Saturday 10 November 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 18

Assalamualaikum . . .
Fuhfuhfuhfuhfuh...........fuhfuhfuhfuhfuh
berhabuk giler lah blog aq neh  . .  .
maklumlah student bahagian korporat . . mestilah sibuk kan . . . heee~~~
okay, x nak ckp bnyk . . 
Aq na sambung cerita merapu aq yang dah lama-lamaan tertangguh tu . . .
Hee ~~~ Sorry . . . 
jum . .  baca ^^ 

********************
JUNAIDI melangkah penuh keyakinan ke pejabat Hanif tengah hari itu . Seingatnya dia pernah menapak ke situ hanya dua kali . Entah apa mimpi si Hanif mengajaknya makan bersama hari ini . Disebabkan dia telah lama menunggu Hanif di luar pejabat , membuatkan dia berasa bosan menunggu . Lalu dia memutuskan untuk naik sahaja ke pejabat Hanif . Bukan dia tidak menelefon Hanif , tapi Hanif hanya membiarkan operator Celcom yang melayan Junaidi .

             Butang lif ditekan . Seketika kemudian , pintu lif terbuka luas . Ketika itu , seorang wanita keluar dari lif dalam keadaan yang amat kelam kabut . Junaidi hampir terlanggar tubuh wanita itu . Mata Junaidi galak mencari susuk tubuh yang hampir-hampir dilanggarnya tadi .
            
          Sedang matanya liar memerhati gadis itu , seseorang menepuk bahunya dari belakang . Junaidi berpaling dalam keadaan yang nyata terkejut . “Kau ke Hanif . Ek eleh . Ingatkan siapa tadi .” Hanif melemparkan senyuman kepada Junaidi . Belum sempat hanif membuka mulut , “ Hei . Kenapa kau turun lambat sangat ? Kau ingat aku ni patung ke nak tunggu kau lama-lama . Hanif . Hanif . Bilalah kau nak berubah ? Cuba kau tepati masa sedikit ....”

            “Kau nak makan kertas kerja ke kau nak makan makanan? Dah , kau jangan banyak berleter . Sebabkan aku yang bersalah , jom aku belanja kau makan . Tapi , kita naik kereta kau ye ? Aku malas nak drive laa .”

            “Kereklah mamat ni . Kedekut petrol pulak . Ok lah . Janji kau belanja makan tu pun dah besar rahmat .  Jomlah gerak . Aku nak kena balik klinik lagi ni .”

            Mereka berjalan pantas ke kereta Junaidi . “Aduhai , siapa pulak yang nak kena saman dengan aku ni ? Suka-suki je dia blok kereta aku . Aku tahu la kereta dia ni mahal pun . Tapi , agak-agak la . Aku pun pengguna kenderaan jugak . Haiisshh . Tak guna betul laa siapa tuan punya kenderaan ni ? Ni dah macam mana nak pergi lunch kalau dah kereta kena block macam neh . Kalau aku dapat siapa tuan kereta ni , aku nak sekolahkan dia kat sekolah memandu balik .”

            “Oi . Oi . Sudahlah tu . Aku tahu . Ni kereta bos aku . Aku dah telefon dia tadi . Dia cakap kejap lagi dia turun.”

            “Oh . Bos . Dia ingat dia bos kat sini dia boleh sesuka hati block kereta orang ?” Junaidi masih belum menamatkan sesi leterannya . Macam biasa , Hanif menjadi mangsa leterannya . Hanif sudah faham benar perangai Junaidi yang satu ini . Kalau dia benar-benar tidak berpuas hati , dia akan berterusan membebel . Kadang-kadang bosan juga dia melayan Junaidi sebab lelaki berleter memang susah nak jumpa dekat Malaysia ini . Kalau ada pun one in a million .

            Beberapa minit kemudian kelihatan seorang perempuan muda berjalan kearah mereka . “Haa . Tu pun bos aku dah sampai . Bos !” panggil Hanif sambil melambaikan tangannya ke arah wanita itu . Junaidi yang sedari tadi asyik berleter kini diam seribu bahasa . Bagaikan ada magnet di matanya yang membuatkan dia tidak lepas memandang susuk tubuh seorang gadis yang ayu berbaju pejabat serta lengkap bertudung menutup rambutnya . Sungguh Junaidi terpana melihat keayuan semulajadi gadis itu dan lebih parah kini dia telah jatuh hati dengan majikan rakannya sendiri .

            ‘ Fuh . Cantiknya . Tapi ... Aku rasa macam aku pernah tengok dia ni . Tapi kat mana ya ? Wait ! Bukankah dia adik Alif yang bongsu ? Yang aku jumpa kat kafe hari tu ? Tapi ... Kenapa dia nampak macam bergaya profesional sikit . Padahal yang aku jumpa dekat kafe tengah makan dengan Alif dulu , aku tak rasa dia macam ni . Sebab yang dulu tu nampak macam tak berapa matang . Hmm. Bukanlah ni.  Adik Alif macam baru belasan tahun . Sedangkan dia kat depan mata aku ni berpenampilan gaya seorang majikan yang profesional dan nampak kematangan dia jelas sangat-sangat . Dan aku boleh anggarkan yang dia ni umur lebih kurang dalam lingkungan 20-an tahun . Tapi ....”

               “Sampai bila awak nak duduk kat situ ? Macam mana saya nak alihkan kereta ni kalau awak  ada depan pintu masuk saya.” Terkejut Junaidi yang sedang melayan perasaan seorang diri . Dia mengucap panjang . ‘Ceh ! Muka je nampak ayu . Tapi , sekali cakap tak ada insurans ke apa mulut dia ? Hee ... Cancel ... Cancel ... Tak boleh buat calon isteri ni . Tapi ... Serius aku pernah nampak dia ni . Tapi kat mana ?’ Serentak itu majikan Hanif yang garang macam singa itu mengalihkan kenderaannya ke satu petak parkir yang kosong di situ .

                Sesudah itu dia menghampiri Hanif dan Junaidi semula .
            “Hanif, kejap lagi lepas lunch jumpa saya dekat bilik saya.” Sesudah itu dia berlalu ke arah pintu masuk bangunan pejabatnya. Hanif menganggukkan kepalanya. 

                “Oi Eddy! tutup mulut tu. Aku tahu laa bos aku tu cun pun.”

            “Cun amendenye? Garang macam singa, mulut takde insurans. Eii. Mak cik jiran sebelah rumah nenek aku lagi cun.” Junaidi menafikan.

            Hanif cuma menggelengkan kepala. Mereka berdua segera menaiki kereta menuju ke destinasi yang dicadangkan Hanif sebentar tadi. 

****************
okay , kali neh Si Junaidi dah terjumpa buat kali kedua. 
Dia x perasan pun kata itu Maisarah. . 
last aq update cerita neh, 09/09/12
now aq update hari neh ..  tarikh hari neh 11/11/12 
Haa. .  pandai x aq bajet . . . cukup2 2 bulan aq x update cerita neh . . .
hahaha . . 
okay, aq nak out dulu pergi study . . .
Adios ! ^^