Tuesday 26 June 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 14

Assalamualaikum . . 
Anneyong Haseyo .  Ahlan Wasahlan . .
Haa . . 
Jangan letih buka blog aku . 
Hari ni aku tak de keja nak bwt . . Duk kat ICU pun bole ja na online . 
Tapi , td line lembab cap siput . .
Jadi , aku x bule la menaip kat blog neh . .
Now , aq dah ada kat umah , internet digunakan seluas-luasnya . . 
>luas la sangat . Update blog . Pastu offline tquih.< 
Oke , mesti hampa x qasa pape kan bila nmpk perkataan ICU kat entry neh . . 
Tapi , ICU telah menginsafkan diri aku buat seketika . 
Nak tau paseipa ? 
Sebelum tu jum kita baca sambungan cerita Junaidi nan Maisarah dulu . .
>bangga senior n junior aq sbb aq bwt karya guna nma depa<
Konpem baca sambil duk senyum2 . .  Haha . Terbaek . .  ! Peace yaw ! 

**************
“ HANIF ! Kau dah siap ke belum ?” Junaidi melaung nama sahabatnya . Lantang suaranya .
                Hari minggu begini dia dan Hanif sering menghabiskan masa dengan beriadah di sekitar taman rekreasi berdekatan rumahnya . Tetapi hari ini bukan mereka berdua sahaja yang beriadah di situ . Junaidi turut mempelawa Alif Farhan untuk menyertai mereka . Alif Farhan yang senang dengan pelawaan itu dengan gembira menyatakan persetujuannya untuk meluangkan masa bersama rakannya itu .
                Banyak yang ingin diceritakan kepada Junaidi . Banyak juga yang ingin ditanyakan . Alif Farhan turut mengenali rakan serumah Junaidi iaitu Hanif . Sebelum dia meninggalkan bumi Malaysia , mereka sering bersua . Mana tidaknya . Di mana Junaidi ada , di situlah Hanif ada . Dah macam belangkas . Cuma waktu kerja yang memisahkan mereka .
                Hanif menuruni tangga sambil tersengih-sengih kepada Junaidi yang setia menantinya di ruang tamu . “ Sorry , lambat sikit . Aku cari handphone aku tak jumpa . Ni baru jumpa .”
                “ Kau lah Hanif . Kalau bersiap macam perempuan . Sabar je la aku dapat housemate macam ni .”
                “ Ek eleh . Sorry la . Jom kita . Entah-entah si Alif tu dah sampai . Tunggu kau habis membebel kalah nenek aku kat kampung .” terkekek-kekek Hanif ketawa .
                Junaidi tarik muka empat belas . ‘Ada pulak dia samakan aku dengan nenek dia kat kampung . Hey kawan ! Ini Junaidi la . Jejaka idaman wanita melayu akhir zaman tau .’
                Mereka beriringan berjalan ke taman rekreasi . Sengaja tidak mahu menaiki kereta . Jarak taman rekreasi itu dengan taman perumahan mereka dekat sahaja . Lebih kurang sepuluh minit berjalan . Membazir minyak petrl sahaja kalau dekat-dekat macam itu nak naik kereta .
                Sesampainya mereka di taman rekreasi itu , mata Junaidi melilau mencari kelibat Alif Farhan . Bibirnya mengukir senyum apabila dia melihat susuk tubuh rakannya sedang duduk di sebuah kerusi di taman itu . Timbul satu idea jahat dalam kepalanya . Hanif yang seakan mengerti isyarat Junaidi serta merta mengangguk-angguk .
                “ Abang . Termenung apa tu bang ? Teringat Hamimah ya bang ?” Junaidi menpuk perlahan bahu Alif Farhan sambil mengecilkan suaranya . Dah macam ala-ala suara Aziz Satar dalam filem Seniman Bujang Lapok .
                Goal ! Mengena . Terbangun Alif Farhan dek terkejut dengan perbuatan Junaidi . Hanif , awal-awal lagi menghamburkan tawanya . Sungguh tidak dapat ditahan tawanya . Tambahan pula tatkala melihat wajah Alif Farhan yang cuak macam ternampak pontianak harum sundal malam . Tanpa menunggu sesaat pun Junaidi turut menyertai Hanif . Sudah lama dia tidak mengenakan rakannya itu . Jadi , peluang yang ada tidak disia-siakan .
                “ Ek eleh . Korang ni . Aku baling kasut aku ni baru tau . Mahal ni . Ireland mari tau .” ujar Alif Farhan sambil menunjuk-nunjuk kasut sukannya itu .
                “ Relaks la brader . Tu baru sikit . Kitorang panggil dekat nak keluar anak tekak kau tak bagi respon . Tu pasal la kitorang buat macam tu . Tak sangka . You’re still the same Alif . Nampaknya kau masih Alif Farhan yang lama . Terbaik.” Juanidi mengangkat kedua-dua ibu jarinya menandakan isyarat thumbs up . Nak juga dia guna tagline Boboi Boy .
                “ Ya lah tu . Jom lah start . Tengah hari ni aku nak kena ambil abah dengan adik aku kat klinik . Abah aku tu dah boleh balik Ilham cakap .”
                “ Adik kau yang hari tu ka ?” Junaidi bertanya penuh keterujaan .
                “ Taklah . Ni adik aku Mira . Kereta dia , suami dia guna pergi outstation . Macam la kau tak kenal dengan si Mira tu . Mana la dia berani drive 4x4 suami dia . Penakut .” kata Alif Farhan sambil ketawa .
                “ Eh Alif . Hamimah apa cerita ? Kau tak pergi jumpa dia ke ?” Hanif sengaja menyampuk .
                “ Untunglah kau boleh tackle si Hamimah tu . Bukan senang tau nak dapat dia .” Junaidi menambah .
                “ Kau sebut baru aku teringat . Aku baru nak tanya pasal dia kat kau . Ya lah , selama aku kat Ireland , korang berdua yang aku harap suruh tengok-tengokkan dia . Aku ingat nak jumpa dia hari tu . Tapi , kau tahu je lah kan . Tiba-tiba je abah aku kena demam denggi .”
                “ Kau tanya kitorang . Kitorang lagi tak tahu . Dah lama kitorang tak nampak dia . Kenapa kau tak cuba tanya adik kau Mira tu ? Mira tu kan best friend dia . Mungkin adik kau tu ada jawapan .”
                “ Hmmm . Ok lah . Jom jogging . Nanti panas pulak .” Alif Farhan memulakan langkah . Junaidi dan Hanif mengikut . ‘Bukan aku tak mahu tanya Mira . Aku malu . Ego.’ Hati Alif Farhan bermonolog sendiri . 

***************
alamak ! pendek la plak part neh . .  
Boleh la nuhh . .  
Oke . .  awalan tadi aku kata ICU telah menginsafkan aku bwt seketika . Kenapa ek ? 
>tudienn . .  dia mula nak merapu dahh . Sapa x mau baca klik pangkah laju2 nah . TQ<
Oke , bila masuk ja wad ICU tadi , hati aku tersentuh sangat orang-orang kat situ . 
Tidur depa senyap ja . Tak terganggu . Sunyi . Aman . Damai . 
Tapi , depa hanya tidur tanpa boleh melakukan apa-apa pun . 
Tanpa sedar >diluar kesedaran aku<
Air mata aku menitis melihat keadaan mereka .  .
Allah masih memberi peluang kepada mereka untuk hidup walopon mereka x sedar . .
Macam2 mesin bantuan duk kat hujung kepala katil n tepi katil . .
Wayar-wayar tercucuk sana-sini . 
Takut jugak aku tengok . Mungkin sebab tu aku bukan ditakdirkan menjadi seorang DOKTER . 
Walopon hakikatnya , aku suka tolong oqang sakit . 
Masa aku bacakan surah Yassin dengan mak aku dekat tok lang aku yang terlantar kat katil wad ICU tu , aku ternampak setitis mutiara jernih jatuh dari tubir mata tok lang aku . 
Serius aku terasa sedih yang amat sangat . 
Tak terbayang aku kalau Allah takdirkan akulah orang yang terbaring kat katil tu . .
Disebabkan terlalu kesian , aku x boleh tunggu lama . 
Tanpa menunggu sesaat pun , aku terus keluaq dari wad tersebut dan duduk di ruang menunggu . . 
Basah tudung aku dengan air mata . .
Memang la aku pun check in hospital sebab sakit kepala yang amat serius . .
Tapi , yang tu x kritikal sangat sebab aku sedaq . 
Yang dokter plak hari2 mai cucuk aku . . . 
Sakit tau dak ? 

Haa . .  Sudah . . . 
Nasihat aku , kalau hampa suma nak insafkan diri . . 
Mohon rajin-rajinkanlah diri ke wad ICU . . 
Sebab bila ada kat situ baru kita sedaq betapa untungnya kita diberi jasad yang sihat . . 
Tapi , jangan duk masuk ikot suka hati ja . . .
Ingat bwt lawatan sambil berjalan ka ? 
Ada security laa kalau nak masuk . .  = ="
Oke . . 
Aku chow dulu . .  >bukan chow kit<
Ma'asalamah , Ilal liqa' .
Anneyonghi Jumuseyo . . 
Sayonara . Tata . 
Wasalam . .  ^^