Thursday 28 November 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 33

Assalamualaikum.

Dan salam sejahtera.
Tadi aku update Part 32.
Disebabkan oleh kerajinan aku. (Erk! Betul tak aku punya tatabahasa neh? Nanti kena ketuk dengan cikgu BM naya ja. keh3)
Tetiba pulak aku teringat kenangan masa jadi budak sekolah dulu.
Hesyy! Nuramira! Wake up!
Banyak mengail ikan kerapu la tuu yang duk kerja merapu tuu.
Tibai ngan batang penyapu baru tahawan.
Lalalalalala.
Ayat yang aku selalu kena masa zaman kenakalan aku dulu.
Ohh! Rindunyaa!

Hehehe. Okehh la okehh. Aku update iyee.
Tunggu kemerapuan aku ni entah bila nak habis.


***************

JUNAIDI mengemaskan kain sampingnya. Segak bergaya seperti laksamana Melayu lagaknya. Sekali terpandangkan cermin. ‘Eh! Dah macam nak masuk pertandingan nasyid gayanya. Dengan baju melayunya, sampingnya, songkoknya.’ Teringat zaman sekolahnyaa dahulu. Dia dan Alif Farhan agak aktif dalam bidang nasyid dan tilawah. Puas hati dengan penampilannya, Junaidi mengatur langkah keluar biliknya menuju ruang tamu. Masih ada sepuluh minit lagi mereka mahu bertolak.

      Sebentar lagi si jelita Maisarah akan menjadi miliknya. Junaidi akan bernikah dengan gadis pilihan keluarganya selepas Asar nanti di kediaman keluarga Maisarah. Meskipun Maisarah ialah pilihan keluarganya namun dia yakin dia mampu menerima kehadiran wanita sepenuh hatinya. Saat ini dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakan olehnya. Gembira, gemuruh, gementar dan seangkatan dengannya bergabung menjadi satu rasa dalam dirinya.

       Kelihatan di ruang tamu hanya bapanya dan juga abang iparnya Khairul. Kakak dan ibunya entah di mana. Mungkin sedang berdandan lagi. Biasalah perempuan. Bersiap mana cukup lima belas minit. Mahu setengah jam jugak depan cermin. Nak pakai itulah inilah. Nak belit tudung lagi. Nak touch up make up lagi. Nak itu nak ini.

        Junaidi mundar mandir di ruang tamu itu. Bagai cacing kepanasan duduknya. Berdiri tak kena duduk tak kena. Bapanya yang perasan keadaannya itu segera menegur. “Eddy. Apa ni? Kejap berdiri, kejap duduk. Cuba duduk diam-diam sikit. Pening kepala ayah tengok kamu ni.”

      “Entah Eddy ni. Kalau ya pun nervous kawallah sikit. Nanti duduk depan kadi tak ketahuan punca pulak.” Khairul turut menegur adik iparnya itu.
          
        Ketika itu Julia muncul bersama Fatiha. Comel anak saudaranya itu. Bergaun labuh bercekak blink blink. Macam princess dalam cerita dongeng kanak-kanak. “Ibu mana?” Hanya itu saja yang terlontar oleh Julia.
  
       “Ibu sini. Dah jom. Eddy. Dah check semua benda ke? Sure tak ada yang tercicir? Karang tercicir susah pulak”

          “Done ibu. Jomlah gerak cepat. Nanti lambat pulak sampai.”

        “Amboi. Nipisnya kesabaran kau Eddy. Abang ingat kau tadi nervous gila gaban dah.” Ujar Khairul mahu mengenakan adik iparnya itu.

          “Mana ada bang. Persediaan. Takut nanti jalan sesak pulak. Susah.”

          “Sabar sabarlah Eddy oi. Tak larinya Maisarah tu.”

       “Dari tadi mengusik aje bila nak bertolaknya?” Junaidi bingkas memeriksa rombongan pihaknya. Selepas dipastikan cukup mereka mula bertolak.

MAISARAH merenung dirinya di cermin. Cantik manis dirinya hari ini. Jubah potongan moden yang padan elok di badannya menyerlahkan lagi kecantikkannya. Tersenyum-senyum dia membelek hasil Kak Noni iaitu mak andam yang di’import’ khas dari Melaka. Kak Noni merupakan sepupu Maisarah yang pernah bekerja sebagai pramugari Air Asia namun setelah menjejak ke jinjang pelamin dia terpaksa melepaskan kerjayanya demi memberi perhatian kepada keluarga dan kini memulakan kerja sebagai jurumekap pengantin.

       Maisarah tiba-tiba berasa sayu. Dalam beberapa jam sahaja lagi dia akan melangkah ke alam baru bersama orang yang agak baru dikenalinya. Lebih tepat tunangnya yang juga merangkap kawan baik abangnya. Sedang dia termenung, kedengaran bunyi pintu diketuk. Maisarah pantas membetulkan tudung yang tersarung di kepalanya dan berjalan ke arah pintu untuk membukanya.

      “Hai adik kita! Kak Mira, tengok ni adik kita ni. Cantik laa. Ada orang tak dalam bilik? Akak nak masuk ni.” Mia Azlina rupanya. Mia Amira juga bersamanya. Maisarah memberi laluan kepada dua orang kakaknya untuk masuk.

       “Cantiknya Mai. Teringat Kak Mira masa Kak Mira kahwin dulu.” Mia Amira melabuhkan punggung berhadapan dengan adiknya.

     “Jom ambil gambar nak? Kita bertiga.” Cadangan Mia Azlina disambut baik kakak dan adiknya. Gembira mereka bertiga dapat bergambar bersama. Sekarang mereka bertiga masing-masing punya pasangan.
  
        “Kak Mira, kak Nina. Mai nervous lah. Takut pun ada. Cuak, gementar semua ada ni. Macam mana?
  
      “Mai, itu perkara biasa. Lepas dah habis akad nikah nanti semua dah ok. Jangan risau ye dik.” Mia Amira menyedapkan hati adiknya. “Lagipun, Kak Nina dengan Kak Mira pun pernah rasa macam Mai ni. Rileks la Mai. Buat macam tak ada apa-apa. Ni dah solat belum?” sambung Mia Amira lagi.     

        “Aduh!” Tiba-tiba Mia Azlina mengaduh. “Kak Nina! Kak Nina ok ke? Dah due ke? Alamak macam mana ni? Aduhai Kak Nina. Kejap Mai panggilkan abang Fir.” Kelam kabut Maisarah. Tambahan pula perut kakaknya itu sudah membesar.  

        Meletus ketawa dua orang kakaknya. “Mai, Kak Nina ok lah. Tak payahlah sampai nak panggil abang Fir. Relaks. Takkanlah time majlis nikah adik akak budak ni nak keluar. Anak Ummi sabar ya sayang. Lepas habis kenduri mak su nanti baru sayang keluar ya.” Mia Azlina berkata sambil mengusap perutnya itu.

      “Bikin cuak aje Kak Nina ni. Kus semangat tau. Dah laa orang tengah nervous. Boleh pulak buat macam tu. Kakak siapalah ni?”

        “Entah. Kesian Mai. Adik siapalah ni?” Mia Amira menyokong Maisarah.

        “Amboi. Kak Mira beralih arah nampak. Sayang. Nanti sayang keluar sayang jadi geng ummi ya?”

      “Haa. Cakaplaa dengan anak kesayangan awak tu. Akak nak keluar kejap. Nak ambil minuman. Korang nak tak?”

         Serentak mereka berdua menjawab. “Nak!”

       Beberapa ketika Maisarah berdua-duaan dengan Mia Azlina. “Kak, Mai rasa macam Mai tak ready lagilah nak jadi isteri orang. Macam akak tahu kitorang kahwin ni pun atas dasar kekeluargaan dan persahabatan. Akak rasa Mai boleh jadi isteri yang baik tak?” Maisarah meluahkan rasa.

        “Mai, lama-lama nanti akak yakin perasaan tu akan tumbuh jugak. Kak Mira dengan Abang Wan pun kahwin sama dengan Mai. Tapi, sekarang bahagia aje diorang. Dah berempat pun sekarang ni tau. Percayalah cakap akak ni. Lambat laun akak yakin Mai akan sayang kat dia. Dia pun akan sayang kat Mai.”

       “Kak Mira dengan Abang Wan lain. Mereka berdua dah kenal hati budi masing-masing sebelum kahwin. Mai bukan macam tu.” Maisarah berjeda seketika. “Tapi berapa lama kak? Ikut hati nak aje Mai call teksi suruh tunggu luar rumah lepas tu Mai lari. Tapi Mai fikir panjang kak. Nanti malu family. Mai tak yakin yang Mai mampu membahagiakan dia kak. Mai takut nanti dia akan kecewa dengan Mai. Dan sejujurnya Mai still tak boleh lupakan Arshad.”
  
      “Akak yakin dengan adik akak. Mai kan kuat, tabah. Cuba nanti belajar cintakan suami Mai sendiri. Lama-lama nanti bayang Arshad akan hilang. Mai kena step by step. Slow and steady. Bila nanti ada cinta Mai untuk suami Mai, Arshad akan hilang. Akak yakin Arshad pun akan bahagia bila tengok Mai bahagia dengan Junaidi. Sabar ya dik ya. Akak percaya seratus peratus yang adik akak ni mampu.”

        “Akak. Macam mana nanti kalau dia yang tak suka kat Mai?”

       “Ya Allah, Mai. Siapalah tak suka kat adik akak ni? Haruslah dia suka. Pandai masak, pandai buat kerja rumah, bekerjaya, berkeyakinan. Pendek kata serba bolehlah adik akak ni. Rugi tau siapa yang tak dapat. Dah takde tapi-tapi lagi dah. Lap air mata tu. Apalah Mai ni. Kak Noni dah touch up lawa-lawa dia nangis pulak.” Mia Azlina memberikan tisu kepada Maisarah.
  
       Mia Amira masuk semula dengan tiga gelas di talam yang ditatangnya. “Eh Mai! Kenapa nangis ni dik?”

      “Tak ada apalah kak. Adik kita ni. Sedih nak tinggal mama dengan abah kat sini.” Mia Azlina menjawab bagi pihak Maiasarah.

     “Oh. Ingatkan pasal apa tadi. Ni tadi abah bagitau yang pengantin lelaki lagi lima belas minit nak sampai.”            
      “Adik. Rileks. Cool je tau. Jangan nervous sangat. Kak Mira dengan Kak Nina ada aje kat tepi adik.” Maisarah cuba berzikir menenangkan hatinya. 


***************
Bestnya nak kawen.
Nak kawen nak kawen nak kawen.
Nak kawen jugak.
Hihihi.
Oh ya! sebut pasal nak kawen.
Semalam aku ada tanya parents aku nak kawen boleh ke tak.
Nak tau apa reactionnya?
Daa!