Tuesday 11 June 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART25

Assalamualaikum . . 
Ahlaan Wasahlaan wamarhabanbikum~ 
Haa . .  Salam sejahtera wahai readers and also silent reader~ 
>ingat aku tak tau hampa terjah blog aku< 
hehehe . . 
Aku tak dak idea nak merapu malam neh . . 
Idea kering sebab duk belasah ayat jiwang kat twitter~ 
Wakakaka . .  
La neh aku nak sambung ceta aku~ 
Sapa nak baca scroll down . .  
Sapa takmau please click the [X] button just at the right corner of your PC. Thanks . . 
Bukan nak halau but nak kurangkan dosa .  .
Dari duk mengata kat aku, baiklah hampa tak payah baca this story . .  
Wakaka  ..  Never mind . . 
Jom baca! 

***************
“Eh! Tak. Saya sebenarnya nak bincang dengan awak pasal kita. Awak dah tahukan pasal ibu saya nak jodohkan kita berdua?” Junaidi mula membuka bicara.
            
            “Tahu. Kenapa?” Maisarah seakan tidak minat dengan topik perbualannya dengan Junaidi. Eh, bukan sekadar tidak minat tetapi memang tidak minat langsung dengan topik yang baru dibuka Junaidi tadi.
            
             Junaidi serba salah. ‘Relaks Eddy. Kau boleh hadapi benda ni.’ “Err... Awak setuju ke?”
            
            “Saya boleh pilih untuk tidak setuju ke Encik Ju... Eh, nama awak apa ek? Saya terlupa pulak.”
            
            “Junaidi.” Junaidi mengutuk dalam hati. ‘Kata editor majalah. Nama aku yang simple tahap petala tu pun tak boleh ingat. Apa daa.’
            
             “Oh ya. Encik Junaidi. Saya ada pilihan untuk tidak setuju ke Encik, oopss! Doktor Junaidi?” Maisarah bertanya dengan nada sinis kepada Junaidi. ‘Hey Mai! Behave! Kalau Abang Alif tahu kau cakap macam ni dengan kawan dia masak kau kena berleter.’
            
              Junaidi masih bersabar. Dia tahu Maisarah sengaja mahu mencabar kesabarannya. Dia perlu banyak bersabar dengan Maisarah.
            
              “Sebenarnya saya pun kurang setuju dengan cadangan ni. Tapi, saya terpaksa ikut kehendak ibu saya. Saya sayang sangat ibu saya. Sebab saya hormatkan dia, saya setuju dengan cadangan ibu saya nak satukan awak dengan saya. Lagipun dari awal lagi saya dah agak, awak takkan setuju nak kahwin dengan saya. Tengok sajalah sejak hari tu. Sejak mama awak dan ibu saya beria-ia kenenkan kita. Saya tengok awak memang tak ada hati nak pandang saya sikit pun.” Junaidi berbicara penuh emosi.
             
                Maisarah pula terdiam seribu bahasa. Dia sendiri kehilangan kata-kata setelah mendengar kata-kata yang terluah dari hati Junaidi. Kata-kata yang dirasakan ikhlas. ‘Betulke dia ni ikhlas? Entah-entah saja nak pancing aku suruh kahwin dengan dia? Lelaki zaman sekarang, bukan boleh percaya. Lembut gigi daripada lidah. Mulut manis kalah gula.’
            
               “Okay. I will do this for the sake of my mom and dad’s happiness.” Junaidi tersenyum mendengar kata-kata Maisarah itu. ‘At least dia tak menolak untuk kahwin dengan kau Junaidi. Ni baru fasa pertama. Fasa kedua akan berlangsung nanti.”

“AKU macam tak percaya yang kau akan kahwin dengan adik kesayangan aku. Rasa macam dalam mimpi saja.” Alif Farhan mencubit sedikit lengannya. Sakit! Ternyata bukan mimpi.

            “Aku pun macam tak percaya yang kau akan jadi abang ipar aku walaupun kita ni sama umur.” ucap Junaidi ikhlas. “Shall I call you ‘abang Alif’ starting from now on? Practice makes perfect, bro!” sambung Junaidi sambil tersengih.

            “Pleaseee! Don’t. Peliklah weh. Rasa macam aku ni tua gila dengan kau.”

            “Habis tu? Nanti mama dengan abah kau cop aku tak tahu hormat saudara ipar macam mana?"

           “Okay. As you wish my friend. But not now. Selagi kau tak salam dengan tok kadi, jangan harap kau boleh panggil aku dengan title ‘abang’ kat depan.” Alif Farhan seraya berlalu ke biliknya di sebelah meninggalkan Junaidi yang masih tersenyum-senyum seorang diri.

MAISARAH sibuk menyiapkan tugasannya. Dia cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Sejak dua menjak ini, dia seakan hilang tumpuan terhadap kerjanya. Intercom di mejanya berbunyi.

            “Cik Maisarah, Encik Zarif nak jumpa. Ada hal penting katanya.” suara Adiba memecah kesunyian bilik kerja Maisarah.

            ‘Hai la Zarif. Apa yang kau nak ni.’ gumam Maisarah dalam hati. “Hmm. Bagi dia masuk. Thanks, Adiba.” Maisarah kembali tekun menghadap kerja-kerjanya yang banyak di meja itu. Bukan puluhan artikel, tetapi ratusan artikel yang perlu disemaknya untuk hari ini sebelum dihatar ke bahagian pencetakan.

            “Hai, Mai! Kau apa khabar? Buat apa tu? Busy ke?” Zarif melemparkan senyuman manis kepada Maisarah.

            “Aku sihat alhamdulillah. Aku tengah basuh kereta ni tak nampak ke?” sinis Maisarah berkata. “Well, ada hal apa yang penting sangat ni? Tak boleh tunggu waktu rehat?”

            “Sebenarnya, aku datang sini sebab nak ajak kau lunch la. Jom la. Dah dekat pukul 1 dah ni. Kau giat sangat bekerja sampai terlupa waktu makan. Lagipun, ada perkara sikit aku nak bincang dengan kau hari ni.”

            “Aku busy la. Kalau kita cerita esok boleh tak?” Maisarah cuba beralasan. ‘Nak ikut Zarif pergi lunch? Memang taklah kot. Dengan kerja yang menimbun-nimbun. Dahlah nak kena submit pagi esok dekat bahagian pencetakan. Kalau lambat nanti sangkut semua. Bila sangkut semua. Arghh! Parah! Parah!’ Maisarah tidak dapat membayangkan majalah terbitannya yang terlambat diterbitkan. Mesti akan menjadi masalah besar. Tambahan pula, dia orang baru yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi editor majalah terbaru keluaran syarikatnya itu.

            “Please, Mai. Sejak kebelakangan ni, kau sibuk sangat. Sampai tak ada masa dengan aku.” ujar Zarif lirih.

            “Listen Zarif. Aku ketua editor dan aku sedang sibuk siapkan kerja aku. Boleh tak kau ketepikan soal peribadi semasa bekerja. Mana etika kau sebagai pekerja. Please, be profesional.”

            “Tapi, Mai...”

            “Encik Zarif. I have many works to do now. And I want nobody disturb me this time. Get it? Please respect me as your boss.”

            “Alright, then.” Zarif berlalu hampa. Cadangannya untuk makan tengah hari dengan wanita yang sedang berada di kedudukan pertama carta hatinya punah begitu sahaja. ‘Tak apalah. Mungkin benar, dia ada kerja.’ Zarif cuba menyedapkan hati.

            Beberapa minit berlalu, Maisarah sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Dia tidak mahu membawa pulang kerja-kerjanya ke rumah. Baginya, di rumah dia punyai tanggungjawab lain iaitu tanggungjawab anak kepada ibu bapanya.

            Pintu diketuk lagi. ‘Haish! Ada saja yang nak mengganggu aku hari ni.’ “Masuk!” ujar Maisarah dengan mata yang masih tidak lepas memandang skrin laptopnya.

            “Cik Maisarah. Ada penghantaran bunga untuk cik. Sila sain di sini.” seorang pekerja kedai bunga membawa sejambak bunga ros kepadanya. Maisarah yang alah pada bunga ros, terus sahaja terbersin sebaik terhidu bauan ros tersebut. Dia akur menurunkan tandatangannya di borang yang dihulurkan pekerja kedai bunga tadi dan pekerja tadi meminta diri. 

            Maisarah menekan punat kecil di interkom. “Adiba, masuk sekejap.”

            Tidak sampai seminit pun Adiba setiausaha Maisarah sudah terpacak di hadapan Maisarah. “Adiba, awak suka bunga ros kan?”

            “Suka cik. Suka sangat.”

            “Kalau macam tu, awak sajalah simpan bunga yang kat atas meja tu.”

            “Eh! Cik bagi kat saya?” Adiba teruja melihat sejambak bunga ros yang sedang berkembang itu. Dia mengambil jambangan tersebut. “Cik Mai, ni ada kad kat bunga ni. mungkin nama pengirim kot.”

            Maisarah malas mahu mengambil pusing tentang kad tersebut. Dia meneruskan kerjanya yang tertangguh. Melihatkan bosnya yang tidak memberi respon terhadap kata-katanya, Adiba mencapai kad comel itu dan membacanya.

            ‘Love u from head to toe’ –from ‘Ad’

            ‘Perghh! Macam romantiklah mamat yang bagi bunga dekat Cik Mai. Kalau aku dapat lelaki macam ni, tak mustahil 24 jam aku kerja berkepit dengan dia.’ sela Adiba dalam hati.

          “Cik Mai, saya letak sini ya kad ni and kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya.” Adiba meletakkan kad kecil itu di sudut meja kerja Maisarah dan bersedia untuk berlalu.

            “Yes. You may go.” ujar Maisarah. “But Adiba. Wait!”

            Adiba yang baru mahu melangkah terhenti semula. “Ada apa cik?”

            “Starting from now, please don’t let anyone including Mr. Zarif disturb me. I’m busy right now. Dan sampai hari Rabu ini, tolong postpone semua meeting dan appointment saya. Saya nak cuti.”

          “Baik cik. Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu.” ujar Adibah seraya berlalu apabila Maisarah menganggukkan kepalanya.


***************
Oke, sampai sini dulu kot . . 
In sya Allah . . Esok kalau aku sempat aku akan update lagi satu part~ 
Nite~