Friday 22 November 2013

//Kenangan\\

Assalamualaikum
dan salam sejahtera penuh cinta.
Lalala.

Kenangan?

Ingat tidak buaian di pokok itu?
Itu tempat kita bermain pondok-pondok di zaman kanak-kanak kita.
Di situ jugalah kita berdua bersembunyi setelah dimarahi ibu bapa masing-masing.
Pasti ingat bukan sawah padi di situ?
Ya. Itulah tempat kita bersama-sama menangkap ikan dulu.
Masihkah dikau ingat ketika ada sesuatu seperti tali bentuk tetapi bergerak perlahan di dalam selut itu?
Ya, aku tahu itu ular. Lantas aku menarik-narik baju comotmu.
Kau sudah biasa denganku. Maka tahulah kau ketika aku begitu bermakna aku sedang takutkan sesuatu.
Aku tahu kau akan selamatkan diriku.
Aku masih ingat ketika tanganku dicapai olehmu, kau terus menarik aku keluar dari tanah datar yang berselut itu lalu kau pimpin tanganku menuju ke rumah yang setia menanti wajah tua yang kita sama-sama kasihi.
Bila aku bertanyakan "Itu tadi apa?"
Kau hanya menjawab. "Tak ada apa-apa. Cuma tali saja."
Aku tahu kau sebenarnya cuba menyedapkan hatiku.
Kau tahu betapa geli dan takutnya aku dengan binatang itu lalu kau lantas membohongiku dengan harapan aku tidak bertanyakan lagi.
Sesudah membersihkan selut-selut yang melekat di seluarmu kau mengajakku ke kedai di hujung simpang itu.
Dua batang aiskrim kacang merah dibeli.
Satu untuk kau satu untuk aku.
Kita makan bersama di buaian pokok itu.
Mungkin kau lupa.
Tapi, aku masih ingat. 
Kau sentiasa mahu menjadi yang terbaik untukku.
Sentiasa mahu meindungiku.
Malah seekor nyamuk pun kau tidak benarkan ia mendarat di kulitku.
Aku jadi yakin yang kau ialah penyelamatku.
Mungkin juga putera raja seperti dalam cerita dongeng.
Masa terus berlalu.
Waktu terus berputar.
Namun kita masih seperti dulu.
Masih jua rapat bagai isi dengan kuku.
Malah janji demi janji terukir.
Hingga kita masing-masing sudah menjadi dewasa.
Sudah punya komitmen.
Sudah tahu membezakan yang baik dengan buruk.
Dan kini, kita semakin jauh.
Jauh mengejar cita.
Dulu kau pernah berkata kepadaku yang kau mahu menjadi seorang juruterbang.
Mahu terbang seperti burung yang terbang riang membelah awan.
Kini, kau selangkah mencapai cita-citamu itu.
Aku yakin kau mampu.
Ayuh! Laksanakan cita-citamu itu.
Cita-citamu di awan biru.

Penuh puitis aku tulis kat atas neh kan?
Lalala. Perasan.
Sebenarnya ini betul-betul.
Bukan tipu-tipu ataupun rekaan semata-mata.
Watak hero? Biarlah rahsia. :)