Friday 20 April 2012

AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 5

Assalamualaikum .

f.o.a . .  tanx kpada oqg yg tgh menatap blog neh kat skrin masing2 . 
x sangka masih ad yg sudi menyokong aku . 
Terharu sat . . ='( 
Oke . oke . oke . oke .
Enough . 
Masuk blog aku mana bule sedih . 
Tak gagah la . Gegeh ada la . 
Hahahahahaha . 
Dah2 . Stg aku start meqapu , ada yang meliuk lentok macam pokok nyok pulak kan . 
Oke , jum continue story meqapu kita . .
Take time to read oke . ^^ Chill .

*************
JUNAIDI asyik melayani anak saudaranya yang berumur lima tahun itu . Fatiha Afifah . Sengaja dia membawa diri ke rumah kakaknya Julia . Cuma dengan kakaknya yang itu tempat dia berkongsi segala cerita . Dari kecil hingga sekarang . Memang mereka berdua sangat rapat . Segala rahsia Junaidi adalah rahsia Julia dan sebaliknya .

“ Eddy , mari minum ni . Akak dah siapkan ni .”

Junaidi mengatur langkah ke arah taman mini milik Julia sambil mendukung Fatiha . Fatiha memang manja dengan Junaidi . Junaidi pula pandai melayan Fatiha menyebabkan Fatiha rapat dengan Junaidi .

“ Kak , abang Khai mana ? Dari tadi Eddy tak nampak-nampak pun .”

“ Abang kau , kejap lagi balik la . Hari ni dia ada meeting penting .”
                
Seketika kemudian , terdengar laungan salam dari luar . Khairul mengatur langkah ke arah Julia dan Junaidi . “ Eh , Eddy . Dah lama sampai ke ? Abang tak perasan pulak kereta kamu kat depan tu .”
                
“ Tak de la lama bang . Baru je sampai .” Jawab Junaidi sambil menghadiahkan senyuman buat abang iparnya .
                
“ Tak pe la . Eddy duduk la dulu . Abang nak naik mandi . Naik melekit satu badan ni . Jue , abang naik mandi dulu ya . “
                
Khairul seraya berlalu ke dalam rumah semula dan memanjat anak tangga untuk ke biliknya di tingkat atas .
                
“ Eddy . Akak dengar Eddy nak putus tunang dengan Zafirah . Betul ke ?” Julia memulakan perbualan . Melihat air muka adiknya keruh dia sudah dapat mengagak . Malah , dia telah mendengar berita yang mengejutkan dirinya itu daripada ibunya cuma tidak mengetahui puncanya . Dia bertanya hanya untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan dari apa yang didengarinya .
                
“ Ya , Kak Ju . Eddy yang minta putus . Tapi please kak . Kak Ju kena janji . Kalau Eddy cerita pasal benda ni dekat Kak Ju , akak tak kan bagitau kat siapa pun termasuk abang Khai .”
                
“ Ya lah . Eddy ni . Macam tak biasa pulak la . Cuba cerita kat akak . Apa yang dah jadi sebenarnya ni . Sampai nak putus tunang ni .”
                
Junaidi menceritakan kepada kakaknya satu persatu . Dari peristiwa dia tidak bercakap dengan Ilham hingga peristiwa  malam yang dia memutuskan pertunangannya dengan Zafirah . Terangguk-angguk Julia mendengar cerita Junaidi . Sesekali air mukanya berubah . Sesekali kedengaran gelak tawa mereka memecah ruang . Fatiha yang terlena di pangkuan Junaidi terjaga sebaik sahaja Khairul menjengah mereka di situ .
                
“ Apa yang dibualkan dua beradik ni . Macam best je . Abang join sekali boleh ?”
                
“ Alah abang . Bual kosong je . Ada pulak Eddy ni nak suruh Jue reka pakaian pengantin untuk dia nanti .” Julia memesongkan cerita .
                
“ Oh ya Eddy . Terlanjur kamu kat sini , would you have your dinner here ? Abang pun dah lama tak berbual dengan Eddy .”
                
“ Sure . Lagipun esok cuti lagi .”
               
“ Kalau macam tu , abang duduklah berbual dengan Eddy dulu . Jue nak ke dapur . Nak tolong Mak Tun  masak . Fatiha duduk dengan papa ya sayang . Mama nak ke dapur ni .”
                
“ Tiha nak duduk dengan pak lang Eddy la . Papa tak handsome . Pak lang Eddy handsome . Mama cook , Tiha eat okey ?” petah Fatiha berkata-kata .
                
Mereka bertiga ketawa serentak mendengar kepetahan budak berusia lima tahun itu bercakap . Fasih pula bahasa Inggeris dia . Pandai kakak dan abangnya mendidik Fatiha . Diasuh Fatiha supaya bercakap dengan dua bahasa . 

“ WAH . Asam pedas ikan tenggiri . Patutlah masa berbual dengan Abang Khai tadi asyik tercium bau asam pedas je . Rupanya akak yang masak ya . Ni yang buat Eddy nak makan banyak-banyak ni .” Junaidi mengambil tempat duduk di sebelah Fatiha .
                
“ Alah . Bukannya Eddy selalu nak makan kat sini . Sekali sekala datang sini makan la lebih sikit .  Awak tu pun duk rumah bujang mana ada orang nak masak kt awak macam ni punya sedap .” Khairul berkata sambil mempersilakan Junaidi makan .
                
“ Yalah Eddy . Makan je . Bukan nak luak beras kat rumah abang awak ni . Lagipun Kak Ju memang tahu sangat dah selera Eddy bertambah  kalau ada asam pedas kan ?”
                
“ Iyalah kak , abang . Lepas ni Eddy boleh lah selalu-selalu makan kat sini kan ?” Junaidi makan dengan berselera sekali . Sesekali dia melayan keletah Fatiha yang tidak tahan pedas . Maklumlah budak kecil lagi .
                
“ Tu lah kau . Orang suruh kahwin awal-awal tak nak . Nak jugak tunggu si Zafirah tu . Last-last dia tinggalkan kau . Kan dah masuk angin keluar asap .” Julia sengaja mengusik Junaidi .
                
“ Alah kak . Nak buat macam mana . Dah takdir . Terima ajelah . Eddy pun muda lagi kot .”
                
“ Banyak la kau punya muda . Abang pun kahwin umur 25 . Yang kau ni . Dah umur 28 tahun pun tak kahwin-kahwin lagi .”
                
“ Alah . Abang dengan akak dah lama kenal . Masa zaman universiti lagi . Eddy ni tak de masa nak fikir pasal benda-benda ni zaman universiti dulu . Sibuk memanjang .”
                
Perkenalan Julia dan Khairul sejak sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia beberapa tahun dahulu berakhir di jinjang pelamin dan dikurniakan seorang puteri setelah hampir setahun usia perkahwinan mereka . Kini mereka sekeluarga berbahagia dengan kehidupan mereka .
                
Sesekali Junaidi berasa iri hati melihat kebahagian kakaknya itu . Abang sulungnya , Johari juga telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya . Tetapi abangnya berkahwin semasa masih belajar di Jordan . Apabila pulang ke tanah air pasangan itu telah memiliki dua orang cahaya mata . Kadang-kala dia berasa teringin memiliki isteri yang solehah dan anak-anak yang comel , sebuah keluarga yang bahagia dan dilimpahi kasih sayang seperti keluarganya  . Sungguh dia begitu menginginkan saat begitu .
                
Junaidi pernah mengenali ramai wanita . Tapi tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan salah seorang daripada mereka . Tidak ada seorang pun yang berjaya menarik perhatiannya . Semua yang dikenalinya hanya layak dibuat kawan dan teman berhibur . Cuma Zafirah seorang sahaja yang mampu mengusik hati lelakinya . Dia sendiri tidak menjangkakan begini akhirnya cinta antara dia dan Zafirah . Akhirnya dia pasrah dan akur .
                
Bermula malam itu dia berjanji pada dirinya akan menutup pintu hatinya kepada setiap wanita . Kunci hatinya daripada kehadiran seorang wanita . Dia sudah tawar hati . Zafirah ialah cinta pertamanya . Namun , gadis itu telah mempunyai pilihan hatinya . Siapa dia ingin menghalang Zafirah memilih Asyraf .
                
Setelah berpamitan dengan Julia dan Khairul , Junaidi meminta diri untuk pulang kerana hari sudah jauh malam . Khairul mempelawa Junaidi untuk tidur di rumahnya . Namun ditolak oleh Junaidi dengan alasan tidak mahu meninggalkan Hanif sendirian .
                
Honda Accord berwarna merah hati kepunyaan Junaidi bergerak laju membelah malam . Sesampainya di rumah dilihatnya rumah itu sudah gelap menandakan Hanif sudah lena dibuai mimpi  . Hanya lampu luar dipasang . Dia segera mengatur langkah ke biliknya . Setelah membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak dia merebah tubuh sasanya atas katil dan terus melelapkan mata . 

****************
amacam ? 
bole tahan x sambungan untuk entry sambungan neh ? 
klaw na komen pape just IM ja Mira kat FB Mira oke . 
tanx a lot sebab menyokong . 
Tata ^^