Thursday 19 December 2013

Ukur Baju Biarlah Di Badan Sendiri

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

So, hari neh aku ad cerita sikit.
Lalalalalala.
Nak baca? lai lai lai~

Haa. Balik keja tadi aku singgah kedai tailor nak bagi kain buat baju.
Aku tak kesah mahal ke murah ke.
Janji baju tuu sedap mau pakai maa.
Heyy! Saya pun mahu corak baju kurung yang up-to-date jugak.
Hallu! Aku pun nak belajaq bergaya.
So, as a secretary one of the important thing is APPEARANCE.
Kalau hampa nak tau setiausaha kan mencerminkan bos dan company tempat dy kerja.
So, aku tak mau laa nampak selekeh.
Jangan risau, aku TAKKAN over dari gaya asal aku yang simple.
Cuma ubah sikit ja.

Okayy nak dijadikan cerita. *termelencong pulak!
Selalunya mak yang akan settle bab2 nak cari tailor.
Tapi kali neh mak aku suruh aku cari sendiri tailor untuk buat baju.
Aku pun~ Fenin ohh fenin.
Dalam otak duk pikiaq mana aku nak cari tailor?
Aku bukan ada kenal tailor yang buat baju sedap selesa dipakai.
Last2 aku bawak p office ja laa kain tersebut.
Lalu aku tanya Kak Ruby (akak yg keja kt tmpt aku praktikal)
Kak Ruby suggest kat aku satu tempat.
So, lepas habis kerja aku and Kak Ruby pun pi laa kedai tersebut.

Kedai tersebut dimiliki oleh seorang wanita Cina berumur pertengahan.
Aku cuma panggil 'aunty'.
Dia tanya aku, "You nak buat baju apa?"
Aku tak sempat jawab sebab duk giat pikiaq baju jenis apa aku nak buat.
Dia jawab bagi pihak aku. "U buat baju kurung moden laa adik."
Kak Ruby pun macam sokong sebab dia kata baju kurung tuu dah biasa sangat.
So, why not try yang luar biasa sikit.
Aku terkedu. Tak pernah-pernah orang suggest bwt baju kurung moden.
Hahahaha. Tediaa~
Aku bagi macam-macam alasan laa kata baju kurung moden tu ketat laa sendat laa tak selesa laa seksi laa and beratus-ratus alasan aku atur kat aunty tu.
(beratus laa sangat!)
Aku pun befikir sejenak. Ketika tuu seorang jejaka mai kedai aunty tuu nak kecikkan baju. Ahh! Biaq aunty tuu layan mamat tuu dulu, so, aku ada masa nak pikiaq.
Lastly, aku tanya Kak Ruby.
Kak Ruby pun berpendapat sama dengan aunty tu. 
Last last aku pun decide nak bwt baju kurung moden.
Haa! Why not we try something new kan?
Bagi aku baru laa. Sebab aku tak pernah pakai baju kurung moden.
Yang photoshoot pun suma aku bantai baju kurung or baju kurung pesak gantung ja.

Masa dia ukur badan aku, aku rasa cam geli geliman lorhh!
Aku serius geli kalau orang bwt mcm aunty bwt kat aku~
Wuuhhuuu! Naseb baik aunty, kalau UNCLE?
In sha Allah aku TAKKAN bagi dia ukur badan aku ni~ lalala.
Aunty tuu bisik slow kat aku.
'Pinggang you standard, but your butt mantop sikit.'
Iskk! Sadis betulla.
Aku paham apa yang nak dimaksudkan dengan aunty tuu.
Wakakaka.
Hampa suma pun ambik paham sendiri la nuhh!
Aku senyum jaa kat aunty tuu.

Lepas tu aku blahh balik rumah sebab nak tengok bola.
Malaysia lawan Indon.
Dengan penuh semangat aku pun ceritalah kat mak aku situasi di atas.
Kan senang ukur badan sendiri. Mak laa kata.
Takdak laa hang hingaq nanti besaq sana besaq sini. Meleweh sana meleweh sini. Haaa.
Chantekkk!
Kebetulan abah ada sekali.
Abah kata, "Badan kakak jenis macam orang dulu2. Pinggang saiz M, punggung dengan peha saiz XXL"
Aku tengok ja bapak aku tuu.
"Main-main pulak abah ni."
Lantas mak pun berkata, "Btui abah hg kata tuu. Hg bg turun sikit lagi ja. Pastu bagi maintain. Confirm lawa."
Aku dalam hati. "Memang duk usaha bagi turun laa neh. Pastu nak test speed lari balik. Macam dulu kala. I LOVE RUNNING!"

Akhir kata, 
Aku sebenaqnya tak dak motif nak cerita benda ni kat blog.
Tapi disebabkan situasi tadi aku teringat dengan perumpamaan 'UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI'
Baru kita puas hati!


Nah ambik pita ukur neh p ukur badan sendiri~ 
Sekian, wasalam.

#ps:// tengah usaha nak turunkan berat and shaping body. Lalalala. Without supplement just healthy diet and have a routine healthy lifestyle! Daa :)