Monday 25 June 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 13

Assalamualaikum . . 
hai2 sumer . . . 
oke , ari neh aq nak update ceta meqapu aq yg da berhabuk tuu . . .
Fuh fuh fuh fuhhh . . . >tiup ckiet habuk< 
By the way , sebelum tuu aq nak ucapkan 
HEPI BESDAY  
kat 2 oqang kawan aq yg sambut besday ary neh . . .
Wahahahahaha  .. . da sama tua kan kita . . 
Eh eh . .  Lupa plak nak habaq sapa dia . . 
Oke . 
1- Nur Fariha Hasnim Iskandar Dzulkarnain .
>mboih . x ckup nyawa nak sbut anx wei . haha<
gurau jaa . . 
2 - Muhammad Firdaus Mohd Nasir . .

Oarite2 . .  Jum kita sambung ceta kita  . .
Adehaii . . .  ~~

****************
DOKTOR Ilham memeriksa keadaan Encik Radhiff . Selesai memeriksa , dia mencapai kad laporan di hujung katil dan mencatat sesuatu . Maisarah memerhati wajah Doktor Ilham dengan sepenuh perhatian .
                “ Alhamdulillah . Selama seminggu Encik Radhiff dirawat , keadaannya sudah semakin pulih . Tapi , Encik Radhiff masih perlu ditahan di sini untuk beberapa hari lagi untuk tujuan rawatan susulan . InsyaAllah . Kalau tak ada apa-apa mungkin Encik Radhiff boleh balik rumah dalam masa terdekat ,” panjang lebar Doktor Ilham menerangkan tentang keadaan Encik Radhiff .
                “ Baiklah doktor . Saya faham . Terima kasih ya sebab rawat abah saya .”
                “ Dah jadi tanggungjawab seorang doktor . Mesti merawat pesakit . Lagipun klinik ni kan abah cik punya . Semestinya kami sebagai pekerja nak beri layanan first class kat bos kami  .”
                ‘ Amboi doktor muda ni . Eh ! Kejap . Muda ? Tak lah muda sangat . Nampak macam sebaya saja dengan Abang Alif . Hmmm . Handsome jugak kan doktor-doktor dekat klinik abah ni . Tapi Abang Alif lagi handsome . Alahai . Lupa pulak . Abang Alif memang kerja kat sini . Apa punya adik daa .’
                “ Ok . Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ya cik . Kalau ada apa-apa bagitau saja dekat nurse .” Tersentak Maisarah . Manakan tidak . Ralit memerhati kerja buat Ilham sehingga tidak perasan apa yang diucapkannya tadi .
                “ Errr . Baik . Baiklah . Terima kasih .” Tergagap-gagap Maisarah . Untunglah Ilham tidak perasankannya . Ilham mengangguk dan menghadiahkan senyuman sebelum melangkah keluar dari bilik Encik Radhiff ditempatkan .
“ HEI bro . Lama tak jumpa . Mana kau hilang hah ? Ni bakal isteri ?” Junaidi menegur Alif Farhan yang sedang makan tengah hari bersama Maisarah .
                ‘ Macam pernah jumpa mamat ni . Kat mana ya ? Salah orang kot ? Tak macam sama pun .’ Maisarah bermonolog dalam hati .
                “ Eddy ! Ya la kan . Lama gila tak jumpa kau . Still the same ya . Banyak la kau punya bakal isteri . Ni adik aku yang last sekali . Memang kau tak pernah jumpa dia .”
                Maisarah memberikan sebaris senyumannya kepada Junaidi .
                ‘ Fulamak . Gila cun adik kau Alif . Terbaik dari ladang . Like brother , like younger sister . Ceh ! Apa punya idiom kau guna ni Eddy ? Kesian kat cikgu English kau dulu . Mesti dia kecewa dengan kau sebab menukar ganti idiom yang sedia ada . Ah ! Aku peduli apa . Seriously , cantik , menarik , tertarik . Oops , terlebih sudah .’
                “ Oi , tengok adik aku macam nak makan . Kau lapar pergi la order . Tak payah nak tengok sangat adik aku tu . Aku tau la dia cun  pun kan . Well , tengoklah siapa abang dia .” Alif Farhan mempamerkan senyum bangga penuh gaya .
                “ Oh , adik . Aku ingat bakal isteri tadi . Baru teringat nak makan nasi minyak kau ,” tersengih-sengih Junaidi menyakat Alif Farhan .
                “ Amboi kau . Aku masuk kerja dah tiga hari , baru hari ni aku nampak kau kat klinik ni . Mana kau pergi ? Kau ponteng kerja pergi dating dengan Zafirah ke ?”
                “ Kau nak tahu cerita ka ? Panjang cerita dia Alif . Susah aku nak cut bagi pendek . Kalau cut cerita kau takkan faham punya la . Aku boleh jamin tu .”
                “ Kalau macam tu , apa kata kau join kitorang makan . Kau pergilah order dulu .”
                Sebaik Junaidi bergerak ke kaunter pesanan Maisarah mengambil tas tangannya kemudian beransur untuk ke bilik Encik Radhiff . Lagipun , kalau nak tunggu abangnya habis berbual , makanya esok sajalah mamanya Puan Munirah makan .
                “ Abang . Mai pergi kat abah dengan mama dulu ya . Mesti mama tengah lapar kan ? Nak tunggu abang sembang dengan kawan abang tu entah bila sudahnya .”
                Alif Farhan mengangguk-angguk macam burung belatuk sahaja gayanya . Beberapa tapak Maisarah melangkah , Junaidi datang mengambil tempat di hadapan Alif Farhan .
                “ Adik kau ke mana ?”
                “ Dia naik bagi makanan kat mama aku .”
                “ Eh ! Mama kau ada sini ke ? Kenapa ?”
                “ Taklah . Abah aku yang stay . Mama aku teman je .”
                “ Hah ? Dr Radhiff ? Sakit apa ? Kenapa aku tak tahu ?”
                Seorang pelayan menghampiri meja mereka dan meletakkan segelas  milo ais di hadapan Junaidi . Setelah pelayan tersebut pergi mereka menayambung perbualan .
                “ Abah kena demam denggi . Macam mana kau nak tahu . Dah berapa hari kau tak masuk klinik . Aku potong gaji kau baru tahu .”
                Junaidi ketawa . “ Rileks la kawan . Ilham tak bagitau kau ke aku cuti ? Ya tak ya . Takkan baru seminggu cuti dah nak potong gaji kot ? Cuti aku bersebab . Sebabnya hal peribadi .”
                “ Ya lah tu . Ya tak ya . Kau cakap kau nak cerita kat aku pasal kau dengan Zafirah . Kenapa dengan korang ? Dah putus tunang ?” terhenti ketawa Junaidi . Dia meneguk sedikit air milonya sebelum mula bercerita tentang dia dan Zafirah . 
                Serius sekali Junaidi bercerita kepada Alif Farhan .  Alif Farhan pula sedari awal mempamerkan riak simpati terhadap rakan baiknya itu . Dia sendiri tidak sepeninggalannya , pertunangan Junaidi dan Zafirah menjadi sejarah dalam lipatan kenangan .  Khusyuk sungguh mereka berdua berbual sehingga tidak menyedari yang masing-masing belum menunaikan perintah yang Esa .
                “ Eh . Lunch hour dah dekat nak habis . Kita belum solat lagi ni .”
                “ Ha’ah . Aku pun ralit dengar cerita kau yang tragis ni . Sabar je la . Mungkin Allah dah tetapkan Fira bukan hak kau . Ada yang lebih baik untuk kau .”
                Sejurus itu , mereka beriringan meninggalkan kedai makan dan terus sahaja ke surau untuk bersolat . Banyak pesakit yang menanti kehadiran doktor .

******************
Oke .  Setakat neh dulu . 
Aq nak lunch dulu . .  Jum sapa mau ikot ?
Tunjuk mata . . 
Hahaa . . 
Tata ^^