Saturday 16 June 2012

[AKU DAN DIA] cerpu (cerita merapu) PART 12

Assalamualaikum 
Adehai .  Sedikit sedih ary nehh . 
Aq p amek barang2 yg tertinggal kat hostel SMKAK . 
Pastu aq jumpa dgn kawan2 baru aq . 
Antaranya Fatimah .  Kawan baqu yg sgt sporting n kelia . Sebab dy senang masuk nan aq . 
Dy bule duk bwt ayat sentap . Bikin aq mau nangis ja . Naseb baek hati neh kuat beb .  
Kalau tak tadi , bwt drapen (drama pendek) plak la kat dorm tuu . .
Will missing you Timah .  Sayang anx .  
Arap nnti anx baca la blog aq nehh . . 
Ukeh . Jum kita baca cerita seterusnya . Tah apa la jadi kat Maisarah lepas dpt tau yg abah dy sakit . Kesian2 . 

****************
MAISARAH terjaga tatkala merasakan bahunya digoncang seseorang . Terpisat-pisat dia bangun . Sudah dua hari dia berada di klinik . Dia cuma pulang untuk mandi dan menukar baju sahaja . Sudah dua hari jugalah dia tidak masuk ke pejabat . Nasib baik Encik Affendy memahami situasinya dan menyuruh pembantunya Zarif menggantikan tempat Maisarah seketika .
                “ Adik , jom sarapan sikit dik . Abang ada beli roti bakar untuk adik sikit ni .” Pelawa Alif Farhan sebaik Maisarah terjaga dari tidurnya .
                “ Kejap . Adik basuh muka dulu . Abang dah makan ke belum ?” Maisarah menuju ke arah singki yang terdapat dalam bilik itu . Selepas subuh dia tidak sedar yang bahawa dia terlelap . Mujur juga Alif Farhan datang mengejutnya .
                “ Belum . Abang nak teman adik makan .” Alif Farhan mengambil tempat di hadapan Maisarah dan membuka bungkusan roti bakar yang dibelinya di kedai berhampiran .
                 Mereka berdua menjamah sarapan . Maisarah hanya menjamah separuh roti bakarnya . Dia kurang berselera selagi dia tidak melihat abahnya sedar . Dia menyisip sedikit air milo panas dan membiarkan yang selebihnya di dalam mug .
PUAN Munirah menapak masuk ke bilik tempat suaminya ditempatkan .Maisarah dan Alif Farhan menyalami ibu mereka .  Kelambu yang dipasang di sekeliling katil Encik Radhiff diselaknya . Seketika dia memandang kosong tubuh suaminya yang sedikit susut . Barangkali kerana sudah tiga hari tidak menjamah sebarang makanan .
                Dia melangkah mendapatkan kedua orang anaknya di sofa . Ketika itulah Mia Amira sampai . Dia datang berseorangan . Hazwan masih ada seminar . Hari ini merupakan hari penutupan rasmi seminarnya . Kedua orang anaknya dihantar ke taska . Lagipun dia baru sahaja selesai janji temu dengan wakil syarikat yang akan bekerjasama dengan syarikat bapa mertuanya yang kini diterajui oleh abang sulung Hazwan .
                “ Eh , Kak Mira . Tak kerja ya hari ni ?” Maisarah menyapa kakaknya . Terkejut juga dengan kehadiran kakaknya yang secara tiba-tiba itu .
                “ Kerjalah Mai . Kakak ada meeting dengan klien dekat restoran dekat-dekat sini tadi . Alang-alang dah terlanjur tu singgah sajalah . Abah masih tak sedar ? Dah tiga hari abah koma .”
                “ Macam tu lah kak . Tapi semalam , jari abah ada gerak-gerak sikit . Tapi mata dia masih terpejam .”
MAISARAH berjalan seorang diri ke tempat parkir kereta . Setelah dipujuk berkali-kali oleh Alif Farhan barulah dia mengambil keputusan untuk pulang seketika . Terasa malas untuk memandu . Namun , apakan daya , jika Alif Farhan turut mengikutnya pulang , tiada siapa yang menjaga Encik Radhiff .
                Hatinya sedikit lega mendengar laporan daripada Doktor Ilham pagi tadi yang menyatakan keadaan abahnya semakin stabil . Cuma menunggu abahnya sedar sahaja untuk melakukan rawatan selanjutnya . Dia menggagahkan diri juga memandu untuk pulang ke rumah .
                Setibanya di rumah , dia melihat Firdaus sedang bermain dengan Fakhri di sebelah garaj . Salam diucapkan .
                “ Dah lama sampai ya abang ? Kak Nina mana ?”
                “ Tak lah . Baru je sampai . Kak Nina ada kat dapur dengan mama . Tengah prepare lunch kot .”
                “ Oh . Mai masuk dulu ya abang . Nak mandi-mandi bagi segar sikit .”
                Firdaus mengangguk . Maisarah melangkah masuk ke rumah . Sebelum naik ke bilik , dia menjengah ke dapur . Bau wangi ayam masak merah menaikkan seleranya .
                “ Mama , Kak Nina . Masak apa tu ? Satu rumah bau sedap .”
                “ Eh , Mai ! Bilanya sampai ? Tak dengar bunyi kereta pun . Masak ayam  masak merah ni . Fakhri tu , teringin sangat nak makan .” Puan Munirah menyambut huluran tangan anak bongsunya .
                “ Dah lama dah . Tadi sembang dengan abang Fir kat luar tu . Mama dengan Kak Nina khusyuk semacam saja masak sambil menyembang , manalah nak dengar enjin kereta Mai tu ?” Terkekeh-kekeh dia ketawa . Buat seketika , dia melupakan gejolak di hatinya .
                Puan Munirah dan Mia Azlina turut ketawa . “ Tak pe lah kak Nina , mama . Mai nak naik mandi-mandi dulu . Kejap lagi Mai turun tolong ya .”
                “ Eleh . Turun tolong makan ke ? Kitorang dah nak siap masak dah .”
                “ Kalau macam tu Mai turun makan je lah . Bukan selalu .”
                “ Dah . Pergi naik mandi . Makin lama awak tu kat sini , makin merapu . Ada saja yang nak dijawabnya .”
                Maisarah terus menaiki anak tangga ke biliknya . Belum sempat dia melabuhkan punggungnya di atas katil empuk miliknya , telefon bimbitnya menjerit minta diangkat . Apabila dia melihat pemanggil itu ialah kakaknya , Mia Amira , terus sahaja dijawab .
                “ Adik , abah dah sedar . Kejap lagi adik datang ya . Bawa mama sekali . Abang Alif dah ada kat sini .”
                Dengan reaksi tidak percaya dengan khabaran kakaknya , dia bertanya sekali lagi . “ Betul ke kak ? Syukur alhamdulillah .  Kalau macam tu , kejap lagi lepas zohor Mai bawa mama sekali ke klinik abah . Terima kasih Kak Mira .”
                Talian diputuskan . Tanpa berfikir untuk merehatkan diri , dia terus melangkah ke bilik mandi . Dia mahu memanjakan dirinya sebentar . Tidak sabar mahu memberitahu Puan Munirah dan lain-lain tentang perkhabaran yang gembira ini . Tidak sabar juga untuk bersua semula dengan abahnya . Hatinya terasa berbunga sedikit .
                Selesai mandi , dia menunaikan kewajipannya dahulu sebagai seorang muslimah . Sesudah itu , dia mencapai sehelai blaus berwarna merah jambu dari koleksi blausnya yang memenuhi almari pakaiannya . Kemudian seluar slack berwarna putih dipakainya . Kemudian , dia mengenakan sehelai selendang yang juga berwarna putih berbunga merah jambu sedondon dengan blaus dan seluarnya . Cukup . Kemas . Cantik . Meskipun ringkas gayanya , namun dia tetap kelihatan manis . Dia mencapai beg tangannya dan bergerak ke bawah .
                “ Hai . Baru balik dah nak pergi pulak ? Abang Alif kan ada kat situ jaga abah .”
                “ Kak Nina , Abang Fir , mama . Abah dah sedar . Tadi kak Mira telefon kasi tau . Sebab tu Mai ingat lepas lunch nak gerak ke hospital terus . Mama kejap lagi ikut Mai ya . Kak Nina dengan Abang Fir pun jom lah sekali .”
                “ Kejap lagi Mai tunggu mama bersiap dulu . Mama ingat malam nanti baru nak pergi jaga abah .” Puan Munirah menyenduk nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Maisarah .
                “ Mak su nak pergi tengok atuk ya ? Fakhri nak ikut juga .”
                Firdaus di sebelah terus mencelah . “ Fakhri nak ikut mak su ? Habis abi dengan ummi macam mana ?”
                “ Alah , abi naik kereta dengan ummi . Fakhri nak naik kereta dengan mak su . Boleh lah abi , ummi .”
                “ Ok lah . Boleh . Tapi , Fakhri janji jangan nakal tau . Sekarang makan cepat . Kejap lagi boleh jumpa atuk cepat-cepat .” Mia Azlina memberi amaran kepada Fakhri .
                Tersenyum lebar Fakhri mendengar kata-kata Mia Azlina .  Dia menghabiskan makanan di dalam pinggannya dengan segera . 

**************
Mintak maaf lah ya . 
Rasa part neh macam kureng banyak la . . 
Maklumlah first time na bwt babak suspens . 
Before neh selalu bwt cerpen pasal sahabat yg x de langsung suspensnya .
Kalau ada pun x la heavy sgt . 
Haha . 
Pape pun thanks a lot kepada sapa yg sudi baca . 
Komen dan kritikan membina sgt diperlukan . 
Kalau x rajen nak post kt bwah tu , inbox je kt FB okay . 
Got to go . 
Tata . ^^