Thursday 21 November 2013

[AKU DAN DIA] cerpu (Cerita Merapu) PART 31

Assalamualaikum
Salam sejahtera 
Salam SATU MALAYSIA!

Amboihh~ 
Haa. Entry neh mengambil masa hampir satu jam untuk ditaip.
Satu jam? Amboii! Tak boleh lama lagi ke cik kak?
Inipun kira laju la neh dengan keadaan sebelah tangan sahaja yang digunakan.
Heyy tangan kanan. How are you today?
Makin sehat? Good hand~
Haa. aku dah cerita panjang dalam ENTRY NEH! KLIK!

Hey! Aku bukan nak merapu panjang kat sini.
Jom sambung kisah cinta merapu tu.

*************

JUNAIDI terpandangkan foto Maisarah yang terletak di hujung meja kerja sebelah komputer ribanya. Sudah seminggu dia bertunang dengan Maisarah. Lagi tiga minggu dia bakal menjadi suami kepada si cantik manis itu. Persiapan demi persiapan dilakukan dengan rapi. Banyaknya diatur oleh ibunya dan mama Maisarah yang tersangat teruja dapat menyatukan dua hati mereka.

            Ralit dia merenung foto itu. Bukan senang mahu mengambil foto itu. Itupun dia curi ambil semasa majlis pertunangan mereka dilangsungkan. Ayu wajah itu dengan tudung tersarung di kepalanya. Manis senyumnya dengan bibir merah bak delima. Tenang rasa hatinya sejenak memandang wajah indah Maisarah.

            ‘Ya Allah. Jika dia bidadari yang Kau ciptakan untukku maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku ini. Sesungguhnya aku berserah kepada ketentuan-Mu. Seandainya dia bukan milikku maka Kau pisahkanlah hati kami dengan cara yang baik dan Kau tabahkanlah hati kami melalui dugaan yang berikan.’ Dalam diam Junaidi berdoa dalam hati.

            Ketukan pintu mematikan lamunan Junaidi. Dia memberikan arahan masuk kepada orang tersebut. Perlahan Alif Farhan membuka pintu bilik sahabatnya itu. Dia menjengahkan kepalanya. “Bro! Kau buat apa? Lunch hour dah ni. Jom!”

            “Tak buat apalah. Semak rekod pesakit sikit ni. Eh haah lah. Dah lunch hour. Patutlah aku lapar semacam. Kejap aku nak kemas meja ni. Kau duduklah dulu.”

            Alif Farhan duduk berdepan dengan Junaidi. Matanya terpandangkan sebuah foto yang menarik minatnya. “Eddy, bila kau ambil gambar ni?”

            “Gambar mana?” Kebetulan ada dua buah foto di situ. Satu gambarnya satu lagi gambar tunangnya.

            “Ni gambar adik aku ni. Takkan aku nak tanya gambar kau pulak. Lawa jugak adik aku ini.”

            “Oh! Gambar tu masa majlis tunang hari tu lah. Tapi kau jangan bagitahu dia tau. Ni pun aku curi-curi ambil gambar dia dari handphone ibu aku. Kalau minta confirm tak dapat. So, aku ambillah curi-curi.”

            “Adik aku kau tangkap curi-curi. Kau cuci kau letak kat meja ni. Gambar aku kau tak nak cuci sekali ke? Boleh buat sumber inspirasi.”

            “Eh! Gambar kau buat apa? Semak meja aku aje. Baiklah aku letak gambar adik kau yang manis tu. Dapat jugak teman aku time aku kesunyian. Gambar kau, kau suruh Hamimah ajelah cuci letak kat meja kerja dia. Pastu bila student dia datang meja bolehlah tengok kau walaupun sekadar gambar.”

            “Aku dengan Mimah tak mainlah gambar-gambar ni. Hari-hari kitorang jumpa kau tau tak. Best aje dia belai-belai aku. Tenang beb! Sentuhan seorang isteri. Lepas tu aku usap-usap pulak perut dia yang makin besar tu.”

            “Untunglah orang dah kahwin. Aku ni sabar ajelah. Kau tunggulah lagi tiga minggu aje tinggal.” Mata Junaidi sekilas memandang foto gadis manis itu lagi.

            “Kau ni Eddy. Tadi aku ajak pergi makan, kau suruh tunggu sekejap. Kau dah habis kemas ke belum? Perut aku ni dah berdondang sayang dah ni. Kalau aku tak dapat lunch nasi hari ni kau lah jadi makanan aku.”

            “Sampai hati kau Alif. Tergamak kau nak makan kawan baik kau sendiri semata-mata kerana nafsu lapar kau menguasai diri. Yelah. Dah siap ni. Jom!” Alif Farhan dan Junaidi beriringan keluar menuju ke restoran yang menjadi lubuk makan mereka.

“ADIBA. Masuk sekejap.”

            Adiba melangkah masuk ke bilik Maisarah bersama buku hitam seperti selalunya. Kemas bergaya penampilannya. Sekali pandang sahaja sudah tahu dia ialah seorang setiausaha dalam organisasi ini.

            “Ada apa cik? Boleh saya bantu?”

            “Saya ada apa-apa temu janji tak untuk hari ini?” tanya Maisarah.

            “Hari ni cik cuma ada satu mesyuarat dengan Lembaga Pengarah pukul 2.30 petang. Itu saja.”

            “Oh ya. Terima kasih. Submit kat saya agenda untuk mesyuarat tu petang ni. Lepas tu jangan lupa tolong siapkan laporan bulanan yang saya suruh awak buat tu lepas tu hantar kat saya dulu. Saya nak semak.”

            “Baiklah cik. Ada apa-apa lagi?”

            “Tak ada apa-apa. Nanti kalau ada saya akan bagitahu. Awak boleh sambung kerja awak.” Sejurus itu Adiba mengatur langkah keluar.

            Maisarah membuka komputer ribanya. Saat itu barulah dia teringatkan janji temunya dengan Junaidi petang ini. Mereka mahu pergi mencuba baju yang telah ditempah. ‘Macam manalah aku boleh lupa. Nasib baik aku buka laptop ni. Ada jugak tertulis kat reminder ni.’

            Tanpa membazir masa Maisarah meneruskan kerjanya seperti biasa. Awal bulan memang kerjanya tidak begitu banyak. Tetapi bila di hujung bulan mahu tahulah sibuknya mengalahkan Perdana Menteri. Bukan dia jenis yang suka menangguh kerja. Namun, sudah memang kerjanya begitu alirannya. Ada pembantu tak macam pembantu.

            Maklum sahajalah Zarif itu. Asal berjumpa dengan Maisarah sahaja pasti ada benda yang mahu dibualkannya. Bukan mahu berbincang sangat tentang kerja. Bagi Maisarah, Zarif seorang yang kurang komited terhadap pekerjaannya.

            Interkom di meja berbunyi lagi. “Ada apa Adiba?”

            “Cik Maisarah. Encik Zarif nak jumpa cik sekarang. Boleh ke? Dia cakap ada hal mustahak nak cakap dengan cik.”

            Maisarah mengeluh. Zarif lagi Zarif lagi. “Ok. Suruh dia masuk.”

            Zarif masuk dan mengambil tempat di hadapan Maisarah. “Mai, kau sibuk tak?”


            “Kau tak nampak ke yang aku tengah minum jus oren tepi pantai ni? Lagi mahu tanya. Sibuklah.” perli Maisarah menaip sesuatu di komputer ribanya. Zarif pula hanya tersenyum. Tahu Maisarah memang suka memerlinya. Salahnya juga bertanyakan perkara yang dia sudah tahu.

            “Mai. Aku nak cakap sikit dengan kau ni. Ni soal hati dan perasaan.” percakapan Zarif mulai serius.

            “Kau nak cakap apa lagi Zarif? Dah banyak kali aku bagitahu kat kau. Yang aku betul-betul tak ada apa-apa perasaan kat kau. Dari zaman sekolah sampai sekarang. Kenapa kau masih tak boleh terima hakikat?” Maisarah melepaskan keluhan.

            “Aku suka kat kau. Aku cinta kau Mai. Perasaan tu tak pernah hilang. Dari dulu sampai sekarang. Hati aku yang satu ni cuma ada kat kau seorang saja.”

            “Zarif. Lupakan aku. Kau carilah yang lain. Banyak lagi perempuan yang lebih baik dari aku kat luar sana. Sampai bila kau nak kejar cinta aku sedangkan kau sendiri tahu yang cinta aku bukan untuk kau.”

            “Hati aku tetap mahukan kau.”

            “Cukup Zarif. Aku minta maaf. Sebenarnya aku dah bertunang. Ini buktinya.” ujar Maisarah sambil menunjukkan cincin yang tersarung elok di jari manisnya.

            “Mai. Itu baru bertunang belum berkahwin. Means aku masih ada peluang. Takkan tak ada sedikit pun ruang dalam hati kau untuk aku?” Riak muka Zarif mempamerkan simpati.

            “Zarif! Cukup Zarif! Aku harap kita boleh jadi kawan dan tak lebih dari tu. Tolong faham pendirian aku. Aku akan jadi isteri orang lagi tiga minggu. Tak percaya? Ini kadnya.” Kad kahwinnya diletakkan di depan Zarif.

            Zarif hanya memandang sepi kad yang diunjukkan kepadanya. Memang benar nama gadis pujaan hatinya tercatat di situ dengan nama pasangannya. Dia sudah pun tahu. Disebabkan hal itu dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Maisarah hari ini. “Mengapa cepat sangat Mai?”

            “Jodoh kami datang dari Tuhan. Harap kau faham duduk perkara sebenar. Jangan ganggu aku lagi kecuali atas sebab kerja. Kalau kau perlukan kawan aku boleh jadi kawan kau. Tapi tolong jangan harapkan lebih daripada kawan.” Tenang Maisarah menuturkan ucapannya dengan harapan Zarif memahami keadaan yang sebenar.

            “Kalau dah macam tu kau kata. Aku tak boleh nak halang. Memang betul-betul hati kau itu milik bakal suami kau.” Kedengaran pasrah butir-butir perkataan yang lahir dari mulut Zarif.

        “Baguslah kalau dah faham.” Dalam hati Maisarah. ‘Sorry Zarif. Aku bukan bermaksud mengecewakan kau. Tapi aku sedang belajar mencintai tunangku sendiri yang bakal menjadi imamku nanti.’

            “Apa kata kita keluar makan sekali hari ni. Aku belanja. Well, untuk meraikan perkahwinan kau dan atas dasar sahabat.”

            “Kau nak belanja? Serius? Boleh. Tapi boleh aku ajak Adiba?”

            “As you wish. Jumpa kau kat bawah waktu lunch nanti.” Zarif mengatur langkah keluar dari bilik Maisarah. 

               Selepas Zarif beredar terus Maisarah memberitahu setiausahanya mengenai hal itu. Mujur Adiba tidak kisah dan terus sahaja bersetuju untuk menemaninya makan tengah hari dengan Zarif. Kalau tidak mungkin dengan senang hati dia akan menolak ajakan Zarif walaupun mereka telah bersetuju untuk menjadi kawan.

*************
Haa. Sampai sini dululah aku hapdett ea.
Malam neh kalau aku sempat habiskan draft kat blog neh, aku hapdett lagi satu part. 
yea Yeahh!
Adiossa!