Monday 21 October 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 30

Assalamualaikum!
Hai! Thanks a lot sebab sudi menunggu.
Come and click it again.

Now PART 30.
Oh ya before that.
I can't imagine how will the real Junaidi sing that song in that way.
Sumpah lawak.
Kasi gelak sikit.
Hahaha.
Maisarah dengan Junaidi macam dah nak berbaik.
Hurmm. Asam garam kehidupan.

**************

JUNAIDI memarkir keretanya dengan cermat. ‘Hanif mesti dah balik.’ Selepas mengambil barang yang dibelinya tadi bersama Maisarah, dia memberi salam dan masuk ke rumah.

            “Waalaikumusalam Doktor Junaidi. Amboi sakan betul doktor jalan-jalan ye. Aku ni sampai dah panas punggung duduk kat sofa kau ni tau.” Ujar Marwan tersengih-sengih.

            Junaidi sedikit terkejut melihat keberadaan Marwan di rumahnya lewat petang itu. “Oi pak cik! Bila kau sampai? Kau ni nak datang tak bagitahu. Nasib baik si Hanif tu ada. Kalau Hanif tak ada tadi alamatnya tercongok kat luarlah kau.”

            “Eh eh! Suka-suka hati dia aje panggil aku pak cik. Aku ni muda dari kau tahu. Patut kau panggillah adik kat aku...” Tanpa sempat menyambung kata Junaidi terlebih dahulu memintas.

            “Tak kuasa aku nak panggil kau adik. Geli geleman tau nak panggil panggilan tu kat kau. Please lah. Aku ni tua setahun aje dari kau. Tak berkira pun.” Mereka seraya ketawa. “Eh, kau tak jawab lagi soalan aku. Bila sampai?”

            “Haa. Ni yang aku nak bagitahu kau ni. Lain kali orang cakap jangan pintas. Jangan nak buat shortcut pulak. Aku tak sempat nak jawab kau dah potong line. Aku sampai lepas Asar tadi. Lama jugak lah aku jadi penunggu depan rumah kau ni. Tapi lepas setengah jam baru si Hanif tu sampai balik.”

            “Oh, kesian kat kau. Eh, Hanif mana?” Tanya Junaidi yang baru menyedari ketiadaan Hanif di situ.

            “Hanif tengah mandi. Kejap lagi turunlah tu.” Saat itu Marwan terpandang beg-beg plastik yang dibawa masuk Junaidi tadi. Sebenarnya itulah barang-barang untuk majlis pertunangannya dengan Maisarah. “Hei bro! Apa dalam beg tu? Nak tengok boleh?”

            “Tak boleh! Tu barang eksklusif. Tak boleh sentuh.” Junaidi menyorokkan beg-beg tersebut di belakangnya.

            “Kedekut betullah doktor ni. Takpe, nanti aku beli barang aku pun tak nak tunjuk kat kau.” Marwan sengaja mengacah. Macam kecil-kecil dulu sahaja lagaknya.

            “Gotcha!” Hanif yang datang dari belakang terus mengambil beg-beg di belakang Junaidi senyap-senyap. “Wah! Habib Jewel kot Wan. Kau jangan main-main.” Ujar Hanif sambil menarik keluar sebuah kotak baldu berwarna merah dari dalam beg yang diambilnya senyap-senyap tadi.

            Junaidi yang tersedar akan hal itu terus berusaha untuk merampas kotak baldu berisi cincin itu dari tangan Hanif. Namun dia gagal. Kotak tersebut telah pun berada di tangan Marwan. Tanpa berkira-kira Marwan terus membuka kotak tersebut.

            ‘Aduh. Masak aku kena bahan kejap lagi!’

Seminggu berlalu.

MAISARAH termenung seorang diri di taman mini rumahnya. Sekejap duduk sekejap berdiri. Diam tak diam hampir seminggu dia sudah menjadi tunangan Junaidi. Saat ini banyak perkara yang difikirkannya.

            Puan Munirah menatang dulang bersama dua cawan teh panas ke arah Maisarah yang kelihatan diam di taman mini itu. Berhati-hati dia meletakkan dulang itu di atas sebuah meja yang terdapat di situ.

            “Eh, mama! Ingatkan siapa tadi.” Maisarah melemparkan senyuman manis kepada Puan Munirah.

            “Hai anak mama sorang ni. Teringat dekat Junaidi ke? Jauh termenungnya tu. Macam nak tembus langit tu mama tengok.” Ujar Puan Munirah sambil meletakkan secawan teh di hadapan Maisarah.

            “Taklah mama. Mai tengah fikir siapalah yang teman mama nanti bila Mai dah kahwin. Mesti mama sunyikan?”

            “Tak ada nak sunyinya Mai. Kakak kamu tu selalu saja balik. Alif pun kerap jugak muncul terpacak kat sini.  Abah pun ada aje teman mama kat sini. Jangan risaulah Mai. Lagipun Mai bukannya jauh pun. Boleh saja kan nak balik selalu.” Puan Munirah menyedapkan hati anaknya itu.

            Maisarah senyum lagi. “Mama. Mama yakin ke Junaidi boleh bahagiakan anak mama ni? Dia sayang ke dekat Mai?”

            “Maisarah, anak mama risaukan yang tu ke? Kalau pasal tu Mai tak payah risaulah. Mama yakin sangat dengan Junaidi. Lagipun Abang Alif pun dah tersangat kenal dengan Junaidi tu. Mama yakin dia boleh jaga Mai macam mama dengan abanh jaga Mai.”

            “Tapi ma... Walaupun Mai dah jadi tunang dia, Mai masih tak boleh nak terima dia sejujurnya kat dalam hati ni.” Maisarah menyisip sedikit air teh yang sudah sedikit suam.

            “Mai, cuba bagi masa kat diri sendiri. Mama yakin dengan Junaidi tu. Dia adalah yang selayaknya untuk Mai. Allah memang ciptakan dia untuk anak mama ni. Lagipun, Mai tak cuba kenal hati budi dia lagi. Once Mai dah kenal mungkin Mai akan jatuh cinta. Kuasa Tuhan kan? Sekarang Mai masuk, ambil wudhuk lepas tu buat solat istikharah minta petunjuk kat Tuhan.” panjang lebar Puan Munirah menasihati anak gadisnya seorang itu.

               Maisarah akur lantas mengatur langkah ke biliknya. Seusai masuk ke bilik Maisarah terus berwudhuk dan mencapai sejadah juga telekung pemberian ibunya. Penuh khusyuk dan tawadu'. Panjang doanya malam itu hinggakan bercucuran air matanya mengadu pada yang Maha Esa.


 **************

Oke done. 
Aku berehat sebentar.
(amboi bahasa hang. Baku giloss)
Hoorayy! Mau exam.
Adioosssa!