Wednesday 19 June 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART26

Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam neh last aku duduk kat rumah. 
So, esok aku akan mendaftar sebagai seorang pelajar PTSS semester 3. 
Hoiyaa! Ayat skema bapaknyee pun~ Aduii~ 
Haha . .
Tu la kan pejam celik pejam celik dah cukup sebulan setengah aku melagha kat rumah.
Haishh~ mana ada aku melagha. Silap sebut plak.
Aku buat mcm2 kot cuti neh. 
and banyak benda aku dah belajaq masa cuti sem yang agak panjang neh. 
Nanti aku free aku update kat official blog aku. 
wakaka.
Jadi, tanpa melengahkan masa, (aku ada masa online sampai pukul 11 ja malam neh) aku nak teruskan cerita merapu tu.

Sapa yang nak baca Part yang lepas boleh klik SINI! atau pun tengok kat atas tu yang ikon Cerita Kami. 


**************
ALIF Farhan cuba mendail nombor telefon bimbit adik bongsunya. Sudah beberapa kali didail namun yang menjawab panggilan tersebut hanya operator telefon. ‘Dah kenapa dia ni?’ Hati Alif Farhan berasa kurang senang. Tambahan pula, sudah acap kali dia mendail namun tidak berjawab.

            ‘Kenapa aku tak cuba call office dia tanya secretary dia.’ Alif Farhan terus mendail nombor telefon pejabat Maisarah pula. Tidak sampai seminit pun panggilan telefonnya bersambut.

            Suara Adiba menyambut panggilan Alif Farhan tengah hari itu. Adiba berasa serba salah apabila Alif Farhan berkeras mahu bercakap dengan Maisarah. Mahu tak mahu dia terpaksa memberi tahu Maisarah akan hal itu. Tanpa menunggu sesaat pun panggilan telah disambung kepada Maisarah.

ALIF Farhan menunggu Maisarah di restoran berhampiran bangunan pejabat adiknya selepas waktu kerja. Bukan tidak boleh berjumpa di rumah, tetapi Alif Farhan sudah tinggal berasingan dengan keluarganya sejak seminggu yang lalu.

            Dari jauh Alif Farhan memerhatikan kelibat Maisarah. Namun dia hampa kerana bukan sahaja batang hidung malahan bayang si Maisarah itu juga tidak kelihatan. Dia melihat jam di tangan. Telefon bimbitnya dijeling. Ada dua panggilan daripada Hamimah. ‘Patutlah tak perasan. Silent mode rupanya. Kesiannya kat Mimah. Dia call aku tak jawab pula.’ Alif Farhan menyalahkan dirinya sendiri.

            Tanpa menunggu sesaat pun isterinya yang dicintai dihubungi semula. Ralit dia bersembang dengan isterinya itu.

            Ketika itu Maisarah melangkah masuk ke dalam restoran itu. Melihatkan abangnya yang sedang kusyuk bercakap di telefon, timbul satu idea nakal di kepalanya. Senyap-senyap dia menghampiri abangnya yang sedang membelakanginya itu. Maisarah menunggu sehingga abangnya habis berbual di telefon. ‘Amboi, sweet tahap gaban abang dengan Kak Mimah. Jealous la pulak.’

            “Mana Mai ni? Dah berkurun berdekad aku tunggu dia tak muncul-muncul lagi. Siaplah dia kalau dia sampai nanti. Aku ketuk-ketuk kepala dia so nanti dia tak ada lewat lagi. Biar dia ingat dia punya appoinment. Hisy... Sampai pulak hati aku nak buat adik aku macam tu.” Alif Farhan membebel sendiri.

          Tiba-tiba Alif Farhan terasa bahu kirinya dicuit oleh seseorang. Dia segera mengalihkan pandangannya ke sisi kiri untuk melihat siapa yang mencuitnya. Namun, Maisarah lebih pantas. Sesudah mencuit bahu abangnya, dia segera mengambil tempat di hadapan Alif Farhan. Alif Farhan yang ketika itu masih tertanya-tanya siapa yang mencuitnya terus menoleh ke hadapan semula setelah mendapati tiada sesiapa di sisi itu. Alif Farhan terkejut melihat Maisarah yang sedang tersengih-sengih duduk menghadapnya. Mujur sahaja Alif Farhan bukannya terdiri daripada golongan kaki latah. Kalau tak mahu jatuh sahamnya sebagai seorang doktor.

            “Amboi abang. Sampai hati nak ketuk-ketuk kepala Mai. Touching la dengan abang.” Maisarah sengaja menarik muka.

            “Ek eleh. Nak touching dengan orang pun agak-agak la. Abang tunggu Mai lama tahu tak? Ni air ni pun dah tiga per empat gelas dah. Seteguk lagi tinggal ais sajalah.”

            Ketika itu, pelayan datang mengambil pesanan di meja mereka. Masing-masing hanya minum sahaja kerana Alif Farhan bercadang mahu makan di rumah sahaja.

            “Yalah. Yalah. Mai salah. Tapi, Mai datang tepat waktu dah tadi. Abang tengah bercakap telefon dengan ‘sweetie’ abang. Mana abang nak perasan Mai sampai siap mengintai abang berbual lagi. Jealouslah dengan Kak Mimah dapat suami macam abang.

            “Haishh. Tepat masa lah sangat. Jam Mai tak ada bateri ke dik? Sekarang dah nak dekat pukul 5.45 petang dah ni. Asar belum solat tau. Nak jugak kenalah kahwin cepat-cepat. Sampai bila nak membujang? Calon dah depan mata. Junaidi tu full package dik. Baik, rajin, handsome, caring, masyuk. Apa lagi yang tak cukup dik?”

            Muka Maisarah berubah keruh. Alif Farhan sendiri yakin ada yang tidak kena pada adik kesayangannya itu. Kalau tidak masakan wajah ceria itu bertukar muram sebaik nama Junaidi diasak ke telinganya. “Junaidi tu cukup perfect bang. Tapi, hati ni susah nak terima bang. Mai tak boleh nak terima dia lebih daripada sebagai seorang abang.”

            Pelayan restoran tadi menghantar pesanan yang dipesan oleh dua beradik itu. Setelah beberapa ketika, pelayan tersebut beredar pergi.

            “Mai, you have to try. Mana nak tahu boleh tak boleh kalau tak cuba. Take this as your challenge. Abang yakin, Mai boleh buat. Mana Maisarah yang abang kenal ni? Mana adik abang yang tak takut pada cabaran? Come on Mai. Abang yakin Junaidi boleh jaga adik abang ni. Abang kenal dia. Dia kawan baik abang. Percaya pada abang Mai. He is such an awesome guy in this world.” Alif Farhan amat berharap Junaidi bakal menjadi ‘Adam’ di hati adik bongsunya itu.

            “Abang. Dalam alam perkahwinan mana boleh guna prinsip cuba, try , test. Bila suka ambil bila tak suka tinggal. Takkan abang nak Mai kahwin dulu dengan Junaidi, lepas tu kalau rasa tak sesuai nak bercerai?” Maisarah mengangkat sebelah tangannya. “Never bang.”

            “Mai. Bukan abang suruh Mai kahwin terus. Sekarang ni macam ni. Mai cuba kawan dulu dengan Junaidi. Kenal hati budi masing-masing. Lepas tu abang dah tak boleh nak tolonglah macam mana. Sebagai abang, abang Cuma nak terbaik saja untuk Mai. Bila abang dapat berita mama nak jodohkan Junaidi dan Maisarah abang rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya adik abang ni berada dalam tangan orang yang dah sememangnya abang kenal. Lagipun, Junaidi dengan abang dah lama kenal. Abang dengan dia dah macam kembar. Walaupun Mai memang tak pernah jumpa dia. Abang dah faham sangat-sangat Junaidi tu macam mana. Dia bukan sembarangan orang Mai. He has his own speciality. And one more thing, he is a very nice people that I’ve ever know selain keluarga abang sendiri.” Panjang lebar Alif Farhan cuba menaikkan saham Junaidi di hadapan Maisarah.

            “Memang la boleh kalau nak berkawan, kenal hati budi masing-masing.” Alif Farhan mengukir sedikit senyuman tanda dia berjaya sedikit melembutkan hati adiknya. “Tapi...” Maisarah pula mula berkira-kira. “Tapi, kalau memang Mai memang betul-betul tak boleh terima Junaidi macam mana? I mean macam mana harapan mama dan abah? Mama dengan abah berharap sangat Mai berkahwin dengan Junaidi.”

            “Mama dengan abah lain cerita. Sekarang cuba Mai fikirkan hati dan diri Mai dulu. Mama dengan abah boleh settle slow-slow.” Alif Farhan menarik nafas lega. Satu bahagian sudah selesai.
“EDDY, cincin dah cari ke belum?” tanya ibu Junaidi. Ibunya tidak sabar lagi mahu melihat anak terunanya seorang itu mengakhiri zaman solonya. Tambahan pula, Junaidi bakal disatukan dengan Maisarah anak rakan karibnya yang lama terpisah. Seminggu dari sekarang dia bersama rombongannya akan bertandang ke rumah keluarga Maisarah untuk meminangnya buat Junaidi.

            “Eddy tak sempat pergi beli ibu. Pesakit ramai sangat dekat klinik tu. Kerja pun boleh tahan bertimbun jugak. Tak sempat nak siap satu kerja dah datang kerja lain. Apa kata ibu sajalah yang pergi carikan cincin untuk bakal menantu ibu tu. Kata orang, selalunya pilihan ibu ni mesti yang terbaik. Eddy tak kisah. Baik di mata ibu, baik jugalah di mata Eddy.”

            “Kalau boleh, ibu kamu nak suruh kamu beli sendiri. Ayah pasti citarasa Eddy lagi baik daripada ibu. Tak gitu ibu?” ujar ayahnya pula.

            “Eddy tak pandailah soal ni semua. Mana pula Eddy nak cari saiz jari dia? Eddy tak pernah pun nak intai-intai jari dia besar mana, panjang mana. So, macam mana Eddy nak beli? Karang kalau beli suka hati karang ada yang terlebih besar la, terkecil la bagai. Conclusion, ibu sajalah pergi belikan.”

            “Alahai, apa nak susah. Pergi je dengan Kak Ju. Kak Ju pun bukannya sibuk sangat.” Ibunya memberi cadangan.

            “Hmm. Yalah. Nanti Eddy ajak Kak Ju pergi dengan Eddy.” jawab Junaidi separa setuju. Dia sememangnya tidak tahu langsung apa-apa tentang bakal isterinya itu meskipun bakal isterinya itu adik kepada teman baiknya.

            ‘Macam mana aku nak tahu jari dia besar mana. Haishh. Ibu ni.’ gumam Junaidi dalam hati. Tiba-tiba dia tersenyum keseorangan. ‘Aku tahu nak buat macam mana. Ini Junaidi lah. Banyak idea kreatif. Kalau tak jangan panggil aku Junaidi.’

“ALIF. Tolonglah aku Alif. Kau tak kesian ke kat aku? Ataupun lebih tepat, kau tak kesian ke kat adik kau sorang tu? Tiba-tiba dapat cincin nanti ketat la, longgar la.”

            “Ish kau ni. Takkan aku pulak nak kena belikan? Haih. Apa kata aku bagitau kat kau pasal adik aku dengan saiz dia lepas tu kau beli sendiri ya. Boleh kan?”

            “Alah. Alah Alif. Kalau kau tak nak tolong belikan kau teman aku je la. Sekurang-kurangnya kau ada jugak nak tolong komen-komen bagai. Please, dulu dengan Zafirah, aku suruh dia ikut aku. Tapi, adik kau bro, aku tak berani.” Junaidi masih cuba tawar menawar dengan Alif Farhan. Kalau dibiarkan dia sendiri yang pergi mahunya pengsan dia di kedai barang kemas itu.

            Lama Alif Farhan berdiam. Setelah mencongak-congak akhirnya dia membuat keputusan. “Ok. Aku ikut kau. Tapi dengan satu syarat.”

            ‘Haih! Dia main syarat-syarat pulak.’ gumam Junaidi dalam hati. “Yalah. Apa syaratnya?”

          Alif Farhan tersengih. “Maisarah kena ikut sekali. Muktamad. Keputusan tidak akan diubah. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.” Tegas kata-kata Alif Farhan. Ada gaya seperti seorang peguam sedang berhujah bicara di mahkamah. Eh eh Alif ni doktor ke lawyer?

             Junaidi terpaksa bersetuju. Debar di dada makin kencang tatkala memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya hanya dia dan Maisarah yang keluar berdua. Nasib baik ada Alif Farhan, sekurang-kurangnya tidaklah dia kekok apabila berhadapan dengan bakal ‘isterinya’ itu. ‘Maisarah, maisarah.’
           
**************

Aku dah ceap make over blog neh. 
Macam yang dijanjikan. 
Akan ada satu entry khas nak bagitau pasal renovation blog neh. 
>satgi aku buat<
Thanks kepada sifu2 yang sudi mengajar. 
and paling penting. 
Teruskan support aku. Tanpa korang semua, sapalah aku kat dalam alam maya neh. 
Doakan kejayaan aku. 
In sya Allah, kalau aku boleh online kat Kamsis nanti aku update lagi ea. 
Adiosa!