Friday 5 February 2016

Dapat Sambung Degree!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

Lama betul tak update belog ni. Lama jugak jari-jari gemok aku ni tak exercise.

Before ni aku keja Part Time as hampa tau la kan. Kat Pasipik Aloq Setaq nu. Memang aku takdak masa langsung nak bersosial di alam maya ni. Nak jumpa kawan-kawan macam errrrrrr tak sempat. Keja pagi petang malam kot. Tapi, now dah lapang sikit sebab aku pun dah resigned sebab hati aku kata kalau tak dapat kerja mesti hang dapat pi ngaji. Serius beb.

Dijadikan cerita. Member aku si Paan ni wassap aku tunjuk gambaq result interview SPA yang kami sama-sama pi even tak sama tarikh dan masa. As for it, resultnya DUKACITA. Susah sungguh no depa nak ambik keja pun. Kalau dak, jadi seterika ehhhh seketeri dah aku by the end of this month.

Sebelum aku babbling lagi panjang mai aku nak share dengan hampa pasai tajuk kat ataih tuu. Aku rasa kalau hampa ada friend wechat aku atau hampa follow twitter account aku hampa mesti tau dah kan benda ni. Tapi, sokay. Benda happy mesti nak kongsikan right?
(aku rasa post ni patutnya lebih selesa share kat LLM kot. Hahaha)

UiTM Online kata result untuk second intake depa akan keluaq 5 Februari 2016 jam 3.00 petang. Aku dengan eksaitednya tunggu depan laptop (lepas dikecewakan SPA) untuk nak check result. Sampai mama aku ajak masak dengan tok. Tuu pun aku macam malas-malas itik nak bergerak (Itik tak bersalah. Badan hang yang berat tu yang salah)

Lepas tu aku tak jadik nak tunggu depan laptop. Mama suruh aku bersiap sebab nak bawak tok dengan Mak Njang pi rumah bakal besan dia. Aku pun ikut ja laa. Bukan apa curious jugak nak tengok bakal mak cik baru. Kih3. 

Dalam perjalanan ramai gila lahhaii wassap aku cakap suruh cek tawaran UiTM yang katanya ramai yang dapat. Aku cakap aku balik nanti aku check. Tak kurang jugak ramai yang mengkhabar anginkan (erkk! Betui dak?) kata aku dapat untuk intake kali ni!

Sampai ja kat rumah dengan penuh semangat waja aku tukar baju, mandi semua terus hadap muka laptop. Dekat bar address tu laju jaa jari-jari gemok aku ni menari. Depa pun tak sabaq nak tau. Finally, lepas IC diisi kat column situ. Habih loading. Terpapar satu berita yang mengatakan...

"Tahniah, anda berjaya ditempatkan di UiTM. Maklumat tawaran anda adalah seperti berikut:"

Aku skrol sikit naik nama dengan IC aku.

"Program : BM232 - Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian)
Kampus : UiTM Kampus Machang"

Alamak! Kelantan!
Berita baiknya boleh aku pi snap gambaq stadium kaler Pink! (ouchhh!)
Berita sedihnya. Kenapa Kelantan? Wahhhhh! Takdak member yang dapat situ sekali.

Tapi bila ditelitikan balik. Ini yang aku nak kan? Dapat sambung study. Jauh sikit dari rumah. Berada di tempat orang. Jadi, kenapa aku macam was-was nak accept?

Diam-diam aku discuss dengan mama and abah. Depa kata

"Hang buatlah pilihan yang terbaik untuk hang. Maa ngan Bah sokong ja apa keputusan hang."

Dan tanpa ragu-ragu pukui 11 malam tu jugak aku terus tekan Setuju Terima. Yes!

Berkenaan dengan subjek-subjek dan cabaran yang akan aku hadap nanti?

Aku letak dekat NEXT ENTRY. So, check it out.

Adiosa!

P/s: Ada dak sapa-sapa yang dapat Kos Pengurusan Sistem Pejabat kat UiTM Machang Kelantan sama dengan aku. Esp untuk intake March 2016 ni laa. Boleh drop da komen bagitau or maybe tegoq kat twittaq atau kalau malu lagi boleh DM kat twittaq, (Proses mencari kawan baru) Hahaha. Ok, bye.