Thursday 20 December 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART20

Assalamualaikum ..  Salam Sejahtera . . 

Oke neh, sambungan lagi . . .
Aku baru boleh upload hari neh . . .
Yelah, hari neh laa nak free ckiet pun . .  Hari neh jugak laa nak merasakan freedom pun . . .
Hari laen sangat busy . . .
Neh entri kedua untuk hari neh . . . 
Belum baca entri sebelum neh ? SILA TEKAN SINI oii . .  
Haha. .  Lepas dah baca situ, baru meh usha sini oke . .  

*************
MAISARAH melipat telekung dan menyangkutnya di sebuah penyidai yang dikhaskan untuk menggantung telekung. Dia melihat jam di tangan. ‘Baru pukul 6.30 pagi.’ Tangannya mencapai novel ‘Cinta Tiga Suku’ karya Herna Diana. Walaupun novel itu sudah tiga kali dibacanya, dia masih sukakan babak yang diciptakan oleh penulis itu. ‘Romantiknya Arie. Kalaulah aku dapat suami macam Arie tu, mesti aku takkan lepas. Tapi, aku tak mahulah yang kerja pilot. Nanti selalu kena tinggal.

Penat membaca, Maisarah melihat keluar tingkap. Dilihatnya Alif Farhan dan Hamimah sedang bersantai di taman orkid mama. ‘Hmm. Dah kahwin pun abang aku sorang tu. Rasa macam baru semalam je abang Alif habis belajar. Tup tup dah kahwin. Nampaknya dalam rumah ni aku sorang je la masih belum berteman. Alahai, cemburunya tengok Kak Mimah dapat Abang Alif.’ Langsir tingkap ditarik.

Maisarah mengatur langkah ke bahagian dapur pula. “Hai, Kak Mira! Awalnya akak bangun. Yang lain mana?”

“Ada. Tapi diorang semua invisible. So, Mai tak boleh nampak diorang lah.” balasa Mia Amira dengan nada gurauan.

“Akak ni! Suka macam ni dengan Mai. Mai nak merajuklah.”

Mia Azlina yang baru menjengah ke dapur terus menyampuk, “Mai, Kak Mira kalau merajuk Abang Wan boleh tolong pujuk. Awak tu merajuk siapa nak pujuk?”

“Alaa. Kak Nina kan ada. Kak Nina pujuklah Mai,” lantas pinggang Mia Azlina dicuit. Maisarah tahu kakaknya seorang itu amat sensitif dan geli jika dicuit di pinggang kemudian tanpa sedar dia akan melatah.

“Oi mak kau pujuk aku pujuk engkau!” Latah Mia Azlina. Dalam keluarga Maisarah hanya Mia Azlina sahaja yang melatah. Entah turun perangai siapalah kakaknya itu. Mungkin juga perangai arwah moyangnya di Kuala Muda. Arwah moyangnya itu dahulunya seorang yang kuat melatah. Pantang terkejut atau dicuit sedikit pasti menjadi-jadi latahnya. Maisarah sudah siap mahu lari marathon. Bimbang kalau Mia Azlina buka langkah mahu mengejarnya. Kalau dapat tangkap dengan Mia Azlina, pasti lebam lengannya dikerjakan Mia Azlina. Cubitan yang sangat berbisa.

“Maisarah! Jangan lari! Akak berdendam dengan Mai ni!” ujar Mia Azlina.

‘Alamak! Kak Nina dah tumbuh tanduk. Baik aku selamatkan diri dulu.’ Maisarah terus membuka langkah. Sampai di ruang tamu dia terlanggar Alif Farhan dan Hamimah yang baru melangkah masuk ke ruang tamu. Mia Azlina hanya mampu melihat dan menerkup mulutnya dari menahan tawa melihat Maisarah accident terlanggar si ‘pengantin baru’.

“Ya Allah! Mai! Kenapa lari-lari macam budak kecil ni?”

Sorry abang, Kak Mimah. Mai nak selamatkan diri dari kena cubit dengan Kak Nina. Tak sangka pulak abang dengan akak kat sini. Tu yang secara separa sengaja ‘teraccident’ dengan pengantin baru. Aduh! Sakit kepala Mai terhantuk kat siku abang.” Alif Farhan buat tak tahu dengan aduan Maisarah. Ditarik tangan Hamimah ke dapur.

“Doktor Alif cuti hari ni. Cari doktor lain ya.” ujar Alif Farhan bersama senyuman mengejek yang sengaja dibuat-buat.

“Nina! Mai! Sarapan dah siap ni. Cepat datang sini. Orang lain semua dah ada.” jerit Mia Amira dari dapur. ‘Mak aih. Kuatnya suara Kak Mira ni.’ gumam Maisarah dalam hati. Mia Azlina dan Maisarah berjalan ke dapur untuk bersarapan.

“WAH! Nasi goreng! Nasi lemak pun ada. Ummi, cepatlah. Fakhri dah lapar ni.” ucap Fakhri dengan pelatnya.

            “Sabar sayang. Kita baca doa dulu.” ujar Maisarah.

            “Ok, hari ni siapa nak baca doa pulak? Hariss ke Fakhri?” ujar encik Radhiff pula. Senang hatinya melihat keluarganya yang bahagia. Tapi, masih belum lengkap. Maisarah belum punya teman.

            “Sebab hari ni Fakhri dah lapar sangat, dialah kena baca doa. Kan tok wan?” ujar Hariss petah.

            Tanpa menunggu sesaat pun Fakhri sedia mengangkat tangan dan membaca doa sebelum makan. Selesai mengaminkan doa, mereka semua makan dengan penuh berselera.

PANGGILAN telefon daripada ibunya pagi tadi menghilangkan mood Junaidi hari ini. Mujur sahaja hari ini hari minggu. Ibunya memintanya pulang ke Alor Setar untuk berbincang tentang calon isterinya. ‘Kenapalah ibu ni suka sangat paksa aku kahwin. Aduh. Nampaknya aku dah takde pilihan selain Mahirah anak kawan ibu. Huh! Lantaklah. Balik dulu, nanti adalah alasan aku nak bagi. Tapi, kali ni memang aku kena mintak bantuan Alif dengan Hanif. Kalau tak confirm lebur rancangan aku kali ni.’

            Junaidi bangun malas mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Hanif yang sedang membancuh air di dapur tidak ditegurnya. Moodnya memang betul-betul diterbangkan taufan katerina pagi tadi.

            Selesai mandi, dia mengenakan sehelai t-shirt hitam dan berseluar track. Dia segera mendapatkan Hanif di ruang tamu. Sebelum itu, dia ke dapur membancuh secawan milo panas. Dengan perlahan air yang masih suam itu disisipnya sedikit. Esok dia mahu bertolak ke Alor Setar. Memang dia tidak berniat untuk bermalam di sana. Beberapa kali Junaidi melepaskan keluhannya.

            “Kau dah kenapa Eddy? Sejak kau duduk sini, dah dekat sepuluh kali kau mengeluh. Kau ada problem ke? Story la kat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau ke.” biskut marie disuap ke mulutnya.

            “Apa lagi masalah aku kalau bukan pasal calon isteri Hanif. Aku buntu dah ni. Aku memang dah berserah kali ni. Memang aku ikut bulat-bulat cadangan ibu aku kali ni. Cinta kan boleh dipupuk selepas kahwin. Mungkin ni saja cara untuk aku settlekan masalah ni. Mungkin Mahirah memang jodoh yang ditetapkan Allah kepada aku.” penuh emosi Junaidi berbicara. Selebihnya dia tidak bersemangat apabila kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya.

            “Macam ni. Apa kata kita minta tolong dengan Alif. Mungkin dia ada cadangan untuk masalah kau ni. Aku memang fail lah bab ni. Ni bukan standard aku.” Hanif cuba bergurau. Namun, Junaidi hanya mampu mempamerkan senyuman yang bukan seikhlas hatinya. Separuh jiwanya pasrah, separuh lagi bersemangat mahu menentang cadangan ibunya.

            Telefon bimbitnya dicapai, lantas nama Alif Farhan menjadi sasarannya. “Helo Alif, kau kat mana?”

            “Aku kat Queensbay. Saja keluar jalan-jalan dengan Mimah. Kenapa?”

            “Kau tunggu aku kat situ. About 15 to 20 minutes I will be there with Hanif. Aku ada benda nak minta tolong kau ni.”

            “Oh, okay. Aku tunggu.”

            Selesai menetapkan tempat janji temunya dengan Alif Farhan, Junaidi dan Hanif segera bertolak ke Queensbay menaiki kereta Junaidi. Dalam hati Junaidi berdoa moga-moga Alif Farhan ada rencana yang lebih baik darinya. 


*************
Okeh . .  Agak2 korang, adakah Junaidi dapat melepaskan diri dari cadangan ibunya yang mahu menyatukan dia dengan gadis pilihan ibunya atau, dia mendapat cara lain untuk mengelakkan diri dari dijodohkan dengan gadis yang tidak langsung dikenalinya . 
Kalau nak tau . .  
Tunggu sambungan cerita merapu neh lagi okehh . . .
Daa . .