Thursday, 20 December 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART20

Assalamualaikum ..  Salam Sejahtera . . 

Oke neh, sambungan lagi . . .
Aku baru boleh upload hari neh . . .
Yelah, hari neh laa nak free ckiet pun . .  Hari neh jugak laa nak merasakan freedom pun . . .
Hari laen sangat busy . . .
Neh entri kedua untuk hari neh . . . 
Belum baca entri sebelum neh ? SILA TEKAN SINI oii . .  
Haha. .  Lepas dah baca situ, baru meh usha sini oke . .  

*************
MAISARAH melipat telekung dan menyangkutnya di sebuah penyidai yang dikhaskan untuk menggantung telekung. Dia melihat jam di tangan. ‘Baru pukul 6.30 pagi.’ Tangannya mencapai novel ‘Cinta Tiga Suku’ karya Herna Diana. Walaupun novel itu sudah tiga kali dibacanya, dia masih sukakan babak yang diciptakan oleh penulis itu. ‘Romantiknya Arie. Kalaulah aku dapat suami macam Arie tu, mesti aku takkan lepas. Tapi, aku tak mahulah yang kerja pilot. Nanti selalu kena tinggal.

Penat membaca, Maisarah melihat keluar tingkap. Dilihatnya Alif Farhan dan Hamimah sedang bersantai di taman orkid mama. ‘Hmm. Dah kahwin pun abang aku sorang tu. Rasa macam baru semalam je abang Alif habis belajar. Tup tup dah kahwin. Nampaknya dalam rumah ni aku sorang je la masih belum berteman. Alahai, cemburunya tengok Kak Mimah dapat Abang Alif.’ Langsir tingkap ditarik.

Maisarah mengatur langkah ke bahagian dapur pula. “Hai, Kak Mira! Awalnya akak bangun. Yang lain mana?”

“Ada. Tapi diorang semua invisible. So, Mai tak boleh nampak diorang lah.” balasa Mia Amira dengan nada gurauan.

“Akak ni! Suka macam ni dengan Mai. Mai nak merajuklah.”

Mia Azlina yang baru menjengah ke dapur terus menyampuk, “Mai, Kak Mira kalau merajuk Abang Wan boleh tolong pujuk. Awak tu merajuk siapa nak pujuk?”

“Alaa. Kak Nina kan ada. Kak Nina pujuklah Mai,” lantas pinggang Mia Azlina dicuit. Maisarah tahu kakaknya seorang itu amat sensitif dan geli jika dicuit di pinggang kemudian tanpa sedar dia akan melatah.

“Oi mak kau pujuk aku pujuk engkau!” Latah Mia Azlina. Dalam keluarga Maisarah hanya Mia Azlina sahaja yang melatah. Entah turun perangai siapalah kakaknya itu. Mungkin juga perangai arwah moyangnya di Kuala Muda. Arwah moyangnya itu dahulunya seorang yang kuat melatah. Pantang terkejut atau dicuit sedikit pasti menjadi-jadi latahnya. Maisarah sudah siap mahu lari marathon. Bimbang kalau Mia Azlina buka langkah mahu mengejarnya. Kalau dapat tangkap dengan Mia Azlina, pasti lebam lengannya dikerjakan Mia Azlina. Cubitan yang sangat berbisa.

“Maisarah! Jangan lari! Akak berdendam dengan Mai ni!” ujar Mia Azlina.

‘Alamak! Kak Nina dah tumbuh tanduk. Baik aku selamatkan diri dulu.’ Maisarah terus membuka langkah. Sampai di ruang tamu dia terlanggar Alif Farhan dan Hamimah yang baru melangkah masuk ke ruang tamu. Mia Azlina hanya mampu melihat dan menerkup mulutnya dari menahan tawa melihat Maisarah accident terlanggar si ‘pengantin baru’.

“Ya Allah! Mai! Kenapa lari-lari macam budak kecil ni?”

Sorry abang, Kak Mimah. Mai nak selamatkan diri dari kena cubit dengan Kak Nina. Tak sangka pulak abang dengan akak kat sini. Tu yang secara separa sengaja ‘teraccident’ dengan pengantin baru. Aduh! Sakit kepala Mai terhantuk kat siku abang.” Alif Farhan buat tak tahu dengan aduan Maisarah. Ditarik tangan Hamimah ke dapur.

“Doktor Alif cuti hari ni. Cari doktor lain ya.” ujar Alif Farhan bersama senyuman mengejek yang sengaja dibuat-buat.

“Nina! Mai! Sarapan dah siap ni. Cepat datang sini. Orang lain semua dah ada.” jerit Mia Amira dari dapur. ‘Mak aih. Kuatnya suara Kak Mira ni.’ gumam Maisarah dalam hati. Mia Azlina dan Maisarah berjalan ke dapur untuk bersarapan.

“WAH! Nasi goreng! Nasi lemak pun ada. Ummi, cepatlah. Fakhri dah lapar ni.” ucap Fakhri dengan pelatnya.

            “Sabar sayang. Kita baca doa dulu.” ujar Maisarah.

            “Ok, hari ni siapa nak baca doa pulak? Hariss ke Fakhri?” ujar encik Radhiff pula. Senang hatinya melihat keluarganya yang bahagia. Tapi, masih belum lengkap. Maisarah belum punya teman.

            “Sebab hari ni Fakhri dah lapar sangat, dialah kena baca doa. Kan tok wan?” ujar Hariss petah.

            Tanpa menunggu sesaat pun Fakhri sedia mengangkat tangan dan membaca doa sebelum makan. Selesai mengaminkan doa, mereka semua makan dengan penuh berselera.

PANGGILAN telefon daripada ibunya pagi tadi menghilangkan mood Junaidi hari ini. Mujur sahaja hari ini hari minggu. Ibunya memintanya pulang ke Alor Setar untuk berbincang tentang calon isterinya. ‘Kenapalah ibu ni suka sangat paksa aku kahwin. Aduh. Nampaknya aku dah takde pilihan selain Mahirah anak kawan ibu. Huh! Lantaklah. Balik dulu, nanti adalah alasan aku nak bagi. Tapi, kali ni memang aku kena mintak bantuan Alif dengan Hanif. Kalau tak confirm lebur rancangan aku kali ni.’

            Junaidi bangun malas mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Hanif yang sedang membancuh air di dapur tidak ditegurnya. Moodnya memang betul-betul diterbangkan taufan katerina pagi tadi.

            Selesai mandi, dia mengenakan sehelai t-shirt hitam dan berseluar track. Dia segera mendapatkan Hanif di ruang tamu. Sebelum itu, dia ke dapur membancuh secawan milo panas. Dengan perlahan air yang masih suam itu disisipnya sedikit. Esok dia mahu bertolak ke Alor Setar. Memang dia tidak berniat untuk bermalam di sana. Beberapa kali Junaidi melepaskan keluhannya.

            “Kau dah kenapa Eddy? Sejak kau duduk sini, dah dekat sepuluh kali kau mengeluh. Kau ada problem ke? Story la kat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau ke.” biskut marie disuap ke mulutnya.

            “Apa lagi masalah aku kalau bukan pasal calon isteri Hanif. Aku buntu dah ni. Aku memang dah berserah kali ni. Memang aku ikut bulat-bulat cadangan ibu aku kali ni. Cinta kan boleh dipupuk selepas kahwin. Mungkin ni saja cara untuk aku settlekan masalah ni. Mungkin Mahirah memang jodoh yang ditetapkan Allah kepada aku.” penuh emosi Junaidi berbicara. Selebihnya dia tidak bersemangat apabila kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya.

            “Macam ni. Apa kata kita minta tolong dengan Alif. Mungkin dia ada cadangan untuk masalah kau ni. Aku memang fail lah bab ni. Ni bukan standard aku.” Hanif cuba bergurau. Namun, Junaidi hanya mampu mempamerkan senyuman yang bukan seikhlas hatinya. Separuh jiwanya pasrah, separuh lagi bersemangat mahu menentang cadangan ibunya.

            Telefon bimbitnya dicapai, lantas nama Alif Farhan menjadi sasarannya. “Helo Alif, kau kat mana?”

            “Aku kat Queensbay. Saja keluar jalan-jalan dengan Mimah. Kenapa?”

            “Kau tunggu aku kat situ. About 15 to 20 minutes I will be there with Hanif. Aku ada benda nak minta tolong kau ni.”

            “Oh, okay. Aku tunggu.”

            Selesai menetapkan tempat janji temunya dengan Alif Farhan, Junaidi dan Hanif segera bertolak ke Queensbay menaiki kereta Junaidi. Dalam hati Junaidi berdoa moga-moga Alif Farhan ada rencana yang lebih baik darinya. 


*************
Okeh . .  Agak2 korang, adakah Junaidi dapat melepaskan diri dari cadangan ibunya yang mahu menyatukan dia dengan gadis pilihan ibunya atau, dia mendapat cara lain untuk mengelakkan diri dari dijodohkan dengan gadis yang tidak langsung dikenalinya . 
Kalau nak tau . .  
Tunggu sambungan cerita merapu neh lagi okehh . . .
Daa . .  

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 19

Assalamualaikum 
 Salam sejahtera . . 

Wahai blog aku yang cantik . .  ekeke . . 
Alahai . .  Lama gilos x hapdett . . 
Sebelum tu jum la baca part 18 kat SINI ! SINI ! SINI! 
weee . .  pastu meh sambung kat sini . . .

************
KEHADIRAN Hamimah sebagai penghuni baru di rumah itu menceriakan lagi suasana rumah itu. Ramai kenalan-kenalan dan sanak saudara yang datang mahu meraikan bakal raja sehari yang sama cantik sama padan itu. Akhirnya berkahwin juga Alif Farhan dengan Hamimah. Seisi keluarga menerima kehadiran Hamimah ke dalam keluarga itu dengan tangan yang terbuka. Pastilah Maisarah yang paling gembira. Sudah lama dia menantikan detik ini. Detik penyatuan hati abangnya dengan si gadis yang memegang kunci hati abangnya.

            Junaidi segera melangkah kaki ke arah pintu masuk. Mahu mencari Alif Farhan. Mustahil dia tidak menghadiri kenduri teman baiknya sendiri. Sedang matanya meliar mencari kelibat Alif Farhan yang barangkali sudah lama menunggunya di situ, dia terlanggar seorang gadis yang sedang membawa jag air. Tidak semena-mena Junaidi disiram dengan air sirap. Basah baju melayu merah hati yang dipakainya.

            “Alamak. Maafkan saya. Saya tak nampak awak tadi,” dengan rasa bersalah gadis itu meminta maaf kepada Junaidi. Junaidi terpana melihat seraut wajah yang ayu berselendang putih bercorak bunga-bunga kecil merah. Lama Junaidi memerhati segenap wajah itu. Serasa dia pernah melihatnya beberapa kali sebelum ke sini.

            Dengan tindakan refleks gadis itu serta merta mencapai tuala kecil yang tersangkut di kerusi berdekatan lantas cuba mengeringkan baju Junaidi yang sudah lencun dengan air sirap. Junaidi hanya membiarkan perbuatan gadis itu.

            ‘Bukankah dia gadis yang aku jumpa masa kat pejabat Hanif hari tu. Maknanya instict aku memang betullah. Fuh! Kuat jugak naluri aku. Makin selalu aku jumpa si dia ni, makin cantik aku tengok dia. Ada iras-iras Alif sikit. Tapi, nama dia apa? Takkan nak tanya kot? Eii, malulah. Cantiknya dia. Muka dia time gelabah lagi cute. Aku . . .’

            Alif Farhan yang baru muncul dari dapur terkejut melihat Junaidi dalam keadaan basah lencun. “Eddy, Mai kenapa ni? Apasal kau basah ni Eddy?”

            Terhenti perbuatan si gadis. Junaidi tersentak lalu menarik muka tidak puas hatinya. “Ada orang tu bawa air tak tengok orang. Aku yang handsome ni pun dia tak nampak.”

            ‘Ya ampun. Mamat ni perasan pulak.’ Gumam Maisarah dalam hati. “Hei. Orang dah minta maaf lah.” Maisarah melemparkan jelingan tajam kepada Junaidi seraya tuala yang dipegangnya untuk mengelap tumpahan air di baju Junaidi. “Nah! Ambil kain tuala ni, lap sendiri. Buang masa saja melayan mamat perasan segak macam awak ni. Saya nak pergi layan kawan-kawan saya lagi bagus.”

            “Hei, cik adik minah senget. Lain kali jalan tu pakai mata sama. Tengok kiri kanan depan belakang. Jangan main redah saja. Menyusahkan orang betul. Dah la tak ada baju ganti. Sengal betul.” Junaidi melontarkan kata-kata tidak puas hatinya. Merah padam muka Maisarah menahan geram. Rasa mahu dipotong halus mulut Junaidi yang tiada insurans itu. Biar tidak boleh bercakap terus, boleh cakap pun tahu nak menyakitkan hati orang. Tanpa membuang masa, Maisarah terus ke dapur semula mengisi jag air yang telah kosong isinya kerana tertumpah tadi.

            Mata Junaidi tidak lepas memandang Maisarah. Alif Farhan yang melihat dapat merasakan yang sebenarnya Junaidi ada meminati adiknya. Tapi, tunggulah, bukti belum kuat. “Eddy, jomlah naik bilik aku. Aku ada sepasang baju lagi warna yang semacam dengan baju kau ni. Bolehlah kau tukar. Nasib baik saiz kau sama dengan saiz aku. Tak adalah susah payah nak cari baju ganti.”

            “Fuh, nasib baik kau ada. Kalau tak, baju basah ni la teman aku kat sini. Kau lain kali tunggulah aku kat luar. Takde lah susah aku nak cari kau.”

            “Hah. Sudah. Sudah. Kalau kau nak berleter kau duduk sini sorang-sorang. Aku nak naik bersiap ni. Hamimah tengah tunggu kat atas tu.” ujar Alif Farhan sambil melangkah ke arah tangga. Dia mahu lekas bersiap. Junaidi tanpa menunggu sesaat pun sudah pun berada di belakang Alif Farhan, membontoti langkah temannya naik ke atas. Baju yang basah harus segera ditukar.

ALIF Farhan melangkah penuh gaya bersama Hamimah yang cantik berpakaian baju kurung moden berwarna merah hati dan bertudung putih mutiara dihiasi kain lace merah hati yang berjurai ke belakang. Tema di rumah Alif hari ini ialah merah hati dan putih. Alif Farhan kelihatan begitu segak dengan baju melayu rona merah hati dan putih yang lengkap bersampin songket putih bercorak merah hati dan hitam.

            Ramai tetamu teruja melihat pasangan raja sehari yang kelihatan sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Junaidi yang menjadi pengapit Alif Farhan turut merasa teruja melihat rakannya bergaya raja sehari pada majlis penuh bermakna hari ini. Junaidi turut bergaya dengan baju melayu teluk belanga berwarna putih susu.

            Mata Junaidi terpandang akan seorang gadis. Siapa lagi kalau bukan Maisarah. Sedar kini dia turut menjadi perhatian tetamu yang hadir, dia mengikhlaskan diri untuk senyum. Raut Maisarah yang lembut seringkali membawa Junaidi singgah ke dunia khayalan ciptaannya sendiri. Hilang wajah bekas tunangannya, Zafirah yang kini mungkin sudah sah bergelar isteri kepada Asyraf. Dalam hati dia berazam mahu memiliki Maisarah. Ah, tapi itu tidak mungkin akan terjadi kerana Maisarah mungkin sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Paling tidak, mungkin ada sudah merisik-risik. Tapi, kalau belum berpunya itu satu peluang yang tidak akan dilepaskannya. “Ini kena minta bantuan ‘wonderpets’ tolong adjustkan kat aku,” tanpa sedar ayat itu terkeluar dari mulut Junaidi. Mujur perlahan sahaja bunyinya tidak didengari oleh sesiapa di situ dek muzik yang dimainkan DJ yang sangat kuat. Junaidi kembali menyuapkan nasi ke mulutnya. 

************
Hurmm . . 
Macam makin boring kan jalan cerita neh kan . . .
Neh percubaan pertama menukilankan cerita bersiri macam neh . . .
Nak test bakat ja . .  Haha . .
Kalau ada kelemahan sikit2 tu maaf lah yee . . 
Saya budak baru belajar ^^ 
Kalau salah tolong tunjukkan kepada saya jalannya . . . 

Semoga jumpa lagi di entri laen, Daa . .