Tuesday 31 December 2013

Masam Manis Pahit 2013

Assalamualaikum

Heyy sahabat! aku di sini! (lambai tangan nii!)

Okaylahh. aku pendekkan cerita. Tapi aku rasa entry nii kalau aku rajin satgi mungkin jadi panjang sikit kot.

Sebenaqnya aku nak buat sedikit cerita pasal aku dan apa yang terjadi kat aku sepanjang tahun ni. Memandangkan hari ni pun dah last day of this year dan esok nak masuk tahun baru, jadi aku merasakan amatlah sesuai untuk aku review balik peristiwa indah dan kuciwa aku sepanjang tahun ni.

Taknak melalut panjang. Ya, aku tau aku dah lama tak meraban.
Nak baca aku meraban? Jemput-jemput laa usha Cerita Kami tuu. Bolehlaa nak bca kemerapuan aku tuu. Keh3.

Jom ikut aku~ Kita teroka balik apa yang jadi kat aku sepanjang 2013.
(Aku buat ikut timeline ni)

JANUARI 2013

Bulan ni aku start melagha maen game tapi dalam masa yang sama aku struggle untuk study.
Bulan ni jugak aku start selesa dengan rutin kehidupan baru aku sebab dah masuk semester 2 aku kat PTSS.
Aku meneruskan karier aku sebagai seorang pelajar cemerlang kat PTSS.
Dan aku mula melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sukan dek kerana ko-kurikulum yang aku pilih tuu sukan. (I love sukan!)

FEBRUARI 2013

Aku masih dengan dunia aku walaupun final ada laa lagi sebulan dua. Tetap tak rasa nak betapa dengan buku. Masih alpa dengan games.
Bulan ni aku sambut besday aku sorang-sorang dalam dunia khayalan aku without friends and even my family.
Masa besday aku tuu ada cuti apa tah. Dan aku ditinggalkan seorang diri di rumah sebab family yang lain semua balik ke Pahang. Betapa sadisnya aku time tuu. Buat puding, pastu pacak plat 'Happy Birthday' then makan sorang-sorang. Amatlah sadis.

MAC 2013

Hubungan aku dengan Lee mula baik since aku terserempak dengan dia kat sekolah adik aku.
Tiap-tiap minggu aku balik rumah sebab nak jumpa dengan Lee. Dan aku selalu spend time dengan dia.
Bulan ni paling awesome sebab aku jumpa dengan artis nasyid kesukaan aku. HAFIZ HAMIDUN! And also my favorita actorita FIZO OMAR! Keh3.
Bulan ni jugak aku terlibat dengan Pembentangan RP kat Dewan Harum Manis.
RP Nurseri grup aku dah dipilih oleh lecturer dan aku serius bagitau. Dalam banyak-banyak assignment, assignment ni yang aku gila-gila tekun nak bagi siap sampai buat replika pelan nurseri tuu. 

APRIL 2013

Aku dah start busy dengan assignment and assessement PB yang amat-amat bertimbun-timbun.
Time ni aku start p bertapa kat bilik Pijah untuk subjek Trengkas.
Shorthand aku study alone.
Saat-saat aku dengan member yang tension kami buat gila-gila.
Punya gila Gwiyomi time tuu sampai kami semua buat video parodi.
Cuma tak diupload sebab ada masing-masing tak menutup aurat dengan sempurna dan akan mewujudkan perasaan MALU di situ. Kah3.
Bulan ni jugak Ustaz Husba buat program 'Jom Masuk Hutan' untuk kelas aku. Best giloss wok main war game dalam hutan. Paling terbaik buat bom tuu pakai ayaq paip campur watercolor pastu dibungkus dalam plastik. Lepas tu baling laa bom tersebut sampai kena orang yang dituju tuu.
Bulan ni aku start final exam!

MEI 2013 

Cuti sem! Dan aku masih berhubung dengan Lee.
Setiap hari Lee jumpa aku dekat sekolah adik aku. Ada jugak dia ajak aku keluar jalan-jalan. Tapi jarang aku nak ikut.
Tak banyak peristiwa best jadi bulan ni. Sebab all of the day aku spend kat rumah jaa.
Dalam usaha menghabiskan BAUCER BUKU 1 Malaysia.
Tapi, dalam masa yang sama aku dengan Marwan ada plan nak outing together-gether.

JUN 2013

Aku sibuk siapkan diri nak masuk semester baru.
Aku baru semak result exam aku sem lepas. Dan syukur aku AKJ lagi sekali.
Sekali lagi aku dapat bilik dan room mate yang sama. Yay!
Yang kurang awesomenya kanak-kanak ribena tuu semua lantik aku jadik class rap.
Waaa! Ketaq Lutuit~

JULAI 2013

Duit PTPTN masuk dan aku start gila berbelanja.
Bulan ni jugak aku dah start ber'overnight' dengan lebih gila daripada biasa.
And aku start renggang dengan Lee. Kawan baik aku.
Aku mula buat satu buku KHAS untuk aku catatkan semua perasaan suka dan benci.
Tak besaq pun. Buku nota 555 tu ja pun. Aku tempek tiga buah. Hehe. Punya aku sembunyi sampai aku tak bagitau langsung tentang kewujudan buku kecil tersebut.

OGOS 2013

Aku mula menggilai games kat Tablet yang aku baru beli tuu.
Every single time aku meluangkan masa melagha dengan tablet tuu.
Bulan ni aku start tension dengan lecturer English aku yang luar biasa tuu.
Aku terus melagha sebab nak kurangkan tension.
Huii~ Tak sedaq diri final exam dah tak lambat dah.
Aku mula mengumpul movies dalam hard disk. Berpuluh movies pelbagai genre dalam hard disk aku. Tak dilupakan. Kartun pun hadoo habaq hang~ Aku kan gila kartun!
Akhir bulan aku dengan 8 orang members aku yang lain overnight p Penang (rumah sorg member aku) semata-mata nak celebrate merdeka walaupun jiwa masih dibelenggu SEPI~

SEPTEMBER 2013

First aku ingat bulan nii aku outing dengan Marwan, k.Nab, Syerah.
Pertemuan singkat tapi macam-macam kami sembang~
Wah! Dah nak LI!
Aku pun busy duk settle buang perkara-perkara LI.
Termasuk p survey keadaan tempat dan sebagainya. Hurmm.
Aku jugaklaa nak kena tak care pasal kawan-kawan aku yang ada masalah dengan LI.
Aku tak kesah sebab tuu memang tanggungjawab aku.
Macam besalaa busy dengan macam aktiviti.
Termasuklah dengan event untuk subjek Soft Skills. Aku awkward dengan budak-budak kecil yang aku baru kenal. Well yang aku jumpa masa tu dalam kalangan 4 ke 6 tahun. 
Ada sorang budak laki ni, every games yang kami susun semua dia semangat nak main. Dan aku tak tau apa ada kat tangan aku sampai budak tersebut sangat-sangat suka nak pegang tangan aku. Hahaha. Dia suka aku kot? Kah3. Budak -budak kata pun. He called me 'ustazah' n sometime cikgu instead of 'kakak'. Bukan kat aku sorang laa. Kawan-kawan aku pun sama laa.
Bulan ni jugak last Puan Azie ajar soft skill sebab dia nak sambung study.

OKTOBER 2013

Dah busy struggle.
But this time jugak laa lecturer BI tdi kaluit nak peqabih assessment.
Time nii jugaklaa Lee buat pengakuan kata dia suka kat aku. Hesyy! Tak patut betui.
Bulan nii jugaklaa bulan peperiksaan. Adoiii. Sabaq sabaq! Huiishhh!

NOVEMBER 2013

Dengan cuti yang tak sampai sebulan aku gagahkan diri menghabiskan beras di rumah.
Tak banyak benda yang aku buat cuma tak dapat dilupakan tu 'wifi' rumah aku yang tak tau kenapa tetiba sakit pulak yang menyebabkan aku lebih menghabiskan masa dengan bermain PS2.
Bulan nii jugak aku sibuk mempersiapkan diri untuk ke LI.
Paling penting! Bulan nii aku dapat hadiah dari abah.
Sebuah Viva yang aku sayang.
Tapi sayangnya kereta tersebut hanya untuk kegunaan ke tempat LI sahaja. (----_______----)
Tak apalah. Adalah jugak daripada tak ada.

DISEMBER 2013

Aku lapor diri kat Pejabat MARA Negeri and after that straightly go to Pejabat MARA Daerah Padang Terap.
Aku memulakan tugas murni sebagai seorang pelatih praktikal yang akan bertempek kat situ selama 5 bulan kurang lebih. Persekitaran baru, kawan baru, orang baru dan juga kenalan baru.
Paling best dalam kalangan depa semua kat situ, akulah yang paling muda sekali.
hehehehe.
Dan kat situ aku dapat jumpa dengan seorang bekas pemain bola sepak iaitu Rafdi Rashid. Kami semua panggil abg Di ja kat dia.
Dan bulan nii aku buat luahan perasaan kat buku tuu. Sampai aku terbawa-bawa ke status di weChat.


Lagi beberapa jam 2013 akan meninggalkan kita.
Jom tabik hormat sikit kat 2013 yang sentiasa mewarnai hidup kita dengan pelbagai warna-warna kehidupan yang berpaksikan MASAM MANIS DAN PAHIT kehidupan.
Selamat tinggal 2013 dan angka 19.

#p/s: Selamat Tahun Baru 2014! Selamat Datang angka 2 di depan. 2014 umur aku 20 tahun~ lalalala.
Jom jumpa pada tahun yang akan datang! Daa!