Assalamualaikum
Salam sejahtera . .
Wahai blog aku yang cantik . . ekeke . .
Alahai . . Lama gilos x hapdett . .
Sebelum tu jum la baca part 18 kat SINI ! SINI ! SINI!
weee . . pastu meh sambung kat sini . . .
************
KEHADIRAN Hamimah sebagai
penghuni baru di rumah itu menceriakan lagi suasana rumah itu. Ramai
kenalan-kenalan dan sanak saudara yang datang mahu meraikan bakal raja
sehari yang sama cantik sama padan itu. Akhirnya berkahwin juga Alif Farhan
dengan Hamimah. Seisi keluarga menerima kehadiran Hamimah ke dalam keluarga itu
dengan tangan yang terbuka. Pastilah Maisarah yang paling gembira. Sudah lama
dia menantikan detik ini. Detik penyatuan hati abangnya dengan si gadis yang
memegang kunci hati abangnya.
Junaidi
segera melangkah kaki ke arah pintu masuk. Mahu mencari Alif Farhan. Mustahil
dia tidak menghadiri kenduri teman baiknya sendiri. Sedang matanya meliar
mencari kelibat Alif Farhan yang barangkali sudah lama menunggunya di situ, dia
terlanggar seorang gadis yang sedang membawa jag air. Tidak semena-mena Junaidi
disiram dengan air sirap. Basah baju melayu merah hati yang dipakainya.
“Alamak.
Maafkan saya. Saya tak nampak awak tadi,” dengan rasa bersalah gadis itu
meminta maaf kepada Junaidi. Junaidi terpana melihat seraut wajah yang ayu
berselendang putih bercorak bunga-bunga kecil merah. Lama Junaidi memerhati
segenap wajah itu. Serasa dia pernah melihatnya beberapa kali sebelum ke sini.
Dengan
tindakan refleks gadis itu serta merta mencapai tuala kecil yang tersangkut di
kerusi berdekatan lantas cuba mengeringkan baju Junaidi yang sudah lencun
dengan air sirap. Junaidi hanya membiarkan perbuatan gadis itu.
‘Bukankah
dia gadis yang aku jumpa masa kat pejabat Hanif hari tu. Maknanya instict aku memang betullah. Fuh! Kuat
jugak naluri aku. Makin selalu aku jumpa si dia ni, makin cantik aku tengok
dia. Ada iras-iras Alif sikit. Tapi, nama dia apa? Takkan nak tanya kot? Eii,
malulah. Cantiknya dia. Muka dia time
gelabah lagi cute. Aku . . .’
Alif
Farhan yang baru muncul dari dapur terkejut melihat Junaidi dalam keadaan basah
lencun. “Eddy, Mai kenapa ni? Apasal kau basah ni Eddy?”
Terhenti
perbuatan si gadis. Junaidi tersentak lalu menarik muka tidak puas hatinya.
“Ada orang tu bawa air tak tengok orang. Aku yang handsome ni pun dia tak
nampak.”
‘Ya
ampun. Mamat ni perasan pulak.’ Gumam Maisarah dalam hati. “Hei. Orang dah
minta maaf lah.” Maisarah melemparkan jelingan tajam kepada Junaidi seraya
tuala yang dipegangnya untuk mengelap tumpahan air di baju Junaidi. “Nah! Ambil
kain tuala ni, lap sendiri. Buang masa saja melayan mamat perasan segak macam
awak ni. Saya nak pergi layan kawan-kawan saya lagi bagus.”
“Hei,
cik adik minah senget. Lain kali jalan tu pakai mata sama. Tengok kiri kanan
depan belakang. Jangan main redah saja. Menyusahkan orang betul. Dah la tak ada
baju ganti. Sengal betul.” Junaidi melontarkan kata-kata tidak puas hatinya.
Merah padam muka Maisarah menahan geram. Rasa mahu dipotong halus mulut Junaidi
yang tiada insurans itu. Biar tidak boleh bercakap terus, boleh cakap pun tahu
nak menyakitkan hati orang. Tanpa membuang masa, Maisarah terus ke dapur semula
mengisi jag air yang telah kosong isinya kerana tertumpah tadi.
Mata
Junaidi tidak lepas memandang Maisarah. Alif Farhan yang melihat dapat
merasakan yang sebenarnya Junaidi ada meminati adiknya. Tapi, tunggulah, bukti
belum kuat. “Eddy, jomlah naik bilik aku. Aku ada sepasang baju lagi warna yang
semacam dengan baju kau ni. Bolehlah kau tukar. Nasib baik saiz kau sama dengan
saiz aku. Tak adalah susah payah nak cari baju ganti.”
“Fuh,
nasib baik kau ada. Kalau tak, baju basah ni la teman aku kat sini. Kau lain
kali tunggulah aku kat luar. Takde lah susah aku nak cari kau.”
“Hah.
Sudah. Sudah. Kalau kau nak berleter kau duduk sini sorang-sorang. Aku nak naik
bersiap ni. Hamimah tengah tunggu kat atas tu.” ujar Alif Farhan sambil
melangkah ke arah tangga. Dia mahu lekas bersiap. Junaidi tanpa menunggu sesaat
pun sudah pun berada di belakang Alif Farhan, membontoti langkah temannya naik
ke atas. Baju yang basah harus segera ditukar.
ALIF Farhan melangkah penuh gaya
bersama Hamimah yang cantik berpakaian baju kurung moden berwarna merah hati
dan bertudung putih mutiara dihiasi kain lace merah hati yang berjurai ke
belakang. Tema di rumah Alif hari ini ialah merah hati dan putih. Alif Farhan
kelihatan begitu segak dengan baju melayu rona merah hati dan putih yang
lengkap bersampin songket putih bercorak merah hati dan hitam.
Ramai
tetamu teruja melihat pasangan raja sehari yang kelihatan sama cantik sama
padan bagai pinang dibelah dua. Junaidi yang menjadi pengapit Alif Farhan turut
merasa teruja melihat rakannya bergaya raja sehari pada majlis penuh bermakna
hari ini. Junaidi turut bergaya dengan baju melayu teluk belanga berwarna putih
susu.
Mata
Junaidi terpandang akan seorang gadis. Siapa lagi kalau bukan Maisarah. Sedar
kini dia turut menjadi perhatian tetamu yang hadir, dia mengikhlaskan diri
untuk senyum. Raut Maisarah yang lembut seringkali membawa Junaidi singgah ke
dunia khayalan ciptaannya sendiri. Hilang wajah bekas tunangannya, Zafirah yang
kini mungkin sudah sah bergelar isteri kepada Asyraf. Dalam hati dia berazam
mahu memiliki Maisarah. Ah, tapi itu tidak mungkin akan terjadi kerana Maisarah
mungkin sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Paling tidak, mungkin ada
sudah merisik-risik. Tapi, kalau belum berpunya itu satu peluang yang tidak
akan dilepaskannya. “Ini kena minta bantuan ‘wonderpets’ tolong adjustkan kat aku,” tanpa sedar ayat itu
terkeluar dari mulut Junaidi. Mujur perlahan sahaja bunyinya tidak didengari
oleh sesiapa di situ dek muzik yang dimainkan DJ yang sangat kuat. Junaidi
kembali menyuapkan nasi ke mulutnya.
************
Hurmm . .
Macam makin boring kan jalan cerita neh kan . . .
Neh percubaan pertama menukilankan cerita bersiri macam neh . . .
Nak test bakat ja . . Haha . .
Kalau ada kelemahan sikit2 tu maaf lah yee . .
Saya budak baru belajar ^^
Kalau salah tolong tunjukkan kepada saya jalannya . . .
Semoga jumpa lagi di entri laen, Daa . .