Sunday 21 June 2015

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 38

Assalamualaikum
dan salam sejahtera
err... hello >lambai tangan<
okay, awkward! 

Dah kenapa kan awkward dengan entry blog sendiri.
Heh! First of all..........
I'm so so so SORRY~ Mianei...
Lama kan tak hapdett this story..
Dah lama-lama macam ni aku sendiri pun dah tak tau nak merapu apa..
Btw. ekcelinyaaa cerita nii dah sampai penghujung..
TAPI
TAPI
TAPI....
Dalam buku catatan aku laa. Sebab kalau bukak laptop mood nak menaip tu tak sampai. So, aku decide masa kat poli dulu aku stress ka, aku free ka, aku sedih ka, aku marah ka, aku geram ka semua aku tulis dalam buku catatan tu dalam bentuk cerita. Cerita nii laa. Aku sambung sampai habis. Sebabnya aku tulis dalam buku tuu sebab aku tak suka cerita face to face dengan orang even benda tuu terlalu berat untuk aku. keh3. Saja nak habaq p ke hampa semua yang sebenaqnya aku ni jenis bertabah jugak. Okay, sebelum ada orang ketuk aku sampai pendek baik aku sambung taip dulu ia cerita Junaidi dengan Maisarah nii naa.

*************
RUANG tamu rumah Encik Radhif dipenuhi sanak saudaranya yang lengkap dengan pakaian solat. Sejadah dibentangkan panjang membentuk beberapa saf. Ruang tamu yang luas itu mampu untuk menampung sebilangan besar sanak saudara Encik Radhif yang ada pada ketika itu.

Encik Radhif berada di saf paling hadapan. Beliau yang akan mengimamkan solat Maghrib sebentar lagi. Bersamanya Aliff Farhan dan tiga orang menantu lelakinya termasuk Junaidi.

Selesai bersolat mereka semua membaca surah Yaasin dan doa selamat sempena hari pernikahan Maisarah dan Junaidi. Syukurnya tidak terhingga kerana akhirnya ada juga jejaka yang dapat menawan hati puterinya yang keras bagaikan ais batu. Besar harapannya agar Junaidi dapat bersabar dengan puteri ais batu itu. Sekeras-keras ais batu pun lama kelamaan akan cair juga.

“Eh, Junaidi! Dah nak balik ke? Kenapa tak tidur sini?” tanya Encik Radhif ketika melihat menantu barunya itu mencapai beg sandang yang dibawa bersamanya tadi.

“Ya, abah. Eh, tak apalah. Lagipun saya ada benda nak buat sikit kat rumah tu. Lagipun dah lewat malam ni. Esok nak datang lagi.” ujarnya dalam nada bergurau.

“Yalah. Balik elok-elok. Nanti balik terus tidur. Simpan tenaga untuk esok.”

Junaidi dan Encik Radhif ketawa. Junaidi bersalaman dengan Encik Radhif dan meminta diri untuk pulang.

‘ALHAMDULILLAH. Selesai satu bab. Sekarang aku kena laksanakan misi baru aku. Misi menambat hati isteri sendiri. Mintak-mintaklah plan aku berjalan lancar nanti.’

Lagu Bruno Mars bertajuk Marry You sedang ke udara di stesen radio Hitz FM menemani perjalanan pulang Junaidi. ‘Macam kena je lagu ni dengan aku.’

Junaidi menyanyi mengikut rentak lagu tersebut. Jari-jarinya mengetuk permukaan stereng keretanya. Sesekali sampai di bahagian korus bibirnya mengukir senyuman. Senyuman yang akan dihadiahkan kepada Maisarah nanti. Nampaknya dia perlu bekerja keras sedikit memikat isteri yang baru dinikahinya tadi. 

PAGI itu Junaidi bangun awal dari biasa. Kurang lena tidurnya semalam. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin inilah yang dikatakan aura si isteri yang jauh di sana. Dia sudah pun menyelesaikan tanggungjawabnya kepada yang Esa. Setelah itu, dia mengambil tempat di birai katil.

Sepersalinan baju pengantin berona ungu dan perak ditenungnya sekilas. Telefon bimbitnya dicapai. Ditatapnya gambar penghias latar telefon peribadinya itu. Gambar dirinya dan Maisarah bersama anak-anak saudara mereka yang sempat dirakamkan semalam. Dalam diam dia berterima kasih dengan pari-pari kecil yang seakan datang membantunya dalam misi memikat isterinya sendiri. ‘Ikhlasnya senyuman dia. Lepas ni bolehkah aku tengok senyuman dia macam ni lagi?’

Pintu diketuk dari luar. Junaidi tersentak. Lalu daun pintu dikuak dari luar. Terpacul wajah tenang ibunya. “Junaidi, jom pergi sarapan dulu. Kejap lagi nak kena kisahkan macam-macam dah.”

Segaris senyuman dihadiahkan kepada ibunya. “Ya ibu. Jomlah.” Junaidi bangun dari duduknya dan membontoti langkah ibunya ke dapur. ‘Wah! Ada nasi lemak. Favourite ni! Fuhh. Ibu ni sempat lagi dia masakkan kesukaan aku.’

“Eddy, kau makanlah kenyang-kenyang siap-siap. Nanti masa makan beradab tu abang yakin kau mesti tak boleh nak makan banyak.” ujar Khairul yang baru sahaja mengambil tempat di sebelah Julia. Mereka turut bermalam di rumah Encik Ahmad dan Puan Arnita untuk membantu menyediakan apa-apa yang patut.

Junaidi hanya mengangguk. Aroma nasi lemak itu lebih menarik perhatiannya. Tetapi otaknya masih terfikir akan maksud kata-kata abang iparnya tadi. Dibiarkannya dahulu persoalan itu. Pastinya persoalan tersebut akan terjawab bila mana terjadinya peristiwa tersebut sebentar lagi. Sekarang operasi mengenyangkan perut dengan nasi lemak sambal bersama sambal sotong kering sedang berjalan.

MAISARAH masih diam kaku di hadapan cermin meja solek itu. Otaknya ligat mencerna segala peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada dirinya sejak hari pertama menjadi tunangan seorang doktor merangkap kawan baik abangnya hingga hari mereka diijabkabulkan semalam. Meskipun dia terang-terangan menunjukkan riak kurang senang terhadap Junaidi namun Junaidi tetap sabar melayannya. Walaupun hanya sepatah jawapan diberikan Maisarah, Junaidi masih tetap mahu berbicara mesra dengannya.

Jauh dalam hatinya kini dia sedang belajar menerima lelaki itu. Lelaki itu bukan Arshad. Dia Junaidi Ahmad! Lelaki itu bukanlah seorang bakal peguam terkemuka, tetapi dia seorang doktor yang hari-hari berdepan dengan puluhan pesakit yang memerlukan khidmatnya. Tuhan ambil Arshad darinya dan diganti dengan kehadiran Junaidi. Tetapi bayangan Arshad kerap menjengah minda Maisarah sejak akhir-akhir ini dan bayangan itu hanya sekejap-sekejap datang kemudian hilang dibawa kenangan dan entah kemana menghilang. Mungkinkah ia petanda supaya Maisarah belajar menerima seseorang yang baru dalam hidupnya.

Sejak itu, Maisarah memutuskan untuk terus membekukan dirinya dari mencair dengan kata-kata lelaki yang cuba untuk menawan jiwanya termasuk Junaidi yang kini sudah mutlak menjadi suaminya. Kini hatinya cukup membeku hingga terlalu sukar untuk dicairkan. Agaknya kalau dicurah lava gunung berapi pun belum tentu dia mahu mencair.
         
*************
Okay, tu untuk part 38. Kejap lagi aku sambung taip untuk part 39 pulak and also 40 kalau aku rajin.
Aku create document nii dalam henfon aku pun tak jalan jugak as long as aku boleh merapu kat wechat. pfffttttt! Hantu jugak noo wechat tuu. Haihhh..

Dah, see ya! Adios!