Monday 10 August 2015

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 39

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Camna hari ni? Hopefully okay belaka lah ye.

Aku kahwin nanti nak resepsi satu kali saja.
Jimat baju, jimat kos, jimat tenaga.
Well, Kak Fatin Liyana pun buat macam ni tau.
Enjoy betul aku layan gambar kahwin Kak FL ni dengan Dr Anwar Fazal.
Cocok sangat. Macam pinang dikerat dua.
Hehehehe.
Tetiba rasa macam nak cepat kahwin pulak. Aummm!
Okay, tapi not to desperate lah kan.
Kalau katanya jodoh sampai dulu kahwin je lah.
Tapi kalau encik ajal mai dulu. Redha je lah.
Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. In sha Allah.

Dah kenapa kan kali ni aku pulun cerita pasal nak kahwin bagai dengan resepsinya lah apalah semua.
Okay, tak yah nak buang masa. La ni bagi masa kat aku nak merapu pasal persiapan wedding si Junaidi dengan bini dia si Maisarah tu.
Haru tak biru, parah tak merah si Junaidi tu kena basuh dengan Maisarah kali nii, tuu hampa semua kena baca rapuan aku nii sampai habis.
Jom!

**************
“SARAH, awak dah siap ke? Saya on the way nak pergi ambik awak ni. Lagi sepuluh minit saya sampai.” ujar Junaidi sebaik Maisarah menjawab panggilan telefonnya.

“Dah.” balas Maisarah sepatah.

“Okay, wait for me.” sejurus itu panggilan telefon dimatikan.

Maisarah terpaksa mengalah juga hari ini dek desakan kakak-kakaknya yang bertuah itu. Siapa lagi kalau bukan Mia Amira dan Mia Azlina. Kalau diikutkan hati dia lebih rela berkurung di pejabat menghadap komputer, mengedit artikel-artikel yang dihantar oleh pekerja bawah naungannya. Sebenarnya bukan banyak pun kerjanya. Hampir keseluruhannya diambil alih oleh Zarif sementara dia sibuk dengan persiapan untuk majlis resepsinya nanti.

Berlainan pula dengan Junaidi. Dia begitu teruja menyediakan semua kelengkapan untuk majlis mereka nanti. Aduhai, dunia bagaikan terbalik 360 darjah. Selalunya perempuan yang lebih teruja menyiapkan segala kelengkapan majlis. Dari pakaian pengantin sampai ke cenderahati untuk tetamu yang hadir. Jangan tak tahu Maisarah tidak pernah mengambil kisah langsung apa yang akan dipakainya semasa majlis resepsi nanti. Dia hanya mengiakan sahaja pendapat Junaidi. Junaidi mahu komen atau tak pun dia tak mahu ambil peduli.

Teringat kata kakak-kakaknya semalam yang beria benar menyuruh dia mengikut Junaidi ke butik pengantin mereka hari ini.

“Mai kerja esok kak. Kalau dia pergi sendiri tak boleh ke?” Maisarah cuba berdalih.

“Tak boleh. Diulang tak boleh. Alah Mai, takkan weekend pun kerja? Melampau betul bos Mai ni sampai tak bagi cuti kat pekerja.” ujar Mia Amira. Macamlah dia tidak tahu sebenarnya Maisarah memang suka beradu dalam pejabatnya walaupun hari minggu. Sengaja menyibukkan diri.

“Tapi kak, banyak lagi kerja Mai yang tertangguh. Banyak artikel yang Mai kena tandatangan bagi kelulusan sebelum dihantar ke Jabatan Percetakan.” Maisarah mencuba nasib dengan alasan ini pula.
Mia Azlina pula menyangkal, “Adik, sekarang awal bulan kan? Artikel apanya yang adik nak kena tandatangan ni? Setahu Kak Nina adik selalunya sibuk tengah ke hujung bulan. Masa tu memang nak nampak muka kirim salam sajalah. Macam biskut chipsmore pun ada. Kejap ada kejap-kejap hilang.”

“Tapi kak......”

“Dah takda nak tapi-tapi lagi. Bukannya Mai keluar dengan orang lain. Suami sendiri kot. Ni yang Kak Mira hairan ni. Korang berdua dah sah suami isteri kenapa duduk asing-asing. Tempat isteri sepatutnya di sisi suami kan Nina?” kata Mia Amira sambil melihat ke arah kedua-dua adik-adiknya.

Mia Azlina hanya mengangguk. “Alah, pergilah. Bukan selalu pun adik keluar dengan Junaidi. Nak kata Junaidi tu tak menepati standard adik, Kak Nina rasa macam dah terlebih tepat sangat dah tu. Takda alasanlah adik tak nak keluar dengan dia.”

“Kak Mira, pasal yang tinggal asing-asing tu tak payah nak hairan sangat ye. Mama dengan abah yang suruh. Lagi belum sampai resepsi kena duduk asing-asing.”

“Lah yeke. Takpe lah macam tu. Masalah sekarang dah selesai okay. Mai kena ikut Junaidi esok pergi butik pengantin. Nanti karang baju sendatlah, singkatlah, tak kena sana, tak kena sini. Bukannya orang tak kenal awak tu cerewet tahap gaban.” putus Mia Amira dan disokong Mia Azlina. Maisarah ini kadang-kadang kena paksa juga dia baru dia nak buat. Kalau dibiarkan dia hanyut dengan jiwa tak kisahnya itu boleh kena migrain semua orang.

Walaupun seribu satu alasan dilemparkan oleh Maisarah mudah dipatahkan oleh kakaknya yang berdua itu. Mereka berdua memang sudah sedia maklum dengan perangai Maisarah yang ada pasang surutnya itu. Namun kali ini perangainya tiada pasang yang ada hanya surut. Jenuhlah Junaidi!

**************
Still dalam mood tengok gambaq wedding Kak FL.
Hampa semua mesti tak terpikiaq nak buat majlis yang awesome tapi jimat kan?
Btw, aku lepak blog Kak FL semalam dan mendapati beberapa perkara boleh jimatkan duit hampa yang nak buat kahwin ala-ala wedding of the year yang jimat bajet.
For more information hampa pi kat link bawah ni..


Oraite. Dengan itu aku mengundurkan diri buat seketika.
Orang dalam clan bising cari Miss Gong-Ju nii haa.
Tak muncui2. kekekeke

*bajet pemes

Tata
Adios!