Saturday 21 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 6

Assalamualaikum . 
Haa .  hari neh da msuk PART 6 da aq post ceta meqapu neh . 
Semput la jugak na caqi idea untuk ceapkan CERPU tersebut . 
Bagi aq , cerpu kali neh agak mencabar dari cerpen sastera yg aq penah tulih before neh . 
Sebab neh first time aq tulih cerita yg melibatkan hal2 cintan cintun . . .
hahaha . yg sebelum neh bnyk bertema pasal isu dunia .  
oke la .  jum baca apa yg jadi seterusnya .
chill . . . ^^

*****************
MAISARAH memandang sepi bingkai gambar yang tergantung di dinding biliknya . Tangannya mendakap erat teddy bear kesayangannya . ‘Malam-malam macam ni teringat pulak kat abang . Macam mana la dia kat sana . Lama jugak aku tak contact dia . Agaknya abang online tak malam ni ?’
                
Maisarah mencapai komputer ribanya yang berada di atas meja kerjanya . Dahulu itulah tempat dia mengulang kaji pelajaran . Kini , meja itu telah menjadi meja kerjanya . Jari-jarinya menari-nari di papan kekunci komputernya . Setelah mendaftar masuk akaun facebook yang telah lama ditinggalkannya itu , dia segera menggerakkan pointer mouse ke arah nama abangnya . Alif Farhan . Bibirnya menguntum senyum apabila mendapati abang tunggalnya itu berada di talian facebook .
                
Segera dia menaip kata-kata sapaan kepada Alif Farhan . Beberapa saat kemudian Alif Farhan membalas mesej adiknya itu .
                
>Abg , online lah skype . Adik dah lama x dgar suara abg .
                
< Okay . Kejap lagi abg call adik ya . Tgu kjp .
               
Isyarat mesej di tetingkap akaun Skype Maisarah berkelip-kelip menandakan ada panggilan . Tanpa lengah Maisarah menggerakkan pointer mouse ke arah satu butang untuk menghubungkan dirinya dengan abangnya .
                
“Assalamualaikum adik . Adik sihat ?” Alif Farhan memulakan perbualan .
                
“Waalaikumusalam . Abang ! Adik sihat . Family pun sihat . Abang ?” Maisarah sedikit terjerit kerana terlalu teruja boleh berkomunikasi dengan abangnya yang jauh di mata itu . Teknologi terkini memungkinkan segala-galanya .
                
“Abang sihat . Adik , abang rindu sangat nak jumpa adik . Tak puaslah cakap dengan adik dalam talian macam ni .”
                
“Kalau macam tu , abang baliklah . Kami kat sini semua rindukan abang tau . Bila abang nak balik ? Dah lima tahun abang kat sana . Kak Mira pun dah ada anak . Siap pakej dua orang lagi . Seorang lelaki , seorang perempuan . Kak Nina pun . Tapi Kak Nina baru ada seorang saja .”
                
“Wah ! Macam meriah kat Malaysia . Ni yang abang tak sabar-sabar nak balik Malaysia ni . Dua bulan dari sekarang abang baru boleh balik . Abang kena siapkan tugasan akhir sebelum boleh minta transfer ke Malaysia balik . Tak sangka ya . Dalam masa lima tahun , abang dah ada tiga orang anak saudara . Tak sabarnya nak jumpa mereka semua .” Alif Farhan berasa sungguh teruja . Semasa dia berangkat ke Ireland , adiknya Mia Amira baru beberapa bulan melangsungkan perkahwinan dengan Hazwan . Manakala Mia Azlina , adiknya yang kedua berkahwin dengan Firdaus setahun selepas dia bekerja di sana . Sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan melihat adik keduanya itu bersanding .
                
“Haa abang tu . Bila nak kahwin ? Asyik seronok tengok Kak Mira dan Kak Nina happy . Abang tak teringin ke nak kahwin ? Abang dah 28 tahun tau . Makin lama , makin tua . Kawan-kawan abang yang lain dah sibuk jaga baby . Abang masih kat Ireland dengan stetoskop .” Maisarah mengusik abangnya . Bukannya dia tidak tahu mengapa sampai ke hari ini Alif Farhan tidak mendirikan rumahnya .
                
“Alahai adik abang sorang ni . Berapa kali abang nak cakap ? Macam la baru semalam adik kenal abang . Yang adik tu sibuk-sibuk tanya hal abang , adik macam mana ? Dah jumpa prince charming ke ? Atau nak abang carikan mat salih kat Ireland ni bawa balik Malaysia bagi kahwin dengan adik ?” Alif Farhan mengekek ketawa .
                
“Ya tak ya kan ? Boleh jugak . Abang tolong carikan laki mat salih yang handsome kat sana then bawak balik Malaysia .”
                
“Ya lah tu . Merapu je kerja dia kan . Dari kecil sampai dah besar panjang ni tu la kerja dia . Merapu . Adik ni terlebih dos kot ?” Meletus lagi ketawa Alif Farhan . Seronok mengusik adik bongsunya yang manja tu .
                
“Abang ni . Abang yang start dulu . Salah adik pulak . Dah la . Adik dah merajuk .” Maisarah menarik muka masam berharap benar abangnya akan memujuk .
                
“Alahai adik abang ni . Abang tak boleh nak pujuk la dik . Abang dapat call emergency dari hospital tadi . Ok dik . Abang kena pergi dulu ni . Nanti sampaikan salam abang kat family kita . Pastu kirim peluk cium abang kat tiga orang anak buah abang tu .”
                
“Ya lah . Tak jadi nak merajuklah .  Ok abang . Nanti adik sampaikan . Nanti abang nak balik sini , abang call kitorang ok . Boleh kitorang semua jemput abang kat airport .”
                
Setelah masing-masing mengucapkan salam , talian diputuskan . Komputer ribanya diletakkan kembali di atas meja kerjanya . Teddy bear masih dalam pelukannya . Dia menarik selimut membaluti dirinya yang kedinginan itu . Dia berasa puas dapat berbual dengan abang kesayangannya . Fikirannya melayang jauh mengenangkan zaman kecil mereka .
                
Alif Farhan seorang abang yang sangat bertanggungjawab . Dia akan melindungi adik-adiknya dari diganggu budak-budak nakal di sekolah atau di mana sahaja . Dia tidak akan membenarkan sembarangan orang mendekati adik-adiknya . Dia terlalu menyayang adik-adiknya . Tambahan pula , dia merupakan anak sulung lelaki dalam keluarganya . Oleh sebab itu , dia berasa terpanggil untuk sentiasa menjaga adik-adiknya walau di mana dia berada . Walaupun masing-masing telah meningkat remaja namun hubungan mereka tidak pernah renggang .
                
Maisarah merenung lagi bingkai gambar di dinding itu hingga tidak sedar bila dia terlena dibuai mimpi .

MAISARAH terjaga dari tidur setelah mendengar azan subuh yang dilaungkan pagi itu .  Hari ini hari persaraan Puan Ariana . Selepas mandi dan bersolat Subuh dia termenung di hadapan almari pakaiannya .
                
‘Ish . Baju apa yang aku nak pakai ni ?’
                
Memang koleksi pakaiannya terlalu banyak . Akhirnya dia mencapai sepasang baju kurung berwarna merah hati berbunga putih dan dipadankan dengan sehelai selendang berwarna putih mutiara . Dia menyapu sedikit bedak di mukanya , lipstik merah jambu dicalit nipis . Cukup . Gaya penampilannya yang ringkas itu sudah mampu mencairkan hati setiap jejaka yang memandangnya . Dia membetulkan kedudukan selendangnya dan menyembur minyak wangi kegemarannya , Calvin Klein Eternity .
                
Dia mencapai beg tangan dan beg kerjanya di atas meja dan berlalu ke ruang makan . Bau bihun goreng menyapa hidungnya . Seperti biasa , dia mengambil tempat di sebelah mamanya .
                
“ Hai , Mai . Awal pergi kerja hari ni .” Tegur Mia Azlina memulakan perbualan .
                
“ Kena awallah Kak Nina . Hari ni ada majlis persaraan Puan Ariana , bos Mai . Tu yang kena pergi awal sikit . Nak buat preparation sikit-sikit .”
                
“ Oh , bos Mai dah bersara . Jadi , siapa yang gantikan tempat Puan Ariana ?” Hazwan pula bersuara .
                
“ Entahlah abang . Mai pun tak tahu siapa .” Maisarah tersngih-sengih . “ Mama , abah , minggu depan Mai ingat nak buat kenduri doa selamat sikit la . Boleh tak ?”
                
“ Eh , boleh saja . Nak buat bila ? Nanti boleh kita jemput kawan-kawan datang sekali . Mama pun dah lama tak berkumpul dengan kawan-kawan mama .”
                
“ Ya tak ya jugak . Abah pun dah lama tak jumpa besan abah . Maklumlah sejak dua menjak ni asyik sibuk aje kat klinik tu . Banyak sangat pesakit setiap hari . Si Alif tu pulak macam dah hadi warganegara kat Ireland .”
                
Maisarah tersenyum apabila abahnya merungut tentang abangnya yang seorang itu . “ Abah , semalam Mai ada contact abang . Abang cakap lagi dua bulan dia balik la . Dia kena siapkan kerja kat sana dulu sebelum balik Malaysia .”
                
“ Haa . Kalau macam tu , apa kata kita buat kenduri tu masa abang balik sini ?” Mia Amira tidak mahu terlepas peluang menyuarakan cadangan .
                
Untunglah semua bersetuju dengan cadangan Mia Amira . Selesai bersarapan , masing-masing berpamitan untuk ke tempat kerja .

*****************
kalau ada error pape inbox kat FB aq ok .
just this for today .
tata ^^