Friday 6 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 1

Assalamualaikum 
Selamat sejahtera kepada my second blog a.k.a blog luahan hati .
Haa . Start mlm neh aq nak post hasil karya aq yg aq bwt masa aq tgh ada idea n bosan . 
Sapa nak baca scroll bawah .  x maw baca , dipersilakan segala hormatnya keluar secar rasmi ea . 


*************

JUNAIDI  melemparkan kunci keretanya di atas meja kopi di ruang tamunya dengan perasaan geram yang masih berbaki . Pintu rumah dihempas kuat . Berdengung bunyinya .  Drama singkat yang menjamu matanya sebentar tadi mampu menyiat hati lelakinya .

“Tak guna punya Zafirah . Kononnya ada meeting dengan klien . Elok je dia bersuka ria dengan jantan mana pun tak tahulah . Sanggup pulak dia ignore call aku .”

Terkejut Hanif , teman serumahnya yang baru melangkah ke dalam rumah . Dalam hati dia dapat mengagak yang Junaidi sedang berhadapan dengan masalah .  Sudah lama mereka berkenalan . Dari zaman masing-masing mengayuh basikal hingga zaman mereka memandu kereta besar . Oleh itu , dia sudah dapat membaca apa yang terbuku di hati sahabat baiknya itu . Boleh kata antara mereka berdua tiada rahsia .

“ Eddy , kenapa kau marah-marah ni ? Siapa pulak yang naikkan temperature kau hari ni ?” Hanif memberanikan diri menegur Junaidi yang masih panas dengan kemarahan yang bersisa .

Junaidi tetap diam memendam rasa . Selama ini dia tidak percaya kata-kata teman sekerjanya , Ilham . Sudah dua hari dia tidak bertegur dengan Ilham gara-gara kawannya itu memberitahu tentang perangai Zafirah yang mencuranginya itu . Kini , kebenaran sudah di depan mata . Sengaja dia mengekori Zafirah dari pejabatnya di Seberang Prai . Patutlah dua tiga hari ini Zafirah bagai tidak kisah sekiranya dia memberitahu bahawa dia sibuk kerana banyak pesakit . Rupanya dia ada agenda tersendiri .

Junaidi memandang Hanif dengan renungan tajam . Hanif dilihatnya bagai lelaki yang mesra merangkul erat pinggang Zafirah tadi . Tapi , dia masih punya akal . Dia  tertunduk ke lantai . Memandang marmar putih di lantai . Hanif sentiasa di sisinya mendengar setiap keluhan dan masalah . Dia sudah menganggap Hanif seperti abangnya sendiri .

“ Hanif , aku dah buat keputusan .  Aku nak putuskan pertunangan aku dengan Zafirah . Aku tak sangka dia sanggup keluar dengan lelaki lain . Sanggup pulak dia ignore call aku tadi semata-mata nak bermesra dengan jantan mana entah .  Sakit hati ni tak tertanggung , macam kena cincang dengan pisau ,” putus Junaidi setelah lama dia menyepi . Air mukanya berubah tenang seperti selalu .

Hanif yang sudah mengagak punca rakannya marah terangguk-angguk macam burung belatuk .  “ Aku pun setuju kalau kau putus je dengan Zafirah . Dah banyak kali aku terserempak dengan aku . Mulanya aku tak percaya , tapi lepas aku dengar lelaki tu panggil dia baru aku tau yang dia memang Zafirah . Aku nak bagitahu kau . Tapi aku tak sanggup . Takut kau tak boleh percaya pulak .”

“ Aku tak kira malam ni jugak aku settlekan benda ni . Kalau tak hati aku tak tenteram . Jiwa aku tak tenang . Aku takut nanti ada pulak orang yang tak sakit tiba-tiba je sakit .” Junaidi nekad . Hanif tahu , memang sekarang Junaidi marah . Tetapi , rakannya itu tetap akan menyelesaikan masalahnya dengan rasional . Nama pun doktor . Dia yakin sahabatnya tak akan bertindak luar kewarasan .

“ Kau buatlah apa yang patut . Kalau kau perlukan aku , aku ada . Jangan risau . Sabar ya . Aku nak naik mandi dulu . Badan ni rasa melekit sangat .” Hanif berlalu ke biliknya meninggalkan Junaidi di ruang tamu .

Tangannya lantas menekan punat telefonnya . Sayangnya , panggilannya dijawab oleh operator . Hatinya bertambah sakit . Dicubanya sekali lagi . Kali ini dia berjaya menembusi talian Zafirah . Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan perbualan .

“ Helo sayang . Kenapa you call I ni ? You rindu I ya ?” Zafirah memang selalu menyapa manja Junaidi .

Tersirap darah Junaidi mendengar Zafirah berkata begitu . Kalau dahulu dia senang jika Zafirah menuturkan bicara seperti itu . Tapi sekarang , dia muak mendengarnya .

“ Fira , I nak jumpa you malam ni . No if no but . Kat tempat biasa . Pukul 8.30 .” Tenang dan lancar Junaidi berkata-kata . Nadanya dingin tetapi tidak dapat dikesan oleh Zafirah .

“ Okey sayang . I jumpa you malam ni ya . I pun baru sampai rumah ni . Baru habis meeting . Daa sayang . Love you .”

Tegak bulu roma Junaidi mendengar Zafirah berkata begitu . Bukan tidak pernah dia mendengarnya , malah selalu . Hatinya bersa semakin jengkel dengan sikap bermuka-muka Zafirah itu . Malam ini dia akan menyelesaikan segalanya antara dia dan Zafirah .  Dia nekad .

Junaidi mengatur langkah ke biliknya untuk mandi dan bersolat . Hari ini dia sengaja bekerja separuh hari memandangkan tidak ramai pesakit di kliniknya hari ini . Ditambah pula dengan masalahnya dengan Zafirah . Membuatkan moodnya tunggang langgang .