Saturday 26 May 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .
I hope for your forgiveness . .
Hoho . Very sorry . .  
Tak mau jugak . Meh aq bagi labgu neh . . Konpem hampa kna terima SORRY aq neh . .


oke ? terima lahh ea MAAF dari saya . . .
Oke , ari neh aq nak sambung cerita aq yang merapu tahap gaban tuu . . 
Aq tau , mesti hampa suma rindu nak baca entry aq kan ? 
(peqasan p lahh sikit2 . Bukan selalu) 
Jom kita baca apa kisah selanjutnya . . . 
zzzaaaasssssssssssss !!!!!

AZAN Subuh berkumandang menyeru umat Islam segera menunaikan rukun Islam kedua . Junaidi , Marwan dan Hanif menunaikan solat berjemaah di rumah sewa Marwan . Hari ini , Junaidi dan Hanif akan pulang ke Pulau Pinang semula . Sehari suntuk bersama Marwan dan Hanif dapat mengurangkan stres dirinya . Walaupun dia masih belum bertemu jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapinya kini , namun dia tetap berasa sedikit ringan kerana dia berkongsi masalahnya dengan dua orang yang dipercayainya .
                Sarapan mereka pagi ini biskut kering hup seng dicicah dengan air milo panas . Bagi orang bujang seperti mereka bertiga , sarapan begini sahaja sudah cukup mengalas perut hingga makan pukul 9 pagi . Bukannya sekeping dua . Tapi dah masuk satu tin biskut empat segi hup seng yang disebat mereka . Maklumlah , di rumah Marwan ini banyak stok biskut . Kalau dah malas sangat mahu keluar makan  , biskut-biskut tersebutlah yang menjadi santapannya . Kenyang tak kenyang tidak dipedulikannya . Janji mulutnya mengunyah dan perutnya terisi . 
                “ Kononnya , nak buat nasi goreng lah , nasi lemak lah , pancake lah , dan yang sewaktu dengannya . Tengok-tengok air milo dengan biskut empat segi ni aje . Tah pape lah kau Marwan . Punyalah kitorang percaya kau nak masak kat kitorang .” kata Junaidi sambil menyuapkan biskut yang sekeping itu ke dalam mulutnya . Matanya masih mendarat di peti televisyen di ruang tamu rumah Marwan . Makan biskut dengan air milo depan televisyen merupakan tabiat Junaidi sejak kecil lagi . Namun tabiat itu semakin berkurang sejak dia bergelar seorang doktor . 
                “ Alah . Sorry lah korang . Aku bukan tak nak masak . Tapi , aku terlupa resipi . Buku resipi aku balik kampung .” Marwan berkata dalam nada gurauan . Sedangkan hakikatnya  , memang selama ini pun teman serumahnya yang masak . Dia hanya tahu makan , dan mengemas sahaja . Selalunya , kalau temannya pulang ke kampung , Marwan akan keluar bersarapan di luar sahaja . 
                “Habis tu , kalau kitorang tak tidur sini mana kau pergi sarapan ?”
                “Mana lagi . Kedai kan banyak kat luar . Apa susah , start enjin kereta , pecut lah pergi makan . Kalau lambat , McD la aku serang . Tak pun buah hati aku ajak sarapan dengan family dia .” Marwan masih tersengih-sengih sambil menyisip sedikit air milo dalam mugnya . Selamat semua air milo di minumnya dia membawa mugnya ke sinki di dapur . Sekembalinya di ruang tamu Junaidi memberi arahan . 
                “Dah . Pergi bersiaplah korang . Aku belanja sarapan pagi ni . Kau pun satu la Marwan , lain kali cakaplah betul-betul . Nasib baiklah rumah kau ni dalam pekan . Senang nak cari kedai makan nak sarapan . Untunglah .” Junaidi bersuara memberi cadangan . Cadangannya diterima bulat-bulat oleh Hanif dan Marwan . 
                Bagaikan robot yang terkena sumpahan , Hanif dan Marwan tergesa-gesa bersiap . Tidak mahu Junaidi menunggu lama walaupun mereka tahu Junaidi seorang penunggu yang setia  . Sebaik Hanif dan Marwan meloloskan diri ke dalam perut keretanya , Junaidi segera memandu keluar perkarangan rumah sewa Marwan .
                 Beberapa minit kemudian , mereka sampai di sebuah kedai . Mereka bertiga bersrapan di situ dengan penuh berselera . Lewat mereka bersarapan pagi ini . Ini semua sebab Marwan . Kalau bukan sebab dia , mesti sekarang Hanif dan Junaidi berada di lebuhraya PLUS menuju ke Pulau Pinang . Sabar je lah dapat sepupu ‘sempoi’ macam si Marwan ni .
                Marwan merupakan anak tunggal . Namun begitu , dia bukannya jenis anak yang manja . Kononnya lelaki tak boleh bermanja . Tak rock katanya . Oleh sebab itu , dia memutuskan untuk tinggal di rumah sewa dengan kawannya . Tambahan pula , rumah sewanya dekat dengan tempat kerjanya . Cuma sepuluh minit dari rumah . Kalau dari rumah keluarganya di Alor Setar , mau semput juga . Hari-hari berulang dari Alor Setar ke Sungai Petani . Boleh naik kos sara hidup . Silap-silap setiap hari makan mi segera cap maggi sebab nak ikat perut .

JUNAIDI dan Hanif bersalam dengan Marwan dan meminta diri untuk pulang . Selepas menghantar Marwan pulang , mereka ingin terus pulang ke Pulau Pinang . Bimbang lambat nanti jalan sesak pula . Maklumlah , nama pun Pulau Pinang . Waktu puncak macam ini selalu sangat sesak di jalan raya mahupun lebuhraya . Kalau nak tak sesak , keluar awal pagi balik lewat malam . Itu pun kadang-kadang tengah malam pun sesak lagi .
                “ Fuhh . Akhirnya .” Hanif merengangkan badannya . Walaupun bukan dia yang memandu , tetapi keletihannya sama seperti Junaidi yang memandu . Pelik sungguh Hanif ini .
                “ Eh , aku yang drive . Kau yang penat . Sungguh kau memang pelik Hanif . Seriously .” Junaidi ketawa dan terus melangkah ke grill rumah mereka . Sebaik masuk ke dalam rumah , Hanif terus merebahkan dirinya atas sofa di ruang tamu . Cuma beberapa saat saja diambil untuk melelapkan mata . Apabila Junaidi datang dari dapur mengambil minuman , Hanif sudah pun lena dibuai mimpi .
                ‘Hanif , Hanif . Dari dulu sampai sekarang . Kalau balik dari jalan jauh tak terlelap tak sah . Asal keluar kereta aje stamina down macam orang bawak lori 16 tayar . Sabar je la si Suraya kalau kahwin dengan dia nanti .’ terukir senyuman kecil di bibir Junaidi .
                Selepas habis meneguk minumannya , Junaidi melangkah ke biliknya di atas untuk mandi . Dari kecil hobinya mandi sebab dia suka bermain air . Masa kecil-kecil dahulu , dia selalu mengikut datuknya memancing di sungai . Lepas memancing boleh mandi . Orang kata buat kerja 2 in 1 . Kalau boleh ada dalam bilik mandi dia rasa seperti tak mahu keluar . Kadang-kadang mandi boleh jadi terapi stres . 

****************
okai . Tamat pun PART 10  . 
Aq nak kena out dulu neh . .  
Aq ada janji dengan kawan2 aq nak p cari barang skolah and buku2 . 
Maklumlah , budak sekolah lagi . . 
F.Y.I . .  aq skarang sambung study kat SMK Agama Kedah  . 
Banyak pilihan , tapi memang saja aq pilih untuk pakai baju sekolah lagi . . 
Aq study kursus bahasa . . Jadi , aq arap dengan kursus neh , aq boleh mengembangkan potensi aq dan minat aq terhadap bidang penulisan . 
Mana tau , kot2 la satu hari nanti aq boleh tulis cerita-cerita rekaan aq dalam mcm2 bahasa . .  
Pa pe pun . .  Thanks to all of you sebab masih memberi semangat kat aq untuk menulis dan berkarya . . 
Teruskan membaca entry aq dan menyokong aq . . .
TATA . .  jumpa lagi bila2 . InsyaAllah . . . ^^