Saturday 24 August 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 28

Assalamualaikum .

Heyya!
Today last day cuti~ Haa. 
Satgi nak balik Arau dah.
Yezza! Aku puas sebab aku dah habeh bergosip dengan mak kesayangan aku hah.
Mak bnyak cerita pasal khabaq org2 kat Pahang.
Maklumlahh, aku tak dak kesempatan nak balik sana tahun neh.
Oke, x boleh merapu banyak sebab barang-barang pun tak kemas lagi.
Pasal aku teringat janji aku yang update semalam belum terlunas lagi, jadi aku take kesempatan neh laa nak lunaskan janji janji tersebut.
Kalau idok nanti orang x panggil "JANJI DITEPATI" orang akan kata "JANJI DICAPATI"
Xmau xmau. Haa. 
Okay, jom kita sambung cerita kita.
Baca teruslaa.
Aku segan nak buat sinopsis untuk hari neh.

*************

MAISARAH berjalan di sekitar pusat beli belah itu seorang diri. Junaidi dibiarkannya di belakang berseorangan juga. Abangnya Alif Farhan dan Hamimah awal-awal sudah memutuskan mahu berdua-duaan seketika.

            ‘Abang ni saja tau nak kenakan aku. Aku dah agak memang ada agenda lain dia ajak aku keluar. Disuruhnya aku dating dengan mamat ni pulak. Huh!’ gumam Maisarah dalam hati.

Langkah Maisarah terhenti di sebuah kedai yang menjual hadiah. Matanya tertarik kepada sebuah arca yang berbentuk hati. Tanpa sedar, Junaidi yang mengikut Maisarah dari belakang terlanggar Maisarah yang sedang terpukau dengan arca tersebut.

            “Oops! Sorry! Tak sengaja.”

            Maisarah tersedar. “Mata mana letak? Kat lutut ke?”

          ‘Alamak! Macam mana boleh langgar dia pulak ni. Tak pasal kena marah pulak. “Mata letak kat kepalalah. Tak belajar Sains ke dulu?” Selamba Junaidi menjawab soalan Maisarah itu.

            Tanpa menunggu barang sesaat Maisarah meneruskan perjalanan. “Tunggu!” Junaidi menjerit. Terbantut Maisarah yang mahu memulakan langkah. Junaidi segera menghampiri Maisarah.

            “Awak, saya nak ajak awak ke satu tempat. Tolonglah ikut.”

            “Hah! Ke mana? Awak ni nak culik saya ke? Saya report abang saya nanti. Abang saya ada kat depan tu.” Maisarah mengingatkan Junaidi.

            “Eh! Tak. Saya nak ajak awak ke satu tempat. Jomlah.” Junaidi seraya berjalan ke hadapan. ‘Buat penat aje culik awak. Nanti awak kena kahwin dengan saya jugak.’ Gumam Junaidi dalam hati.  

            Tanpa bercakap banyak, Maisarah membuntuti langkah Junaidi. ‘Boleh ikut cakap orang jugak dia ni. Bagus! Tak lah susah aku nak settlekan benda ni. Lepas beli terus balik.’

            Mereka berdua berhenti di sebuah kedai barang kemas. Junaidi melangkah masuk sambil melemparkan senyuman kepada penyambut pelanggan kedai emas yang setia menanti di pintu masuk. Melihatkan Maisarah yang sedang berdiri bagaikan tiang bendera di pintu masuk Junaidi menggamitnya menyuruh Maisarah mengikutinya.

DI sudut lagi satu, Alif Farhan dan Hamimah ralit memerhatikan pasangan itu. Mereka bagaikan sedang menonton filem komedi lagaknya.

            “Abang! Mimah rasa peninglah. Pusing sangat kepala ni.” Tiba-tiba Hamimah bersuara. Maklumlah pembawakan budak.

            “Hah! Oh. Ok. Kita balik dululah macam ni. Sayang pun bukan sihat sangat ni.”

            “Tak apa ke abang? Habis tu Eddy dengan Mai macam mana? Tak mengamuk ke si Mai tu bila dapat tahu kita tinggalkan dia?”

            “Pasal tu jangan bimbang. Abang tau nak cakap macam mana kat dia. Sekarang kita balik dulu. You need a rest.”

            Hamimah mengangguk sahaja. Sungguh dia pun tidak mampu bertahan lebih lama. Silap-silap nanti ada yang terpengsan kat tengah-tengah shopping complex ni.

JURUJUAL di kedai emas tersebut senyum kepada pasangan itu. Junaidi mengambil tempat duduk.

“Cik berdua nak cari cincin ke?” Penuh mesra jurujual itu melayan pelanggannya.

Dalam hati Maisarah menjawab, ‘Eh! Taklah. Kiteorang datang ni sebab nak cari spaghetti. Ish! Mai, behave! Makin nakal kau sekarang ye. Mamat ni pandai ke pilih cincin? Huh!’

Junaidi menganggukkan kepalanya. “Kedai kami ada buat offer untuk bulan ni.” Tambah jurujual itu sambil menunjukkan sehelai pamplet dan menerangkan serba ringkas kepada Junaidi dan Maisarah.

Maisarah membiarkan sahaja Junaidi memilih cincin untuknya. ‘Boleh tahan taste mamat ni.’ ujar Maisarah dalam hati.

            “Kalau yang ni awak suka tak?” tanya Junaidi kepada Maisarah sambil menunjukkan sebentuk cincin emas bertatahkan berlian. Sudah hampir setengah jam mereka berdua bertapa di situ. Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Maisarah sukakan yang itu, Junaidi mencadangkan yang ini. Naik pening jurujual tersebut melayani karenah pasangan merpati tidak sejoli ini.

            “Suka tu suka. Cantik. Tapi, saya alergi dengan emas tulen.” Maisarah menjawab pendek. Junaidi masih memilih lagi rekaan-rekaan cincin yang terbentang di depan mata.

            Tiba-tiba dia terlihatkan sebentuk cincin emas putih dan ada sebutir permata ‘ruby’ di tengahnya. ‘Cantiknya!’ puji Maisarah dalam hati.

            Junaidi melihat Maisarah penuh geram. ‘Sabar je la minah ni. Dibiarkan aku cakap sorang-sorang.’ “Awak. Yang ni macam mana? Ok tak?” Junaidi mengulang soalan. Namun mata Maisarah seakan terpaku pada sebentuk cincin yang indah pada pandangan matanya. Tanpa mempedulikan soalan Junaidi, dia mengatur langkah ke arah kaca yang menempatkan cincin tersebut. Barulah Junaidi tahu mengapa Maisarah jadi begitu.

            “Awak suka yang ni ke?” tanya Junaidi sambil menunjukkan cincin tersebut.

            “Cantik...” Maisarah hanya menjawab sepatah.

            Tanpa menunggu sesaat pun Junaidi sudah menyuruh jurujual mengeluarkan cincin tersebut untuk dicuba. ‘Fuh! Akhirnya. Dapat pun.’ Junaidi lega. Dapatlah dia pulang. Semakin lama dengan Maisarah semakin kekok dirasakannya. Cuak juga memikirkan yang mereka berdua akan disatukan tidak lama lagi. Ini baru hal cincin. Belum soal baju, persalinan, tema, warna dan lain-lain lagi. Kalau dua-dua tidak mahu mengalah nanti bergaduh pula. Untunglah Junaidi seorang yang sangat penyabar.

            Sebaik selesai membuat pembayaran tunai, mereka berdua melangkah seiring keluar dari kedai barang kemas itu. ‘Ek eleh dia ni. Beria-ia tak suka nak kahwin dengan aku. Alih-alih ajak beli cincin terus senyum sampai telinga. By the way, awak comel.’ Namun kata-kata hanya terlahir di hati Junaidi. Junaidi mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail Alif Farhan.

            Sakit hatinya apabila mengetahui bahawa Alif Farhan telah pulang dahulu dan meninggalkan dia dengan Maisarah berdua. Namun apabila memikirkan tentang Hamimah yang sedang berbadan dua itu dia berasa kasihan pula. Maisarah berasa geram dengan perangai abangnya itu.

            “Saya balik naik teksi.” tegas Maisarah.

            “Eh! Jangan. Jom saya hantarkan. Lagipun tadi abang awak yang suruh saya hantarkan awak balik.” Junaidi menghalang.

            Tanpa kata Maisarah hanya mengangguk terpaksa bersetuju. ‘Oklah tu kalau dia nak tolong hantarkan. Jangan dia tinggalkan kau dekat bus stand sudahlah. Mai, control hati tu Mai. Jangan asyik nak uji kesabaran dia Mai. Dah kau uji kesabaran dia kau kutuk dia macam-macam pulak.’ 

*************
Nak tengok dak macam mana cincin yang Maisarah pilih tu?
Haa. Yang kat bawah neh laa dy. 


Amacam cantik dak?
Haruslaa cantik kan~ 
Tengok laa sapa yang pilih.
Okay korang.
Daaa~