Thursday 28 November 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 32

Assalamualaikum :)

Salam sejahtera. Salam SATU hati.
Cewaah!

Fuhh! Sekarang aku tengah ada kat satu tempat lepak yang best.
Kat mana? Rahsia.
Tapi of course laa dengan kaum kerabat family aku yang tersayang tuu.
Okayy. Apa khabar tangan kananku?
Alhamdulillah. Dah sehat walaupun bukan sepenuhnya.
Yay! Dah boleh buat macam kerja.
Mesti tangan kanan neh rindu nak buat macam-macam kerja kan? 
Okeh! Hari neh disebabkan aku agak free aku rajin menaip jalan cerita A&D yang tergendala.
So, apa lagi? Jom jalan-jalan baca. Lalala


***************
PETANG itu Maisarah menunggu Junaidi di butik pengantin tempat mereka menepah persalinan mereka. Matanya memandang sepi orang-orang yang lalu lalang di situ. Penat duduk dia berdiri penat berdiri dia duduk. Namun orang yang dinanti tak kunjung tiba. 'Mana dia ni? Kalau ikutkan hati aku tak nak aku datang sini tadi. Memang betullah suka uji kesabaran aku dia ni.' rungut Maisarah dalam hati.

       “Awak! Sorry late. Saya keluar lambat. Pesakit ramai.” ujar Junaidi. Nafasnya turun naik seperti selepas berlari seratus meter.

       “Tak apalah. Saya pun baru sahaja sampai.” Maisarah tidak sampai hati pula mahu marahkan lelaki itu. 'Ah! Biarlah. Lagipun entahkan dia ada kes kecemasan kat klinik ke tadi. Mana tahu kan?' "Dahlah. Jom masuk."

        'Ketat je muka dia. Baru lambat sepuluh minit. Sabar Eddy. Sabar Eddy. Mana tahu dia sampai awal tadi. Kau tulah. Janji dicapatikan. Ibu dah pesan kat kau jangan berjanji kalau rasa tak boleh nak menepati. Tapi... Ah! Kejap lagi aku belanja dia makan mesti sejuk balik ni.' gumam Junaidi sendiri. "Berapa lama lagi awak nak berdiri depan tu? Tak nak masuk ke?" ujar Maisarah. Junaidi tersengih lantas mendapatkan Maisarah.

       Mereka berdua beriringan masuk ke dalam butik itu. Mata Maisarah ralit memerhati segenap sudut butik itu. Hatinya terpaut dengan replika pelamin yang dipamerkan di situ.

        “Cik berdua tunggu sekejap ya. Pembantu saya pergi ambil baju yang cik berdua tempah tempoh hari.” ujar pemilik butik tersebut yang lebih dikenali dengan nama Samantha.

          Maisarah mengambil tempat sebelah Junaidi. Sementara menunggu mereka membelek album yang ada di atas meja kopi itu. Maisarah sebuah Junaidi sebuah.

         “Cik Maisarah.” Maisarah yang leka membelek album itu sedikit tersentak. “Ya saya.”

     “Mari ikut saya ke fitting room. Kita cuba baju ni.” kata Samantha lagi sambil menunjukkan baju pengantin di tangannya. “Encik Junaidi tunggu sebentar ya. Sekejap lagi pembantu saya akan berikan baju kepada encik untuk dicuba.”

          “Baik.” Junaidi sambung membelek album-album di situ.

          Beberapa minit kemudian, Maisarah keluar dari bilik persalinan berdekatan dengan ruang menunggu tempat Junaidi melihat album-album tadi. “Awak...” Hanya satu perkataan itu sahaja yang lahir dari bibir Maisarah.

            Junaidi pula sudah terpaku melihat keayuan gadis manis di hadapannya itu. Ya! Itu bakal suri hatinya. ‘Wow! Like a princess in wonderland. Kalah Cinderella. Snow White pun tak boleh challenge ini tuan puteri ais batu.Cantiknya.’ "You look so gorgeous." tanpa sedar Junaidi segera menghulurkan tangannya kepada Maisarah.

          “Awak! Ish! Tutuplah mulut tu. Malu orang tengok. Hesy! Apa awak cakap tadi? Okey tak baju ni?” Junaidi segera tersedar dari lamunan pendeknya itu.

        “Okey. Sesuai dengan awak.” Junaidi masih lagi terpukau dek keayuan Maisarah yang masih dalam persalinan itu.

          “Encik Junaidi. Ini baju encik. Encik boleh cuba dulu kat fitting room sebelah situ.” kata pekerja butik itu seraya menghulurkan sepasang baju untuk dicuba. Baju yang berwarna sedondon dengan Maisarah pakai itu diambil dan terus dia menghalakan langkahnya ke bilik persalinan lelaki yang disediakan.

        Sesudah menukar kembali baju, Maisarah pula menggantikan tempat Junaidi. Melihat album-album yang sememangnya disediakan untuk tatapan pelanggan. ‘Hesy! Lamanya mamat ni cuba baju. Ini kalau tinggal karang ada yang menangis tak boleh rumah ni.’ Terkekeh Maisarah ketawa.
      
     “Awak ketawa sorang-sorang ni kenapa Cik Maisarah? Ada saya buat kelakarkah?” Entah bila datangnya Junaidi. Dia sudah lengkap dengan persalinan yang diberikan oleh pekerja butik itu tadi. Tanpa kata, Maisarah hanya mengangkat kedua ibu jari tangannya tanda ‘thumbs up’ sambil tersenyum manis puas hati. Dalam hati dia memuji. ‘Handsome.’

        Mereka beriringan jalan keluar dari butik tersebut setelah masing-masing berpuas hati dengan persiapan perkahwinan mereka. Sunyi saja antara mereka berdua tanpa sebarang perbualan.

       “Oh ya. Awak nak makan apa-apa ke sebelum kita balik?” Junaidi memecah kesunyian.

       “Saya tak kisah. Janji awak tak culik saya dan hantar saya balik dengan selamat.” balas Maisarah. Hari ini dia tidak memandu. Kalau tidak kerana keretanya masuk bengkel tidak mahu dia menyusahkan bapanya menghantar dan mengambilnya di pejabat. Alang-alang Junaidi sudah mengajaknya keluar hari ini, Junaidi sahajalah yang akan menghantarnya pulang.

       “Buat apa saya nak culik tunang saya? Tak lambat dah. Lagi tiga minggu aje. Saya masih boleh bersabar okey. Awak ingat saya jahat?”

        “Saya tak kata awak jahat. Saya cuma berhati-hati.” tukas Maisarah.

      “Yelah tu. Jomlah. Saya belanja awak makan aiskrim hari ni.” ujar Junaidi pula lantas mengarahkan langkahnya ke kedai aiskrim Baskin’ Robbins. Maisarah hanya membuntuti langkah Junaidi yang sudah pun berada di kaunter.

        Maisarah duduk di satu meja kosong di sudut kedai itu sambil menanti Junaidi. Selepas selesai membeli perlahan Junaidi melangkah ke arah Maisarah dan mengambil tempat di hadapan Maisarah. “Sarah, ni awak punya.”

        Ah! Panggilan itu! Sudah lama nama itu tidak dipanggil. Ya! Sejak ‘dia’ pergi, Maisarah sudah jarang mendengar orang memanggilnya dengan nama itu. Bahkan ahli keluarganya sendiri tidak memanggilnya dengan nama itu kecuali datuk neneknya. Hari ini panggilan itu ada lagi membuatkan Maisarah terbayang-bayang detik indah dengan si ‘dia’.
   
        'Aku salah panggil nama dia ke tadi? Hai tuan puteri ampunkan patik jikalau patik sudah menimbulkan kemurkaan tuan puteri. Please give me your smile. Baru manis.' Namun hampa. Maisarah masih diam seribu bahasa. 

“SARAH, ni untuk awak.” Arshad mengunjukkan mangkuk aiskrim yang terisi aiskrim vanila strawberi kesukaan Maisarah. Maisarah menyambutnya dengan senyuman manis. Lelaki yang bernama Arshad itu sememangnya tahu dua perisa kegemaran gadis pujaan hatinya itu. Manakan tidak, setiap kali keluar pasti Maisarah mengajaknya makan aiskrim bersama. Dalam banyak-banyak perisa yang ada hanya dua perisa itu sahaja yang menjadi pilihan Maisarah. Oleh sebab itu, Arshad sudah arif tentangnya.

     “Terima kasih Acad. Lamanya Acad pergi beli aiskrim. Sarah ingat Acad pergi tolong orang tu jual aiskrim.”

       “Ha’ah. Acad pergi tolong orang tu jual aiskrim tadi. Tu yang lambat sikit.” Selamba Arshad menjawab.

       “Serius laa Acad ni. Orang cakap betul-betul. Main-main pulak dia.” Pantas botol air mendarat cantik di bahu kanan Arshad.

     “Aduh! Sakitlah Sarah. Orang ramai laa tadi. Tu yang lambat sikit.” Arshad mengaduh sambil ketawa kerana dapat mengenakan Maisarah.

     “Hah! Padanlah muka tu. Orang cakap elok-elok dia jawab tak serius. Botol air ni lah makannya. Tengok ni habis dah kemik botol air ni. Nasib baik dah kosong.”         

      “Acad jawab serius lah. Acad nak makan aiskrim laa Sarah. Tak nak makan botol air. Botol air tu kemik sebab Sarah ‘landing’kan dia kat Acad yang handsome ni. Kalau Acad tak handsome botol air tu mesti tersasar punya.”

      “Tengok tu loyar buruk pulak dia. Sarah lempar masuk tasik ni nak? Dahlah masuk bakul angkat sendiri. Malaslah layan Acad.” Maisarah segera bangun dari duduknya.

     "Eh, Sarah! Nak pergi mana tu? Tunggulah Acad. Tadi cakap nak buang Acad dalam tasik ni." Terkocoh-kocoh Arshad mengejar Maisarah yang sudah jauh meninggalkannya di belakang. "Sarah!" laung Arshad sambil mengejar buah hatinya sekeliling tasik itu. Semakin galaklah Maisarah berlari menjauhi Arshad. Mesra benar pasangan itu.

***************

Hoyeahh!
Lepas ni ada jugak orang nak tanya aku.
Sapa Acad?
Okey. Nanti hampa semua akan tau bila masanya tiba.
Hey yaa!
Tinggg!