Friday 15 June 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 11

Assalamualaikum . 
Salam sejahtera . Ohaiyouk . Ni hao ma . Anneyong Haseyo . Hello . Alooooohaa . 
Amboi . Panjang ya kata selamat punn . 
Haha . Pape pun aq nak kemas ckiet blog neh . 
Spider dah bwt sarang dah . Hahaha . 
Sapa nak tau tquih baca , sapa x mau tau tekan button pangkah laju2 .
Ekceli , akaun blog aq x bule buka . Because of that laa aq x leh na hapdett . Neh pun setelah beratus ribu juta kali aq try , dan hasilnya dapat jugak aq masuk maaa . 
Tahniah kepada aq . 
Oke . Alang2 dah buka tu aq nak sambung cerita aq laa . Kepada readers baru (mklumla, qamai gila request , last2 aq bwt bg jadi second official blog) hampa suma bule ja klaw nak baca yang PART 1 - PART 10 punya . 
Kalau x silap aq ada letak dekat aq punya blog archive kat sebelah . 
Pandai2 la nuh . Hehe . 
Jum kita ikot apa yang terjadi dalam ceta seterusnya . 
Jeng jeng jeng . . . . 

“ ZARIF , saya nak awak bagitau kat semua staf kita yang bulan depan ada majlis pelancaran majalah baru kita . Ni draf untuk brosur kita . Awak bagi dekat Hanif , suruh dia buat brosur ni secepat mungkin . Lepas tu pass kat saya secepat mungkin .” Ujar Maisarah sambil menghulurkan beberapa keping fail ditangan kanannya .
                Huluran bersambut . “ Baik bos . Saya akan settlekan semua ni secepat mungkin .” Zarif mengangkat tangan kanannya seperti anggota polis mengangkat tabik kepada ketuanya .
                Maisarah berlalu ke meja setiausahanya pula . “ Adiba , ada apa-apa untuk saya hari ni ?”
                “Ada cik . Cik ada lunch dengan Puan Asmida di Hotel Equatorial . Itu saja .” ujar Adiba dengan senyuman . Gadis kecil molek bertudung itu sering tersenyum . Dia juga seorang yang cekap melakukan tugasannya walaupun masih baru dalam bidang kerja ini .
                “Itu saja ? Okay . Thanks Adiba .” Maisarah mengembalikan senyuman kepada Adiba seraya berlalu ke biliknya .

MAISARAH bergegas keluar dari keretanya dan melajukan langkah ke arah pintu masuk Hotel Equatorial . Dek kerana langkahnya yang kelam kabut menyebabkan dia jatuh tersungkur akibat terlanggar seorang lelaki yang tinggi seperti Aiman Hakim Ridza yang pernah melakonkan watak Amir dalam drama Vanila Coklat .
                Dia bingkas bangun dan meminta maaf kepada lelaki tersebut .  Tanpa memandang lelaki tersebut , dia terus mengejarkan dirinya ke arah Puan Asmida . Kalau tidak kerana kesesakan lalu lintas sebentar tadi mungkin dia akan tiba awal dari masa yang yang dijanjikan . Dia melemparkan senyuman kepada seorang wanita yang kelihatan berusia lingkungan 40-an .
                “Puan Asmida kan ?” tegur Maisarah .
                “Ya , saya . Cik Maisarah kan ? Jemputlah duduk dulu .” wanita yang berbaju kurung pahang biru itu kelihatan ramah sekali .
                Seorang pelayan datang mengambil pesanan di meja yang diduduki oleh Puan Asmida dan Maisarah . Sejurus berlalunya pelayan tersebut , mereka mula berbincang tentang majlis pelancaran majalah baru terbitan syarikatnya . Syarikat tempat Maisarah bekerja sudah selalu menggunakan khidmat daripada Puan Asmida . Setiap kali mahu menggunakan khidmat perancang majlis , mereka akan mengupah Puan Asmida dan krew-krewnya . Tambahan pula , hasil kerja Puan Asmida memuaskan hati semua pihak .
                “ Saya dah agak , Puan Asmida memang akan faham konsep yang saya nak . Tak sia-sia big bos saya suggest planner macam puan ni .”
                “ Saya pun memang dah lama bekerjasama dengan big bos Cik Maisarah . Encik Affendi tu kawan saya masa sekolah menengah dan zaman kolej . Lepas dia further study kat luar negara terus lost contact . Nasib baiklah ada reunion yang bekas-bekas pelajar anjurkan tu . Dari situ la saya jumpa balik dengan dia .”
                “ Wah , kiranya Puan Asmida memang dah lama ya kenal dengan bos saya tu ? Patutlah dia beria-ria sangat . Maklumlah , saya pun masih junior lagi kat situ . Baru nak timba pengalaman . Harap puan bolehlah guide apa yang patut .” Kata Maisarah sambil mengacau-ngacau sisa minuman fresh orange dalam gelas setinggi gunung Kinabalu . Maklumlah , hotel mahal .
                “ Kalau macam tu tak usahlah berpuan-puan dengan saya . Panggil saja Kak Mida .”
                “ Boleh . Kak Mida pun tak payahlah bercik-cik dengan saya . Kawan-kawan saya panggil saya Mai saja . Kak Mida pun kena panggil saya Mai jugalah . Baru tak rasa kekok .” Selesai perbincangan , mereka berdua berpamitan sebelum kedua-duanya mengambil haluan yang berbeza .
MAISARAH memandu pulang keretanya ke rumah . Kepenatan jelas terasa di setiap inci tubuhnya . Fikrannya mula terbayangkan katil dan bantal yang sedia terhampar di biliknya yang dihias serba ungu itu . Tidak sabar rasanya mahu memanjakan tubuhnya di situ .
                Hanya celoteh Ikhwan Hotfm yang menemaninya petang itu . Sedang asyik dia melayan lagu yang diputar DJ radio , telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan . Tanpa melihat nama pemanggilnya pun dia sudah boleh mengagak siapa yang memanggilnya . Lantas dia memasang handsfree dan menjawab panggilan tersebut .
                “ Ya abang . Mai on the way balik rumah .”
                “ Mai . Abang dengan mama dekat klinik . Abah tiba-tiba aja sakit dada lepas tu pengsan . Tu yang abang terus bawa ke klinik tu . Doktor Ilham cakap kena tahan abah .” suara Alif Farhan kedengaran sedikit cemas . Mujurlah kawannya , Doktor Ilham masih belum habis masa bertugasnya .
                “ Ya Allah . Baiklah bang . Mai ke sana . Kak Nina dengan Kak Mira dah tahu ke belum ?”
                “ Nina dah on the way . Mira dah ada sini dah .” Sejurus berbalas salam , talian diputuskan .
                Maisarah berpatah balik untuk ke hospital . Terkejut juga mendengar berita ini . Dia berdoa dalam hati supaya abahnya dalam keadaan yang baik-baik sahaja . Sesampainya di hospital , dia terus menapak ke bilik abahnya ditempatkan .
                Dia bersalam dengan semua ahli keluarganya di situ . Dia mengambil tempat di sebelahnya abahnya . Pagi tadi sebelum keluar ke pejabat , dia melihat seraut wajah yang sentiasa itu senyum menghantar pemergiannya . Namun kini , dia melihat raut tadi pucat dan tidak bermaya . Kepualangannya disambut dengan raut yang tidak beriak . Tanpa sedar air matanya menitis . Maisarah memang cepat menangis . Bak kata orang berhati lembut .
                Maisarah mencapai jari jemari abahnya dan digenggam erat . Dicium tangan si bapa penuh rasa kasih . “ Abah . Bangunlah abah . Mai ada sini . Abang , mama , Kak Mira , Abang Fir , Kak Nina , Abang Wan semua ada sini . Bangunlah abah . Please .”
                Mia Amira dan Mia Azlina serentak memegang bahu adik kesayangan mereka . Mereka juga sudah menitiskan air mata setelah melihat Maisarah tadi . Alif Farhan pula kaku disisi mamanya . Air mata ditahan dari menitis . Tahu sahajalah , hero mana boleh menangis . Jatuh aset , saham kurang .
                Doktor Ilham masuk membawa laporan perubatan Encik Radhiff . Alif Farhan segera menerpa Ilham dan bertanya tentang keadaan abahnya .
                “ Alif , abah kau kena denggi berdarah . Tapi masih di stage yang selamat . Nasib baiklah kau cepat-cepat bawa ke klinik .”
                “ Abah saya boleh sembuh kan doktor .” Maisarah terus bertanya sebelum Alif Farhan membuka mulut dahulu .
                “ Insya Allah . Kami akan cuba sedaya upaya . Sekarang pak cik dalam keadaan stabil . Bila pak cik sedar nanti kau panggil aku ok Alif .”
                “ Baiklah . Thanks Ilham .”
                “ Kalau tak ada apa-apa , saya mintak diri dululah semua .” Dia menepuk bahu Alif Farhan sebelum berlalu keluar dari bilik Encik Radhiff ditempatkan .
                Mia Azlina mengambil tempat sebelah suaminya yang sedang memangku anaknya Fakhri . Fakhri mungkin kepenatan setelah habis bermain di taman rekreasi tadi . Maisarah masih kaku di sebelah abahnya yang masih tidak sedarkan diri . Begitu juga dengan Alif Farhan dan Mia Amira . Mamanya turut berada di sofa bersama dengan Mia Azlina .
                Mata Maisarah tidak dapat terlelap dek kerana tahap kerisauannya yang melampau terhadap abahnya . Dia tidak langsung berganjak dari duduknya . Alif Farhan kasihan melihat adiknya itu . Dia cuba memujuk adiknya .
                “ Mai , jom kita balik dulu . Esok pagi kita datang balik .”
                “ Tak mau . Mai nak tunggu abah bangun . Abah bangun la abah . Mai ada ni .” Tangan Encik Radhiff dicapai . Diusap lembut tangan tua Encik Radhiff . Ketika itu hari sudah jauh malam . Jam sudah menginjak ke pukul 11 malam . Mia Amira dan Hazwan baru sahaja meminta diri kerana esok Hazwan ada seminar . Mia Azlina pula sesudah maghrib telah meminta diri bersama Puan  . Di bilik Encik Radhiff kini hanya tinggal Maisarah dan Alif Farhan dan juga Puan Munirah yang masih setia menunggu Encik Radhiff sedar .
                Akhirnya Maisarah terlena di sebelah bapanya . Alif Farhan yang melihat adiknya begitu lantas mengambil sehelai kain yang dibawa oleh Mia Amira tadi kemudian menyelimutkan adiknya yang sedang nyenyak tidur itu .
                Alif Farhan sengaja berjalan keluar dari bilik Encik Radhiff . Sudah lama dia tidak menapak ke klinik kepunyaan bapanya ini . Semakin hari , semakin luas klinik ini . Siap ada wad khas yang selesa lagi . Tidak hairanlah jika ada sesetengah pelanggan sanggup ditahan di klinik ini . Walaupun berstatus klinik , tetapi klinik abahnya ini mempunyai empat orang doktor termasuk dirinya .
                Kakinya terhenti di sebuah bilik yang tercatat sebaris nama miliknya . ‘Dr. ALIF FARHAN BIN RADHIFF’ . Dia memulas tombol bilik itu dan menapak masuk . Keadaannya masih sama seperti kali terakhir dia meninggalkan bumi Malaysia ke Ireland . Di hujung meja terdapat bingkai-bingkai gambar . Dia mencapai salah satu daripadanya . Matanya tertancap kepada seraut wajah yang sangat-sangat dirinduinya . Gamabr itu diambil semasa jamuan barbeque di rumahnya sempena keberangkatannya ke Ireland . Hamimah turut datang meraikannya . Sejak kepulangan ke Malaysia , dia masih belum menghubungi wanita itu .
                Dia melabuhkan punggung di kerusinya . Bingkai gambar masih dalam pegangan . Akhirnya dia terlelap di situ . Terlelap dibuai kenangan ketika dia bersama Hamimah . Dia yakin pada takdir Tuhan . Andai Hamimah jodohnya , pasti Tuhan akan menemukan mereka . 

******************
Adehai . Semput-semput .  
Aq skrang da get out dari SMKAK . 
Seriously , aq x bule tahan maa duk hostel dy . 
Aq asa dri aq dah hilang . Sebab duduk sana macam robot jaa . 
Suma kena on time . Lambat ckiet ja , walau sesaat pun kena tindakan . 
Adehaii . .  Kesimpulannya , my mother n my father ask me to go to politeknik . 
Haha . Diploma pun diploma lahh . 
Apa pun bolehh kan . 
Oke , aq chow sin chi dulu . 
Aq nak p blogwalking kat blog2 bloggers yang aq follow . 
TATA ^^ .