedua ialah kelas Encik Majdi.
Cuba teka kelas apa.
Okay semua tak dapat jawab kan? 
Meh aku bagitau.
'Business Accounting'
Aku macam masih tertanya-tanya on the first day of his class.
"Kenapa mesti ada akaun."
Subjek mengira lagi. Aku dah lah kureng berminat dengan benda-benda yang nak kena mengira nii.
Membaca tuu bolehlah tahan.
Menghafal? perghh! tak kot.
Haaa. And so, aku duduk dalam kelas tuu barisan kedua. 
Dalam kelas tuu kami semua kena buat edmodo.com.
Tujuannya bila dia tak buat kelas pun dia still boleh bagi assignment.
Banyak lagi sebenarnya function edmodo.com nii.
Haa. Meh aku tunjuk sikit dia punya front page.


Ehh! Dah pukul 1 suku. Alamak!
Barang tak siap cari lagi.
Pukul 2 karang dah nak bertolak ke PTSS.
Haaa. So, dengan ini aku mengundurkan diri dahulu.
Nanti bila aku dah buat entri sambungan, aku bagitau ea.
Adios!


Wednesday 28 May 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 34

Assalamualaikum.

Dan salam berbahagia.
Dah lama aku draft entry nii.
Tak ter'publish' pun.
Eh! Eh! Pemalasnya hang Mira!
Okay di sini aku menyatakan bahawa aku bukan pemalas.
Aku cuma seorang pelajar PTSS yang sedang bercuti semester dan berasa kurang rajin nak hapdett entries nii semua.
Tapi join segment dengan GA aku rajin.
Blogwalking pun rajin.
Blog aku? Biaq spiderman buat sarang laa.

Okay! Aku tau mesti ramai rindu kat Junaidi dengan Maisarah kan?
Ya lah. Naseb laa tuan tukang hapdett tuu wawasan ja lebih. Update malas.
Hari nii aku hilangkan rindu tuu.
Jom kita sambung lagi cerita tersebut.

**************
KETUKAN pintu menyentakkan tiga beradik yang ralit melayan perasaan di bilik pengantin. Hamimah membuka pintu sejurus memaklumkan bahawa pengantin lelaki sudah sampai.

Dengan basmallah Maisarah melangkah keluar ke ruang tamu untuk majlis akad nikah. Maisarah seraya mengambil tempat di antara mamanya dan ibu Junaidi. Junaidi yang berbaju melayu sedondon dengan Maisarah yang berjubah moden putih gading itu duduk menghadap tuan kadi. Dadanya berombak kencang. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Maisarah yang bakal menjadi suri hatinya sebentar lagi.

Alif Farhan di belakang sebelah kirinya menepuk mesra temannya. Tuan kadi itu mengeluarkan beberapa keping dokumen dari fail. Junaidi cuba menenangkan dirinya. Dalam hatinya dia berzikir dengan yakin cara itu paling mujarab menghilangkan gementarnya saat ini. ‘Sabar Junaidi. Sekejap saja lagi. Sabar.’

“Junaidi bin Ahmad.” Tuan kadi itu menyebut nama penuh Junaidi.

“Ya saya.” Jawab Junaidi sedikit gugup.  Namun, kegugupan itu sempat ditutup dengan segaris senyuman kecil di bibirnya. Jurunikah yang berserban itu bermukadimah sedikit dengan mengingatkan bakal suami dan bakal isteri tentang tanggungjawab masing-masing.

“Dah sedia kah?” Junaidi menjawab dengan anggukan sahaja. Maisarah menggenggam erat jemari ibunya yang setia berada di sebelahnya dari tadi. “Pengantin perempuan?” Kali ini Maisarah menjawabnya dengan senyuman kecil dan menundukkan mukanya.

‘Good job Mai! You can do it! Just for this week.’ Maisarah memberi semangat kepada dirinya sendiri.
            
“Diam tu maknanya dah sedialah tu.” ujar Encik Ahmad bapa Junaidi.

“Kalau macam tu kita mulakan sahajalah majlis ini.” Tuan kadi berjeda seketika menanti jawapan. Setelah semua bersetuju, tuan kadi tersebut mengingatkan pengantin lelaki dan perempuan akan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Khusyuk hadirin yang ada mendengarnya. Sesudah itu tuan kadi menghulurkan tangan kanannya kepada Junaidi. Junaidi menyambut tangan itu serta merta berjabat dengan tuan kadi.

‘Ya Allah. Permudahkanlah urusanku ini. Amin.’ doa Junaidi dalam hati. “Sekejap lagi bila saya goncang tangan macam ni awak jawab ya. Tahukan nak jawab macam mana.” ujar tuan kadi lagi. Junaidi hanya mengangguk. Masakan dia tidak tahu. Sejak dua tiga hari sebelum menjelang sering saja dia mempraktiskan lafaz akad itu. Nama Maisarah juga dihafalnya supaya tidak tersalah sebut nanti. Mujur tidak dipraktisnya setiap masa kalau tidak mahu dicopnya doktor gila.

“Junaidi bin Ahmad.”

“Ya, saya.” ujar Junaidi yang sudah sedikit tenang di duduknya ketika itu.

“Aku nikah akan dikau dengan Maisarah binti Radhiff dengan berwakilkan aku dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Serentak mengucapkan itu tuan kadi mengocak perlahan tangannya yang sedang berjabat dengan Junaidi sebagai isyarat menyuruh Junaidi menerima akad tersebut.

“Aku terima nikah Maisarah binti Radhiff dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Tenang ucapan Junaidi. Kini sudah terpikul lagi satu tanggungjawab di bahunya. Akad tersebut dipermudahkan supaya senang untuk dilafazkan. Sedangkan maksud akad tersebut ialah ‘Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.’ 

“Sah?” Tuan kadi bertanyakan kepada saksinya.

Menitis air mata Maisarah mendengarkan butir-butir perkataan yang lahir dari bibir Junaidi ketika itu. Bukan sedih tetapi lebih kepada terharu walaupun dia berkahwin dengan Junaidi tanpa kerelaan hatinya. Dengan sekali lafaz dia sudah pun menjadi milik lelaki itu. Kehidupan dan komitmennya juga turut berubah sejurus akad tersebut dilafazkan. Saat akad itu terlafaz dia merasakan bagai hanya dia dan Junaidi berdua sahaja di situ. Dia berasa selamat seakan-akan Junaidi itu payung yang melindunginya ketika hujan lebat.

Selepas semua saksi mengesahkan pernikahan tersebut, semua orang di situ mengangkat tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh tuan kadi. Dalam hati Junaidi mengucapkan syukur setinggi-tingginya. Junaidi menjeling sedikit ke arah Maisarah. Kelihatan Maisarah sedang khusyuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh tuan kadi.

‘Alhamdulillah. Awak milik saya sekarang Maisarah.’ ujar Junaidi dalam hati.

Junaidi dan Maisarah ditinggalkan seketika untuk melakukan solat sunat nikah berjemaah. Kata orang cara ini lebih afdhal untuk menggantikan ‘upacara pembatalan air sembahyang.’ Dari nama upacara itu sendiri sudah dapat mendatangkan tanggapan yang kurang manis lebih baik menunaikan solat sunat dua rakaat. Pelaksanaannya sama sahaja seperti solat sunat yang biasa dilakukan. Cuma yang berbeza hanya niat.

“Awak jangan terlupa niat pulak tau. Awak tahu tak niat dia macam mana?” bisik Junaidi perlahan. Sengaja menyakat.

“Awak ingat saya tak tahu? Saya tahulah. Dah cepatlah mula. Orang ramai tunggu kita tu.”

“Yalah. Saja nak test saja tadi.” Junaidi segera mengimamkan Maisarah. Ini merupakan solat berjemaah mereka yang pertama.

Junaidi mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan suara sederhana yang cukup untuk didengari oleh mereka berdua di situ.

Selesai memberi salam mereka berdua menadah kedua tangan memohon doa kepada yang Esa supaya perkahwinan mereka ini diberkati dan dilimpahi rahmat kurnia-Nya. Junaidi menghulurkan tangannya kepada Maisarah. Tindakan refleks! Maisarah menyambutnya tanpa sedar.

Puan Arnita dan Puan Munirah segera merapati anak-anak mereka dengan sebentuk cincin yang diletakkan elok di atas dulang hantaran. Junaidi mengambil cincin tersebut lalu disarungkan di jari manis Maisarah yang berinai itu perlahan-perlahan. Sesudah itu tangan mereka bersatu dan Maisarah mencium tangan Junaidi yang telah selamat menjadi suaminya seketika tadi. Cepat-cepat dilakukannya kerana segan dengan mata yang sedang galak memandang mereka.

“Oppss. Akak sekali lagi cium tangan tu. Tak sempat snap tadi.” ujar jurufoto yang ditugaskan untuk mengambil gambar untuk kenangan mereka sepanjang majlis tersebut berjalan. ‘Aku dahlah segan. Nak kena cium sekali lagi? Hesyy. Cameraman ni pun satu tau. Lambat sangat nak snap dah kenapa. Ingat Astro ke ada siaran ulangan. Sabar Mai sabar. Hari ni je.’ leter Maisarah dalam hati.

Kali ini Maisarah melakukannya sedikit perlahan dari tadi. Kini tiba giliran Junaidi mencium dahi isterinya. Muka Maisarah sudah merah padam menahan segan. Junaidi mencium penuh kasih dahi Maisarah yang sudah menjadi isterinya itu.

“Muka awak merah padam. Awak suka eh kena cium dengan saya?” perlahan Junaidi membisikkan ke telinga Maisarah seraya tersenyum.

**************

Alhamdulillah. Dua hati selamat disatukan dengan satu kali akad.
Nii yang buatkan si penulis cerita nii terasa nak cepat-cepat kawen.
Amboii! Gatai naa. Dip pun terumbang ambing.
Fokus Mira fokus!!
Okay aku stop kat situ sebab sesaja nak bagi orang tertanya-tanya apa reaksi Maisarah lepas Junaidi cakap macam tuu.
Kejam tak aku? Tak kan?
Aku laa orang yang paling baik dalam blog nii.
Jumpa lagi naa dalam entry akan datang!
Adios!

Monday 19 May 2014

Aku Juga Manusia Laa

Assalamualaikum
dan selamat malam~
Hey readers and silent readers.

Malam nii nak share satu lagu yang best pada deria pendengaran cheq nii haa.
Lagu Amir Jahari.
Amir Jahari = Amir_ Ja_hari = Amira Jauhari
Ada bond ea di situ.
That's why I love most of his song.

Okay, lagu nii lagu baru Amir Jahari.
Baru tak baru adalah dekat lebih kurang 3 bulan atau 2 bulan lebih lagu ni keluar.
Tajuknya
"Aku Juga Manusia."

Kenapa aku suka lagu nii?
Honestly!
Aku memang suka dia punya bait-bait lirik dalam nii.
Penuh maksud yang menusuk jiwa dan qalbu.
Tak percaya?


Best kan?
Okayy. Aku memang suka jenis lagu-lagu sequpa nii.
Know what?
Aku betul-betul fall in love dengan lagu ni.
Okay bye!

Tuesday 13 May 2014

Untitled

Assalamualaikum!
Holla!
Hoi ya hoii~
Aduhaii, berhabuknya A&D.

Okayy. Tengah free2 nii tiba-tiba pulak terfikir macam nak design blog.
Untuk dua-dua blogs laa.
Yang official dengan private nii.

TAPI

Aku ketandusan idea.
Background nak letak warna apa?
Gelap tu personaliti aku.
Urmmm.
Tulisan nanti macam mana.
Konsep?
Oh no! What should I put on a new header.

Tolong boleh?
Tolong redakan.
Adios!

   

Friday 7 March 2014

Arjuna Beta ***

Assalamualaikum

dan salam sejahtera.
Ekceli cerita dy macam nii.
Tengah melepak kat youtube tadi terjumpa satu lagu~
Tajuknya ''ARJUNA BETA''
perghh! Macam best jaa. aku pun klik laa.
Memang menyentuh qalbu pun lagu tersebut.
Lagu Fynn Jamal buatkan khas untuk anaknya.
Sapa cakap tak menyentuh jiwa tuu means dy kurang perasaan kot.
Kahkahkah.
aku pun tak tahu laa.
Sebab aku memang cepat feeling #touch dengan lirik2 sentimental macam nii.

Nk dengaq?
P bukak youtube pastu cari nii
(Fynn Jamal - Arjuna Beta)

atau
tengok saja kat sini haa.


Video nii original from Channel Fynn Jamal tauu.
Aku saja cari yang ada lirik so that hampa semua bole r nak feeling2 lirik dia macam mana kan?
Kehkehkeh.

Btw. Today is 8 Mac.
Selamat Hari WANITA sedunia kepada semua insan yang bergelar wanita.
WANITA hiasan dunia.
Seindah hiasan adalah wanita solehah~

p/s: 
2 hari lagi birthday Encik Arjuna yang dah bertukar menjadi Ju-On (Abg Jun)
4 hari lagi birthday sahabat sejati (Anis)
20 hari lagi birthday Dinda Lawa (Maisarah)
20 hari lagi jugak birthday Jiran sebelah tempat duduk masa di 5SA (Yusra)
23 hari lagi besday my BFF (Mimah)

Sunday 2 March 2014

Bila Aku Ada Pakwe

Assalamualaikum

Haii ^^ (lambai tangan)


Okayy~
Berkenaan dengan gambar nii.
Actually tak da kaitan sangat dengan gambar. Tapi ada kaitan dengan orang dalam gambar nii.
Sapa dia?
Dialah Abang Di.
Officemate aku sepanjang aku praktikal kat MARA.

Siang tadi aku ikut Kak Mona & Bang Di ke Pejabat ADUN di Naka.
Nii semua pasal program "MARA Turun Padang"
So, setiap hari AHAD akan ada dua orang di Pejabat ADUN tersebut untuk membuka kaunter perkhidmatan MARA.
Dijadikan cerita, aku dengan Bang Di keluar berjalan-jalan kat Pekan Hari.
Yaa laa. Bang Di kan bill collector.
Jadi untuk tengok prosedur dia mengambil bayaran tuu aku ikut sajalaa.
Tak banyak songeh kan aku nii?
hehe. Aku baik~
OTW nak ke pekan hari tuu kena lintas jalan.
Okayy. Bang Di dengan selamba biawak dy.
"Nak pegang tangan~ Bang Di takut nak lintas."
(Baca dengan suara hidung)
Aku pandang pelik jaa kat Bang Di.
"Report kat Madam Laila satgi baru tau." 
Cuak dia. Pastu tergelak dua orang kami tepi jalan.
Aku tau. Orang yang tengok mesti hairan pasaipa kami dua orang gelak bagai nak rak.
Dah laa tepi jalan.
Haii laa Bang Di.

Masa dalam pekan hari aku jalan bukan main laju.
Sebenaqnya tak laa laju sangat.
Ala2 gaya aku cuak cari orang tak jumpa.
Bila aku kalih belakang Bang Di is gone.
Rupanya terlepas ke belakang.
"Lambat laa Bang Di nii."
Dia gelak. "Hang yang laju."
"Hangat tau dak?"
Pastu terus laa jalan cuma slow sikit dari tadi.
After a few minutes sampai laa kat pak cik bihun sup yang ada pinjaman dengan MARA.
Bang Di pun kutip hutang.
Keh3.
Macam kolek bas pun ada gaya dy.
Lepas dah selesai tugas dy. Kami pun beransur balik ke Pejabat ADUN.
Haa. Nak tau dak?
OTW nak balik kami dua orang lalu depan orang jual mainan.
Ada jugak dy juai belon.

"Mira~~ Nak belon."
(Still. Baca dengan suara hidung and gaya sinchan buat tergegeh.)
Eh eh! Aku macam nak ketuk jaa Bang Di nii.
Hadoii.
Orang yang ada kot2 situ semua tengok kami dua pelik jaa.
Haishh~
Maluu. Sadis betui r.
Bang Di gelak ja.
"Bang Di!! Mira ketuk satgi kui pendek kot"
Dy gelak lagi.
Okaayyy~

Bila dah keluaq dari pekan hari Bang Di tanya aku.
"Kalau pakwe hang mintak belon macam Bang Di buat tadi hang nak buat pa?"
Aku dengan confident jawab.
"Kami tak banyak cakap dah. Buh penyepak bagi."
Bang Di gelak ja.
Yaa. Aku pun gelak.
Sekali lagi nak lintas jalan dy duk buat gegeh takut nak lintas.
Adoii. Terhibur betui laa.
Memang Bang Di jenis suka mengusik pun.

Pukul 1 gerak balik ke office balik.
Makan semua sudah then panjatlah tangga naik ke tingkat 2.
Itu pun dy sempat duk menyakat lagi.
Kalau tak menyakat tu bukan Bang Di.

Tiba-tiba aku rasa macam nak minum petang.
Ya laa. Tengah hari aku bukan makan pun.
Aku cuma duduk dengan Bang Di & Kak Mona sambil minum Neslo secawan.
Pastu bagitau Kak Ruby kata nak buat sandwich.
Kebetulan Bang Syam kata dy pun kelaparan jugak.
Jadi, mudahnya pi kedai beli roti, mayonis & sardin setin.
Balik office mula laa mission sediakan minum petang.
Masak air buat air teh 'O' panas.
Empat keping roti bakar.
Sebabnya Bang Syam nak makan dengan susu.
Siap sandwich aku hidang laa kat luar.
Time tuu cuma ada Kak Ruby, Bang Syam, & Bang Di.
Fitriah still kat ekspo, Bos xmasuk hari nii & Kak Mona kuar g meeting.

Masa minum petang Bang Di keluar topik pasal kat pekan hari tadi.
Teruk aku kena bahan dengan Bang Di.
Merah muka Bang Di gelakkan aku.
Eh Ehh~ Nak kena ketuk jaa.
Empat2 orang dah sequpa pestaria dah office tuu.
Meriah sangat.
Mau tak meriah. Bang Di bahan aku teruk giloss.
Aduhh.
Keja duk ulang ayat
"Nak belon"
and he keeps asking me
"macam mana nanti pakwe hang mintak belon kat hang time jalan2"
Dan jawapan yang aku still the same.
"Kami bagi penyepak ja."

Habis sesi makan, sesi mengemas.
Dan aku pun terfikir, kalaulah aku ada pakwe.
Dan pakwe aku tuu perangai kelolo serupa Bang Di.
Ada dak pakwe aku nak tahan dengan aku nii?
Kahkahkah.
Aku sendiri tergelak bila terbayangkan aku tengah berjalan-jalan dengan pakwe aku. (masa tuu nanti aku dah ada pakwe laa.) Pastu lalu kot belah orang jual belon, dy selamba badak kata "U, nak belon~" Kalau aku tak buat apa-apa tak pa. Tapi aku risau kalau aku naik tangan ke dy saja.
Sakit dapat, malu pun dapat.
Kuikuikui~

Jadi tamatlah cerita
"Bila Aku Ada Pakwe"

Saturday 1 March 2014

Sulk Girl

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

When I get sulk~


Tapi rajuk aku tak dilayan.
Kureng asem tul.
Makan hati ulam jantung ja.
Last-last aku sejuk sniri.

Okayy bye. Esok kerja.
Nyte. ^^




Friday 24 January 2014

Getting Know Yourself. Don't Ask Me Why.

Assalamualaikum

dan salam sejahtera~
Ini frst post aku untuk 2014!! Yay!
Terima kasih kepada readers yang tak putus singgah ke blog aku untuk baca entri2 aku walaupun aku tau macam over sikit entries aku nii. Huhu. Terharu dehh!

Dah dah! Tak mau nangis kat sini. Satgi banjir pulok huhh~
Sejuk!

Baru-baru ni aku ada atur plan untuk tahun baru nii.
Salah satunya plan men'transform'kan diri.
Ingat Malaysia ja kena transform? Aku pun kena transform jugak.

Serba sikit pasal plan aku~ 
1. Turunkan berat badan supaya boleh berlari balik!
2. Workout untuk fitness every weekend~ (tp minggu lepas x buat sebab duk kat rumah tok!)
3. Atur jadual makan ikut keperluan kalori dalam sehari.
4. Rawatan kecantikan a.k.a SPA sendiri kat rumah.
5. Jamu mata dengan tips2 yang di'google' kat browser~
6. Belajar berfesyen cara wanita a.k.a feminin. (Ya laa. Aku duk berjinak-jinak dengan fesyen jubah and baju kurung. But I hope tak jadi taksub sangat sampai boleh digelar 'MANGSA FESYEN')
7. Belajar gaya mekap dan penampilan diri.
8. Belajar mengenali diri sendiri.

So, aku nak fokaskan pasal nombor 8.
Siapa kita? Kalau kita sendiri tak kenal dengan diri kita, then who will?
Orang boleh nilai kita dari pelbagai specs~
Kadang-kadang kita berasa tak puas hati orang cakap kita macam ni laa macam tuu laa. 
So, aku ambik pendekatan menuntut ilmu dengan Kak Mona iaitu salah seorang pekerja di tempat praktikal aku.
Dia share serba sedikit pasal metaphysics method yang dia belajar masa dia p ke kursus dulu.
Dan dari pada itu, aku dapati hampir 85% personaliti tersebut ada pada aku tau.

Meh aku share sikit. Based on tarikh lahir aku.
Unsur aku air. Dan unsur yang menyokong aku ialah besi.
Aku seorang pengikut yang baik means kalau ambik aku jadik pekerja aku boleh menjadi pekerja terbaik yang patuh dengan arahan bos. Aku jugak ada sifat kepimpinan dalam diri. (Yang ni aku rasa macam betul gak. Sebab asal ada group work ja mesti aku yang kena jadik ketua. #PERASAN)
Aku kedekut dengan orang yang aku tak suka. (Serius betul yang nii. Kalau aku tak suka, hang nak pinjam barang aku pun aku pikiaq panjang nak bagi.)
Namun begitu, masih terdapat kelembutan dan ketulusan dalam diri aku nii. Aku mudah kesian tengok orang dan cepat touching atau bahasa sopannya SENSITIVE!
Aku sensitive? Yang nii aku tak perasan sampai Kak Ruby bagi tau yang aku ni memang jenis sensitive. Nampaknya kali nii, aku kena lebih berhati-hati takut dek kerana sifat aku yang mudah sensitive nii akan menyebabkan ramai orang yang tak mahu mendampingi aku.
Kalau bab yang melibatkan DUIT aku amat berhati-hati. Contoh macam hari tuu aku gila-gila nak beli gadjet baru. Puas aku survey sana survey sini and lastly tak jadi nak beli coz aku rasa that gadjet tak membawa apa-apa keuntungan kat aku. Menyusahkan lagi ada. Baik aku simpan kat Tabung Haji. Boleh p Haji nanti.

Kalau based on nombor yang banyak muncul dalam hidup aku. Nombor 1.
Nombor telefon aku? Dua2 nombor ada banyak nombor 1.
Nombor plat kereta pun ada 2 kali nombor 1.
Just same with my motorcycle plat number. 2 kali nombor 1.
Kak Mona tanya aku. "Adik suka sorang-sorang ka?"
Dengan selamba aku jawab "Dah pasal selalu sorang-sorang lama kelamaan memang suka laah duk sorang-sorang."
Rupanya nombor satu ni means orang nii jenis suka menyendiri, tak suka diganggu. Yang ni aku mengaku. Dan aku mula sedar since aku study kat PTSS. masa semester 1 tak berapa terang sebab aku share satu bilik dengan 3 orang room mate. (Fizah, Pah, Hadz)
Masa semester 2 dan 3 aku dapat rasa yang aku sebenarnya selalu berseorangan. (LONELY)
Tambah-tambah pulak room mate aku sorang saja. (Sue)
Turun makan sorang-sorang, Study sorang-sorang, Pegi kelas pun kadang-kadang sorang-sorang.
Even bila duduk dalam bilik pun aku rela duk sorang-sorang in case kalau room mate aku keluar p mana-mana. Tipulah kalau tak rasa takut. Masa kita bersendirian nii laa kita diuji dengan macam2 dugaan. Bunyi benda tuu laa. benda nii laa. orang ketuk pintu tapi bila buka tak da orang laa and so on. Tapi percayalah, lama kelamaan hampa akan rasa tuu semua macam mainan. Dan bila sorang-sorang nii akan bertambah keyakinan aku yang ALLAH selalu ada dengan aku. Sebab tuu Liverpool FC pakai tagline YNWA (You'll Never Walk Alone)
Kan ke kena dengan jiwa aku. Aku jugak selalu bersendirian kat rumah. Dan bila aku rasa aku nak keluar melilau aku just text kat mak dengan abah ke mana hala tuju aku kalau depa tak ada kat rumah. Kalau depa ada memang aku mintak permission depa dulu. At least kalau jadi apa-apa taklah depa risau sangat.
Sama macam zaman sekolah dulu. Start masuk sesi persekolahan pagi, aku selalu membawa diri ke library untuk study dan bertafakur sorang-sorang. Kadang-kadang ada satu minggu tuu setiap hari aku p bertugas kat library dek kerana kebosanan yang teramat sangat bila bersendirian. Kat library aku bolehlah berkawan dengan buku-buku yang aku suka baca. (No wonder lahh aku nii penerima anugerah NILAM setiap tahun.)
Aku jugak tak suka menyusahkan orang lain. Means aku ada sikap 'independence' walaupun jiwa aku masih belum independent! 
Pernah hari tuu aku sesat jalan. Nak pi ke mana entah kat KL time tuu.
Punya aku cuak aku main bedai ja jalan mana aku boleh pi.
Aku still tak dapat jumpa jalan balik and lastly aku mintak tolong dengan encik polis. Tuu pun lepas aku habih ikhtiar dan hampir putus harapan. Aku tau berbahaya bagi aku sebab aku nii perempuan tapi dah memang perangai aku suka melilau sorang-sorang nak buat camna?
Pasni kena ubah laa sikap tuu takut nanti bila kahwin kena dapat suami yang jenis duk rumah tak betah pulak aku satgi.

Last but not least.
Mai la bercerita dekat aku.
Sebab aku nii pendengar yang baik.
Aku jugak seorang yang boleh dipercayai.
Secret is a secret!

Hampa mesti tertanya-tanya kenapa mesti aku nak tulis entri nii.
Sebabnya aku suka berkongsi. Mana laa tau kot-kot ada yang sama perangai dengan aku boleh jadikan member aku! Hoyeah!

Okay lahh! Aku nak p bersiap-siap nii.
Satgi nak p melepak kat kampung pulak. Hari nii ada photoshooting kat kebun getah.
Tapi aku tukang menyibuk saja.

Buka mata buka hati buka minda,
Kenali DIRI!
adios!