Monday 21 October 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 29

Assalamualaikum
Dan salam Satu Malaysia!
I'm back from a very very very long holiday.
Hahaha.
Holiday laa sangat.
Padahal malas nak hapdett ja.
Ya tak sayang?
(tolong jangan perasan aku panggil hampa sayang. I just talk to myself laa.)

Neh cerita sambungan untuk hampa.
Kalau tak ingat boleh klik kat IKON CERITA KAMI.
Check it out there yeah before sambung di sini.


****************

SUASANA di dalam Honda Accord merah hati kepunyaan Junaidi sunyi sepi. Hanya kedengaran desahan nafas masing-masing. Sesekali mata Junaidi memandang sekilas gadis di sebelahnya. Maisarah lebih rela berdiam diri dan membuang pandangan ke luar kereta yang sedang bergerak perlahan itu. Macam biasa. Walaupun bukan hari bekerja, jalan raya masih sesak dengan penggunanya yang setia. Kenderaan bergerak berdikit-dikit. Kalah siput berjalan.
  
          Maisarah rimas. Sudah hampir empat puluh lima minit mereka berdua berada di jalanan itu. Matahari pula sedang menghabiskan sisa-sisa tugasnya menerangi alam dan bersiap sedia untuk menyerahkan tugas tersebut kepada bulan pula. Beberapa kali Maisarah mengeluh.

            “Huh!” kuat keluhan Maisarah kali ini. Junaidi sedar Maisarah pasti bosan bila berdua dengannya. Entahlah. Dia mula memikirkan bagaimana cara untuk memikat hati tuan puteri ais batu ini. Susah betul mahu cair.

            Junaidi mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyambungkan kepada wayar yang sedia disambungkan di radio keretanya. Sejurus itu berkumandang lagu Wali Band iaitu Cari Jodoh. Tanpa diduga Junaidi turut melagukan lagu tersebut dengan suara yang boleh membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan ketawa. Maisarah terkejut melihat kelakuan lelaki itu. Dia memandang Junaidi tidak berkelip. Dalam pada itu Maisarah turut menahan tawa.

            Junaidi pula terus bernyanyi tanpa mengambil pusing pandangan Maisarah terhadapnya. Dia sudah tidak betah mahu duduk di dalam keadaan yang senyap sunyi itu. Kalau Maisarah tidak mahu bercakap biar dia sahaja yang bernyanyi mengikut rentak muzik yang dipasangnya.

            “Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu sama teman-temanku kerna cuma diriku yang tak laku-laku...” Junaidi sengaja menyumbangkan suaranya sekali lagi apabila tiba bahagian korus. Terlepas ketawa Maisarah sebaik mendengar suara Junaidi yang kelakar itu. 

“Hei, awak ni tak padan dengan doktor kan. Kenapa tak masuk Akademi Fantasia ke One In A Million ke?”

            ‘Yes! Pandai pun bercakap.’ Junaidi tersengih-sengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun kemas. “Bukan tak mahu masuk awak. Tapi kalau saya masuk confirm Mawi yang world tu pun kalah. Dah dia tak boleh nak cari makan. Sudahnya saya sambung medik sajalah jadi doktor.”

            “Awak editor buku kan?” Junaidi sengaja bertanya lagi.

“Yup.” Sepatah sahaja jawapan yang diberikan Maisarah. Nampaknya Maisarah juga boleh diajak berbual walaupun hanya sepatah perkataan yang dibalasnya. Sekurang-kurangnya tidaklah sunyi keadaan dalam kereta.

“Nantilah bolehlah buat buku untuk kita berdua.” ujar Junaidi perlahan.

“Apa? Saya macam dengar awak cakap sesuatu tadi. Buku apa?” Maisarah bertanya pula.

“Eh! Tak ada apa-apa. Saya cakap nanti saya hantar buku yang anak saudara saya tinggalkan kat rumah saya tu.” ‘Fuh! Bernas otak kau Eddy. Good job.’

            Lagu demi lagu berkumandang. Akhirnya mereka sampai juga di rumah Maisarah. Sejurus mengucapkan terima kasih Maisarah melangkah keluar dan masuk ke rumahnya. Junaidi pula beredar setelah memastikan maisarah telah selamat masuk ke dalam rumah.

“WAH banyak suka hati ini orang. Amacam Mai, seronok tak dating dengan Junaidi? Dia bawak jalan ke mana? Dengar cerita keluar cari cincin betulke?” tanya Mia Azlina sebaik Maisarah melangkah masuk.

            “Nee, you memang tak sabar-sabar kan. Kesian Mai tu. Baru aje nak langkah masuk rumah you dah sembur soalan kat dia macam machine gun. Kalau iya pun bagilah Mai duduk dulu.” Firdaus menegur isterinya lembut.

            “Alah bi... I curious nak tahu aje.” Nina mula menarik muncung.

            Maisarah tersenyum melihat kakak dan abang iparnya itu. Kadang-kadang tersentuh juga jiwanya mahu memiliki suami seperti Alif Farhan dan kedua abang iparnya Hazwan dan Firdaus. ‘Kakak aku ni, sweet sungguh.’ Maisarah kemudiannya lantas mengambil tempat di sebelah Mia Azlina.

            “Alahai kak. Tak ke mana pun. Pergi mall beli cincin. Lepas tu makan-makan then baliklah. Jalan pulak sesak tadi, tu yang sampai lambat tu. Kak Nina bila sampai?”            

            “Baru aje sampai. Tak hilang penat lagi ni. Tapi, esok pagi nak balik dah. Abang Firdaus ada kerja petang esok.”


****************

Okay!
Done untuk this part.
Aku nak update lagi satu part laa.
Ya laa. Aku nak exam kan. 
Macam tak sempat jaa nak post lagi nanti.
Wait for my second entry today.
Sayonara!