Saturday 28 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 7

Assalamualaikum . .
Yeah ! Aku lambat update ceta aq ckiet ary neh  .. 
Bukan apa . . 
Ralit duk kat depan TV tadi . . 
Tgok VERSUS maa . . best koott . . 
Aq sokong BLACK AND PARALLAX . . 
sapa berada di pihak aq ? turun tgn . .  hahaha . .  =D 
oke2 . . memandangkan aq pun maleh na meqapu malam neh , sbb aq kepenatan , so aq teruskan saja lah ceta merapu aq tu kan . .  
Kepada para hadirin hadirat yang menerjah entry aq selama neh . .
THANKS Daun Keladi ya . . Jangan lupa terjah lagi . . hohoho . .
Sudah . Sudah . Sudah . 

*************

ALIF Farhan memerhati sekeliling . Almari bajunya telah kosong . Segala barang peribadi miliknya telah dimasukkan dalam dua buah bagasi miliknya . Malam ini dia akan pulang ke pangkuan keluarganya di Malaysia . Hatinya melonjak riang apabila kerjanya siap lebih awal dari jangkaannya . Disebabkan itu , sesudah habis waktu kerja dia terus menempah tiket penerbangan ke Malaysia .
                Faiz duduk di birai katil . Faiz merupakan rakan Alif  sejak dia berada di bumi Ireland . Faiz yang setahun muda darinya dan juga merupakan seorang doktor sepertinya . Mereka sangat rapat walaupun Faiz sudah berkeluarga . Kadang kala , Alif senang menghabiskan masa di rumah Faiz dengan melayani keletah anak kembar Faiz yang berusia setahun setengah itu .  Faiz memang menetap di Ireland sejak tamat pengajian lagi .
                “ Kau balik Malaysia nanti jangan lupakan aku kat sini .”
                “Ya lah . Confirm aku akan selalu ingat kat kau . Kau pun nanti ada masa bawak la anak bini kau tu jalan-jalan kat Malaysia . Kau tak rindu ke tanah air kau tu ?”
                “ Itu lah pasal . Dekat tujuh tahun jugak aku tak balik sana . Last aku balik masa adik aku yang bongsu tu kahwin . Rindulah jugak .” Faiz bangun dari katil berjalan ke arah jendela di bilik Alif .
                “ Eh , flight kau malam ni pukul berapa ?”
                “ Pukul 11 malam . Serius aku tak sabar nak jumpa family aku . Rindu sangat . Kau hantar aku ye malam ni .” Tersenyum Alif apabila mengenangkan satu-satu wajah ahli keluarganya .
                “ Ok . Boleh je . Aku angkut satu family aku hantar kau kat airport .”
                Suara Diana yang memanggil mereka ke dapur mematikan perbualan mereka . Mereka berdua mengatur langkah ke dapur untuk menikmati minum petang . Pizza makaroni air tangan Diana memang sedap . Diana memang pakar dalam bab masakan . Dia juga amat meminati bidang itu sejak bangku sekolah . setiap hari , ada sahaja resipi baharu dicubanya . Yang menjadi tukang merasanya siapa lagi kalau bukan Faiz dan Alif .
                Alif mengambil sepotong pizza dan dibawa ke mulutnya . “ Lepas ni , entah bila lah pulak nak merasa masakan bini kau ni . Dah la sedap . Dekat Malaysia mesti susah nak jumpa makanan macam ni .”
                “ Nanti kau datang la melawat kitorang kat sini . Tapi , nak datang tu jangan la datang sorang . Pastikan kau datang berteman ye .” tersengih Diana yang duduk di sisi Faiz . Dia berharap sangat Alif Farhan ini membuka hati menerima kehadiran seorang isteri dalam hidupnya . Lagipun usianya hampir memasuki era 30-an .
                Meletus ketawa Alif Farhan dengan kata-kata Diana . “ InsyaAllah . Aku pun kadang-kdang cemburu tengok korang berdua . Bahagia aje . Happening pulak tu . Anak pulak comel-comel .”
                “ Aku harap kau balik Malaysia ni kau kahwin la . Kau tu pun makin hari bukan makin muda . Umur tu meningkat .” Tambah Faiz pula .
                Dalam diam Alif Farhan memikirkan kata-kata Faiz dan Diana yang ada juga betulnya tu .  Tiba-tiba dia teringatkan bapa saudaranya yang masih bujang walaupun sudah separuh abad umurnya . Silap-silap nanti dia pula yang bakal mewarisi bapa saudaranya yang kini menetap di Korea Selatan .
Terus ingatannya menerjah kepada Hamimah . Seorang gadis yang dikenali olehnya semasa bangku sekolah . Gadis yang digilai oleh sekalian pelajar lelaki di sekolahnya . Gadis yang bermata bulat dan sentiasa berpenampilan sederhana dan kemas . Dalam banyak-banyak lelaki yang meminatinya di sekolah , Alif Farhan juga yang dipilihnya . Tambahan pula , Hamimah merupakan teman rapat Mia Amira , adik kepada Alif Farhan . Segala tentang Alif Farhan diketahui oleh Mia Amira .
Hampir lima tahun meninggalkan bumi Malaysia , selama itu jugalah dia selalu terkenangkan Hamimah . Kali terakhir dia bertemu Hamimah pada hari yang sama dia berangkat ke Ireland . Dalam diam Alif Farhan selalu menghubungi Hamimah melalui email tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah ahli keluarganya . Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini , dia sudah jarang menghubungi wanita itu kerana terlalu sibuk .
                Lamunan Alif Farhan terhenti apabila bahunya ditepuk lembut oleh Faiz . “ Dah sampai Malaysia ke ?” kata Faiz dengan tawa yang masih bersisa . Begitu juga dengan Diana .
                “ Kau ni . potong betullah . Baru ingat nak shopping kat Penang tadi .” Alif Farhan turut ketawa .
                “ Ya lah tu . Abang , Ana ke dapur dulu . Nak kemaskan dapur yang dah macam tongkang pecah tu . Abang berbual la dulu dengan Alif .” Diana meminta diri lantas bangun mengatur langkah ke dapur .

FAIZ sekeluarga menghantar Alif Farhan ke lapangan terbang malam itu .  Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal dia bergerak ke balai berlepas . Masih berbaki sepuluh minit lagi sebelum dia meninggalkan bumi Ireland ini .
Matanya liar mencari-cari tempat duduknya . Kemudian dia duduk sambil memegang sebuah komik . Memang itu hobinya sejak dahulu lagi . Dia terlalu meminati komik . Masa lapangnya selalu dihabiskan untuk membaca komik walaupun dia merupakan seorang doktor .
Sedang asyik dia menelaah komik , seorang gadis menegurnya . “ Maafkan saya encik . Beg encik di tempat duduk saya .”
Tanpa berlengah Alif Farhan mengambil beg sandangnya dan diletakkan di atas ribaannya .
Matanya tidak lagi tertumpu pada komik di tangannya , matanya ralit memerhati seraut wajah milik gadis yang menegurnya tadi . ‘Macam kenal saja dia ni . Nak tegur ke tak ?’
Beberapa ketika kemudian , Alif Farhan memberanikan diri menegur gadis itu . “ Tumpang tanya . Nama awak Hamimah kan ?”
“ Maafkan saya . Encik ni tersalah orang . Hamimah tu kakak saya . Saya Rafidah . Adik kepada Hamimah . Boleh saya tahu encik ni siapa ?”
Alif Farhan berasa sedikit hampa . Maklum sahajalah hampir lima tahun tidak bersua muka . Entah-entah Hamimah sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri . “ Saya Alif Farhan . Abang kepada kawan baik Hamimah .”
“ Oh . Jadi awak ni , abang Alif ? Abang kepada Kak Mira best friend Kak Mimah kan ?”
“ Ya , saya .” Komik di tangannya dimasukkan ke dalam beg sandangnya .
“ Kak Mimah selalu cakap pasal Abang Alif kat ibu kitorang . Tak sangka boleh jumpa kat sini kan ?” Rafidah menghadiahkan senyuman manis kepada Alif Farhan .
“ Oh , ya ke ? Kecil betul dunia ni .”
Mereka terus berbual . Macam-macam topik dibualkan oleh mereka sehingga masing-masing mengambil keputusan untuk melelapkan mata .
Setelah beberapa jam berada di awan biru , sampai juga Alif Farhan ke tanah airnya . Tangannya menjinjit bagasi-bagasinya . Dia berjalan seiring dengan Rafidah sehingga ke luar balai ketibaan . Setelah berpamitan , mereka menuju ke haluan mereka sendiri . Alif Farhan menaiki sebuah teksi yang ada di situ dan menuju ke Hentian Pudu . Sengaja dia mahu menaiki bas kerana sudah lama dia tidak menaiki kenderaan itu . Kali terakhir dia menggunakan perkhidmatan bas pun semasa dia berada di bangku sekolah .
Dia tidak memaklumkan kepada ahli keluarganya tentang kepulangannya hari ini . Dia mahu membuat kejutan . Oleh sebab itu , dia memilih untuk pulang awal dari tarikh yang dijanjikan . Berada dalam bas menyebabkan dia berasa mengantuk . Jarak Ireland dengan Pulau Pinang bukannya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru . Perjalanan yang panjang dan meletihkan . Dia memutuskan untuk melelapkan mata seketika sebelum sampai ke Pulau Pinang . 

***************
Oke . ke'sori'an ek  .
Semalam aq x sempat na post cerita neh . . 
Kat umah aq hujan , kilat sabung-menyabung dan guruh terlalu kuat sehingga memaksa aq menenagkan diri sendiri . .
Dulu buleh la aq cari mak aq time guruh kuat2 . La neh aq dah besaq .. Malu aikh kat adik2 . . 
Hahaha . .
Maknanya , mlm neh aq upload 2 part . .. 
oke , aq kna post yg lagi satu plak neh  ...