Saturday 27 September 2014

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 36

Assalamualaikum
(Entry nii dah di'schedule' untuk di'post' hari nii.)



***********
JUNAIDI melangkah perlahan ke dalam bilik itu. Dilihatnya segenap sudut bilik itu mencari Maisarah. Namun hampa bila bayangan Maisarah langsung tidak kelihatan di situ. ‘Tak ada pun.’

Songkoknya diletakkan di atas meja solek. Kain sampin yang dipakainya itu dilonggarkan. Kemudian Junaidi merebahkan badannya ke atas tilam empuk di situ. ‘Bestnya! Kalau tidur sekejap pun boleh kot. Kejap pun jadilah. Aduhai, seronoknya tilam ni. Wangi lagi cadarnya.’ Hanya beberapa saat diambil Junaidi untuk melelapkan matanya yang sememangnya sudah menanti untuk dipejamkan.

Selang beberapa minit Maisarah keluar dari bilik air dengan sehelai baju T dan tuala separas lututnya. Terperanjat dia apabila mendapati ada sesusuk tubuh lelaki di dalam biliknya kala itu. Atau lebih tepat atas katilnya yang bercadar coklat keemasan itu. ‘Bila masa mamat ni masuk bilik ni? Bukankah aku dah kunci pintu bilik ni tadi? Macam mana dia masuk? Takkanlah dia panjat tingkap kot. Bilik ni kan ke tingkat atas? Ajaib!’ Dia tahu itu Junaidi. Lagipun baju Melayu putih yang dipakai Junaidi semasa majlis akad nikah masih tersarung kemas di badannya. Cuma kain sampin dan songkoknya sahaja telah dilucutkan. Sekilas dia memandang ke arah Junaidi yang sedang berbaring membelakanginya itu dan melangkah perlahan ke situ. Mahu memastikan sama ada Junaidi hanya berbaring atau sudah terlelap.

Setelah memastikan Junaidi sedang dibuai mimpi senja Maisarah segera mendapatkan bajunya di almari pakaiannya yang terletak di penjuru bilik itu dan bersegera masuk ke bilik air semula sebelum sempat Junaidi terjaga dan melihatnya dalam keadaan begitu.

 Maisarah mencapai tudung segera dan disarungkan ke kepalanya. Sepasang baju kurung biru muda dengan tudung segera berwarna hitam. Siap. Manis dan ayu. Dia mahu ke bawah melihat persiapan untuk kenduri esok. Sekali lagi dia melihat ke arah Junaidi yang sedang nyenyak tidurnya di atas katil. ‘Seronoknya kau tidur. Aku masih terfikir macam mana kau boleh masuk bilik sedangkan pintu tu sudah dikunci dari dalam. Musykil betullah.’ gumam Maisarah seraya melangkah keluar biliknya menuju ke ruang bawah.

“PENGANTIN baru! Buat apa kat dapur ni?” tegur Mia Azlina setelah melihat Maisarah mengambil tempat di meja makan yang sudah sedia ada dapur itu.        

“Basuh kereta kak. Tak nampak ke tengah berus tayar ni.” balas Maisarah.

“Amboi, segaknya jawapan adik kita ni Kak Mira.” kata Mia Azlina kepada Mia Amira yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk untuk upacara makan beradab esok. Mia Amira hanya tersenyum. 

“Suami awak tu mana cik adik? Dah balik ke?” tanya Mia Amira pula.

“Ada kat atas tu. Tidur. Letih kot.” jawab Maisarah acuh tak acuh. Maisarah menuang jus oren di atas meja itu dan diteguknya seteguk dua. ‘Alhamdulillah. Lega dahaga ni.’ Tidak ramai orang di ruang makan keluarga itu. Kebanyakan mereka lebih suka meluangkan masa di luar rumah petang-petang sebegini. Menyediakan persiapan apa yang patut di luar.

Maisarah tercari-cari kelibat kakak iparnya, Hamimah. Sejak habis akad nikah tadi langsung tidak kelihatan kakak iparnya yang seorang itu. “Kak Nina, Kak Mira. Ada nampak Kak Mimah tak? Lepas habis akad nikah tadi Mai tak nampak langsung kelibat dia.

“Kak Mimah ada kat bilik dengan abang Alif. Tadi Kak Mimah hampir pengsan. Kasihan Kak Mira tengok dia. Macam letih sangat. Dengan keadaan dia berbadan dua macam tu pun masih nak buat kerja-kerja macam ni. Kalau Kak Mira confirm dah tersadai macam Kak Nina kau tu.” kata-kata Mia Amira mencetuskan ketawa kecil Maisarah. Terkekek-kekek dia mengetawakan Mia Azlina.

“Alah Kak Mira ni. Nina letihlah. Duduk rehat sekejap pun kena perli. Kak Mira tak pregnant manalah Kak Mira tahu letih tak letih. Baru nak buat kerja sikit dah semput.” ujar Mia Azlina mempertahankan dirinya.

“Hello Mia Azlina. Awak cakap akak tak pregnant. Memanglah. Tapi jangan lupa Kak Mira dah ada dua orang tau. Siap pakej seorang lelaki seorang perempuan lagi.” balas Mia Amira tidak mahu mengalah.

“Yalah. Nak cakap Kak Mira terror lah kan?” Mia Azlina mengambil jalan selamat. “Tapikan Kak Mira, pregnant kali ni Nina selalu cepat letih. Asal buat kerja sikit je mesti cepat je letih. Macam tadilah. Pastu badan ni rasa nak baring dua puluh empat jam atas katil.”

“Entah-entah anak Kak Nina kali ni jenis suka tidur macam Kak Nina kot. Sebab tu akak jadi macam tu.” kata Maisarah pula. Mia Amira hanya ketawa.

“Hai, tak sayang mulut ke Maisarah? Karang mulut Mai masin budak ni betul-betul suka tidur sampai ke tua macam mana? Kalau kecil-kecil suka tidur tak apalah. Tak susah sangat nak jaga dia. Ini kalau terbawa-bawa sampai ke besar siapa nak jawab? Ada jugak yang dapat gelaran ‘Sleeping Beauty’ Moden karang.”

"Alaa Kak Nina. Mai gurau sajalah. Takkan itu pun nak terasa. Cool laa sikit. 


          

***********
Dah klimaks dah.Update mengupdate memang perlukan masa.Kepada yang memang duk tertunggu-tunggu update tuu mintak maaf yaa.Jangan risau. Aku sempat schedulekan entry cerpu nii untuk beberapa part sepanjang minggu peperiksaan aku.Wish me luck y'all~