Tuesday 29 October 2013

Terharunya Aku

Assalamualaikum.
dan salam sejahtera.
Aku in the middle of exam.
Final ok final.

Tapi sekarang aku nak rehatkan otak.
Nak cuci macro sebelum aku sumbat that Office admin.
Alahaii.
Aku benar kuciwa dengan paper makro.
Tapi aku takkan salahkan takdir.
Aku salahkan diri aku sendiri sebab tak study betui2.
Nak maen sangat kan?
So, neh laa akibatnya.
What did you give you get back ya sayang.

Ok what makes me feel so touch.
Kenapa terharu?
Pelik laa.
Eh halluu~ Tak pelik okayy~
Ekceli aku terharu dengan seorang insan.

Ya ampun, ramai betui sang kumbang yang baik dengan aku.
Neh yang buatkan aku tak rasa nak kawen neh.
Sebab adanya mereka.
Tapi sampai bila aku nak bergantung kat depa.
Seharusnyalaa aku kena berkawen jugak kan?
Hehe. Iklan seketika.

Ok that fine day.
Amboii~
Aku mesej dengan someone dekat aku punya phone.
Phone mana x boleh bagitau ea.
Mesej biasa-biasa saja.
Aku tergerak nak tanya kat dia.
Kenapa bila dia jumpa aku dia lari?
Dia tak suka tengok aku kah?
Dia meluat tengok aku kah?
Tapi, time mesej or chatting macam okay ja.
Macam suka #perahsantan

Sekali neh jawapan dia.
Dia kata dia malu dengan aku.
Bila dia nampak dia rasa nak muka dalam beg.
Alahaiii~~
Patutnya aku yang merasakan begitu.
Ini sudah terbalik pulak.
Aneh sungguh.
Tapi bila keluar bersama tak malu pulak.
Aku tau aku tak sepatutnya tanya soalan macam ni kat dia.
"Awak suka dekat saya ka?"

Okay!
Seriously ayat tersebut macam cliche.
Sebab aku pun tau yang neh sebenaqnya tak da segak sangat kan?
Cuma aku lawa saja.

Jeng jeng jeng~



Oii oii tutup mulut tuu.
Satg lagi lalat masuk arwah pulak.
Heh!

Okay, aku tau aku lawa. 
Alhamdulillah.
Semua tu Allah bagi pinjam.
Dan sebenarnya semua orang ada natural beauty.

Hey hey!
Sambung cerita tadi.
Lepas aku cakap macam tu.
Dia take time untuk balas mesej aku.
Ada dekat dua jam jugak laa aku tunggu.
Macam 'lame' jaa tunggu.
Akhirnya aku dapat jawapan.

"Yes. Saya suka kat awak. Tapi saya cuba kawal diri saya supaya saya tak suka awak lebih dari seorang sahabat. Ya. Saya tau saya macam mengarut. Mesti awak tak percaya kan saya suka kat awak? Saya malu dengan awak selama ni sebab saya suka kat awak. Saya malu sebab saya tak dapat kawal diri saya dari terus suka kat awak. Saya dah cuba tapi saya tak mampu. Saya dah anggap awak lebih dari seorang kawan.Tapi saya takut nak bagitau kat awak sebab saya takut perasaan saya kat awak akan sebabkan awak menjauhkan diri daripada saya n tak nak kawan dengan saya. Saya mintak maaf awak. Saya tak nak rosakkan hubungan sahabat kita."

Panjang berjela neh bukan dia taip mesej ok.
Dia call aku just nak bagitau this thing.
Aku pun apa lagi.
Berjurai ayaq mata keluaq.
Tak pernah ada orang buat pengakuan sebegini lebar panjangnya.
Dan dia kumbang pertama yang berjaya mencairkan hati aku.
Tapi, atas dasar persahabatan aku ada prinsip.

"Kalau kau sahabat aku kau tak mungkin jadi seseorang istimewa di hati aku kecuali bila Allah mengizinkan"

Sekarang aku serahkan pada DIA yang maha mengetahui.
Siapa yang terbaik untuk aku.

Seriously, aku tak boleh tidoq malam.
Hilang makro tambah yang neh pulak.
Yes! Aku tak terpikir benda neh.
Jiwa aku halus walaupun luar nampak kasar.
Hati aku keras walaupun nampak macam lembut.
Maaf sebab aku terlalu terharu.
Jadi aku 'speechless'
Sampai aku letak fon and terus nangis.

Aku nangis bukan sebab aku sedih laa.
Aku terlalu terharu sebab ada orang berani buat pengakuan sebegitu rupa kat aku.

Okayy laa. 
Aku bagitau nama dia.
Tapi bukan nama penuh ya sayang.
Nama yang selalu panggil saja.
Nama dia

LEE~

Yaa! Yang selalu teman aku keluar jalan-jalan.
Lee childhood friend aku.
Lee yang aku anggap sebagai abang.

Sekian. Adiossa!


Monday 21 October 2013

Goodbye POKSEN! Hello ARAU!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Hey ya!

Aku dah nak balik Araustralia!
Jom laa.
Sapa nak ikut aku?
Now, tengah tunggu flight.
Excited weh nak naek flight!
Bye! Lala.





p/s : Saya tak cantik saya tak lawa. Saya biasa-biasa saja. Namun sebagai makhluk-Nya. Kita manusia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki. Alhamdulillah. 

Jom balik Arau!
Sayonara!

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 30

Assalamualaikum!
Hai! Thanks a lot sebab sudi menunggu.
Come and click it again.

Now PART 30.
Oh ya before that.
I can't imagine how will the real Junaidi sing that song in that way.
Sumpah lawak.
Kasi gelak sikit.
Hahaha.
Maisarah dengan Junaidi macam dah nak berbaik.
Hurmm. Asam garam kehidupan.

**************

JUNAIDI memarkir keretanya dengan cermat. ‘Hanif mesti dah balik.’ Selepas mengambil barang yang dibelinya tadi bersama Maisarah, dia memberi salam dan masuk ke rumah.

            “Waalaikumusalam Doktor Junaidi. Amboi sakan betul doktor jalan-jalan ye. Aku ni sampai dah panas punggung duduk kat sofa kau ni tau.” Ujar Marwan tersengih-sengih.

            Junaidi sedikit terkejut melihat keberadaan Marwan di rumahnya lewat petang itu. “Oi pak cik! Bila kau sampai? Kau ni nak datang tak bagitahu. Nasib baik si Hanif tu ada. Kalau Hanif tak ada tadi alamatnya tercongok kat luarlah kau.”

            “Eh eh! Suka-suka hati dia aje panggil aku pak cik. Aku ni muda dari kau tahu. Patut kau panggillah adik kat aku...” Tanpa sempat menyambung kata Junaidi terlebih dahulu memintas.

            “Tak kuasa aku nak panggil kau adik. Geli geleman tau nak panggil panggilan tu kat kau. Please lah. Aku ni tua setahun aje dari kau. Tak berkira pun.” Mereka seraya ketawa. “Eh, kau tak jawab lagi soalan aku. Bila sampai?”

            “Haa. Ni yang aku nak bagitahu kau ni. Lain kali orang cakap jangan pintas. Jangan nak buat shortcut pulak. Aku tak sempat nak jawab kau dah potong line. Aku sampai lepas Asar tadi. Lama jugak lah aku jadi penunggu depan rumah kau ni. Tapi lepas setengah jam baru si Hanif tu sampai balik.”

            “Oh, kesian kat kau. Eh, Hanif mana?” Tanya Junaidi yang baru menyedari ketiadaan Hanif di situ.

            “Hanif tengah mandi. Kejap lagi turunlah tu.” Saat itu Marwan terpandang beg-beg plastik yang dibawa masuk Junaidi tadi. Sebenarnya itulah barang-barang untuk majlis pertunangannya dengan Maisarah. “Hei bro! Apa dalam beg tu? Nak tengok boleh?”

            “Tak boleh! Tu barang eksklusif. Tak boleh sentuh.” Junaidi menyorokkan beg-beg tersebut di belakangnya.

            “Kedekut betullah doktor ni. Takpe, nanti aku beli barang aku pun tak nak tunjuk kat kau.” Marwan sengaja mengacah. Macam kecil-kecil dulu sahaja lagaknya.

            “Gotcha!” Hanif yang datang dari belakang terus mengambil beg-beg di belakang Junaidi senyap-senyap. “Wah! Habib Jewel kot Wan. Kau jangan main-main.” Ujar Hanif sambil menarik keluar sebuah kotak baldu berwarna merah dari dalam beg yang diambilnya senyap-senyap tadi.

            Junaidi yang tersedar akan hal itu terus berusaha untuk merampas kotak baldu berisi cincin itu dari tangan Hanif. Namun dia gagal. Kotak tersebut telah pun berada di tangan Marwan. Tanpa berkira-kira Marwan terus membuka kotak tersebut.

            ‘Aduh. Masak aku kena bahan kejap lagi!’

Seminggu berlalu.

MAISARAH termenung seorang diri di taman mini rumahnya. Sekejap duduk sekejap berdiri. Diam tak diam hampir seminggu dia sudah menjadi tunangan Junaidi. Saat ini banyak perkara yang difikirkannya.

            Puan Munirah menatang dulang bersama dua cawan teh panas ke arah Maisarah yang kelihatan diam di taman mini itu. Berhati-hati dia meletakkan dulang itu di atas sebuah meja yang terdapat di situ.

            “Eh, mama! Ingatkan siapa tadi.” Maisarah melemparkan senyuman manis kepada Puan Munirah.

            “Hai anak mama sorang ni. Teringat dekat Junaidi ke? Jauh termenungnya tu. Macam nak tembus langit tu mama tengok.” Ujar Puan Munirah sambil meletakkan secawan teh di hadapan Maisarah.

            “Taklah mama. Mai tengah fikir siapalah yang teman mama nanti bila Mai dah kahwin. Mesti mama sunyikan?”

            “Tak ada nak sunyinya Mai. Kakak kamu tu selalu saja balik. Alif pun kerap jugak muncul terpacak kat sini.  Abah pun ada aje teman mama kat sini. Jangan risaulah Mai. Lagipun Mai bukannya jauh pun. Boleh saja kan nak balik selalu.” Puan Munirah menyedapkan hati anaknya itu.

            Maisarah senyum lagi. “Mama. Mama yakin ke Junaidi boleh bahagiakan anak mama ni? Dia sayang ke dekat Mai?”

            “Maisarah, anak mama risaukan yang tu ke? Kalau pasal tu Mai tak payah risaulah. Mama yakin sangat dengan Junaidi. Lagipun Abang Alif pun dah tersangat kenal dengan Junaidi tu. Mama yakin dia boleh jaga Mai macam mama dengan abanh jaga Mai.”

            “Tapi ma... Walaupun Mai dah jadi tunang dia, Mai masih tak boleh nak terima dia sejujurnya kat dalam hati ni.” Maisarah menyisip sedikit air teh yang sudah sedikit suam.

            “Mai, cuba bagi masa kat diri sendiri. Mama yakin dengan Junaidi tu. Dia adalah yang selayaknya untuk Mai. Allah memang ciptakan dia untuk anak mama ni. Lagipun, Mai tak cuba kenal hati budi dia lagi. Once Mai dah kenal mungkin Mai akan jatuh cinta. Kuasa Tuhan kan? Sekarang Mai masuk, ambil wudhuk lepas tu buat solat istikharah minta petunjuk kat Tuhan.” panjang lebar Puan Munirah menasihati anak gadisnya seorang itu.

               Maisarah akur lantas mengatur langkah ke biliknya. Seusai masuk ke bilik Maisarah terus berwudhuk dan mencapai sejadah juga telekung pemberian ibunya. Penuh khusyuk dan tawadu'. Panjang doanya malam itu hinggakan bercucuran air matanya mengadu pada yang Maha Esa.


 **************

Oke done. 
Aku berehat sebentar.
(amboi bahasa hang. Baku giloss)
Hoorayy! Mau exam.
Adioosssa!
         
            

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 29

Assalamualaikum
Dan salam Satu Malaysia!
I'm back from a very very very long holiday.
Hahaha.
Holiday laa sangat.
Padahal malas nak hapdett ja.
Ya tak sayang?
(tolong jangan perasan aku panggil hampa sayang. I just talk to myself laa.)

Neh cerita sambungan untuk hampa.
Kalau tak ingat boleh klik kat IKON CERITA KAMI.
Check it out there yeah before sambung di sini.


****************

SUASANA di dalam Honda Accord merah hati kepunyaan Junaidi sunyi sepi. Hanya kedengaran desahan nafas masing-masing. Sesekali mata Junaidi memandang sekilas gadis di sebelahnya. Maisarah lebih rela berdiam diri dan membuang pandangan ke luar kereta yang sedang bergerak perlahan itu. Macam biasa. Walaupun bukan hari bekerja, jalan raya masih sesak dengan penggunanya yang setia. Kenderaan bergerak berdikit-dikit. Kalah siput berjalan.
  
          Maisarah rimas. Sudah hampir empat puluh lima minit mereka berdua berada di jalanan itu. Matahari pula sedang menghabiskan sisa-sisa tugasnya menerangi alam dan bersiap sedia untuk menyerahkan tugas tersebut kepada bulan pula. Beberapa kali Maisarah mengeluh.

            “Huh!” kuat keluhan Maisarah kali ini. Junaidi sedar Maisarah pasti bosan bila berdua dengannya. Entahlah. Dia mula memikirkan bagaimana cara untuk memikat hati tuan puteri ais batu ini. Susah betul mahu cair.

            Junaidi mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyambungkan kepada wayar yang sedia disambungkan di radio keretanya. Sejurus itu berkumandang lagu Wali Band iaitu Cari Jodoh. Tanpa diduga Junaidi turut melagukan lagu tersebut dengan suara yang boleh membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan ketawa. Maisarah terkejut melihat kelakuan lelaki itu. Dia memandang Junaidi tidak berkelip. Dalam pada itu Maisarah turut menahan tawa.

            Junaidi pula terus bernyanyi tanpa mengambil pusing pandangan Maisarah terhadapnya. Dia sudah tidak betah mahu duduk di dalam keadaan yang senyap sunyi itu. Kalau Maisarah tidak mahu bercakap biar dia sahaja yang bernyanyi mengikut rentak muzik yang dipasangnya.

            “Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu sama teman-temanku kerna cuma diriku yang tak laku-laku...” Junaidi sengaja menyumbangkan suaranya sekali lagi apabila tiba bahagian korus. Terlepas ketawa Maisarah sebaik mendengar suara Junaidi yang kelakar itu. 

“Hei, awak ni tak padan dengan doktor kan. Kenapa tak masuk Akademi Fantasia ke One In A Million ke?”

            ‘Yes! Pandai pun bercakap.’ Junaidi tersengih-sengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun kemas. “Bukan tak mahu masuk awak. Tapi kalau saya masuk confirm Mawi yang world tu pun kalah. Dah dia tak boleh nak cari makan. Sudahnya saya sambung medik sajalah jadi doktor.”

            “Awak editor buku kan?” Junaidi sengaja bertanya lagi.

“Yup.” Sepatah sahaja jawapan yang diberikan Maisarah. Nampaknya Maisarah juga boleh diajak berbual walaupun hanya sepatah perkataan yang dibalasnya. Sekurang-kurangnya tidaklah sunyi keadaan dalam kereta.

“Nantilah bolehlah buat buku untuk kita berdua.” ujar Junaidi perlahan.

“Apa? Saya macam dengar awak cakap sesuatu tadi. Buku apa?” Maisarah bertanya pula.

“Eh! Tak ada apa-apa. Saya cakap nanti saya hantar buku yang anak saudara saya tinggalkan kat rumah saya tu.” ‘Fuh! Bernas otak kau Eddy. Good job.’

            Lagu demi lagu berkumandang. Akhirnya mereka sampai juga di rumah Maisarah. Sejurus mengucapkan terima kasih Maisarah melangkah keluar dan masuk ke rumahnya. Junaidi pula beredar setelah memastikan maisarah telah selamat masuk ke dalam rumah.

“WAH banyak suka hati ini orang. Amacam Mai, seronok tak dating dengan Junaidi? Dia bawak jalan ke mana? Dengar cerita keluar cari cincin betulke?” tanya Mia Azlina sebaik Maisarah melangkah masuk.

            “Nee, you memang tak sabar-sabar kan. Kesian Mai tu. Baru aje nak langkah masuk rumah you dah sembur soalan kat dia macam machine gun. Kalau iya pun bagilah Mai duduk dulu.” Firdaus menegur isterinya lembut.

            “Alah bi... I curious nak tahu aje.” Nina mula menarik muncung.

            Maisarah tersenyum melihat kakak dan abang iparnya itu. Kadang-kadang tersentuh juga jiwanya mahu memiliki suami seperti Alif Farhan dan kedua abang iparnya Hazwan dan Firdaus. ‘Kakak aku ni, sweet sungguh.’ Maisarah kemudiannya lantas mengambil tempat di sebelah Mia Azlina.

            “Alahai kak. Tak ke mana pun. Pergi mall beli cincin. Lepas tu makan-makan then baliklah. Jalan pulak sesak tadi, tu yang sampai lambat tu. Kak Nina bila sampai?”            

            “Baru aje sampai. Tak hilang penat lagi ni. Tapi, esok pagi nak balik dah. Abang Firdaus ada kerja petang esok.”


****************

Okay!
Done untuk this part.
Aku nak update lagi satu part laa.
Ya laa. Aku nak exam kan. 
Macam tak sempat jaa nak post lagi nanti.
Wait for my second entry today.
Sayonara!
       

Sunday 20 October 2013

Nasi Goreng err . .

Assalamualaikum
dan salam sejahtera diucapkan kepada rakan-rakan yang sedang menerjah ini belog.

Wah!
Raya haji baru berlalu.
Apa yang hampa korban tahun neh?
Kalau tanya aku aku hanya berkorban tenaga saja.
Yang lain masih tak mampu.

So today, aku nak share satu benda.
Benda apa?
Entah aku nak sebut pun tak berapa fasih.
Hampa tengok gambaq laa.
Neh sat. Nanti nuhh. Aku tempek bawah nehh.


Gedik sungguh hang nuh Mira!
Nasik goreng pun hang payah nak sebut.
Sungguhlaa mengada.

Okay kenapa aku nak share benda neh kat sini?
Sebab inilah masakan aku yang abah aku makan sampai licin.
Kalau tak sebelum neh dia makan konpem tak habeh.
Pastu banyak pulak komen dy.

Macam mana nak buat?
Tak susah pun. 

Resipi neh untuk 4 orang makan.
Sebelum masak tu baca bismillah.

Mula-mula tumis bawang merah dalam belanga yang ada minyak panas.
Bawang merah tu kalau tak mau cincang, tumbuk pakai lesung batu pun boleh.
Make sure belanga tu duk atas api tau.
Api plak kasi pelan2 sudah laa. 
Kome tuu bukannye cekap sangat dok~
Pastu maen campak laa apa yang kome qasa kome nak letak.
Macam aku lepas bawang tu dah naik bau, aku lempaq cabai melaka 5-6 biji.
Kalau hampa tak suka pedas2, letak laa dua tiga biji.
Barang buat syarat.
Pastu terus buh nasi putih yang dah disejukkan.
Bukan disejukkan dalam peti ais.
Nasi yang hampa masak tengah hari pastu tak habis tuu.
Malam boleh guna buat nasik goreng.
Fuhh! Betapa bergunanya nasi sejuk ini.

Lepas tu kacau laa nasik tersebut.
Haa. Time neh jangan lupa tau bubuh garam.
Satgi tak rasa apa2 plak. 
Tak sedap pulak kan??
Habeh yang tu kacau lagi pastu ketepikan nasik dalam belanga tu biaq kosong kat tengah-tengah belanga.
Letak minyak sikit pastu buh telur yang telah dikacau.
Ala2 nak buat telur dadar tuu.
Nak kacau sampai fluffy pun boleh.
Bila fluffy lagi sedap meh.

Bila dah bubuh telur tu, biaq dia separuh masak.
Lepas tu kacau buat macam bulatan.
Langkah seterusnya, gaul balik bersama nasi goreng tadi. 
Make sure telur tuu tak la terlalu hancur.
Bagi ada sikit rupa telur.

Pastu ambik hampa punya ikan bilis.
Sebab aku suka ikan bilis, jadi aku letak banyak.
Pada yang tak suka ikang bilish tu tak payah duk susah hati.
Payah pa, tak suka tak payah bubuh.
Eh ehh. Bikin serabut jiwa dan raga saja.
Jangan lupa masuk sayur-sayuran.
Any kind of vegetables you can use.
Kangkung ka sawi ka kubis ka.
Even sayur campur sekalipun. Pun boleh.
Tapi, kalau nak bubuh sayur campur pastikan bubuh masa tumis bawang and cabai melaka tadi.
Yang neh pun sama jugak laa. Bagi yang tak suka sayur macam aku,
tak payah letak pun tak pa.
Tak rosak resipi pun.
Haha.
Pembetulan. Aku bukan tak makan sayur.
Aku jugak bukan tak suka sayur.
Cuma aku akan makan kalau sayur tu dimasak ikut taste aku.
Salah satunya KANGKUNG GORENG BELACAN.
Fuhh! feveret tuu.

Okok.
After dah bertungkus lumus semua tuu.
Tutup api.
Ambik pinggan. Bubuh elok-elok. Jangan kasi tumpah.
Tumpah tu membazir nanti.
Membazir kan amalan syaitonnirrajim~
Lepas tuu hampa nak tabuq bawang goreng ka, daun sup daun bawang ka. Ikut suka laa.
One more thing.
Kalo yang tu tak cukup pedas, tabuq laa lada.
Hot and spicy~
Baru ada kelass!
Pastu pastikan hampa hidang dengan sepenuh perasaan KASIH DAN SAYANG.
Barulah sedap.
Done! Boleh makan. Yahoo!

Maka siaplah nasi goreng err~~
Nasi goreng apa ek?
Haa. Sudah! Ya ya bagi resipi sequpa dengan orang nak try
Bila tanya nama masakan haru wehh!
Hahaha. 
Kita buh nama kaihh~
Nasi Goreng Adha laa.
Sebab aku buat nasik goreng masa hari raya pertama.
Hujan punya pasal, nasik goreng ja laa yang aku sempat bedal.
Bukan aku sorang kayy, Mak dengan Abah aku sekalian dong. 
Hahaha. Maka bersantaplah kami anak beranak.

p/s : Kalau hampa tanya orang dulu-dulu kenapa masakan ibu itu sedap. Kebanyakan mereka akan menjawab. "Ibu masak dengan kasih sayang. Baca bismillah, selawat nabi. Sebab tuu makanan yang dimasak oleh ibu itu sedap dan kelasssss kau jah rasanya~"

Adiossa!
Sayonara!


Tuesday 15 October 2013

Peminat Cilik

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Hey ya! 
How's your Aidil Adha?
Yezza! Good kan?
Hujan rahmat di pagi hari.

Peminat cilik? 
Mu qase sapo?
Hessyyy~
Bukan nak membangga diri la kan.
Kita neh bukannya segak tera Pretty Zinta pun.
Tak cute macam Nelydia Senrose
and tak sesegak Izara Aishah.

Tapi, Seperti tajuk di atas. 
Gue hado peminat wehh!
Hahaha
Tapi bukan kat laman sosial.
Laman muka buku? #ehh! laman sosial la tu~

Ini realiti.
Wakakakaka.
Nak tergelak aku dengar ada orang minat kat aku.
Muihihihi.
Terserlah paras kegedikan di situ.

Namun, siapakah gerangannya?
Jeng jeng jeng~

Namanya ialah Nur Alauyah binti Nasir
Hahaha.
Si kecik comel molek tuu
Memang dah lama pun dia minat kat haku neh~
Maklumlaa. Aku kan mesra alam dengan budak kecik. 
kikikiki.

And one more thing.
Yang neh buat aku tergelak guling-guling.
Nak kata cilik tak laa cilik sangat.
Sebab dah belasan tahun.
Hey! Wake up!

Kawan adik aku tu.
adehai. 
Dia nyanyi kat luar rumah.
Depan bilik aku plak tu.
Aku yang tengah duk ber'feeling' drama dengan Patrick Star aku pun terbantut.
Hesyyy!
Dah nyanyi lagu tah hape-hape.
Ekekekeke. 
Soqa sedapa macam Hafiz Hamidun tak apalah jugak.
Neh kalah si katak rindukan hujan.
Muihihihi
Aku syak mesti dia ingat aku tak hado dalam bilik.
Sekali my mum keluar rumah nak p ber'dating' dengan pokok bunga dia.
Cangak lagi?
Tegur r budak yang nyanyi tadi.

"Hang nyanyi laa kuat2. Kakak ada dalam bilik tu."

Reaksi dia nak cover malu.

"Errr~ Ya ka mak cik? Hahaha. Saya bukan apa mak cik. Kakak tu dah ada 'kawan' dak lagi mak cik?"

My mum jawab

"Nak tau p la tanya dia sendiri."

"Mak cik panggil laa kakak tu keluar sat."

"Hesyy! Tak mau laa."

"Alaa mak cik. Saya neh berkenan kat kakak tu mak cik. Lawa."

Aku dalam bilik time tuu. Gelak guling-guling.
Camna laa dia boleh kata aku neh lawa. 
Dasar ayat 'cliche'. sah2 ayat perli.
Tolong jangan nak perasan. wakakaka.

"Hang berkenan kat dia. Mak cik tak berkenan kat hang."

Aku di sebalik tingkap tuu memang terlepas gelak sequpa orang gila meroyan dah.
Hahaha.

Last2 aku dengaq ayat pasrah dia.

"Tak pa laa mak cik. Kakak dah ada 'kawan' kot nuh. Melepas saya. Takda rezeki nak buat macam mana."

Lagi laa aku gelak guling-guling sampai sakit perut baq hang.





Seriusly yang neh lawa?
Macam budak terencat akal ada laa~ 
hahahahaha.

Btw. Manusia adalah sebaik-baik kejadian.
#syukur Alhamdulillah

Adiosssa~

Monday 14 October 2013

Awesome and AKU Excited!

Assalamualaikum
second post tonight
Orang kalut buat ketupat dengan persiapan raya dia kalut hapdett entry.

Tadi tengah aku syok maen twitter
Tiba-tiba terperasankan Fakhrul UNIC tu online
Jadi, aku dengan lekas tweet kat dy.


Yang kotak merah tuu.
Lalalalala

Aku x mengharapkan dy reply.
Dy sedar kata aku tweet dy pun dah ok.
Alih2 dapat interaction neh.


Dy ~~
Dy ~~
Dy reply!!!
Yahooo!
Waww! Neh yang buatkan aku lebih bersemangat nak support dy neh.
Tapi, kalau dy x reply or RT pun ok je.
hahaha

Beberapa minit lepas tuu~


UNIC pulak RT~
blooming aku lena malam neh.
Hahaha.

Just for FUN
Sayonara!
Anneyonghi Jumuseyo



1.2.3.4

Assalamualaikum
Haii allsszz~
Haa. Apa khabar? Ogenki desuka?
Alhamdulillah.
Baguih2

Sebelum tuu nak share apa dy yang 1234 tu.
Ia adalah bilangan (ceiit! ayat skema baq hang) 
Pageviews blog neh.
x percaya?
Mira dah printscreen punn
Neh tengok neh.
Awesome kan?
Unique pageviews.


Wokeyy laa.
Sebelum terlambat!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
buat seluruh umat Islam kat atas muka bumi neh. 

Adiossa!