Saturday 5 May 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 9

Assalamualaikum . .
Ok hampa suma . . Sehat nuhh . . 
Aku bukan apa . . Kemaqin aq sebuk sikit . .  
Tak dan nak taip ceta neh kat blog . .  
Maklumlah , kemaqin kena email essay amende tah . . 
Arap2 rezeki aku lagi lpas neh . . Bole bwt dana utk mencantikkan blog . . 
Dah . Dah . . Klaw aq meqapu . .  Sampai lusa pun x habehh  . .  
Jom baca sambungan dy . . 

************
JUNAIDI menghabiskan masa bersama Hanif dan Marwan sepupunya memandangkan hari ini cuti umum .  Mereka di Ampang Super Bowl ,Central Square Sungai Petani . Tidak sia-sia Junaidi memandu Honda Accordnya bersama Hanif ke rumah Marwan yang terletak di Sungai Petani . Tambahan pula , jarak Pulau Pinang dengan Sungai Petani lebih kurang dua jam memandu sahaja .
                Hari ini dia mahu bersuka ria sepuasnya . Melepaskan tekanan yang giat menghantui fikirannya akhir-akhir ini . Silap-silap hari bulan , dia pula yang mendaftar diri di kliniknya kerana sakit otak dengan masalah-masalah yang membebani dirinya .
                Sekurang-kurangnya memandu jauh sampai ke Sungai Petani dapat mengurangkan tekanan . Kecut perut Hanif yang berada di sebelahnya . Junaidi memandu laju di lebuhraya bagaikan mengejar Micheal Schumacher dalam kejuaraan formula 1 . Mujurlah dia masih boleh mengawal had lajunya ketika berada di kawasan perangkap had laju .
                “ Eddy , kau dah kenapa ? Muka macam cekodok tak siap je ni ?” Marwan mula memecahkan kesunyian antara mereka bertiga .
                “ Hei apa punya sepupu la kau ni . Muka aku sikit punya handsome ni kau kata macam cekodok tak siap . Tak patut betul tau .” Senyuman diukir dibibirnya . Nampak sangatlah senyuman yang sengaja dibuat-buat oleh Junaidi .
                “ Ye lah tu . Main pun macam orang dah putus harapan je ni ? Muka monyok . Senyum kau tu , macam la aq tak tahu , kau sengaja buat-buat senyum . Come on , kita dari kecil tau kenal .”  Marwan mengambil tempat sebelah Junaidi .
                Hanif datang dengan senyuman . “ Giliran kau , Marwan . Aku tak strike tadi .” Marwan bingkas bangun . Pusingan terakhir untuk dirinya . Harapannya , hari ini dia dapat menyaingi Junaidi dan Hanif . Selalunya antara mereka bertiga , Junaidi memang juara .
                Tapi hari ini , mood kejuaraan seperti terpancar pada Hanif dan Marwan . Mereka berdua bersaing sengit . Junaidi pula ketinggalan jauh ke belakang .
                “ Yeah ! Strike .” Dari kejauhan Marwan berjalan bangga mendapatkan Hanif dan Junaidi . “ Eddy , go . Turn kau pulak .” Kata Marwan sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya itu . Junaidi bangun dari duduknya dan menapak memilih bola yang sesuai . Kemudian dia membaling bola tersebut , malangnya bola itu tidak menuju ke pin-pin boling yang sedia teratur tetapi meleret menuju ke longkang .
                Dengan malas dia mengatur langkah ke arah Hanif dan Marwan yang sedang berbual . “ Wan , Hanif , aku kalah hari ni . Hari kau Wan . Jom aku belanja korang makan .”
                “ Ok lah kalau macam tu . Jom aku bawak korang berdua kat satu restoran mamak yang sedap kat sini . Confirm lepas ni korang nak datang selalu .” Lantas Marwan merampas kunci  Honda Accord kesayangan Junaidi .             
                Junaidi Merampas semula kunci keretanya . “ Sorry bro . No today . Aku tak akan izinkan sesiapa pun drive Honda Accord aku tu . Kau jadi GPS bergerak aku ok . Bagi tau aje kat mana , biar aku drive .” Marwan sememangnya tahu , Junaidi tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan sesiapa pun memandu kereta yang dijaga bagaikan nyawanya itu . Hanif dibelakang tersenyum-senyum kerana sudah mengetahui perangai Junaidi yang satu itu .
                Beberapa minit kemudian , mereka sampai di restoran mamak Nasmir . Marwan pula sememangnya gemar makan di sini . Kalau dia keluar bersama teman wanitanya , pasti di sinilah  tempat utama yang dia akan tuju sebelum ke tempat lain .
                Anei mapley Nasmir datang mengambil pesanan di meja tiga orang bujang tratangtang itu . “ Mau minum apa ?”
                “ Bagi teh tarik tiga . Makan nanti kita kasi oreder lain . Mau fikir dulu .” Marwan berkata-kata seperti dialek anei Nasmir itu . Selepas anei itu pergi , meletus ketawa Hanif . “ Hebat la kau Marwan . Cara kau cakap sama macam anei tu cakap .”
                Junaidi masih melayan perasaan . Dua tiga hari ini dia seperti tidak bermaya . Tidak pula diceritakan kepada Hanif ataupun kakaknya Julia . Permintaan ibunya yang mahu benar dia menamatkan zaman solonya secepat mungkin merunsingkan fikirannya . Manalah nak dicari calon dalam masa sebulan . Kalau dia tidak dapat calon menantu untuk ibunya , ibunya sendiri menawarkan diri untuk mencari bakal isteri untuk dirinya .
                ‘ Ibu ni . Ingat cari calon isteri tu macam cari benda hilang ke ? Aduh , kusut aku macam ni . Mustahil aku boleh jumpa dengan calon isteri dalam masa yang ibu bagi . Macam mana ni ?’
                “ Serabut , serabut !” terlepas keluhan berat dari mulut Junaidi . Hanif dan Marwan yang rancak berbual tersentak lalu berpaling kepada Junaidi .
                “ Eddy , kau kenapa ? Kau kata tak dak masalah . Yang serabut tu amende . Cuba kau cerita kat kitorang . Aku kan sepupu kau . Hanif ni kawan kau . Cerita je . Kalau kitorang boleh tolong , kitorang tolong .” ujar Marwan sambil memegang bahu Junaidi . Teh tarik yang dipesan tadi sudah berbaki suku cawan .
                “ Korang memang kawan , sahabat dan teman aku . Betul korang tak kisah kalau aku cerita kat korang ? Tapi , korang jangan gelak pulak kat aku .”
                “ Boleh . Tak de hal punya . Cerita aje . Tapi , sebelum tu aku nak order lagi satu teh tarik ni boleh ? Serius sedap giler lah teh tarik mamak ni .” Tambah Hanif . Junaidi seraya mengangguk . Hanif menagngkat tangan dan memesan lagi satu teh tarik . Tidak ketinggalan Marwan juga turut memesan .
                Kemudian , Junaidi menceritakan tentang masalah yang membebani bahunya itu . Sesekali , mereka ketawa , sesekali mereka memaparkan riak serius .
                “ So , apa pendapat korang tentang masalah aku ?”
                “ Fuhh . serius berat kau punya problem . Macam mana kau nak cari calon isteri dalam masa sebulan ? Kau tak ada kawan perempuan yang rapat dengan kau ke ?”
                “ Ada tu memang la ada . Tapi ...” Junaidi lantas teringat Maria , perempuan yang baru dikenalinya dan selalu berdampingan dengannya . Maria seorang model yang popular . Maria sentiasa berpenampilan tidak cukup kain . Sejak Junaidi putus tunang dengan Zafirah , Marialah yang datang menghulurkan salam perkenalan . Antara banyak wanita yang dikenalinya , Marialah yang paling setia . Tapi , perangai manjanya membuat Junaidi sedikit menyampah dengan Maria . Kalaupun  hanya ada seorang wanita di dunia ini , dan wanita itu ialah Maria , dia sanggup bujang sampai ke tua .
                “ Eddy , kau jangan kata , Maria , Eddy . Model tak cukup kain tu tak sesuai digandingkan dengan kau . Menyampah pulak aku tengok . Tergedik sana , tergedik sini . Lagipun dia ada skandal tau .” Tambah Hanif yang sedikit sebanyak mengetahui tentang berita hiburan . Maklumlah , dia merupakan salah seorang pereka grafik  di sebuah syarikat penerbitan majalah .
                “ Eh , minta simpanglah aku nak dekat si Maria tu . Tak nak aku .” Perbualan mereka terhenti saat azan Maghrib menyapa mereka . Selesai membuat pembayaran , mereka menuju ke rumah sewa Marwan . Marwan mempelawa mereka berdua bermalam di situ . Mereka bersetuju . Tambahan pula , kawan serumah Marwan pulang ke kampungnya hari ini . Nasib baiklah ada si Marwan . Kalau tak mahu lari bajet mereka , mana nak cari hotel lagi . Datang pun sehelai sepinggang .  Nak memandu pulang  , Junaidi sudah letih . Nak harapkan Hanif memandu ? Jangan harap Junaidi memberi rakannya itu peluang untuk memandu kereta yang disayanginya itu . 

**************
sampai sini dulu oke . .  
Kalau ada rezeki line elok , aku update lagi satu part okey . .  
Tata . .  Sayonara . .
Adios . . ^^