Saturday 10 October 2015

Part Time Promoter Je Awak

Assalamualaikum

dan salam sejahtera penuh cinta. Cak!
Okay, I know last entry aku bulan lepas kan. Hehe.
As for today, aku keja syif morning balik awal. So, ada masa laa aku nak hadap this blog for a moment.
Malam ni simple je aku nak share pasal pengalaman first time aku jadik promoter kat mall.

Bagi yang still clueless, aku ni graduated from PTSS as DSK's Student. Katanya laa. Tapi, rezeki hala kut belah lain dulu so kena keep on doing part time job lah before dapat permanent job. So sebagai permulaan hari tu aku kerja as a Cashier kat fair under The Store Sungai Petani yang mai buat kat Pokok Sena yang kononnya damai. Hahaha.

Tapi takpa. Malam ni aku takmau stori pasal Cashier. Aku nak story pasal keja baru aku ni. For those yang clueless lagi (*xdak ayat ka nak guna) aku sekarang kerja part time promoter kat Pacific. Kalau nak tengok aku yang hensem comot serabai ni boleh mai cari aku kat kaunter Valentino Creation Handbag. Handbag tau. Satgi pi cari bahagian kasut pulak! (*ajet macam ade je orang nak cari hang)

Sebenarnya for the first place aku memang ingat keja promoter ni memang hang melangut je kalau takdak pelanggan. Bahasa kasar dia BOSAN. Tapi bila hang ada pelanggan hang akan stress. Kalau dapat pelanggan yang seriously tak cerewet hang memang kena sujud syukur laa sebab ada lagi orang yang macam tu. Biasalah kan hari-hari nak hadap dengan Customer Behavior yang entah apa-apa ni. Memang kena banyak sabar je.

Jujur aku cakap. Aku bersyukur gila sebab dapat bahagian handbag. Sebab aku ni kan jenis yang kurang sabarnya. Pantang orang cabar sabar aku mula  lah satgi hati ni sumpah seranah orang. Oppppsssss. Cut this part. Sejak aku jadi promoter ni aku dah banyak sabar dengan kerenah pelanggan yang tah apa-apa kelakunya. Sampai satu tahap hang akan rasa "Ah! Annoying gila that person!" Tapi selalunya aku akan cepat-cepat ingatkan hati buat kerja apa pun kena ikhlas. Jangan ucap apa-apa. Ucap syukur ja lebih."

Satu hari tu aku dapat seorang customer. Perempuan. Lingkungan usia 30-an ke 40-an laa. Sebab dia mai dengan anak dia. Lelaki umur lingkungan sekolah menengah. Aku agak ja laa. Satu benda yang aku belajar hari tu, orang memang akan cari benda yang betui-betui perfect untuk dia guna. Ini tak termasuk dengan hal mencari bakal suami atau bakal isteri. Hahahaha. Cut the crap! Akak ni dia tanya aku soalan.

Cust : Dik, purse ni tahan dak? Kulit dia nanti mengelupas dak?
Aku : Ni kulit campur kak. Lama-lama nanti dia akan mengelupas jugak. Tapi kalau pandai jaga mau tahan bertahun-tahun jugak.
Cust : Takdak less ka untuk harga ni?
Aku : Sat na. *Aku belek purse tu tengok harga pastu rujuk kat pop card diskaun yang Kak Yus letak cun kat situ. Aku bagitau harga dia. Dalam hati, 'adoi! Sah2 lah purse ni kat 50% part lagi mau tanya ada less ka dak.
Cust : Cantik kan dia punya corak. *a moment.* Okay dik. Sat na. Nak pi tengok hat lain dulu. 

Aku nampak dia berjalan pi ke kaunter Sentini kat sebelah aku. Kebetulan aku on the way nak pi susun beg kat depan. Dan kak promoter Sentini tu pi toilet tak balik-balik lagi. Tengah dia belek, dia panggil aku lagi. Soalan yang sama diajukan. Dan pada masa yang sama kak Sentini tu mai dah. So aku serah ke dia saja laa while aku perhati gelagat akak tu belek-belek purse kat situ pulak.

Dipendekkan cerita setelah akak tu disyorkan satu purse yang berharga RM500++ sebab purse tu memang asli kulit bukan kulit campur punya maa, dia mula give up dan kembali ke kaunter Valentino. Dia grab terus purse yang dia pegang masa awal-awal tadi.

Cust : Ambik yang je la. Yang tadi tu cantik tapi harga pulak mahal.
Aku : Okay kak. Sat na. Nak cari stok yang baru.
Cust : Oh ada yang baru ka. Ingat tinggal yang display ja. Okay.
Aku : *a moment* Aku sua kat dia purse yang masih terpelihara daranya. Hahaha
Cust : Adik, ni ada warranty dak ni? Kut lah kalau terkelupas ka apa ka.
Aku : Takdak kak. Takpa kak check dulu apa yang patut sampai puas hati. *Dalam hati. 'akak ingat ni barang elektronik ke apa yang ada warranty bagai.' sekali lagi aku istighfar.Walaupun ada hati nak cakap 'la ni macam ni. Akak nak ambik ka tak mau. Kalau nak ambik cek elok-elok sampai puas hati. pastu saya bukak bil akak pi bayaq kat cashier pastu akak boleh balik.' Tapi dalam hati ja.
Cust : Kak ni kalau boleh nak cari hat betui-betui tahan sampai ke mati. Tu mai beli hat mahai siap-siap. Selalu barang mahai ni kualiti elok.
Aku : Hat ni kalau tau jaga dia bagi elok mau tahan 5 6 tahun jugak ni. Unless lah memang kak jenis lasak sikit. *Shit! Keluaq jugak. 

Aku dah kata kan sabar aku ada batas dan tersangat nipis. Hahaha. Last-last akak tu ambik jugak purse tu lepas aku bukak bil punya laju sebab takut dia berubah fikiran. Kikiki. Aku bagi dia resit copy pastu cakap kat dia , "Kaunter 1 na kak. Depan tu." terus aku blah hantar purse kat Cashier. Hahahaha.

Okay, dah berenti gelak. Sebab aku rasa mata aku yang sepet ni dah kui sepet. Bantai dengan ARIRA pun duk panggil dah tuu. DOMO duk sedia nak kena peluk dah. So, aku terpaksa! Ceh. terpaksa sangat! Dak laa. Aku nak mintak diri dulu. Nanti aku ada masa aku bawak hampa kisah-kisah hat lain pulak. Banyak lagi noo dalam masa 9 hari aku keja kat situ. Hihihi

For this moment.
Good Night.
*light off.