Saturday 24 August 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 27

Assalamualaikum~
Haa. Kita dah msuk pertengahan bulan syawal kan? 
Aku pun dah kembali sibuk macam biasa. 
Ingatkan sem tiga neh boleh duk melagha memandangkan sem 1 & 2 dulu aku sedikit pulun.
Tapi, sem 3 makin tension.
Hoyyeaahh! 
Neh pun nak kena set up untuk event Isnin neh~
Pape un jum kita sambung dulu cerita yang dah lama tertangguh tuu~
>neh laa salah satu sebab kenapa aku takmau update ini  cerita dalam blog.
Sebab aku tak sempat nak bubuh.
Macam2 kekangan berlaku kat aku.
Neh satgi aku ada date plak neh.
Dengan abah and mum aku.
Yahoo! Spend time dengan depa lagi. 

oke, ringkasan untuk part neh.
Junaidi nak cari cincin untuk majlis tunang dia.
Dia ajak si Alif temankan. Alif setuju tapi bersyarat. 
Apa syarat dia yang 'gempak' tu? 
Jom baca cerita neh untuk tau apa selanjutnya. 

*************

“ABANG Alif, Mai busy lah minggu ni. Macam lah abang tak tahu kerja adik abang seorang ni? Bila dekat hujung bulan saja baru nak sibuk itu ini. Abang pergi dengan Kak Mimah dah la.” Maisarah menolak lembut. ‘Abang Alif ni macam ada sesuatu aje yang dia sembunyikan? Dah ada bini pun nak ajak aku teman shopping? Pelik sungguh abang aku sorang ni.’ Dia seperti dapat mengesan Alif Farhan seakan-akan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

            Alif Farhan terus senyap di hujung talian. Sengaja berpura-pura seperti dia sedang berkecil hati dengan Maisarah. “Atau abang ada something yang sembunyi dari Mai? Abang ada agenda lain kan ajak Mai keluar ni? Baik abang terus terang dengan Mai.”

            “Adikku sayang. Abang mana agenda lain. Serius. Abang saja nak bawa Mai shopping. Lagipun dah lama kita tak shopping sekali. Please dik. Dengar cakap abang kali ni.”

            “Oklah abangku sayang. Mai ikut. Tapi, tu pun kalau betul-betul Mai lapang ya. Kalau Mai sibuk memang tak dapeklah den nak nolong ye bang.” Dua beradik itu tergelak mendengar Maisarah menuturkan dialek Negeri Sembilan.
             

HUJUNG minggu itu Maisarah bangun awal kerana dia perlu menghadiri mesyuarat tergempar di pejabatnya. ‘Hai la. Hujung minggu orang berehat aku pulak nak kena pergi meeting lah bagai. Aduhai. Sabar je la.’ gumamnya sendirian sambil mengenakan sehelai tudung senada dengan warna blaus labuhnya.

            Maisarah tergesa-gesa keluar hinggakan tidak sempat menjamah makanan. Dia juga terlupa untuk meninggalkan pesan kepada abangnya bahawa dia mungkin tidak dapat menyertai mereka mencuci mata hari ini.

            Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu kepada abangnya melalui pesanan ringkas sahaja.


ALIF Farhan mengeluh setelah mendapat mesej daripada Maisarah. Namun begitu, kakinya tetap melangkah menuruni tangga dan menuju ke meja makan untuk bersarapan. Senyuman Hamimah dan Mia Amira disambut dengan senyuman yang tidak sepenuh hati.

            “Mira, Mai ke mana? Tak turun lagi?” Ringan mulut Alif Farhan bertanya kepada Mia Amira tentang Maisarah. Manalah tahu Maisarah sengaja mahu mengelak daripadanya.

         “Mai? Oh ya! Mai keluar awal-awal lagi tadi. Sarapan pun tak sempat. Dah lewat ke pejabat katanya.” Mia Amira menyenduk bihun goreng yang dimasaknya bersama Hamimah tadi ke dalam pinggan lantas disuakan kepada abangnya.

            “Peliklah Mai ni. Hujung minggu pun ada meeting.”

            “Biasalah bang. Mai tu, hujung minggu pun bukan lekat kat rumah. Pejabat dia tu dah macam rumah kedua dia dah tu.”

            “Workaholic betul adik kita sorang tu.”

            “Abang dengan Mimah makanlah dahulu. Mira nak pergi jenguk dua beradik tu sekejap. Silap-silap sekali dengan bapak pun tak bangun lagi. Tadi Mira dah pesan suruh Abang Wan bangunkan diorang tapi tak turun-turun lagi. Minta diri ya.” Sejurus itu, Mia Amira berlalu ke biliknya.

            Alif Farhan bersarapan berdua dengan Hamimah sahaja pagi itu. Mama dan abahnya pulang ke kampung mereka di Alor Setar semalam.


TENGAH hari itu Alif Farhan mencuba sekali lagi menelefon adiknya. Panggilan bersambut dan Maisarah menyatakan bahawa dia sedang dalam perjalanan pulang. Lega sedikit hati Alif Farhan. Nampaknya rancangan dia berjalan seperti biasa.

            Tidak sampai sepuluh minit selepas bercakap melalui telefon dengan Alif Farhan, Maisarah sudah pun berada di rumahnya. Kepulangannya disambut oleh Hariss dan Arissa, anak buahnya. Dicuit pipi Arissa yang gebu itu kemudian dia berlalu ke ruang tamu.

            Langkah Maisarah yang laju tadi terhenti serta merta sebaik melihat sesusuk tubuh lelaki yang amat janggal pada pandangannya. Lelaki itu ralit bersembang dengan Hazwan di ruang tamu itu sambil membelakangi Maisarah. ‘Kawan abang Wan kot’.

            Sebaik menapak ke arah tangga, Maisarah terdengar suara garau milik abangnya. “Hai Mai. Tengok belakang je? Tak nak tengok depan ke?” Alif Farhan sengaja mahu menyakat adiknya seorang itu.

            Seketika itu si lelaki berkalih pandangan ke arah Maisarah. ‘Ah! Junaidi!’ Merah padam Maisarah setelah menyedari bahawa lelaki yang dianggap rakan Hazwan adalah lelaki yang akan dijodohkan dengannya tidak berapa lama lagi. Tanpa berkata, Maisarah terus berlalu ke biliknya. 

              “Mai! Jangan lupa tau. Petang nanti kita pergi shopping.” Laung Alif Farhan dari tingkat bawah.

     *************
Selesai untuk bab 27.
Untuk bab akan datang aku akan update maybe malam neh.
Tu pun kalau ada kelapangan laa~
Kalau tak dak kelapangan, aku akan buat bila aku free.
Mianei kepada orang tertunggu-tunggu.
Tapi, mak aku dah suruh bersiap dah tu.
Daaa~ #Lambai tangan