Saturday 28 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 8

Assalamualaikum . .
Oke disebabkan ary neh aq post dua entry ,
aq dah x dak idea na meqapu . haha .
jum baca . .

*************
TEKSI yang dinaiki oleh Alif Farhan berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya di Pulau Pinang . Dia menekan loceng dan menunggu beberapa ketika sebelum pagar terbuka sendirinya . Sebaik pintu pagar itu terbuka , Alif Farhan menjinjit bagasinya ke dalam dan ketika itulah Maisarah , Hazwan , Mia Amira , ibu dan juga ayahnya menyambut kepulangannya di muka pintu .
                Maisarahlah orang yang paling teruja . Dia orang pertama yang menerpa susuk tubuh Alif Farhan . Rindu sangat pada abangnya yang seorang itu . Kemudian , Mia Amira mengambil bagasi dari Alif Farhan .
                “ Abang ni . Balik tak nak bagi tahu orang dulu . Kalau tak kan boleh kami semua jemput kat airport .” rajuk Maisarah sambil menapar lembut bahu abang sulungnya . Pelukan dilepaskan .
                “ Alah . Bukan selalu nak buat kejutan . Lagipun abang memang tak sabar nak jumpa family dan kawan-kawan abang kat Malaysia ni .” ujar Alif Farhan sambil bersalaman dan berpelukan dengan ibu dan ayahnya .
                “ Yelah Alif . Kalau bagi tau awal-awal , kan mama boleh masak menu yang special sikit .” Tambah Puan Munirah pula .
                “ Korang ni . Kan si Alif tu baru je sampai rumah . Nak marah ke apa ke kasi la dia berehat dulu . Jauh Ireland dengan Penang ni tau .” Encik Radhiff segera menyelamatkan keadaan .
                Alif Farhan tersenyum melihat mamanya yang sudah mula menarik muka . Sungguh sepanjang lima tahun berada di rantauan , inilah antara perkara yang paling dirindui olehnya . Hari ini , dia berpeluang melihatnya lagi . Dalam hati , dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk bertemu keluarga yang dirinduinya .
ALIF Farhan merebahkan tubuhnya di atas katil dalam biliknya . Kepenatan yang dirasai olehnya membawa kepada sebuah mimpi yang indah . Ketika itu , dia baru pulang dari klinik . Ada seorang wanita menunggunya di pintu masuk rumahnya . Tetapi dia tidak dapat melihat wajah wanita itu kerana wajah wanita itu kesamaran . Apabla dia cuba mendekati , dia dikejutkan dengan laungan azan yang berkumandang menyeru muslimin dan muslimat menunaikan solat .
                Alif Farhan meraup mukanya beberapa kali sambil beristighfar dalam hati . Fikirannya masih terbayang akan susuk tubuh wanita itu . Seperti yang selalu diingati dan dikenangi . Susuk tubuh wanita itu sama seperti Hamimah , gadis yang seusia dengan adiknya Mia Amira .
                Sesudah mandi dan bersolat dia melipat tikar sejadah . Kemudian , dia melangkah ke ruang dapur . Aroma nasi goreng melajukan langkah ke dapur . Tersenyum simpul dia melihat Mia Amira dan Maisarah menyiapkan hidangan untuk sarapan . Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ .
                “ Eh , abang Alif  . Awalnya bangun . Mira ingat lepas siap masak breakfast ni baru nak suruh Mai panggil semua turun .” Mia Amira memberikan senyuman manis kepada Alif Farhan sambil tangannya cekap mengacau nasi goreng dalam belanga .
                “ Abang memang selalu bangun awal . Tu hah . Mai tu . Sejak bila reti bangun awal pagi ni ?” Maisarah yang sedang membancuh air menghadiahkan jelingan ‘maut’nya kepada Alif Farhan . Keningnya diangkat seperti Ziana Zain lagaknya .
                “ Mai bangun awal sejak Mai dapat kerjalah . Biasalah . Ketua editor mana boleh bangun lambat .” Serentak Alif Farhan dan Mia Amira memandang ke arah Maisarah .
                “ Adik !” Serentak  Alif Farhan dan Mia Amira menjerit kepada Maisarah dengan nada terkejut  . “ Adik dah naik pangkatlah , abang Alif , Kak Mira . Yang pasal nak buat kenduri kesyukuran tu pasal hal ni lah . Mai nak umumkan kat semua . Tapi dah terlepas cakap kat abang dan kakak pulak .”
                “ Maknanya Cuma kitorang berdua je lah yang tau ni ? Yang lain semua tak tahu ?” Mia Amira meminta kepastian .
                Tersengih-sengih Maisarah . Jari telunjuk diangkat ke bibir mengisyaratkan kakaknya supaya memperlahankan volume suaranya . Kakaknya yang seorang ni , kalau dah menjerit tu , satu kampung dengar . Maklumlah masa di bangku sekolah dahulu kakaknya merupakan seorang ketua platun Pengakap . Suaranya yang nyaring bagaikan tertelan speaker set home theater tu belum tentu dapat dikalahkan oleh Ning Baizura .
                “ Kakak , abang promise tau . Jangan bagi tau siapa pun hal ni . Nanti masa kenduri minggu depan , Mai akan bagitau semua orang . Walaupun dah dekat dua bulan jugak la Mai naik pangkat .”
                Alif Farhan memaparkan riak kebingungan di wajahnya . “ Korang nak buat kenduri minggu depan ? Kenapa abang tak tau pun .” Banyak kejutan yang didengari dari muut dua orang adiknya .
                “ Ya lah abang . Mira pun tak teringat nak bagitau abang . Lagipun semalamkan abang baru saja sampai . Takkanlah kitorang nak terkam bagitau kot . Kesian kat abang . Ni kira dah tau lah kan ?” serentak mereka bertiga ketawa .
                “ Oh ya . Lupa abang nak tanya . Nina mana ? Nak jugak abang tengok putera yang menawan hati adik abang tu . Patutlah abang rasa macam ada yang kurang semalam .”
                Serentak itu , terdengar suara Mia Azlina memberi salam di muka pintu . Maisarah bingkas bangun mendapatkan kakaknya di depan . Panjang umurnya . Baru sahaja disebut terus muncul .
                “ Abang Alif ! Kenapa balik tak bagitau . Patutlah , Mai beria-ia call Nina suruh balik sini .” Mai Azlina mencium tangan abangnya . Kemudian mengambil tempat di hadapan Alif Farhan . Ketika itu Alif Farhan melihat seorang kanak-kanak yang erat memegang tangan seorang lelaki . Dia sudah dapat mengagak siapa gerangan mereka berdua .
                “ Nina ,ni siapa ? Tak nak kenalkan ke ?” Alif Farhan berjabat tangan dengan Firdaus .
                “ Alahai terlupa pulak . Ni adik ipar abang lah . Abang Firdaus . Yang kecil tu anak Nina , Fakhri . Fakhri , salam dengan pak long .”
                “ Fakhri meh dekat pak long meh .” Alif Farhan cuba bermesra dengan Fakhri yang nampak takut-takut itu .
                “ Dia ni memang macam ni . Tapi , kalau dah kenal nanti , baru tau dia punya manja .” ujar Firdaus sambil memangku Fakhri di atas ribaannya . Dia berbisik di telinga Fakhri . “ Fakhri , pak long panggil nak bagi hadiah tu . Pergilah .” Mendengar perkataan hadiah , dia terus turun dari pangkuan ayahnya dan melangkah ke arah Alif Farhan . Alif Farhan mengambil Fakhri dan diribanya . Semua di dapur tersenyum dengan keletah Fakhri yang sedikit pemalu itu .
                “ Mai , panggil semua orang makan . Breakfast dah siap ni .” arah Mia Amira . Mia Azlina turut membantu kakaknya menghidangkan sarapan .
Sekejap sahaja ruang makan dipenuhi oleh keluarga ini . Semua menikmati sarapan masing-masing sambil bertukar-tukar cerita . Meriah sungguh . Biasalah , happy family . Bila berkumpul ramai-ramai ada saja yang mahu diceritakan .  Macam buat kenduri suasananya .

***************
Heh . . Letih benor ary neh . 
Mak ajak kuar shopping , x sangka plak sampai PADANG BESAQ nun . . 
haduii . . Aq ckup pantang klaw nmpk oqg merokok di tempat awam . 
Lagi aq geram klaw dy merokok depan aq . 
seyes x puaih hati . Qasa macam na sumbat ja rokok-rokok tersebut dalam mulut diorang . .
Dah merokok satu hal , pastu asap dy selamba ja dy lepas kena betui2 muka aq . 
Klaw x pikiaq oqg qamai tadi memang makan ayat tension dqi aq laa . .
Ingat aq x bqani sound ka ? 
Oke2 . . dah2 . . x pasai2 plak hampa yang kna dgq ketidakpuasan hati aq kan . .
oke ! terus bace entry aq . . 
KAMSAHAMIDA kpada yg sentiasa menyokong maa . .  
Sayang you all . . 
Tata^^

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 7

Assalamualaikum . .
Yeah ! Aku lambat update ceta aq ckiet ary neh  .. 
Bukan apa . . 
Ralit duk kat depan TV tadi . . 
Tgok VERSUS maa . . best koott . . 
Aq sokong BLACK AND PARALLAX . . 
sapa berada di pihak aq ? turun tgn . .  hahaha . .  =D 
oke2 . . memandangkan aq pun maleh na meqapu malam neh , sbb aq kepenatan , so aq teruskan saja lah ceta merapu aq tu kan . .  
Kepada para hadirin hadirat yang menerjah entry aq selama neh . .
THANKS Daun Keladi ya . . Jangan lupa terjah lagi . . hohoho . .
Sudah . Sudah . Sudah . 

*************

ALIF Farhan memerhati sekeliling . Almari bajunya telah kosong . Segala barang peribadi miliknya telah dimasukkan dalam dua buah bagasi miliknya . Malam ini dia akan pulang ke pangkuan keluarganya di Malaysia . Hatinya melonjak riang apabila kerjanya siap lebih awal dari jangkaannya . Disebabkan itu , sesudah habis waktu kerja dia terus menempah tiket penerbangan ke Malaysia .
                Faiz duduk di birai katil . Faiz merupakan rakan Alif  sejak dia berada di bumi Ireland . Faiz yang setahun muda darinya dan juga merupakan seorang doktor sepertinya . Mereka sangat rapat walaupun Faiz sudah berkeluarga . Kadang kala , Alif senang menghabiskan masa di rumah Faiz dengan melayani keletah anak kembar Faiz yang berusia setahun setengah itu .  Faiz memang menetap di Ireland sejak tamat pengajian lagi .
                “ Kau balik Malaysia nanti jangan lupakan aku kat sini .”
                “Ya lah . Confirm aku akan selalu ingat kat kau . Kau pun nanti ada masa bawak la anak bini kau tu jalan-jalan kat Malaysia . Kau tak rindu ke tanah air kau tu ?”
                “ Itu lah pasal . Dekat tujuh tahun jugak aku tak balik sana . Last aku balik masa adik aku yang bongsu tu kahwin . Rindulah jugak .” Faiz bangun dari katil berjalan ke arah jendela di bilik Alif .
                “ Eh , flight kau malam ni pukul berapa ?”
                “ Pukul 11 malam . Serius aku tak sabar nak jumpa family aku . Rindu sangat . Kau hantar aku ye malam ni .” Tersenyum Alif apabila mengenangkan satu-satu wajah ahli keluarganya .
                “ Ok . Boleh je . Aku angkut satu family aku hantar kau kat airport .”
                Suara Diana yang memanggil mereka ke dapur mematikan perbualan mereka . Mereka berdua mengatur langkah ke dapur untuk menikmati minum petang . Pizza makaroni air tangan Diana memang sedap . Diana memang pakar dalam bab masakan . Dia juga amat meminati bidang itu sejak bangku sekolah . setiap hari , ada sahaja resipi baharu dicubanya . Yang menjadi tukang merasanya siapa lagi kalau bukan Faiz dan Alif .
                Alif mengambil sepotong pizza dan dibawa ke mulutnya . “ Lepas ni , entah bila lah pulak nak merasa masakan bini kau ni . Dah la sedap . Dekat Malaysia mesti susah nak jumpa makanan macam ni .”
                “ Nanti kau datang la melawat kitorang kat sini . Tapi , nak datang tu jangan la datang sorang . Pastikan kau datang berteman ye .” tersengih Diana yang duduk di sisi Faiz . Dia berharap sangat Alif Farhan ini membuka hati menerima kehadiran seorang isteri dalam hidupnya . Lagipun usianya hampir memasuki era 30-an .
                Meletus ketawa Alif Farhan dengan kata-kata Diana . “ InsyaAllah . Aku pun kadang-kdang cemburu tengok korang berdua . Bahagia aje . Happening pulak tu . Anak pulak comel-comel .”
                “ Aku harap kau balik Malaysia ni kau kahwin la . Kau tu pun makin hari bukan makin muda . Umur tu meningkat .” Tambah Faiz pula .
                Dalam diam Alif Farhan memikirkan kata-kata Faiz dan Diana yang ada juga betulnya tu .  Tiba-tiba dia teringatkan bapa saudaranya yang masih bujang walaupun sudah separuh abad umurnya . Silap-silap nanti dia pula yang bakal mewarisi bapa saudaranya yang kini menetap di Korea Selatan .
Terus ingatannya menerjah kepada Hamimah . Seorang gadis yang dikenali olehnya semasa bangku sekolah . Gadis yang digilai oleh sekalian pelajar lelaki di sekolahnya . Gadis yang bermata bulat dan sentiasa berpenampilan sederhana dan kemas . Dalam banyak-banyak lelaki yang meminatinya di sekolah , Alif Farhan juga yang dipilihnya . Tambahan pula , Hamimah merupakan teman rapat Mia Amira , adik kepada Alif Farhan . Segala tentang Alif Farhan diketahui oleh Mia Amira .
Hampir lima tahun meninggalkan bumi Malaysia , selama itu jugalah dia selalu terkenangkan Hamimah . Kali terakhir dia bertemu Hamimah pada hari yang sama dia berangkat ke Ireland . Dalam diam Alif Farhan selalu menghubungi Hamimah melalui email tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah ahli keluarganya . Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini , dia sudah jarang menghubungi wanita itu kerana terlalu sibuk .
                Lamunan Alif Farhan terhenti apabila bahunya ditepuk lembut oleh Faiz . “ Dah sampai Malaysia ke ?” kata Faiz dengan tawa yang masih bersisa . Begitu juga dengan Diana .
                “ Kau ni . potong betullah . Baru ingat nak shopping kat Penang tadi .” Alif Farhan turut ketawa .
                “ Ya lah tu . Abang , Ana ke dapur dulu . Nak kemaskan dapur yang dah macam tongkang pecah tu . Abang berbual la dulu dengan Alif .” Diana meminta diri lantas bangun mengatur langkah ke dapur .

FAIZ sekeluarga menghantar Alif Farhan ke lapangan terbang malam itu .  Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal dia bergerak ke balai berlepas . Masih berbaki sepuluh minit lagi sebelum dia meninggalkan bumi Ireland ini .
Matanya liar mencari-cari tempat duduknya . Kemudian dia duduk sambil memegang sebuah komik . Memang itu hobinya sejak dahulu lagi . Dia terlalu meminati komik . Masa lapangnya selalu dihabiskan untuk membaca komik walaupun dia merupakan seorang doktor .
Sedang asyik dia menelaah komik , seorang gadis menegurnya . “ Maafkan saya encik . Beg encik di tempat duduk saya .”
Tanpa berlengah Alif Farhan mengambil beg sandangnya dan diletakkan di atas ribaannya .
Matanya tidak lagi tertumpu pada komik di tangannya , matanya ralit memerhati seraut wajah milik gadis yang menegurnya tadi . ‘Macam kenal saja dia ni . Nak tegur ke tak ?’
Beberapa ketika kemudian , Alif Farhan memberanikan diri menegur gadis itu . “ Tumpang tanya . Nama awak Hamimah kan ?”
“ Maafkan saya . Encik ni tersalah orang . Hamimah tu kakak saya . Saya Rafidah . Adik kepada Hamimah . Boleh saya tahu encik ni siapa ?”
Alif Farhan berasa sedikit hampa . Maklum sahajalah hampir lima tahun tidak bersua muka . Entah-entah Hamimah sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri . “ Saya Alif Farhan . Abang kepada kawan baik Hamimah .”
“ Oh . Jadi awak ni , abang Alif ? Abang kepada Kak Mira best friend Kak Mimah kan ?”
“ Ya , saya .” Komik di tangannya dimasukkan ke dalam beg sandangnya .
“ Kak Mimah selalu cakap pasal Abang Alif kat ibu kitorang . Tak sangka boleh jumpa kat sini kan ?” Rafidah menghadiahkan senyuman manis kepada Alif Farhan .
“ Oh , ya ke ? Kecil betul dunia ni .”
Mereka terus berbual . Macam-macam topik dibualkan oleh mereka sehingga masing-masing mengambil keputusan untuk melelapkan mata .
Setelah beberapa jam berada di awan biru , sampai juga Alif Farhan ke tanah airnya . Tangannya menjinjit bagasi-bagasinya . Dia berjalan seiring dengan Rafidah sehingga ke luar balai ketibaan . Setelah berpamitan , mereka menuju ke haluan mereka sendiri . Alif Farhan menaiki sebuah teksi yang ada di situ dan menuju ke Hentian Pudu . Sengaja dia mahu menaiki bas kerana sudah lama dia tidak menaiki kenderaan itu . Kali terakhir dia menggunakan perkhidmatan bas pun semasa dia berada di bangku sekolah .
Dia tidak memaklumkan kepada ahli keluarganya tentang kepulangannya hari ini . Dia mahu membuat kejutan . Oleh sebab itu , dia memilih untuk pulang awal dari tarikh yang dijanjikan . Berada dalam bas menyebabkan dia berasa mengantuk . Jarak Ireland dengan Pulau Pinang bukannya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru . Perjalanan yang panjang dan meletihkan . Dia memutuskan untuk melelapkan mata seketika sebelum sampai ke Pulau Pinang . 

***************
Oke . ke'sori'an ek  .
Semalam aq x sempat na post cerita neh . . 
Kat umah aq hujan , kilat sabung-menyabung dan guruh terlalu kuat sehingga memaksa aq menenagkan diri sendiri . .
Dulu buleh la aq cari mak aq time guruh kuat2 . La neh aq dah besaq .. Malu aikh kat adik2 . . 
Hahaha . .
Maknanya , mlm neh aq upload 2 part . .. 
oke , aq kna post yg lagi satu plak neh  ...  

Saturday 21 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 6

Assalamualaikum . 
Haa .  hari neh da msuk PART 6 da aq post ceta meqapu neh . 
Semput la jugak na caqi idea untuk ceapkan CERPU tersebut . 
Bagi aq , cerpu kali neh agak mencabar dari cerpen sastera yg aq penah tulih before neh . 
Sebab neh first time aq tulih cerita yg melibatkan hal2 cintan cintun . . .
hahaha . yg sebelum neh bnyk bertema pasal isu dunia .  
oke la .  jum baca apa yg jadi seterusnya .
chill . . . ^^

*****************
MAISARAH memandang sepi bingkai gambar yang tergantung di dinding biliknya . Tangannya mendakap erat teddy bear kesayangannya . ‘Malam-malam macam ni teringat pulak kat abang . Macam mana la dia kat sana . Lama jugak aku tak contact dia . Agaknya abang online tak malam ni ?’
                
Maisarah mencapai komputer ribanya yang berada di atas meja kerjanya . Dahulu itulah tempat dia mengulang kaji pelajaran . Kini , meja itu telah menjadi meja kerjanya . Jari-jarinya menari-nari di papan kekunci komputernya . Setelah mendaftar masuk akaun facebook yang telah lama ditinggalkannya itu , dia segera menggerakkan pointer mouse ke arah nama abangnya . Alif Farhan . Bibirnya menguntum senyum apabila mendapati abang tunggalnya itu berada di talian facebook .
                
Segera dia menaip kata-kata sapaan kepada Alif Farhan . Beberapa saat kemudian Alif Farhan membalas mesej adiknya itu .
                
>Abg , online lah skype . Adik dah lama x dgar suara abg .
                
< Okay . Kejap lagi abg call adik ya . Tgu kjp .
               
Isyarat mesej di tetingkap akaun Skype Maisarah berkelip-kelip menandakan ada panggilan . Tanpa lengah Maisarah menggerakkan pointer mouse ke arah satu butang untuk menghubungkan dirinya dengan abangnya .
                
“Assalamualaikum adik . Adik sihat ?” Alif Farhan memulakan perbualan .
                
“Waalaikumusalam . Abang ! Adik sihat . Family pun sihat . Abang ?” Maisarah sedikit terjerit kerana terlalu teruja boleh berkomunikasi dengan abangnya yang jauh di mata itu . Teknologi terkini memungkinkan segala-galanya .
                
“Abang sihat . Adik , abang rindu sangat nak jumpa adik . Tak puaslah cakap dengan adik dalam talian macam ni .”
                
“Kalau macam tu , abang baliklah . Kami kat sini semua rindukan abang tau . Bila abang nak balik ? Dah lima tahun abang kat sana . Kak Mira pun dah ada anak . Siap pakej dua orang lagi . Seorang lelaki , seorang perempuan . Kak Nina pun . Tapi Kak Nina baru ada seorang saja .”
                
“Wah ! Macam meriah kat Malaysia . Ni yang abang tak sabar-sabar nak balik Malaysia ni . Dua bulan dari sekarang abang baru boleh balik . Abang kena siapkan tugasan akhir sebelum boleh minta transfer ke Malaysia balik . Tak sangka ya . Dalam masa lima tahun , abang dah ada tiga orang anak saudara . Tak sabarnya nak jumpa mereka semua .” Alif Farhan berasa sungguh teruja . Semasa dia berangkat ke Ireland , adiknya Mia Amira baru beberapa bulan melangsungkan perkahwinan dengan Hazwan . Manakala Mia Azlina , adiknya yang kedua berkahwin dengan Firdaus setahun selepas dia bekerja di sana . Sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan melihat adik keduanya itu bersanding .
                
“Haa abang tu . Bila nak kahwin ? Asyik seronok tengok Kak Mira dan Kak Nina happy . Abang tak teringin ke nak kahwin ? Abang dah 28 tahun tau . Makin lama , makin tua . Kawan-kawan abang yang lain dah sibuk jaga baby . Abang masih kat Ireland dengan stetoskop .” Maisarah mengusik abangnya . Bukannya dia tidak tahu mengapa sampai ke hari ini Alif Farhan tidak mendirikan rumahnya .
                
“Alahai adik abang sorang ni . Berapa kali abang nak cakap ? Macam la baru semalam adik kenal abang . Yang adik tu sibuk-sibuk tanya hal abang , adik macam mana ? Dah jumpa prince charming ke ? Atau nak abang carikan mat salih kat Ireland ni bawa balik Malaysia bagi kahwin dengan adik ?” Alif Farhan mengekek ketawa .
                
“Ya tak ya kan ? Boleh jugak . Abang tolong carikan laki mat salih yang handsome kat sana then bawak balik Malaysia .”
                
“Ya lah tu . Merapu je kerja dia kan . Dari kecil sampai dah besar panjang ni tu la kerja dia . Merapu . Adik ni terlebih dos kot ?” Meletus lagi ketawa Alif Farhan . Seronok mengusik adik bongsunya yang manja tu .
                
“Abang ni . Abang yang start dulu . Salah adik pulak . Dah la . Adik dah merajuk .” Maisarah menarik muka masam berharap benar abangnya akan memujuk .
                
“Alahai adik abang ni . Abang tak boleh nak pujuk la dik . Abang dapat call emergency dari hospital tadi . Ok dik . Abang kena pergi dulu ni . Nanti sampaikan salam abang kat family kita . Pastu kirim peluk cium abang kat tiga orang anak buah abang tu .”
                
“Ya lah . Tak jadi nak merajuklah .  Ok abang . Nanti adik sampaikan . Nanti abang nak balik sini , abang call kitorang ok . Boleh kitorang semua jemput abang kat airport .”
                
Setelah masing-masing mengucapkan salam , talian diputuskan . Komputer ribanya diletakkan kembali di atas meja kerjanya . Teddy bear masih dalam pelukannya . Dia menarik selimut membaluti dirinya yang kedinginan itu . Dia berasa puas dapat berbual dengan abang kesayangannya . Fikirannya melayang jauh mengenangkan zaman kecil mereka .
                
Alif Farhan seorang abang yang sangat bertanggungjawab . Dia akan melindungi adik-adiknya dari diganggu budak-budak nakal di sekolah atau di mana sahaja . Dia tidak akan membenarkan sembarangan orang mendekati adik-adiknya . Dia terlalu menyayang adik-adiknya . Tambahan pula , dia merupakan anak sulung lelaki dalam keluarganya . Oleh sebab itu , dia berasa terpanggil untuk sentiasa menjaga adik-adiknya walau di mana dia berada . Walaupun masing-masing telah meningkat remaja namun hubungan mereka tidak pernah renggang .
                
Maisarah merenung lagi bingkai gambar di dinding itu hingga tidak sedar bila dia terlena dibuai mimpi .

MAISARAH terjaga dari tidur setelah mendengar azan subuh yang dilaungkan pagi itu .  Hari ini hari persaraan Puan Ariana . Selepas mandi dan bersolat Subuh dia termenung di hadapan almari pakaiannya .
                
‘Ish . Baju apa yang aku nak pakai ni ?’
                
Memang koleksi pakaiannya terlalu banyak . Akhirnya dia mencapai sepasang baju kurung berwarna merah hati berbunga putih dan dipadankan dengan sehelai selendang berwarna putih mutiara . Dia menyapu sedikit bedak di mukanya , lipstik merah jambu dicalit nipis . Cukup . Gaya penampilannya yang ringkas itu sudah mampu mencairkan hati setiap jejaka yang memandangnya . Dia membetulkan kedudukan selendangnya dan menyembur minyak wangi kegemarannya , Calvin Klein Eternity .
                
Dia mencapai beg tangan dan beg kerjanya di atas meja dan berlalu ke ruang makan . Bau bihun goreng menyapa hidungnya . Seperti biasa , dia mengambil tempat di sebelah mamanya .
                
“ Hai , Mai . Awal pergi kerja hari ni .” Tegur Mia Azlina memulakan perbualan .
                
“ Kena awallah Kak Nina . Hari ni ada majlis persaraan Puan Ariana , bos Mai . Tu yang kena pergi awal sikit . Nak buat preparation sikit-sikit .”
                
“ Oh , bos Mai dah bersara . Jadi , siapa yang gantikan tempat Puan Ariana ?” Hazwan pula bersuara .
                
“ Entahlah abang . Mai pun tak tahu siapa .” Maisarah tersngih-sengih . “ Mama , abah , minggu depan Mai ingat nak buat kenduri doa selamat sikit la . Boleh tak ?”
                
“ Eh , boleh saja . Nak buat bila ? Nanti boleh kita jemput kawan-kawan datang sekali . Mama pun dah lama tak berkumpul dengan kawan-kawan mama .”
                
“ Ya tak ya jugak . Abah pun dah lama tak jumpa besan abah . Maklumlah sejak dua menjak ni asyik sibuk aje kat klinik tu . Banyak sangat pesakit setiap hari . Si Alif tu pulak macam dah hadi warganegara kat Ireland .”
                
Maisarah tersenyum apabila abahnya merungut tentang abangnya yang seorang itu . “ Abah , semalam Mai ada contact abang . Abang cakap lagi dua bulan dia balik la . Dia kena siapkan kerja kat sana dulu sebelum balik Malaysia .”
                
“ Haa . Kalau macam tu , apa kata kita buat kenduri tu masa abang balik sini ?” Mia Amira tidak mahu terlepas peluang menyuarakan cadangan .
                
Untunglah semua bersetuju dengan cadangan Mia Amira . Selesai bersarapan , masing-masing berpamitan untuk ke tempat kerja .

*****************
kalau ada error pape inbox kat FB aq ok .
just this for today .
tata ^^ 

Friday 20 April 2012

AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 5

Assalamualaikum .

f.o.a . .  tanx kpada oqg yg tgh menatap blog neh kat skrin masing2 . 
x sangka masih ad yg sudi menyokong aku . 
Terharu sat . . ='( 
Oke . oke . oke . oke .
Enough . 
Masuk blog aku mana bule sedih . 
Tak gagah la . Gegeh ada la . 
Hahahahahaha . 
Dah2 . Stg aku start meqapu , ada yang meliuk lentok macam pokok nyok pulak kan . 
Oke , jum continue story meqapu kita . .
Take time to read oke . ^^ Chill .

*************
JUNAIDI asyik melayani anak saudaranya yang berumur lima tahun itu . Fatiha Afifah . Sengaja dia membawa diri ke rumah kakaknya Julia . Cuma dengan kakaknya yang itu tempat dia berkongsi segala cerita . Dari kecil hingga sekarang . Memang mereka berdua sangat rapat . Segala rahsia Junaidi adalah rahsia Julia dan sebaliknya .

“ Eddy , mari minum ni . Akak dah siapkan ni .”

Junaidi mengatur langkah ke arah taman mini milik Julia sambil mendukung Fatiha . Fatiha memang manja dengan Junaidi . Junaidi pula pandai melayan Fatiha menyebabkan Fatiha rapat dengan Junaidi .

“ Kak , abang Khai mana ? Dari tadi Eddy tak nampak-nampak pun .”

“ Abang kau , kejap lagi balik la . Hari ni dia ada meeting penting .”
                
Seketika kemudian , terdengar laungan salam dari luar . Khairul mengatur langkah ke arah Julia dan Junaidi . “ Eh , Eddy . Dah lama sampai ke ? Abang tak perasan pulak kereta kamu kat depan tu .”
                
“ Tak de la lama bang . Baru je sampai .” Jawab Junaidi sambil menghadiahkan senyuman buat abang iparnya .
                
“ Tak pe la . Eddy duduk la dulu . Abang nak naik mandi . Naik melekit satu badan ni . Jue , abang naik mandi dulu ya . “
                
Khairul seraya berlalu ke dalam rumah semula dan memanjat anak tangga untuk ke biliknya di tingkat atas .
                
“ Eddy . Akak dengar Eddy nak putus tunang dengan Zafirah . Betul ke ?” Julia memulakan perbualan . Melihat air muka adiknya keruh dia sudah dapat mengagak . Malah , dia telah mendengar berita yang mengejutkan dirinya itu daripada ibunya cuma tidak mengetahui puncanya . Dia bertanya hanya untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan dari apa yang didengarinya .
                
“ Ya , Kak Ju . Eddy yang minta putus . Tapi please kak . Kak Ju kena janji . Kalau Eddy cerita pasal benda ni dekat Kak Ju , akak tak kan bagitau kat siapa pun termasuk abang Khai .”
                
“ Ya lah . Eddy ni . Macam tak biasa pulak la . Cuba cerita kat akak . Apa yang dah jadi sebenarnya ni . Sampai nak putus tunang ni .”
                
Junaidi menceritakan kepada kakaknya satu persatu . Dari peristiwa dia tidak bercakap dengan Ilham hingga peristiwa  malam yang dia memutuskan pertunangannya dengan Zafirah . Terangguk-angguk Julia mendengar cerita Junaidi . Sesekali air mukanya berubah . Sesekali kedengaran gelak tawa mereka memecah ruang . Fatiha yang terlena di pangkuan Junaidi terjaga sebaik sahaja Khairul menjengah mereka di situ .
                
“ Apa yang dibualkan dua beradik ni . Macam best je . Abang join sekali boleh ?”
                
“ Alah abang . Bual kosong je . Ada pulak Eddy ni nak suruh Jue reka pakaian pengantin untuk dia nanti .” Julia memesongkan cerita .
                
“ Oh ya Eddy . Terlanjur kamu kat sini , would you have your dinner here ? Abang pun dah lama tak berbual dengan Eddy .”
                
“ Sure . Lagipun esok cuti lagi .”
               
“ Kalau macam tu , abang duduklah berbual dengan Eddy dulu . Jue nak ke dapur . Nak tolong Mak Tun  masak . Fatiha duduk dengan papa ya sayang . Mama nak ke dapur ni .”
                
“ Tiha nak duduk dengan pak lang Eddy la . Papa tak handsome . Pak lang Eddy handsome . Mama cook , Tiha eat okey ?” petah Fatiha berkata-kata .
                
Mereka bertiga ketawa serentak mendengar kepetahan budak berusia lima tahun itu bercakap . Fasih pula bahasa Inggeris dia . Pandai kakak dan abangnya mendidik Fatiha . Diasuh Fatiha supaya bercakap dengan dua bahasa . 

“ WAH . Asam pedas ikan tenggiri . Patutlah masa berbual dengan Abang Khai tadi asyik tercium bau asam pedas je . Rupanya akak yang masak ya . Ni yang buat Eddy nak makan banyak-banyak ni .” Junaidi mengambil tempat duduk di sebelah Fatiha .
                
“ Alah . Bukannya Eddy selalu nak makan kat sini . Sekali sekala datang sini makan la lebih sikit .  Awak tu pun duk rumah bujang mana ada orang nak masak kt awak macam ni punya sedap .” Khairul berkata sambil mempersilakan Junaidi makan .
                
“ Yalah Eddy . Makan je . Bukan nak luak beras kat rumah abang awak ni . Lagipun Kak Ju memang tahu sangat dah selera Eddy bertambah  kalau ada asam pedas kan ?”
                
“ Iyalah kak , abang . Lepas ni Eddy boleh lah selalu-selalu makan kat sini kan ?” Junaidi makan dengan berselera sekali . Sesekali dia melayan keletah Fatiha yang tidak tahan pedas . Maklumlah budak kecil lagi .
                
“ Tu lah kau . Orang suruh kahwin awal-awal tak nak . Nak jugak tunggu si Zafirah tu . Last-last dia tinggalkan kau . Kan dah masuk angin keluar asap .” Julia sengaja mengusik Junaidi .
                
“ Alah kak . Nak buat macam mana . Dah takdir . Terima ajelah . Eddy pun muda lagi kot .”
                
“ Banyak la kau punya muda . Abang pun kahwin umur 25 . Yang kau ni . Dah umur 28 tahun pun tak kahwin-kahwin lagi .”
                
“ Alah . Abang dengan akak dah lama kenal . Masa zaman universiti lagi . Eddy ni tak de masa nak fikir pasal benda-benda ni zaman universiti dulu . Sibuk memanjang .”
                
Perkenalan Julia dan Khairul sejak sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia beberapa tahun dahulu berakhir di jinjang pelamin dan dikurniakan seorang puteri setelah hampir setahun usia perkahwinan mereka . Kini mereka sekeluarga berbahagia dengan kehidupan mereka .
                
Sesekali Junaidi berasa iri hati melihat kebahagian kakaknya itu . Abang sulungnya , Johari juga telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya . Tetapi abangnya berkahwin semasa masih belajar di Jordan . Apabila pulang ke tanah air pasangan itu telah memiliki dua orang cahaya mata . Kadang-kala dia berasa teringin memiliki isteri yang solehah dan anak-anak yang comel , sebuah keluarga yang bahagia dan dilimpahi kasih sayang seperti keluarganya  . Sungguh dia begitu menginginkan saat begitu .
                
Junaidi pernah mengenali ramai wanita . Tapi tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan salah seorang daripada mereka . Tidak ada seorang pun yang berjaya menarik perhatiannya . Semua yang dikenalinya hanya layak dibuat kawan dan teman berhibur . Cuma Zafirah seorang sahaja yang mampu mengusik hati lelakinya . Dia sendiri tidak menjangkakan begini akhirnya cinta antara dia dan Zafirah . Akhirnya dia pasrah dan akur .
                
Bermula malam itu dia berjanji pada dirinya akan menutup pintu hatinya kepada setiap wanita . Kunci hatinya daripada kehadiran seorang wanita . Dia sudah tawar hati . Zafirah ialah cinta pertamanya . Namun , gadis itu telah mempunyai pilihan hatinya . Siapa dia ingin menghalang Zafirah memilih Asyraf .
                
Setelah berpamitan dengan Julia dan Khairul , Junaidi meminta diri untuk pulang kerana hari sudah jauh malam . Khairul mempelawa Junaidi untuk tidur di rumahnya . Namun ditolak oleh Junaidi dengan alasan tidak mahu meninggalkan Hanif sendirian .
                
Honda Accord berwarna merah hati kepunyaan Junaidi bergerak laju membelah malam . Sesampainya di rumah dilihatnya rumah itu sudah gelap menandakan Hanif sudah lena dibuai mimpi  . Hanya lampu luar dipasang . Dia segera mengatur langkah ke biliknya . Setelah membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak dia merebah tubuh sasanya atas katil dan terus melelapkan mata . 

****************
amacam ? 
bole tahan x sambungan untuk entry sambungan neh ? 
klaw na komen pape just IM ja Mira kat FB Mira oke . 
tanx a lot sebab menyokong . 
Tata ^^


Saturday 14 April 2012

Credit to Him . .

Assalamualaikum . .
Malam neh aq x taw na bt pa . . 
Tiba2 qasa mcm na mencurahkan kasih sayang kat second blog neh . . 
Yeah ! 
Aq kuaq nan Anis ary tu . .
Jumpa nan walid kat CP . . 
Saja na habaq . .  
x dak kaitan pun . . .
haha . . 
oke . .  harap2 'dy' x baca post neh . .  
Kalaw baca malu lah aq . . 
Apa yg aq nak kredit kt dy ? 
Aq nak kreditkan jutaan puluh ratus ribu terima kasih . . 
sebab lepas aq clash . .
Dia memberi sinar baru untuk aq . . 
Bukan bercouple . . 
Aq x maw couple dah . .  boring deh . . 
Tapi dia mai dalam hidup aq n menjadi seorang yg sgt penting dlm hati aq . .  
Kiqa level dy sama la dgn my family . .  
Hehe . .  
Bila aq duk dgn dy aq lupa habih kenangan dgn si 'dia' 
Dy ada bila aq perlukan . . 
Dy x macam kawan lelaki aq yg lain . . 
Serius dy lain sgt . . 
Aq pun selesa kawan nan dy . .
Klaw dy ada masalah pun dy akn gtaw kt aq . . 
Setiap keputusan yg aq na bwt aq akn tnya pendapat dy mcm mna aq tnya pendapat abah aq . . 
Dy pun sama la . .  
Before na bwt pape dy akn tnya pendapat aq dulu . . 
Oqg yg baca mesti na taw sapa dia kn . . 
Toksah duk teka la . . 
Mesti hampa x taw punya la . . 
Hahaha . . 
Profile dy pun x akan didedahkan oleh aq kt blog . . 
Walaupun neh private blog . . 
Hahahahaha . . 
oke larr . .  aq na chaw dulu neh . .  
nunite . . k bai . .  haha


[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 4

Assalamualaikum . .
( ke bla kang sikit ) 
sapa tgok lawak ke der taw la ayat neh . .  
oraite2  .   na tgok p tgok kt youtube oke . .  
Mlam neh aq na bwt entry sambungan cerita meqapu aq tu . .  
Tanpa melangahkan masa . .  Take a look . .  
Tapi part neh mcm bosan ckiet la sbb dy ad flashback . .  haha
(suka hati I larr . .  Cerita I oke . .  Hahaha) 
Tapi kali neh kena ada erti kesabaran ckiet . .  
Sebab entry dy sedikit panjang dri yg before neh . .  

*************
TANGAN Maisarah ligat menari-nari di atas keyboard komputer riba berjenama Lenovo itu . “ Shit , dateline hari ni . Kenapa la aku tak perasan . Tulah suka buat kerja last minute . Padan muka kau Mai . Masaklah kau kena berleter dengan Puan Ariana nanti . Go Mi go !’ Maisarah  bermain kata dalam hati sambil tangannya tekun menaip artikel untuk dimuatkan dalam majalah ‘V’ keluaran bulan depan . Sedang dia khusyuk bekerja interkom di atas mejanya berbunyi . Dia menekan punat interkom . Suara Puan Ariana jelas kedengaran memberi arahan kepadanya .

“ Maisarah . Nanti lepas awak siapkan artikel untuk keluaran depan awak hantar atas meja saya A.S.A.P . Awak tahu kan hari ni dateline .”

“ Yes , puan . Saya akan siapkan secepat mungkin . Cuma beberapa perenggan lagi sahaja . Dalam setengah jam lagi siaplah . Lepas tu saya akan bagi dekat puan ya .”

“ Baiklah . Keep working .”

Selepas setengah jam . ‘ Yeah . siap pun kerja aku . Malaysia boleh , Mai pun boleh .’ Selesai mencetak artikel itu dan menyimpannya dalam pendrive dia bergegas berlalu ke bilik Puan Ariana . Pintu diketuk dan setelah mendengar arahan masuk dari orang yang berada di dalam dia mengatur langkah masuk .

“ Maisarah , sekejap . Duduk dulu . Ada benda saya nak cakap .”

“ Baik , puan .” ‘Alamak , apa pulak dia nak nak ni . Habis lah aku . Sabarlah Mai . Kau tu pekerja . Dia bos .’ gumam Maisarah dalam hati .

“ Encik Affendy suruh saya bagi envelope ni kat awak . Awak ambil ni , baca lepas tu pergi jumpa Encik Affendy . Kalau boleh segeralah .” Puan Ariana menyerah satu sampul surat yang masih belum berusik kepada Maisarah .

Muka Maisarah berubah cuak . ‘ Hisy . Surat letak jawatan ke ? Tapi kenapa pulak nak letak jawatan ? Selama ini aku mana pernah buat hal pun . Baru hari ni hantar artikel lambat . Alamak . Kalau kena berhenti kerja macam mana . Habis la aku . Takkan aku nak suruh abah dengan mama sara aku pulak . Aduhai . Panjangnya kau fikir Maisarah .’

Dicapainya surat tersebut . “ Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu .” Kakinya terasa berat ingin melangkah . ‘ Hai la hati . Kenapa la kau cepat sangat menggelabah ? Cuba la cool kejap . Surat tu aku tak baca lagi .’

Dengan berhati-hati dia mengoyak hujung sampul surat tersebut . Perlahan-lahan dia membaca isi kandungan surat yang diterimanya . Bibirnya menguntum senyum manis . Hatinya berbunga riang . Tapi , dia bagai kurang percaya dengan apa yang dibacanya . Lantas dia mengulang pembacaannya . Kali kedua terasa bagai ingin melompat-lompat tapi sedar dirinya masih berada di pejabat dia membatalkan hasratnya itu .

‘ Alhamdulillah . Dapat jugak aku jawatan ketua editor ni . Terima kasih Puan Ariana , Terima kasih encik Affendy .Tapi , siapa yang ganti tempat aku pulak ? Oh ya tak ya . Tadi Puan Ariana kata kena jumpa Encik Affendy .’

Kakinya melangkah bersemangat menuju ke bilik Encik Affendy di tingkat 3 bangunan itu . Dia duduk di tingkat 2 . Dia juga jarang bertemu dengan majikannya itu . Hanya beberapa kali . Maisarah mengucap syukur dalam hati . Setibanya di hadapan pintu bilik Encik Affendy , diketuknya pintu itu . Setelah mendapat arahan dari dalam dia melangkah masuk .

Dia dijemput duduk . Saat itu dia terpandang akan seraut wajah . ‘ Macam nak kenal je mamat sebelah ni . Dia membetulkan duduknya supaya lebih selesa sambil matanya memandang-mandang wajah pemuda di sebelahnya .

“ Tahniah , Maisarah . Awak dinaikkan pangkat sebagai ketua editor menggantikan tempat Puan Ariana yang akan bersara dua minggu lagi . Dan ini , kenalkan penolong awak , Encik Muhammad Zarif .”

Zarif menghulurkan salam perkenalan kepada Maisarah . Namun , riak mukanya sedikit berubah . “ Eh , engkau Mai . Tak sangka ya . Sekarang kau pulak yang jadi bos aku . Encik Affendy , saya dah memang kenal dengan Cik Maisarah ni . Dulu masa sekolah menengah saya selalu usik dia .”

Muka Maisarah terasa panas . ‘ Alamak , macam mana boleh kerja sekali dengan dia pulak . Malunya aku . Zarif . Zarif . Memang kau bersungguh ya dengan kata-kata kau . Aduhai hati . Sabar je la .’gumam Maisarah dalam hati . Kenangan masa zaman sekolah menengah dulu terlintas di fikiran .

“MAI . Alah kau ni . Jangan la jual mahal . Berhenti la kejap . Aku ada benda nak cakap dengan kau ni . “

“ Alah Zarif . Cakap je la sambil berjalan . Aku tak ada masa nak layan budak nakal macam kau . Aku report kat mama aku karang baru tau .” Maisarah melajukan langkah .

“ Kau jangan la jalan cepat sangat . Kau jangan la report kat mak kau tu . Aku tau la mak kau cikgu disiplin . Aku ada benda mustahak nak cakap ni . Please berhenti .” rayu Zarif lagi . Perbezaan umur mereka yang lebih setahun itu tidak membataskan mereka beraku berengkau antara satu sama lain .

Maisarah menghentikan langkahnya di hadapan taman sains . Dia duduk di bangku yang disediakan di situ . Tiada orang lain . Hanya dia dengan Zarif .

“ Hah . cakaplah cepat . Aku tak banyak masa ni . Aku sibuk .”

Tersengih-sengih Zarif . “ Kau cantik . Kau lawa . Kau cun . Boleh tak aku nak jadi boyfriend kau ? Aku tau kau memang single kan ? Aku tak nak kehilangan kau . Aku tak rela tengok kau dengan orang lain .”

“ Kau ni memang berterus-terang kan ? Okey la . Aku pun berterus terang dengan kau . Aku tak nak . Aku tak minat . Aku tak ingin . Aku tak suka perangai kau yang suka menyakat aku tak kira tempat . Kalau aku dengan orang lain pun bukan masalah kau . Lagipun bukannya aku tak kenal dengan kau . Playboy 'terhebat' kt sekolah ni .”

Zarif menghulurkan tangannya kepada Maisarah . “ Please . Aku betul gila kat kau Mai . Serius . Kalau kau tak nak couple dengan aku pun tak apa la . Sambutlah tangan aku ni . Lenguh aku hulur kat kau .” Dalam hati dia sedikit terasa dengan Maisarah . ‘ Mentah-mentah kau tolak aku Mai . Sampai hati kau Mai .’

“ Jangankan nak pegang tangan kau yang kasar tu . Tengok muka kau pun aku dah hilang selera makan aku seminggu tau . Wake up la Zarif . Stop your daydream . Kita tak mungkin bersama . Titik . Okey . Aku nak balik kelas dulu .” Maisarah bingkas bangun ingin berlalu ke kelasnya . Tanpa mempedulikan lagi kata-kata Zarif .

“ Aku akan tunggu kau sampai bila-bila . Selagi kau bukan milik siapa-siapa , aku akan cari kau . Aku serius .” Ucap Zarif perlahan . Namun perlahan suara Zarif itu menampar telinga Maisarah .

“ Whatever .” Lantas Maisarah berlari ke kelasnya . Beberapa minggu selepas itu Maisarah telah bertukar sekolah kerana Puan Maria ditugaskan di sebuah sekolah di Pulau Pinang . Mereka sekeluarga berpindah ke Pulau Pinang dan menetap di sana .  Mia Amira dan Mia Azlina berasa gembira kerana berada dekat keluarga semula . Ketika itu mereka berdua belajar di Universiti Sains Malaysia . Berbeza dengan Maisarah . Selepas keputusan SPM diumumkan dia ditawarkan belajar di Universiti Teknologi Mara Shah Alam . Sejak hari itu , dia tidak pernah lagi menemui Zarif . Dalam hati dia berdoa supaya dia tidak akan lagi bertemu dengan jejaka yang tinggi lampai berkulit hitam manis itu .

Namun , sudah suratan takdir . Sekali lagi dia bertemu dengan Zarif . Sekali lagi kenangan lalu mengusik jiwa . Dia berasa malu dengan Zarif . Namun digagahkan juga dirinya untuk menerima Zarif sebagai akan sekerjanya .

“ DAH sampai mana dah Mai ? Ada sampai London ? Melbourne ke ?” tanya Zarif kepada Maisarah . Sinis sekali nadanya .

“ Tak la . Cuma teringat zaman kanak-kanak kita dulu .” Maisarah menjawab malas .

“ Zaman kenakalan aku ? Kan aku dah cakap . Aku akan cari kau . See , now I’ve found you . Aku betul-betul maksudkan kata-kata aku . Lepas ni hari-hari la kau tengok muka aku yang handsome ni .”

“ Kau ni . Perangai tak berubah . Still macam dulu . Dah la . Jom aku kenalkan kau dengan staf-staf kat sini .”

Maisarah memperkenalkan semua kakitangan bahagian penghasilan majalah . Kemudian dia membawa Zarif berjumpa Puan Ariana . Setelah itu , mereka berlalu ke bilik Maisarah . Zarif melabuhkan punggung atas sofa di sudut bilik Maisarah .

“ Hari ni aku just introduce dulu macam mana cara kitorang kat sini kerja . Kau hanya tengok dan belajar . Kalau tak faham kau boleh tanya aku atau Puan Ariana di bilik sebelah . Please be profesional during working .” Sengaja Maisarah menekankan perkataan ‘profesional’ supaya Zarif tidak mengambil ringan tentangnya .

“ Orait bos .”  

***************
Hoho . .  
Ekceli x lah panjang sgt pun . . . 
Saja jea  . .  
Oraite . ..  tgu sambungan ceta neh mgu depan oke . .  
(mcm drama bersiri la plak) 
wasalam . . .

Friday 13 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 3

Assalamualaikum . . 
Ary neh aq akn sambung cerita merapu aq neh . 
baru part ke3 nuh  . .
ish3  . . lmbt tul lah . . . hadehai . . 
target aq ,  before smbung study ceta neh mesti ceap . . 
haha . . 
oke3 . . . dijemput bace ye . . 

*************
JUNAIDI duduk berhadapan dengan Zafirah . Dalam diam dia menahan sabar . Dia ingin mendengar penjelasan daripada Zafirah terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan . Bimbang jika tersalah langkah dia yang akan menyesal .

“ Sayang , kenapa you nak jumpa I malam ni ? Macam serius je .”

Junaidi mengumpul kekuatan sebelum bercakap . “ Fira  , petang tadi Fira ke mana ? Eddy call tak angkat , mesej Eddy pun Fira tak jawab . So , where are you exactly ? Jujur dengan Eddy . Please .”

“ Mana ada pergi mana-mana . I punya handphone dalam beg . I silentkan . Sorry la sayang . Kenapa tiba-tiba sayang tanya ?”

“ Jangan panggil Eddy sayang la . Tak suka .”

“ But why sayang ? Am I did anything wrong ?” Zafirah masih bersuara manja yang nyata sengaja dibuat-buat .

“ Eddy ajak Fira lunch , Fira kata ada meeting dengan klien . Tapi sebenarnya Fira keluar dengan lelaki lain kan ? Jangan berdalih dengan Eddy sebab Eddy ada bukti .” Junaidi sempat menunjukkan gambar mesra antara tunangnya dengan lelaki lain .

Muka Zafirah berubah pucat . ‘Macam mana dia boleh tahu ni . Habis la aku . Apa yang aku nak jawab ni . Ah , cerita perkara sebenar la . Lagi lama aku simpan lagi buruk padahnya .’ Zafirah mengambil nafas sebelum memulakan bicara .

“ Ok . sayang . I can explain it . Yang sebenarnya I dah memang lama jatuh hati dekat Asyraf .  I kenal dia dahulu sebelum kenal dengan you . Kitorang pernah merancang untuk berumah tangga . Masa hari kitorang nak pergi birthday party di rumah kawan Asyraf , dia kemalangan . Sebab keluarga dia tak sukakan I , keluarga dia nekad nak beritahu I yang Asyraf dah mati . Tapi hakikatnya Asyraf masih hidup . Dia koma about 6 months . I percaya kata-kata keluarga dia . Walaupun gerak hati I kata dia masih hidup . I cuba cari dia tapi I tak jumpa sampai satu hari I rasa macam dah give up sangat-sangat . I pun putus asa nak cari dia . Masa I kecewa , I berkenalan pulak dengan you . You datang masa I betul-betul memerlukan pengganti Asyrafdalam hidup I dan  sebab nak hilangkan bayangan Asyraf dalam hidup I , I terima bila you lamar I jadi isteri you . Walaupun I langsung tak cintakan you masa tu . Tapi , beberapa bulan ni , Asyraf jumpa I . Kitorang jumpa secara tak tersengaja . Asyraf ceritakan semua kat I . Dia pun dah kata family dia dah boleh terima I . Dia cakap dia still cintakan I walaupun dia tahu yang I tunangan orang . I nak beritahu you tapi I tak berani . I takut you bencikan I . Percayalah cakap I . I takde niat nak duakan you atau nak lukakan hati you . Tapi I tak boleh tipu yang I memang cintakan Asyraf . Serius I tak bohong . So , apa pun keputusan you lepas ni I redha .” tenang Zafirah menuturkan kata-kata selepas mengumpul kekuatan .

“ Kenapa Fira tak terus terang masa Eddy lamar Fira dulu ? Kenapa Fira sanggup tipu perasaan Fira sendiri dan melukai hati Eddy . You know how much I love you right . Macam ni lah . Eddy dah fikir masak-masak . I think we better go separate way . Eddy akan minta putus cara baik dan tak buka aib siapa-siapa pun . Eddy harap lepas ni kita boleh jadi kawan . Eddy harap Fira bahagia dengan Asyraf . And I hope to see you and Asyraf on your wedding .” Junaidi tersenyum tawar . Dia meneguk air yang masih berbaki dalam gelasnya .

“ I pun harap you akan bahagia dengan orang lain jugak . I doakan you akan jumpa perempuan yang jauh lebih baik dari I . And thanks for all .  I hope so .”

Jam sudah menginjak angka 10 malam . Selepas selesai percaturan dengan Zafirah dia beransur pulang . ‘Junaidi , Junaidi . Sabar je la . Mungkin Zafirah tu bukan jodoh kau . Ada bunga yang lebih manis madunya menunggu kau Junaidi .’ Junaidi memujuk hatinya .

Sesampainya di rumah dia terus naik ke biliknya . Dia hanya sekadar berbasa-basi dengan Hanif yang asyik menonton perlawanan antara Arsenal dan Chelsea . Junaidi bukan tidak meminati sukan bola sepak itu . Dia pernah mewakili sekolah dalam sukan itu . Dia dan Hanif meminati pasukan yang sama iaitu Arsenal . Tapi hari ini dia berasa sangat letih tetapi puas kerana satu masalahnya sudah selesai . Oleh itu dia memutuskan untuk merehatkan diri sahaja .

Badan yang letih perlu direhatkan . Sebaik menutup pintu bilik dia merebahkan badannya di atas katil yang bercadar ungu kegemarannya . ‘Fuh , bestnya .’ Junaidi tidak sedar bila dia lena dibuai mimpi . 


*****************
trafik blog aq menaik sebab cerita neh . .  Tapi kebanyakkannya x leh mask sebab x de permissions . .  
Banyak jugak yang request . .  
^^
terus menyokong and tgu sambungan ceta neh . .
terima kasih kerana membaca .  

Saturday 7 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 2

Assalamualaikum . . 
ada la kwan2 bloggers aq tnya . 
" Mira , nape ko x post je ceta neh kt Lurve, Life , Moments ?"
oke neh jawapan aq . 
"Sebab yg tu official blog . Blog terbuka . Semua oqg buleh baca . n situ suma post yg elok2 jea . Kt second blog neh private blog . Oqg yg dibnarkan shja buleh view . yg neh nama pun CERPU . stg oqg baca tah pape reaksi depa . So ,klaw depa mengutuk depa dpt dosa . Hoho . So , better aq letak kt private blog aq . Oqg yg aq percaya ja buleh baca . Oke . Kpd blogger fellows yg x dpt permission tu I have ti say sorry . Tp bukan sng utk aq percaya kt oqg . 

Oke2 . Meqapu penyapu plak aq neh .  Neh sambungan cerpu kita utk hari neh . 


**************
“ MAMA , Abah , Kak Mira , Kak Nina .” Maisarah yang baru pulang dari kuliah terjerit-jerit mencari ahli keluarganya .

‘Di luar tu kasut bukan main banyak . Aku panggil sampai nak terkeluar anak tekak pun takde yang nak respon .  Mana la semua orang dalam rumah ni pergi ? Letih-letih macam ni baik aku lepak kat kolam renang .’

Sebaik sahaja dia mengatur langkah ke luar rumah , “Happy birthday to you , Happy birthday to you , Happy birthday to Maisarah . Happy birthday to you .”

Terkejut Maisarah yang baru menapak ke situ . Dalam hati dia berasa gembira kerana ahli keluarganya masih mengingati hari lahirnya .

“ Thanks mama , abah .” Dia meniup lilin di atas kek yang sederhana besar itu . Kemudian mencapai pisau lalu dipotongnya kek itu .

“ Bukan thanks kat Mama and Abah ja . Tu , Kak Nina , Kak Mira , Abang Firdaus dengan Abang Hazwan . Diaorang yang beria-ria nak buat parti ni kat Mai . Mama dengan abah tolong support apa yang patut je .”

Maisarah tersenyum . Dia memaut bahu kedua kakaknya itu dan mengucapakan terima kasih .

“ Kek ni mesti Kak Mira yang buat kan ? Sebab kalau kek yang beli kat kedai tak sedap macam ni . Pastu puding susu tu pulak Kak Nina yang buatkan ? Betul tak ?” Maisarah meneka satu-persatu hidangan yang tersedia di situ .

“ Yalah . Semua kakak-kakak awak yang buat ni . Penat la Abang Fir dengan Abang Wan awak ni jaga anak ,” tambah Hazwan sambil tersenyum . Sebetulnya dia tidak kisah jika disuruh mengasuh Hariss dan Arissa . Malah dia suka akan budak-budak . Begitu jua dengan Firdaus . Dia senang menjaga anak lelaki tunggalnya Fakhri yang lincah itu .

“ Alah , abang ni . Kata tak kisah jaga anak selori pun . Ni Mira baru suruh jaga dua orang . Dah merungut tak tentu pasal .” Mia Amira menarik muncung .

“ Kak Mira , Abang Wan melawak je la . Takkan yang tu akak nak ambil hati kot ? Akak ni tak sporting la .” Mia Azlina pula menyampuk .

“  Mira , nak merajuk pun tunggulah dalam bilik karang . Boleh abang pujuk . Kat sini malu lah nak pujuk . Mama , abah , Nina , Fir , Mai tengok tu . Sudah-sudah la tu .” Hazwan cuba memujuk isterinya .

“ Yalah . Yalah . Lain kali kalau abang merungut lagi Mira tinggalkan abang .” Muka yang mencuka tadi mampu tersenyum semula . Sebenarnya dia suka menyakat Hazwan kerana dia tahu Hazwan seorang yang romantis apabila memujuk . Tapi sikapnya yang romantis itu tidak ditunjukkan di depan kaum famili yang lain . Cukuplah hanya untuk Mia Amira sahaja . Mai Amira mendakap erat lengan suaminya .

“ Hai , akak , abang Wan . Jangan buat scene tak senonoh kat sini ya . Tu ramai penonton awam tu . Dah la tengah celebrate birthday Mai .” Maisarah mengusik kakak sulungnya .

“ Alah , Mai jealous la tu . Awak tu dah masuk 24 tahun dah adik oi . Kahwin la cepat-cepat . Nak tunggu bila lagi ?” Firdaus menyampuk sambil tangan Mia Azlina digenggam erat .

“ Abang Fir ni . Jodoh Mai tak sampai lagi la . Nanti ada jodoh Mai kahwin la . 24 tahun tu muda lagi la . Kawan-kawan Mai pun ramai yang baru graduate .” Maisarah membela dirinya . Tidak mahu kalah .

“ Mak su . Mak su . Cepatlah potong kek tu kat Hariss . Hariss lapar dah ni .” Anak sulung Mia Amira dan Hazwan menarik-narik baju Maisarah sambil jarinya diunjukkan ke kek yang belum dipotong di atas meja .

“ Ok sayang . Mak su potong ya . Hariss nak besar ke kecil ?”

“ Hariss nak besar-besar . Nanti boleh kongsi dengan Arissa dan Fakhri . Boleh kan mak su ?”

“ Boleh sayang . Kejap mak su potongkan . Hariss ambil piring kat situ . Mak su nak leta kek ni . “ Arah Maisarah sambil menunjuk ke arah piring yang bersusun di atas sebuah meja kecil di satu sudut .

“ Terima kasih mak su .” Ucap Hariss . Dia melangkah dengan berhati-hati kerana khuatir kek di tangannya itu jatuh pula .

“ Sama-sama Hariss . Makan elok-elok tau .” 


***********
tgu smbungan nah . sabar itu separuh drpd iman .  huhu . 

Friday 6 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 1

Assalamualaikum 
Selamat sejahtera kepada my second blog a.k.a blog luahan hati .
Haa . Start mlm neh aq nak post hasil karya aq yg aq bwt masa aq tgh ada idea n bosan . 
Sapa nak baca scroll bawah .  x maw baca , dipersilakan segala hormatnya keluar secar rasmi ea . 


*************

JUNAIDI  melemparkan kunci keretanya di atas meja kopi di ruang tamunya dengan perasaan geram yang masih berbaki . Pintu rumah dihempas kuat . Berdengung bunyinya .  Drama singkat yang menjamu matanya sebentar tadi mampu menyiat hati lelakinya .

“Tak guna punya Zafirah . Kononnya ada meeting dengan klien . Elok je dia bersuka ria dengan jantan mana pun tak tahulah . Sanggup pulak dia ignore call aku .”

Terkejut Hanif , teman serumahnya yang baru melangkah ke dalam rumah . Dalam hati dia dapat mengagak yang Junaidi sedang berhadapan dengan masalah .  Sudah lama mereka berkenalan . Dari zaman masing-masing mengayuh basikal hingga zaman mereka memandu kereta besar . Oleh itu , dia sudah dapat membaca apa yang terbuku di hati sahabat baiknya itu . Boleh kata antara mereka berdua tiada rahsia .

“ Eddy , kenapa kau marah-marah ni ? Siapa pulak yang naikkan temperature kau hari ni ?” Hanif memberanikan diri menegur Junaidi yang masih panas dengan kemarahan yang bersisa .

Junaidi tetap diam memendam rasa . Selama ini dia tidak percaya kata-kata teman sekerjanya , Ilham . Sudah dua hari dia tidak bertegur dengan Ilham gara-gara kawannya itu memberitahu tentang perangai Zafirah yang mencuranginya itu . Kini , kebenaran sudah di depan mata . Sengaja dia mengekori Zafirah dari pejabatnya di Seberang Prai . Patutlah dua tiga hari ini Zafirah bagai tidak kisah sekiranya dia memberitahu bahawa dia sibuk kerana banyak pesakit . Rupanya dia ada agenda tersendiri .

Junaidi memandang Hanif dengan renungan tajam . Hanif dilihatnya bagai lelaki yang mesra merangkul erat pinggang Zafirah tadi . Tapi , dia masih punya akal . Dia  tertunduk ke lantai . Memandang marmar putih di lantai . Hanif sentiasa di sisinya mendengar setiap keluhan dan masalah . Dia sudah menganggap Hanif seperti abangnya sendiri .

“ Hanif , aku dah buat keputusan .  Aku nak putuskan pertunangan aku dengan Zafirah . Aku tak sangka dia sanggup keluar dengan lelaki lain . Sanggup pulak dia ignore call aku tadi semata-mata nak bermesra dengan jantan mana entah .  Sakit hati ni tak tertanggung , macam kena cincang dengan pisau ,” putus Junaidi setelah lama dia menyepi . Air mukanya berubah tenang seperti selalu .

Hanif yang sudah mengagak punca rakannya marah terangguk-angguk macam burung belatuk .  “ Aku pun setuju kalau kau putus je dengan Zafirah . Dah banyak kali aku terserempak dengan aku . Mulanya aku tak percaya , tapi lepas aku dengar lelaki tu panggil dia baru aku tau yang dia memang Zafirah . Aku nak bagitahu kau . Tapi aku tak sanggup . Takut kau tak boleh percaya pulak .”

“ Aku tak kira malam ni jugak aku settlekan benda ni . Kalau tak hati aku tak tenteram . Jiwa aku tak tenang . Aku takut nanti ada pulak orang yang tak sakit tiba-tiba je sakit .” Junaidi nekad . Hanif tahu , memang sekarang Junaidi marah . Tetapi , rakannya itu tetap akan menyelesaikan masalahnya dengan rasional . Nama pun doktor . Dia yakin sahabatnya tak akan bertindak luar kewarasan .

“ Kau buatlah apa yang patut . Kalau kau perlukan aku , aku ada . Jangan risau . Sabar ya . Aku nak naik mandi dulu . Badan ni rasa melekit sangat .” Hanif berlalu ke biliknya meninggalkan Junaidi di ruang tamu .

Tangannya lantas menekan punat telefonnya . Sayangnya , panggilannya dijawab oleh operator . Hatinya bertambah sakit . Dicubanya sekali lagi . Kali ini dia berjaya menembusi talian Zafirah . Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan perbualan .

“ Helo sayang . Kenapa you call I ni ? You rindu I ya ?” Zafirah memang selalu menyapa manja Junaidi .

Tersirap darah Junaidi mendengar Zafirah berkata begitu . Kalau dahulu dia senang jika Zafirah menuturkan bicara seperti itu . Tapi sekarang , dia muak mendengarnya .

“ Fira , I nak jumpa you malam ni . No if no but . Kat tempat biasa . Pukul 8.30 .” Tenang dan lancar Junaidi berkata-kata . Nadanya dingin tetapi tidak dapat dikesan oleh Zafirah .

“ Okey sayang . I jumpa you malam ni ya . I pun baru sampai rumah ni . Baru habis meeting . Daa sayang . Love you .”

Tegak bulu roma Junaidi mendengar Zafirah berkata begitu . Bukan tidak pernah dia mendengarnya , malah selalu . Hatinya bersa semakin jengkel dengan sikap bermuka-muka Zafirah itu . Malam ini dia akan menyelesaikan segalanya antara dia dan Zafirah .  Dia nekad .

Junaidi mengatur langkah ke biliknya untuk mandi dan bersolat . Hari ini dia sengaja bekerja separuh hari memandangkan tidak ramai pesakit di kliniknya hari ini . Ditambah pula dengan masalahnya dengan Zafirah . Membuatkan moodnya tunggang langgang .