Saturday 28 April 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 8

Assalamualaikum . .
Oke disebabkan ary neh aq post dua entry ,
aq dah x dak idea na meqapu . haha .
jum baca . .

*************
TEKSI yang dinaiki oleh Alif Farhan berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya di Pulau Pinang . Dia menekan loceng dan menunggu beberapa ketika sebelum pagar terbuka sendirinya . Sebaik pintu pagar itu terbuka , Alif Farhan menjinjit bagasinya ke dalam dan ketika itulah Maisarah , Hazwan , Mia Amira , ibu dan juga ayahnya menyambut kepulangannya di muka pintu .
                Maisarahlah orang yang paling teruja . Dia orang pertama yang menerpa susuk tubuh Alif Farhan . Rindu sangat pada abangnya yang seorang itu . Kemudian , Mia Amira mengambil bagasi dari Alif Farhan .
                “ Abang ni . Balik tak nak bagi tahu orang dulu . Kalau tak kan boleh kami semua jemput kat airport .” rajuk Maisarah sambil menapar lembut bahu abang sulungnya . Pelukan dilepaskan .
                “ Alah . Bukan selalu nak buat kejutan . Lagipun abang memang tak sabar nak jumpa family dan kawan-kawan abang kat Malaysia ni .” ujar Alif Farhan sambil bersalaman dan berpelukan dengan ibu dan ayahnya .
                “ Yelah Alif . Kalau bagi tau awal-awal , kan mama boleh masak menu yang special sikit .” Tambah Puan Munirah pula .
                “ Korang ni . Kan si Alif tu baru je sampai rumah . Nak marah ke apa ke kasi la dia berehat dulu . Jauh Ireland dengan Penang ni tau .” Encik Radhiff segera menyelamatkan keadaan .
                Alif Farhan tersenyum melihat mamanya yang sudah mula menarik muka . Sungguh sepanjang lima tahun berada di rantauan , inilah antara perkara yang paling dirindui olehnya . Hari ini , dia berpeluang melihatnya lagi . Dalam hati , dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk bertemu keluarga yang dirinduinya .
ALIF Farhan merebahkan tubuhnya di atas katil dalam biliknya . Kepenatan yang dirasai olehnya membawa kepada sebuah mimpi yang indah . Ketika itu , dia baru pulang dari klinik . Ada seorang wanita menunggunya di pintu masuk rumahnya . Tetapi dia tidak dapat melihat wajah wanita itu kerana wajah wanita itu kesamaran . Apabla dia cuba mendekati , dia dikejutkan dengan laungan azan yang berkumandang menyeru muslimin dan muslimat menunaikan solat .
                Alif Farhan meraup mukanya beberapa kali sambil beristighfar dalam hati . Fikirannya masih terbayang akan susuk tubuh wanita itu . Seperti yang selalu diingati dan dikenangi . Susuk tubuh wanita itu sama seperti Hamimah , gadis yang seusia dengan adiknya Mia Amira .
                Sesudah mandi dan bersolat dia melipat tikar sejadah . Kemudian , dia melangkah ke ruang dapur . Aroma nasi goreng melajukan langkah ke dapur . Tersenyum simpul dia melihat Mia Amira dan Maisarah menyiapkan hidangan untuk sarapan . Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ .
                “ Eh , abang Alif  . Awalnya bangun . Mira ingat lepas siap masak breakfast ni baru nak suruh Mai panggil semua turun .” Mia Amira memberikan senyuman manis kepada Alif Farhan sambil tangannya cekap mengacau nasi goreng dalam belanga .
                “ Abang memang selalu bangun awal . Tu hah . Mai tu . Sejak bila reti bangun awal pagi ni ?” Maisarah yang sedang membancuh air menghadiahkan jelingan ‘maut’nya kepada Alif Farhan . Keningnya diangkat seperti Ziana Zain lagaknya .
                “ Mai bangun awal sejak Mai dapat kerjalah . Biasalah . Ketua editor mana boleh bangun lambat .” Serentak Alif Farhan dan Mia Amira memandang ke arah Maisarah .
                “ Adik !” Serentak  Alif Farhan dan Mia Amira menjerit kepada Maisarah dengan nada terkejut  . “ Adik dah naik pangkatlah , abang Alif , Kak Mira . Yang pasal nak buat kenduri kesyukuran tu pasal hal ni lah . Mai nak umumkan kat semua . Tapi dah terlepas cakap kat abang dan kakak pulak .”
                “ Maknanya Cuma kitorang berdua je lah yang tau ni ? Yang lain semua tak tahu ?” Mia Amira meminta kepastian .
                Tersengih-sengih Maisarah . Jari telunjuk diangkat ke bibir mengisyaratkan kakaknya supaya memperlahankan volume suaranya . Kakaknya yang seorang ni , kalau dah menjerit tu , satu kampung dengar . Maklumlah masa di bangku sekolah dahulu kakaknya merupakan seorang ketua platun Pengakap . Suaranya yang nyaring bagaikan tertelan speaker set home theater tu belum tentu dapat dikalahkan oleh Ning Baizura .
                “ Kakak , abang promise tau . Jangan bagi tau siapa pun hal ni . Nanti masa kenduri minggu depan , Mai akan bagitau semua orang . Walaupun dah dekat dua bulan jugak la Mai naik pangkat .”
                Alif Farhan memaparkan riak kebingungan di wajahnya . “ Korang nak buat kenduri minggu depan ? Kenapa abang tak tau pun .” Banyak kejutan yang didengari dari muut dua orang adiknya .
                “ Ya lah abang . Mira pun tak teringat nak bagitau abang . Lagipun semalamkan abang baru saja sampai . Takkanlah kitorang nak terkam bagitau kot . Kesian kat abang . Ni kira dah tau lah kan ?” serentak mereka bertiga ketawa .
                “ Oh ya . Lupa abang nak tanya . Nina mana ? Nak jugak abang tengok putera yang menawan hati adik abang tu . Patutlah abang rasa macam ada yang kurang semalam .”
                Serentak itu , terdengar suara Mia Azlina memberi salam di muka pintu . Maisarah bingkas bangun mendapatkan kakaknya di depan . Panjang umurnya . Baru sahaja disebut terus muncul .
                “ Abang Alif ! Kenapa balik tak bagitau . Patutlah , Mai beria-ia call Nina suruh balik sini .” Mai Azlina mencium tangan abangnya . Kemudian mengambil tempat di hadapan Alif Farhan . Ketika itu Alif Farhan melihat seorang kanak-kanak yang erat memegang tangan seorang lelaki . Dia sudah dapat mengagak siapa gerangan mereka berdua .
                “ Nina ,ni siapa ? Tak nak kenalkan ke ?” Alif Farhan berjabat tangan dengan Firdaus .
                “ Alahai terlupa pulak . Ni adik ipar abang lah . Abang Firdaus . Yang kecil tu anak Nina , Fakhri . Fakhri , salam dengan pak long .”
                “ Fakhri meh dekat pak long meh .” Alif Farhan cuba bermesra dengan Fakhri yang nampak takut-takut itu .
                “ Dia ni memang macam ni . Tapi , kalau dah kenal nanti , baru tau dia punya manja .” ujar Firdaus sambil memangku Fakhri di atas ribaannya . Dia berbisik di telinga Fakhri . “ Fakhri , pak long panggil nak bagi hadiah tu . Pergilah .” Mendengar perkataan hadiah , dia terus turun dari pangkuan ayahnya dan melangkah ke arah Alif Farhan . Alif Farhan mengambil Fakhri dan diribanya . Semua di dapur tersenyum dengan keletah Fakhri yang sedikit pemalu itu .
                “ Mai , panggil semua orang makan . Breakfast dah siap ni .” arah Mia Amira . Mia Azlina turut membantu kakaknya menghidangkan sarapan .
Sekejap sahaja ruang makan dipenuhi oleh keluarga ini . Semua menikmati sarapan masing-masing sambil bertukar-tukar cerita . Meriah sungguh . Biasalah , happy family . Bila berkumpul ramai-ramai ada saja yang mahu diceritakan .  Macam buat kenduri suasananya .

***************
Heh . . Letih benor ary neh . 
Mak ajak kuar shopping , x sangka plak sampai PADANG BESAQ nun . . 
haduii . . Aq ckup pantang klaw nmpk oqg merokok di tempat awam . 
Lagi aq geram klaw dy merokok depan aq . 
seyes x puaih hati . Qasa macam na sumbat ja rokok-rokok tersebut dalam mulut diorang . .
Dah merokok satu hal , pastu asap dy selamba ja dy lepas kena betui2 muka aq . 
Klaw x pikiaq oqg qamai tadi memang makan ayat tension dqi aq laa . .
Ingat aq x bqani sound ka ? 
Oke2 . . dah2 . . x pasai2 plak hampa yang kna dgq ketidakpuasan hati aq kan . .
oke ! terus bace entry aq . . 
KAMSAHAMIDA kpada yg sentiasa menyokong maa . .  
Sayang you all . . 
Tata^^